Utusan Online - Hiburan |
Posted: Kasihan Kak YanLama Joyah tak dengar cerita mengenai primadona kita, Azean Irdawaty. Baru-baru ni, ada teman Joyah sampaikan perkhabaran mengenai Kak Yan. Sedih Joyah dengar. Mana taknya, kata teman Joyah, hidup Kak Yan sekarang makin susah, macam-macam terjadi termasuklah masalah kesihatannya semakin merosot. Kesukaran yang dialami Kak Yan lebih parah bila Joyah dengar dia kesempitan wang lebih-lebih lagi bila dah tak ada sangat tawaran berlakon sekarang. Sampaikan dia terpaksa bertanya kalau-kalau ada job untuk sehari dua yang mana terdaya dia boleh buat. Walhal Joyah tahu benar, Kak Yan dah tak sekuat dulu lagi. Bukan apa, semuanya kerana dia terpaksa menanggung kos perubatan dia dan anak lelakinya, Benjy yang semakin meningkat. Lagi satu, Joyah difahamkan, Kak Yan juga terpaksa berulang alik dari Kuantan ke Kuala Lumpur sejak Mac lalu disebabkan kes perbicaraan anaknya yang belum selesai. Kadang-kadang, dalam masa sebulan dua tiga kali jugalah ke Kuantan. Jadi faham-fahamlah, kalau dah berulang alik semuanya pakai duit, mana nak cari kalau tak bekerja? Belum sentuh lagi pasal nak bayar peguam untuk kes Benjy, bil hospital, makan minum itu ini. Semuanya atas kepala Kak Yan belaka. Joyah tumpang simpati pada Kak Yan. Satu perkara lagi yang Joyah nampak, lumrah ibu, pengorbanan mereka untuk anak tiada galang gantinya. Biarpun si ibu tak berdaya mana, tapi jiwa dan hatinya tidak sanggup melihat dan membiarkan anaknya susah atau sakit. Joyah nak mintak tolong jugalah, mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan pada Kak Yan dari apa sudut sekali pun. Mungkin hari ini hari dia, mana tahu bantuan anda dapat ringankan beban dia. Dapat pahala lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Benih yang baik, campak ke laut jadi pulau Posted: Benih yang baik, campak ke laut jadi pulauEMPAT tahun sudah, ketika itu saya sedang sarat mengandung, kejadiannya di Pulau Pinang sewaktu kami menghadiri Festival Filem Malaysia. Dalam perut yang memboyot itu, Datuk Yusof Haslam yang menjadi Ketua Juri pertandingan menegur. "Along, awak ni, larat lagi ke berjalan jauh ni? Jangan nanti bersalin kat tengah jalan pula," katanya sambil bergurau, menjentik emosi saya dan teman-teman yang turut bersama. Dia selalu nampak serius tetapi malam itu Yusof banyak sekali berbicara dengan kami. Sehingga hanya tinggal saya dan teman, Saharuddin Mustapha, Yusof kemudian memberitahu kepada kami. "Tolonglah sokong sikit si Syamsul tu. Saya tengok kerja dia boleh tahan. Tapi, biasalah, budak-budak kadang-kadang susah nak terima nasihat kita, idea dia macam-macam," katanya mengadu perihal bujang kesayangan. Saya yang mendengar beliau berkata begitu secara jujur terus mencelah. Dalam hati, inilah masanya, kena cakap perkara yang betul tak boleh simpan lagi. "Masalahnya Datuk, Syamsul tu sombong sikit. Muka dia selalu saja masam, tak mesra dengan orang. Wartawan pun tak kuasa nak layan dia sebab nampak macam dia tak perlukan media," kata saya. Saharuddin di sebelah menambah, "Aha, betul tu Datuk. Kalau nak berjaya dia kena ubah perangai. Mesra media, pandai buat PR (komunikasi media) dan rendah diri sikit, barulah boleh pergi jauh." Yusof kemudian saya lihat terdiam seketika. Agaknya, ini pertama kali orang menegur anak sulungnya itu secara langsung, terus kena atas batang hidung dia. Tetapi kemudian dia berkata "Saya faham tu. Biasalah, dia tu manja dengan isteri saya sangat. "Tapi tak apalah, balik ni saya akan tegur dia. Benda macam ini kita tak boleh diamkan, terima kasihlah sebab cakap dengan saya," katanya. Dan lama selepas itu saya tidak lagi bercakap dengan jutawan filem itu tentang anak bujangnya. Sehinggalah kes putus cinta dengan Diana Danielle, barulah kami bertemu di rumah agamnya di Taman Melawati. Sesuatu yang saya lihat, Syamsul ketika itu agak jauh berubah. Dia tidak lagi menyombong, lebih mesra dan banyak bercakap dengan teman-teman media. Rasa peliklah juga kenapa cepat benar dia berubah. Dan hari ini, Syamsul muncul sebagai pengarah muda yang berjaya. Meskipun baru beberapa filem, dia sudah mula keluar daripada bayang bapanya. Skop Production terus bernafas dengan selesa di tangan Syamsul, pada ketika Yusof sendiri semakin banyak berehat di rumah menemani isteri melayan cucu-cucunya. Itulah yang dikatakan, kalau benih yang baik, campak ke laut pun boleh menjadi pulau. Saya mengkagumi Syamsul kerana dia banyak mewarisi sikap bapanya yang penuh dengan disiplin, tegas dan bersemangat. Kehidupannya tidak berlegar dalam dunia kucar-kacir, jauh sekali berparti sana-sini, mabuk-mabuk seperti sebahagian artis muda lain. Malah merokok juga tidak, sama seperti bapanya. Meskipun pada saat dia menerima Anugerah Pengarah Terbaik di FFM tahun lalu dengan penuh kutukan, Syamsul membuktikan kritikan tidak menjadikannya lemah. Kritikan sebaliknya menjadikan dia semakin kuat dan berjalan terus ke depan. Kelmarin, saya menerima pesanan ringkas Yusof yang mengatakan filem terbaru Syamsul, KL Gangster mencatat rekod sehingga RM1.5 juta pada hari pertama tayangan. Saya tumpang bangga kerana Syamsul muncul sebagai anak muda Melayu yang menjadi wajah masa depan industri filem kita. Tahniah anak muda! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |