Adsense

Khamis, 2 Jun 2011

Zon Artis

Zon Artis


Ini Serius! Awal Ashaari & Scha Alyahya Kahwin Bulan Disember

Posted: 02 Jun 2011 10:32 PM PDT

GAMBAR PERKAHWINAN AWAL ASHAARI DAN SCHA ALYAHYA PADA BULAN DISEMBER 2011

Sebelum ini, kita hanya mendengar gosip yang mengatakan bahawa Awal Ashaari dan Scha Alyahya akan berkahwin. Walaupun ianya sesuatu yang bakal pasti, maklumlah umum pun dah tahu akan hubungan mereka, tapi bila ditanya bila mereka akan melangsungkan perkahwinan, masing-masing mengeluarkan kenyataan yang bunyinya lebih kurang "kami memang merancang ke arah itu, tapi sekarang ni kami sibuk dengan kerja masing-masing". Biasalah artis, kenalah bagi jawapan artis juga.

Tapi, kami tidak perlu menjadi seperti wartawan yang dibayar gaji di luar sana untuk mendapatkan jawapan daripada Awal Ashaari mahupun daripada Scha Alyahya kerana info yang dijamin sahih datang sendiri kepada kami. Diulang sekali lagi, info sahih dan bukannya gosip semata-mata.

GAMBAR PERKAHWINAN AWAL ASHAARI DAN SCHA ALYAHYA PADA BULAN DISEMBER 2011

Info sahih yang kami maksudkan ialah Awal Ashaari dan Scha Alyahya akan melangsungkan perkahwinan (lebih tepat bernikah) pada penghujung tahun 2011 ini iaitu bulan Disember. Dan jangan tidak tahu, sekarang ni mereka sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis tersebut.

Apa bukti yang boleh menjamin bahawa apa yang kami kongsikan ini sahih? Baiklah, kami kongsikan sedikit kepada anda. Pertama, sambutan akan dibuat di Saloma Bistro. Kedua, Butik Kapas merupakan antara yang terlibat untuk majlis mereka itu. Lain-lain, biarlah kami simpan terlebih dahulu. Tak best juga kan, orang punya kahwin tapi kami pula yang lebih-lebih.

Dengan ini, kami mengesahkan yang Awal Ashaari dan Scha Alyahya akan mengakhiri hubungan cinta mereka sebagai suami isteri pada bulan Disember nanti. Kami mendoakan agar apa yang telah dan sedang dirancang akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Amin.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lagi Gambar Perkahwinan Yassin Senario

Posted: 02 Jun 2011 07:18 PM PDT

GAMBAR PERKAHWINAN YASSIN SENARIO DAN FARAH

Sebelum ini, dalam tidak tahu kami ada memberi tahu yang Yassin Senario sudah berkahwin ekoran tersebarnya beberapa gambar kat laman forum dan blog. Kalau anda nak tengok gambar tu, anda boleh tengok di sini.

Sebentar tadi, kami terima beberapa lagi gambar perkahwinan Yassin Senario yang dikirimkan melalui emel oleh syok.my. Dengan kiriman gambar-gambar tersebut, memang betullah yang Yassin Senario sudah berkahwin.

Cuma, kami masih lagi tertanya-tanya bila tarikh tepat perkahwinan Yassin Senario itu? Ada sesiapa yang tahu? Apa-apa pun, jom layan beberapa lagi gambar perkahwinan Yassin Senario kat bawah ni.

GAMBAR PERKAHWINAN YASSIN SENARIO DAN FARAH

GAMBAR PERKAHWINAN YASSIN SENARIO DAN FARAH

GAMBAR PERKAHWINAN YASSIN SENARIO DAN FARAH

GAMBAR PERKAHWINAN YASSIN SENARIO DAN FARAH

GAMBAR PERKAHWINAN YASSIN SENARIO DAN FARAH

GAMBAR PERKAHWINAN YASSIN SENARIO DAN FARAH

GAMBAR PERKAHWINAN YASSIN SENARIO DAN FARAH

GAMBAR PERKAHWINAN YASSIN SENARIO DAN FARAH

P/s: Tiga gambar pertama kredit kepada UNKNOWN dan gambar yang seterusnya kredit penuh kepada Din Photography.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.