Gosip Artis Malaysia |
- Salih Yaacob Belum Fikir Anak Dengan Isteri Keempat
- Gambit Perjelas Arah Klip Video Unsur Lucah
- Fasha Sandha Marah Siapa?
Salih Yaacob Belum Fikir Anak Dengan Isteri Keempat Posted: 01 Jun 2011 10:09 PM PDT Ujar Salih, memandangkan majlis pernikahannya belum pun sampai seminggu, justeru dia dan isteri barunya itu belum memikirkan sebarang perancangan buat masa ini. "Semuanya (majlis) baru saja selesai. Saya belum tahu lagi sebab masih terlalu awal. "Kalau ada rezeki dikurniakan anak, saya terima dengan penuh kesyukuran," katanya yang dihubungi mStar Online, Rabu. Ditanya pula adakah dia dan Emi akan menangguhkan perancangan untuk mendapatkan anak memandangkan isterinya itu masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), Salih berkata, dia tidak terfikir tentang perkara tersebut. "Saya tidak tahu lagi buat masa ini. Kalau ditakdirkan untuk dapat anak pada waktu ini, kami terima. Apa pun semuanya bergantung kepada rezeki Allah," jawabnya ringkas. Pada 30 Mei lalu, Salih melengkapkan kuota poligami empat orang isteri selepas menikahi Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, Johor Bahru, Johor. Salih berkahwin dengan isteri pertamanya, Norizah Mamat, 46 pada 1989 dan dikurniakan empat anak, isteri kedua, Norraha Hamat, 43, pada 1993, enam anak dan isteri ketiga, Norfara Wahida, 33, pada 2007, dikurniakan seorang anak. Pelakon itu turut merancang untuk menganjurkan majlis besar-besaran yang dihadiri oleh tiga isterinya yang lain, rakan artis dan para media di Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat. Selain sibuk dengan tugasan hariannya di studio radio Sinar FM, Salih juga bakal muncul dalam program bual bicara terbaru iaitu SY I Follow untuk Astro Ria tidak lama lagi. | ||
Gambit Perjelas Arah Klip Video Unsur Lucah Posted: 01 Jun 2011 10:05 PM PDT Malah menurutnya, klip video yang menggandingkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle tidak seharusnya dijadikan kontroversi kerana hanya memaparkan adegan yang dianggap 'biasa'. "Saya tidak rasa ia menjadi kontroversi kerana saya hanya menampilkan adegan pasangan suami isteri yang sudah kehilangan cinta dan mempunyai ego masing-masing. "Saya rasa ia tidaklah terlalu teruk, mungkin ia menjadi kontroversi disebabkan saya dan Shahz Jaszle terlibat dalam klip video ini," ujarnya di sini, Selasa. Gambit diminta memberi penjelasan berikutan klip video Marilah yang merupakan single terbaru Prema Yin dikatakan memaparkan aksi bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini. Dalam klip terbabit, Shahz Jazle dan Prema Yin dilihat melakukan aksi hampir-hampir bercium, berpeluk serta melakukan adegan seperti sedang berada dalam keadaan berahi. Mereka juga dikatakan cuba membuat publisiti murahan bagi meraih perhatian masyarakat khususnya peminat industri hiburan tanah air. Kata Gambit, klip video tersebut dihasilkan mengikut perbincangan daripada pihak produksi dan klien yang mahukan ia mengikut standard klip video artis luar negara. Menurutnya, niat utama penghasilan klip video itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat. "Memanglah kalau boleh saya ingin ia turut diterima oleh peminat hiburan tanah air. Tapi kalau ia tidak diluluskan, saya tidak ada bantahan kerana hasrat utama menghantarkannya ke Amerika Syarikat," katanya. Dalam pada itu, Gambit turut mempersoalkan mengapa sesetengah pihak mengatakan karyanya itu keterlaluan dan lucah sedangkan banyak filem tempatan yang menampilkan aksi lebih daripada itu. "Kenapa orang ingin mempertikaikan klip video ini sedangkan filem ...Dalam Botol yang jelas memaparkan hubungan songsang dan terdapat aksi lebih teruk tetapi ia diluluskan. "Apa salah saya, bagi saya video klip tersebut tiada adegan cium ataupun meraba," ujarnya. Bagaimanapun, dia menerima teguran yang dibuat secara positif dan akan cuba yang terbaik untuk masa akan datang. "Saya tidak kisah apa orang nak cakap tentang klip video tersebut, saya terima teguran mereka dan akan lebih berhati-hati lagi selepas ini," katanya. Sementara itu, Prema Yin yang dihubungi kini berada di Amerika Syarikat manakala Shahz Jaszle pula tidak menjawab panggilan untuk mengulas tentang klip video tersebut. | ||
Posted: 01 Jun 2011 09:41 PM PDT
SELEPAS heboh dengan kisah peribadinya, bintang kontroversi, Fasha Sandha sekali lagi mencipta kontroversi, kali ini di laman sosial Twitter. Fasha telah melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap seorang aktor kacak yang merupakan pasangannya dalam drama Dewa Cintaku disebabkan dia terpaksa menunggu kehadiran pelakon itu selama empat jam baru-baru ini. Menurut Fasha, masa yang ditetapkan produksi untuk sampai ke Port Dickson, Negeri Sembilan adalah pukul 8 pagi sedangkan pelakon lelaki tersebut (yang tidak disebutkan namanya) hanya muncul pada pukul 12.30 tengah hari. Namun, apa yang dikesali Fasha adalah, pelakon lelaki itu dikatakan langsung tidak meminta maaf atas kelewatannya tiba di lokasi penggambaran drama tersebut di Port Dickson. Disebabkan itu, Fasha melahirkan rasa amarahnya terhadap pelakon itu menerusi laman sosial Twitter. Ramai yang membuat andaian pelakon lelaki yang dimaksudkan Fasha ialah Iqram Dinzly. Ini berikutan, mereka sememangnya digandingkan sebagai hero dan heroin bagi untuk drama rantaian Dewa Cintaku yang bakal disiarkan pada 20 Jun di TV3. Drama tersebut sehingga kini masih lagi menjalani penggambarannya di Port Dickson, Negeri Sembilan. Terdapat tujuh Tweet yang dihantar Fasha menerusi Twitter miliknya yang menjurus kepada perasaan marahnya terhadap Iqram. |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |