Adsense

Khamis, 2 Jun 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Cantik, bersemangat

Posted: 01 Jun 2011 07:34 PM PDT

Hip

Cristina Suzanne Stockstill

Cristina Suzanne Stockstill

Gadis berdarah campuran Melayu-Jerman, Cristina cekal mengukir nama dalam dunia lakonan

BAKAT lakonannya memang masih belum teruji dengan watak besar dan mencabar walaupun sudah terbabit dalam beberapa drama TV, sesuailah dengan statusnya yang terlalu baru dalam industri hiburan.

Oleh kerana belum dikenali, menjadikan namanya masih asing dalam kalangan produser program TV dan filem, namun semangat getirnya menempuh alam penuh glamor terlalu berani diharungi. Nama yang indah, tetapi hampir tergeliat lidah untuk menyebutnya, Cristina Suzanne Stockstill, 26, secantik pemiliknya, namun tidak sukar untuk didekati kerana sifat peramahnya membuatkan sesiapa saja senang mendampinginya.

Memang melihat kepada namanya, terlintas dalam fikiran kita dia adalah gadis dari Eropah atau Amerika sekurang-kurangnya. Tapi apalah ada pada nama kalau tidak mengenali orangnya dengan lebih dekat.

Cristina sebenarnya adalah gadis berdarah campuran Melayu dan Jerman. Dan, mengenalinya sudah tentu mengingatkan kita dengan beberapa pelakon yang turut memiliki darah yang sama seperti Ramona Rahman dan Maya Karin.

Bagaimanapun, Cristina, bakat baru yang dicungkil menerusi program realiti Pilih Kasih musim kedua, menjadikan kedua-dua aktres itu sebagai dorongan dan semangat untuk bertapak kukuh dalam bidang yang diceburinya
Tak lupa asal usul

PENAMPILAN dan keperibadiannya tidak langsung menggambarkan dirinya itu adalah gadis berdarah campur atau PanAsia kerana kekuatan jati dirinya masih kuat dengan cara hidup ketimurannya.

Dia juga tidak membataskan untuk dirinya bergaul dengan orang tertentu, sebaliknya senang bersama sesiapa saja malah tidak pernah disisih oleh masyarakat.

"Ada kalanya saya rasa, diri saya tidak seperti orang lain yang juga berdarah campur yang mungkin hidup senang, cantik dan glamor kerana mudah menjadi perhatian orang lain.

"Tapi saya masih seperti budak kampung yang lain, berpakaian biasa dan menggunakan bahasa Melayu, memakan ulam-ulam kampung serta bergaul dengan sesiapa saja.

"Tambahan pula saya tidak rasa yang ada kelebihan lain, malah sejak kecil saya berkawan dengan Orang Asli di Kampung Sungai Lembing, Pahang. Mereka mengajar saya berenang dan meneroka hutan," katanya yang berbangga kerana ibunya, Rohimah Mohd Taib mengajarnya hidup sederhana sejak kecil.

Sebelum terbabit dalam bidang lakonan sepenuh masa bermula tahun ini, Cristina terlebih dulu pernah bergelar pramugari sejak 2003 hingga 2009.

Menurut gadis yang memiliki ketinggian 168 sentimeter itu, kehidupan sederhananya yang diamalkan oleh keluarganya membuatkan dia lebih suka hidup berdikari tanpa menyusahkan orang sekeliling.

"Memasuki alam pekerjaan sejak 2003 sebagai pramugari mengajar diri saya bagaimana untuk menjaga diri di tempat orang. Banyak pengalaman yang diperoleh, terutama menuntut saya hidup berdikari.

"Seperti orang lain juga, selain pengalaman manis dapat melihat tempat orang, saya lebih mengenali budaya setempat dan bergaul dengan sesiapa saja di tempat yang saya tuju.

"Mungkin sudah terbiasa dengan cara hidup sederhana menjadikan saya kurang gemar ke tempat yang mewah. Malah saya lebih suka ke pasar awam dan tidak kisah dengan suasana yang kotor walaupun berlumpur. Dari situ saya belajar bagaimana untuk menjaga diri saya sendiri," kata anak kedua daripada tiga beradik.

Berguru dengan Erma Fatima

MENGENAI pembabitannya dalam lakonan yang seterusnya dijadikan kerjaya baru, Cristina berkata, sudah tentu perkara utama yang difikirkan ialah untuk mengukuhkan punca pendapatan selain menambahkan keyakinan diri berhadapan dengan masyarakat.

"Bidang lakonan ini saya mula ceburi sejak 2004 apabila ditawarkan oleh Erma Fatima, kami berkenalan melalui MySpace apabila saya yang memulakan perkenalan itu dengan mengundangnya menjadi teman laman sosial saya.

"Drama Cermin Pada Bulan adalah lakonan pertama saya dan mula tertarik dalam bidang lakonan ini. Namun saya akur yang saya tidak boleh membuat kerja dalam satu masa di mana ketika itu saya masih seorang pramugari.

