Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Gambar Kenny G di Plenary Hall Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Posted: 02 Jun 2011 10:00 AM PDT Pada 24 Mei 2011 lalu, Kenny G telah memukau 3,000 orang peminat di konsertnya di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pengalaman menyelami muzik Kenny G pada konsert itu tidak lain seakan berada di alam muzik khayalan. Suasana pencahayaan yang suram ditambah suhu yang dingin memperlihatkan lagi keharmonian tatkala alunan muzik terkeluar daripada corong saksofon ditiup Kenny G. Pembukaan persembahannya dengan limpahan cahaya berwarna-warni melayari latar pentas sambil 'follow spot' tepat menembusi susuk tubuh kecilnya, Kenny G memulakan dengan lagu Home dan Silhouette. Sebelum meneruskan dengan koleksi lagu bertemakan percintaan dan kasih sayang yang cukup menyelinap di dalam jiwa, dia sempat menguji kecekapan berbicara di dalam bahasa Melayu. "Selamat datang, apa khabar semua, walaupun bahasa Malaysia saya tidak baik tetapi saya akan cuba yang terbaik," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada penonton kerana kelancarannya menghafal kesemua perkataan itu. Hakikatnya, memang ini bukan pertama dia membuat persembahan di Kuala Lumpur. Alangkah tenang dan damainya penonton dibuai keasyikan dengan muzik gabungan jazz dengan rumba latin menerusi koleksi muzik sentimental daripada pemuzik yang kini sudah menjangkau usia 55 tahun. Jika diperhatikan, apalah yang boleh dibanggakan sangat dengan bakat pemilik nama sebenar Kenny Goerlick yang hanya menghiburkan pendengar menerusi muzik, tanpa sebarang suara nyanyian ataupun kuasa penghibur yang mampu berkomunikasi dengan baik. Namun, uniknya bunyian yang lahir dari sebatang saksofon begitu menusuk di dalam jiwa setiap yang mendengarnya. Sekali lagi Kenny G membuka bicara yang berbangga kerana dapat mengadakan konsert ketiga di negara ini selepas kali terakhir menawan puncak Genting dengan konsert Kenny G – Rhythm & Romance Live In Genting di Arena Of Stars, Genting Highlands pada April 2008. "Saya cukup berbangga dapat sekali lagi mengadakan persembahan di negara ini, sebelum ini saya baru saja selesai mengadakan konsert di Filipina baru-baru ini dan bezanya dapat mengadakan konsert di negara ini bersama peminat yang cukup menghargai saya. Jika kamu semua ingin tahu, saya sering mengadakan konsert di seluruh dunia hanya dengan membawa saksofon ini (sambil menunjukkan saksofon di tangannya) tanpa beralih kepada saksofon lain. Semua lagu yang dirakamkan ke dalam album saya juga menggunakan saksofon yang sama, saya menggunakan saksofon ini sejak saya masih belajar sehinggalah sekarang," katanya. Pada konsert itu, Kenny G tidak hanya menggunakan soprano saksofon, namun beberapa lagu menggunakan alto saksofon dan lagu Sade menggunakan tenor saksofon. Dia juga dibantu pemain muziknya yang bermain piano/keyboard, gitar, bass, drum dan alatan genderang. Selain itu, lelaki berambut kerinting paras bahu itu juga turut mempersembahkan lagu seperti G-Bop, Saxoloco, Dying Young/Going Home, Pick Up The Pieces, Jasmine Flower, Drwing, Cadenza, Songbird dan lagu tema filem Titanic iaitu My Heart Will Go On. Menariknya pada kunjungan konsertnya kali ini, Kenny dengan bermurah hati mengadakan cabutan bertuah kepada peminatnya dengan menghadiahkan saksofon istimewa. Saksofon berwarna perak itu sengaja dipertontonkan diatas pentas sepanjang konsert berlangsung dengan dipancarkan lampu limbah untuk memperlihatkan pantulan kilatannya. Gadis cilik berusia tujuh tahun adalah penonton bertuah yang berjaya memilikinya saksofon itu. Sebelum menyerahkan kepada pemiliknya, Kenny G sempat menyampaikan lagu berjudul Jasmine Flower kepada gadis cilik itu menggunakan