Adsense

Sabtu, 11 Jun 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Cut Tari takut bercerai

Posted: 10 Jun 2011 06:12 PM PDT

Hip

PADA saat dia berusaha keras menata semula kehidupan selepas berdepan detik hitam yang memalukan, artis kontroversi Indonesia, Cut Tari, 34, sekali lagi diduga. Lautan hatinya yang damai selepas diuji gelora ganas, kembali bergolak dengan berita yang pantas bertebaran dalam industri hiburan Indonesia.

Tanpa disokong fakta kukuh, artis jelita berdarah Aceh itu kembali diheret untuk bertarung dan meraih semula kedamaian yang perlahan-lahan cuba dihalangi. Remuk hatinya apabila mahligai cinta yang didirikan bersama suami, Muhammad Yusuf Subarata sejak tujuh tahun lalu dilaporkan berantakan. Yusuf dilaporkan memohon cerai tatkala pengacara itu masih bergelut mencari semula keyakinan diri yang pernah hilang, sedikit masa lalu gara-gara skandal seks dengan Ariel Peterpan.

"Selepas membacanya dalam satu media talian, saya jadi kaget separuh mati dan cuma mampu bertanya kepada diri mengapa mesti ada berita seperti ini," katanya seperti dilaporkan dalam temubual eksklusif bersama tabloid talian, KapanLagi.com. Hanya mereka sudah jarang dilihat bersama, pantas ada pihak membuat kesimpulan rumah tangga Tari dan Yusuf bergolak. Kelibat anak tunggalnya, Sidney Azkassyah, 4, yang tidak lagi dilihat bermain di laman kediaman mereka turut dijadikan alasan mengukuhkan lagi dakwaan itu.
"Saya tidak tahu dari mana berita itu datang. Anak saya setiap hari bermain dengan teman-temannya di rumah. Lebih aneh apabila rumah saya selalu dikatakan tidak berpenghuni. Bukankah setiap hari keluar bekerja, pasti menggunakan kereta? Apakah hanya kerana kereta kami tidak kelihatan, terus ada membuat kesimpulan rumah kami kosong?," jelas Tari kebingungan.

Ternyata semua itu tidak mudah untuk ditangani Tari dan Yusuf. Sempat disapa dengan soalan mengenai suaminya yang didakwa membeli rumah baru di daerah Kemang, Tari berkata, mereka cuma mampu tertawa.

"Amin! Kalau kami punya rumah di Kemang. Suami sempat bersenda, siapa yang membocorkan mengenai rumah di Kemang? Saya mahu membuat kejutan kepada kamu. Saya kasihankan suami yang terpaksa menelan semua itu. Malah ketika mahu memasuki rumah, sempat dia dihalang wartawan hanya untuk bertanya soalan itu," katanya.
Tari mencabar mereka yang mendambakan kepastian supaya mencari jawapannya di pengadilan. Katanya, mereka boleh memeriksa kesahihan permohonan cerai itu tanpa perlu mencari dia dan suaminya.

"Bukankah semua tahu nama suami mahu pun nama lengkap saya? Mengapa tidak bertanya saja di sana? Pertanyaan mereka tidak sokong bukti kukuh untuk membolehkan saya dan suami menjelaskan perkara itu," katanya sambil akui sedikit kecewa atas laporan tidak benar itu.

"Sudahnya saya dan suami menerima semua itu sebagai satu gurauan kerana tidak tahu bagaimana mahu menanganinya. Siapa yang tidak bingung, perkara yang tiada diada-adakan? Saya kecewa dituduh cerai sedangkan saya dan suami tiada apa-apa masalah," katanya.

Persoalan mengenai perpisahan mereka kata Tari, sudah beberapa kali diajukan kepadanya namun sehingga ini dia dan suami masih utuh mempertahankan cinta mereka.

Malah Tari turut berpegang kepada prinsip untuk tidak melayan apa saja khabar tidak berasas yang menjurus kepada menggugat kebahagiaan mereka.

"Sia-sia jika saya terus memikirkan semua itu. Sekali pun mahu marah, saya tidak tahu siapa yang harus saya marah. Saya tidak mampu melarang orang daripada terus bercakap mengenai hal itu. Itu hak mereka, cuma saya sedih mengapa dijadikan sasaran berita tidak benar itu kerana ia langsung tidak berasas," katanya.

Dijolok pertanyaan kemungkinan jirannya menjadi sumber berita itu tersebar, Tari pantas menolak. Dia berkata, hubungan mereka dengan jiran sudah seperti saudara sendiri dan tidak mungkin mereka mengkhianati dirinya.