"Ketika saya menjadi pramugari, keyakinan diri saya sangat rendah dan bidang lakonan ini sangat membina keyakinan saya," katanya yang kembali ke bidang lakonan selepas menamatkan kontrak bersama syarikat penerbangan pada 2009.

Selepas itu, Cristina menghadiri sesi uji bakat Pilih Kasih pada 2010 yang dipaksa oleh ibunya sendiri.

"Sebenarnya darah seni saya diperoleh daripada nenek yang dulu adalah penari di istana dan emak pula adalah penari kebudayaan. Tetapi malangnya, ilmu menari itu saya tidak dapat, malah saya lebih kepada bidang lakonan.

"Memang saya tidak sangka uji bakat yang saya hadiri itu diterima dan agak terkejut juga di mana Erma Fatima ketika itu juga adalah guru yang akan mengajar kami.

"Buat masa ini saya tidak kisah kerana orang masih tidak mengenali saya kerana saya berlakon baru beberapa drama dan menerusi filem pun hanyalah daripada produksi bebas saja.

"Sebab itu saya masih terlalu merendah diri di dalam bidang lakonan ini, saya tidak merancang apa-apa dan melakukan kerja lakonan mengikut rasa hati, ada tawaran saya akan menerimanya, sejauh mana mampu saya pergi hanya tuhan yang akan menentukannya," katanya yang pernah berlakon dalam drama Kasih Najihah dan Dia Bukan Maryam, kedua-duanya disiarkan di TV9.

Selesa guna nama sebenar

CRISTINA sebelum ini dikenali sebagai Kris Cempaka menerusi program Pilih Kasih musim kedua terbitan RTM. Namun sebaik tersingkir daripada program itu, Cristina memilih untuk kembali menggunakan nama sebenarnya yang menyimpan banyak nostalgia pada dirinya.

"Nama Kris Cempaka itu diberi oleh produksi Pilih Kasih. Memang saya hargai dengan panggilan itu yang memikirkan nilai komersial untuk saya mudah dikenali. Namun selepas keluar daripada program itu, saya mahu untuk menggunakan nama sebenar kembali walaupun saya masih mahu berada di dalam dunia lakonan ini.

"Saya sebenarnya tidak selesa dengan nama glamor, apa pun saya harus juga hargai nama yang sudah diberikan oleh keluarga saya. Di sebalik nama itu, sebenar ada ceritanya sendiri kenapa saya harus menggunakan nama Cristina Suzanne Stockstill.

"Cristina Suzanne adalah nama sepupu saya yang meninggal dunia ketika saya betul-betul dilahirkan ke dunia ini. Keluarga saya kata muka kami seiras cuma matanya saja berwarna biru.

"Stockstill pula adalah nama keluarga sebelah ayah saya yang berasal daripada Jerman, namanya Joseph P Stockstill," katanya yang mengakui masih belum memiliki teman istimewa di dalam hidupnya.

Katanya, karier yang baru ingin mencari tapak untuk dibangunkan harus diutamakan, malah tidak menolak ketentuan jodoh sekiranya dipertemukan dalam masa terdekat.

"Hidup saya hanya ada keluarga dan kawan-kawan, buat masa ini saya tidak ada perancangan untuk mencari teman hidup. Bukannya saya tidak ada pengalaman bercinta tetapi tidak ada jodoh.

"Biarlah saya menumpukan kepada karier saya dulu. Jika ditanya pilihan hati saya sudah tentu saya akan memilih jejaka yang 'cool', kelakar dan tidak suka terlalu romantik, kalau boleh dapat yang romantik komedi lagi suka," katanya.

INFO

Nama: Cristina Suzanne Stockstill
Panggilan: Cristina
Tarikh Lahir: 22 Januari 1985
Usia: 26 tahun
Keturunan: Melayu/Jerman
Agama: Islam
Drama: Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3)
Filem Bebas: Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006)


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tak tahan asap rokok

Posted: 01 Jun 2011 07:25 PM PDT

Hip

pix_gal0
Aksi Liyana Jasmay sebagai perokok nampak janggal

MELIHAT Liyana Jasmay memegang watak sebagai perokok dalam filem pendek Asap: Cinta Terakhir arahan Aron Koh, timbul rasa lucu kerana pelakon muda itu seperti gagal menghayati wataknya dengan baik. Bukan lakonan tetapi cara seorang perokok menghisap rokok.

Liyana dilihat tidak menelan asap, sebaliknya dia hanya menghembus saja dan itu kelihatan cukup ketara di layar lebar. Ternyata melakukan aksi merokok, walaupun kelihatan seperti mudah tetapi kalau tidak kena caranya memang nampak janggal dan jadi kelakar. Malahan, apabila ia dilihat menerusi layar perak, ia nampak seperti dibuat-buat, bukan dilakukan dengan bersahaja.

"Saya bukan perokok dan akui agak sukar untuk menghayati watak sebagai seorang kaki rokok. Saya cuba menelan asap yang dihisap tetapi apabila berbuat demikian, saya batuk dan membuatkan sukar untuk mengucapkan dialog. Jadi selepas berbincang dengan Aron, saya dibenarkan untuk menghembus saja," katanya sambil tertawa.

Sementara itu, Piere yang ditemui pada majlis berasingan, tidak berselindung bahawa dia sebenarnya seorang perokok. Bagaimanapun, jelas anak bujang kepada pelakon Khatijah Tan ini, perkara itu dilakukan sesekali saja.

"Saya adalah seorang perokok sosial. Jika saya bertemu kawan-kawan, saya akan merokok. Pun begitu, itu bukanlah penghalang untuk saya berlakon dalam filem itu. Filem itu mempunyai mesej yang baik dan saya lakukannya juga atas dasar persahabatan," kata Piere.
Mesej Asap kabur

SEBELUM ini kita sering disajikan dengan pelbagai kempen khususnya membabitkan bahaya merokok sama ada menerusi media cetak, ataupun elektronik.

Malah, saban tahun ada saja kempen diadakan termasuk mewujudkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang disambut setiap 31 Mei setiap tahun. Namun semakin kerap disogokkan dengan kempen sedemikian, hasilnya bukan seperti yang diharapkan.

Malah, berdasarkan kajian global lebih lima juta orang mati setiap tahun akibat merokok atau terdedah dengan asap rokok. Ia menyumbang sebanyak 63 peratus, manakala bakinya adalah disebabkan serangan jantung, angin ahmar, kanser serta penyakit berbahaya lain.

Justeru apabila New Age Studios Sdn Bhd tampil dengan filem pendek yang objektifnya adalah untuk menyokong kempen Gaya Hidup bebas rokok berjudul Asap: Cinta Akhir, ramai yang tertanya-tanya, apakah kempen seperti ini mampu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahawa merokok? Apa bezanya dengan kempen yang pernah dibuat sebelum ini?

Selepas melihat filem pendek selama 10 minit itu pada majlis pratonton serta pelancaran kempen Gaya Hidup Bebas Rokok - Asap: Cinta Akhir di GSC MidValley Megamall, pagi kelmarin, ramai yang berkerut dahi kerana mesej yang disampaikan kurang jelas.

Dalam filem Asap itu, Liyana memegang watak sebagai Lisa digambarkan sebagai gadis penjual rokok, yang juga perokok tegar. Dia ditemukan dengan lelaki terpelajar tetapi bersikap merendah diri bernama Bob (Pierre Andre).

Tidak banyak dialog sebaliknya penonton hanya mengetahui mereka pasangan kekasih berdasarkan bahasa tubuh masing-masing. Pelakon lain dalam filem pendek ini adalah bekas peserta One In A Million (OIAM), Iz Suliani sebagai penyanyi di kelab, tempat Lisa bekerja.

Penamat cerita ini meninggalkan banyak tanda tanya dan apa yang mengejutkan, Asap: Cinta Terakhir tidak menunjukkan bahaya merokok. Menjawab persoalan ini, Aron berkata kempen ini dibuat bukanlah semata-mata untuk mengajar masyarakat mengenai bahaya merokok. "Apabila kami membuat keputusan untuk menghasilkan filem pendek mengenai kempen gaya hidup bebas rokok, sasaran kami adalah untuk golongan muda. Kempen ini untuk menyedarkan dan bukannya mengajar mana-mana pihak.

"Sebab itulah penamatnya sangat terbuka dan membiarkan penonton membuat andaian sendiri apakah yang berlaku sebenarnya," katanya.

Aron sebelum ini pernah memenangi Anugerah Khas Juri sewaktu Festival Filem Antarabangsa Bangkok menerusi filem Kurus.

Dia juga pernah mengarahkan filem cereka Seed of Darkness dan beberapa klip video seperti kumpulan Pop Shuvit bertajuk Marabahaya.

Tambah Aron, hasrat mengarahkan filem pendek mengenai kempen bebas merokok sudah lama bersarang di hati tetapi disebabkan ketiadaan dana, impiannya itu ditangguhkan.

Bagaimanapun, bantuan Dana Belia 1Malaysia (Dana Belia) yang ditaja oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad kembali memberikannya harapan untuk meneruskan hajatnya itu.

"Daripada tujuh pemohon yang disenarai pendek, saya seorang yang berjaya mendapatkan dana itu," katanya yang bercadang untuk mencalonkan filem itu di Festival Filem Antarabangsa Pusan di Korea Selatan.

Filem pendek yang menelan belanja sebanyak RM130 ribu itu akan ditayangkan di laman sosial Facebook ASAP.MY.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.