saksofon yang sama sebelum menyerahkan kepadanya. Siapa Kenny G? Dilahirkan dan dibesarkan di Seattle. Mula jatuh cinta dengan saksofon ketika berusia 10 tahun. Selepas menonton aksi seorang pemain saksofon dalam siri Ed Sullivan Show, semangatnya terus meluap-luap sehingga menyuruh ibunya menyewa sebuah alto saksofon. Kerjayanya sebagai pemuzik profesional bermula pada usia 17 tahun iaitu dalam 1976 apabila membuat persembahan Barry White. Pemegang ijazah perakaunan dari Universiti Washington. Pernah menubuhkan kumpulan berkonsep genre funk bernama Cold, Bold And Together sebelum beralih menjadi pemain muzik jazz fussion secara solo. Pernah bekerjasama dengan penyanyi ternama seperti Aretha Franklin, Whitney Houston, Michael Bolton, Toni Braxton, Natalie Cole, Steve Miller dan Richard Marx. Album kelima Kenny G berjudul Breathless menjadi album instrumental paling laris di dunia apabila terjual lebih 15 juta unit. Pada 1997, nama Kenny G tercatat dalam Guinness Book of World Records sebagai pemain saksofon paling lama meniup alat muzik itu. Dengan menerusi nota muzik E-flat, dia membuat tiupan selama 45 minit tanpa henti. Tags: apa khabar, bahasa malaysia, bakat, bicara, genting, kasih sayang, kenny g, khayalan, klcc, mampu, muzik, pencahayaan, persembahan, plenary hall, rhythm and romance, saksofon, selamat datang, suhu, suram, susuk tubuh Tags: Konsert, Kenny GClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Posted: 02 Jun 2011 09:01 AM PDT AMIR LUQMAN'S STORY With a style of his own that remains unmatched amongst other fashion designers is non-other than Malaysian fashion designer, Amir Luqman. The young 27-year-old designer has embraced the androgynous style with striking, bold cuts that is known to create ultra modern silhouettes for contemporary women. Amir's strong dedication and passion in the arena of fashion has led him to be a Member of Malaysian Official Designer's Association (MODA). Amir Luqman He began designing at a young age and attended the International Fashion Training Centre (IFTC) for a Diploma in Fashion Design. As Amir's experience grew while working closely with Anne Avantie from Indonesia, his eponymous Batik line drew raves for being unabashedly ladylike, timeless and practical. The collections reflect Amir's pragmatic approach to dressing women. Being young and ferocious, Amir, at the tender age of 21, was the youngest designer to be featured in the book "Batik Inspiration" an internationally acclaimed coffee table book currently available all over the world. Amir's style and elegance reflects his passion to design pieces that accentuates clean, straight and classic lines. Perfection to him is all about paying attention to each and every detail from cut and fabric to hair and texture that conceives perfection all over. With a strong following thanks to various fashion showcases around the region, Amir has dressed the likes of celebrities such as Malaysian songbird Dato' Siti Nurhaliza and Indonesian superstar Krisdayanti. Amir's creations were also worn by Nadine Ann Thomas who represented Malaysia at the recent Miss Universe 2010 pageant. Not boxed by generic limitations, Amir is known to be very active in the Malaysian film industry as he styled the entire wardrobe for films 'Los dan Faun' and 'Sumo Lah'. AMIR'S FLASHCARD NAME: AMIR LUQMAN Tags: Amir, ann thomas, anne avantie, batik, coffee table book, contemporary women, fashion design, fashion designers, faun, iftc, international fashion, Krisdayanti, luqman, malaysian fashion designer, malaysian film, miss universe, pragmatic approach, Siti Nurhaliza, songbird, true focus Tags: Amir Luqman, Profil Selebriti, ProfileClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |