Adsense

Khamis, 2 Jun 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Trailer) Filem KL Gangster Temui Anda 9 Jun Ini.

Posted: 02 Jun 2011 08:18 PM PDT

(Trailer) Filem KL Gangster Temui Anda 9 Jun Ini.

Sebuah lagi filem yang amat dinantikan oleh penonton tanah air, KL Gangster akan memenuhi semua pawagam pada 9 Jun ini. Filem terbitan Skop Production ini membariskan beberapa pelakon kaliber seperti Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Adi Putra & Zizan Raja Lawak.

Sedikit sinopsis ringkas, KL Gangster mengisahkan seorang gangster yang dipenjarakan. Selepas keluar penjara, dia ingin membina hidup baru tetapi tersepit apabila kumpulan gangster kembali mengejarnya. Sama ada kembali ke pangkal jalan mahupun terus dengan kumpulan yang pernah menghancurkan hidupnya, semua akan jadi paparan filem KL Gangter.

Daripada trailer, kami agak teruja untuk menonton filem ini kerana ia memaparkan situasi sebenar perjalanan hitam seorang gangster. Stail tak stail, itu kita perlu tonton 9 Jun nanti. Jom!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

World Environment Day Bersama Daphne Iking 5 Jun Ini

Posted: 02 Jun 2011 08:05 PM PDT

5 Jun ini, program World Environment Day akan berlangsung di Taman Botani, Shah Alam sebagai salah satu kempen untuk menyebarkan kesedaran cintakan alam sekitar. Kempen berkonsepkan kebajikan ini turut melibatkan pelakon & model popular seperti Daphne Iking, Amber Chia, Jojo Struys, Elaine Daly, Hansen Lee, Niki Cheong, Carmen Soo, Dennis Lau, Freida Liu , Sanjeev Palar dan Datuk Yasmin Yusoff.

Kempen ini mengandungi beberapa acara menarik seperti aktiviti menanam pokok & persembahan eco-friendly yang melibatkan selebriti-selebriti tempatan. Acara akan bermula sekitar 9 pagi & berakhir pada pukul 2 petang.

Kalau free tu, boleh'lah join sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.