Impak kes video lucah bersama Ariel memaksa Tari untuk menyepikan diri daripada dunia hiburan. Bagaimanapun, sejak Mac lalu, Tari mempersiapkan dirinya untuk kembali dan menebus semula kekhilafan yang hampir mengorbankan karier seninya. Tari mahu melupakan 'luka' itu. Dia memilih untuk menjalani kehidupan baru tanpa perlu masyarakat membahas isu yang masih diperkatakan.

INFO

Kes Video Seks Cut Tari -Ariel:

  • 8 Jun 2010: Cut Tari terkait berita mengenai penyebaran video porno mirip dirinya dan Ariel Peterpan. Video durasi 8 minit itu dirakam sekitar 2006.
  • Pengedaran video itu membuat karier Tari terancam. Hari sama, kontraknya sebagai pengacara program hiburan, Insert dihentikan, begitu juga program lain di bawah TransCorp.
  • Pada 14 Jun 2010, Tari ke balai polis untuk memberi keterangan. Didampingi suami, Tari disiasat sebagai saksi.
  • Kariernya sebagai bintang iklan produk Pixy juga berakhir, biarpun kontrak bersama Mandom Indonesia itu masih berbaki sehingga September.
  • Tekanan berpanjangan pelbagai pihak mendesak Tari untuk melakukan sidang media pada 8 Julai 2010. Dia memohon maaf.
  • Pada 9 Julai 2010, Tari mengakui wanita dalam video itu ialah dirinya. Dia juga menjadi saksi kes itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jadi Bualan

Posted: 10 Jun 2011 06:04 PM PDT

Hip

pix_gal0
1. Gambit buat gempar lagi

BARU saja kecoh mengenai namanya digugurkan daripada pementasan teater muzikal 60-an, Kenangan Mengusik Jiwa, pelakon baru Gambit Saifullah sekali lagi menarik perhatian penggemar dunia hiburan tempatan menerusi klip video lagu Marilah nyanyian Prema Yin yang diarahkannya.

Klip video yang turut menampilkan pelakon Shahz Jaszle itu dikatakan memaparkan babak berunsur seksual. Ramai pihak yang mengecam dan menyelar kewujudan klip video lagu itu termasuklah Sasterawan Negara, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala). Gambit dalam kenyataannya sebelum ini mahu memasarkan klip video itu ke pasaran luar negara terutama Amerika Syarikat.

Katanya lagi, klip video itu dibikin sedemikian rupa bagi memenuhi piawaian antarabangsa. Gambit membikin klip video itu juga bukan untuk memuaskan hati penonton atau peminat, sebaliknya atas kepuasan sendiri.

Gambit, Prema dan Shahz masing-masing sudah mengeluarkan kenyataan di dalam akhbar baru-baru ini untuk mempertahankan pendirian mereka. Gambit juga dikatakan enggan memohon maaf kepada pihak tertentu kerana menulis dengan perkataan kasar di laman sosial, Twitter. Apa yang dilakukannya sekadar membalas serangan peribadi yang dibuat oleh segelintir penulis blog terhadapnya.

2. Ledakan Neelofa
PELAKON baru, Noor Neelofa Mohd Nor atau nama glamornya, Neelofa ini terus menjadi sebutan ramai dalam industri hiburan sejak kebelakangan ini. Bakat lakonannya dikatakan belum pun teruji apatah lagi dipuji kerana masih dianggap hijau dalam persada seni.

Namun, kecantikan, keseksian, pesona dan aura yang dimiliki pemenang Dewi Remaja 2010 ini mula disifatkan sebagai 'The Next Big Thing' dalam liga seni tempatan. Tidak hairan, dia mula menjadi perhatian hingga menjadi pilihan ramai untuk diabadikan wajahnya di muka depan sama ada ruangan hiburan akhbar arus perdana mahupun majalah hiburan.

Namun, di sebalik itu, pelakon drama Kitab Cinta arahan Badarauddin Azmi (Bade) itu mula dicemburui ramai hingga gosip kurang molek mula bertandang di kanvas seninya. Mulanya dia dituduh sebagai perampas dan pemusnah kebahagiaan cinta Shahz Jaszle dan Maria Farida yang sudah pun kecundang.

Kemudian, gadis berdarah campuran Melayu-Arab itu pula dituduh sebagai pelakon baru yang tidak berdisiplin. Terbaru, dia dikaitkan turut terpalit dengan hubungan intim bersama VIP dan kerabat diraja. Malah, Neelofa dikatakan terlalu gemar menjaja kisah terbabit kepada pihak dalam industri hiburan untuk membolehkan dirinya menjadi bahan gosip, sekali gus pantas dikenali ramai.

Menariknya, lelaki yang dimaksudkan itu dikatakan pernah menjalinkan cinta dengan beberapa orang artis popular tempatan. Bagaimanapun Neelofa dalam kenyataan terbarunya menafikan semua itu.

3. Fasha vs Iqram Dinzly

TUMPUAN kali ini bukan siapa gerangan kekasih yang kembali bertakhta di hati Fasha Sandha. Biarpun ada yang mula menebak gerangan lelaki itu, Fasha nyata lebih selesa mengunci mulut. Namun, apa yang menjadi perhatian sepanjang minggu lalu ialah keluhan dan luahan Fasha mengenai sikap seorang pelakon muda menerusi laman Twitter miliknya.

Ramai beranggapan pelakon yang dimaksudkan pemilik salun Chinta itu merujuk kepada Iqram Dinzly. Apatah lagi, mereka dikatakan bergandingan sebagai pelakon drama Dewa Chintaku yang sedang menjalani penggambaran di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun Fasha dalam beberapa status Twitternya tidak menjelaskan siapa pelakon dimaksudkan itu. Fasha mendakwa pelakon muda itu tidak berdisiplin apabila datang lewat empat jam ke lokasi hingga dirinya menunggu begitu lama. Fasha mendakwa waktu call time untuk semua pelakon terbabit ialah jam 8 pagi dan dirinya sudah sampai jam 7.45 pagi, tetapi pelakon lelaki itu sampai waktu tengah hari.

Menurut Fasha, dia tidak bermaksud untuk memperbesarkan isu itu. Apa diluahkannya di laman sosial popular itu hanya sekadar luahan perasaan. Mengenai soal masa, pelakon jelita itu memang cukup dikenali dengan sikap yang amat menghargai dan menghormati waktu. Fasha dan pelakon yang dimaksudkan itu (kononnya Iqram) bagaimanapun kini dikatakan sudah berdamai.

4. Siapa cinta baru Nora Danish?

SELEPAS timbul isu yang dikatakan tidak mahu lagi berimej seksi atau memakai pakaian yang ada unsur seksi sekembalinya daripada mengerjakan umrah dua bulan lalu, pelakon Nora Danish kini juga mula diperkatakan ramai peminat mengenai soal cinta terbarunya. Ramai peminat mula bertanya siapa lelaki biasa yang mula bertakhta di hatinya selepas berpisah dengan Jejai.

Sebelum lelaki biasa yang dimaksudkan Nora, dia sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang kerabat dari Terengganu. Tapi cerita itu berakhir begitu saja. Malah, Nora sendiri tidak kenal siapa kerabat raja yang dimaksudkan itu. Yang penting, hati Nora kini kembali berbunga-bunga. Ibaratnya doa untuk dipertemukan jodoh seperti dimintanya ketika berdoa di Tanah Suci Makkah seperti memberi bayangan ia sudah dimakbulkan. Cuma, identiti lelaki terbabit masih kabur gerangannya. Nora masih cuba berahsia. Harapnya hubungan itu akan berakhir ke jenjang pelamin. Nampak gayanya, anak Nora, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram akan dapat bapa baru selepas ini.

Mengenai cerita yang bertebaran kononnya Nora nak berubah imej dari segi berpakaian, hakikatnya pelakon itu berkata, kenyataan itu bukan terpacul daripada mulutnya sendiri. Nora sendiri pelik bagaimana cerita itu boleh tersebar sedangkan dia tidak pernah memberi apa-apa kenyataan. Mungkin, Nora tetap mahu seksi lagi selepas ini?

5. Shahir, Rozita sakit!

JUARA Akademi Fantasia 8, Shahir Zawawi dilaporkan mengalami retak tulang tangan sebelah kiri selepas terjatuh di bilik air di kampung halamannya di Kampar, Perak. Pelakon filem Karak itu ditimpa musibah itu Sabtu lalu.

Dilaporkan, ketika ini Shahir sedang bercuti di kampung halamannya dan terpaksa menyambung cuti lagi untuk berehat sebelum kecederaan itu sembuh sepenuhnya.

Di sebalik kisah itu, wanita yang rapat dengan Shahir dan dikaitkan sebagai pasangan bercinta, Rozita Che Wan, juga dikatakan sedang berada di sebuah hospital di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini, kerana mengalami demam kuning. Barangkali Rozita terlalu sibuk bekerja hingga ditimpa sakit. Atau, mungkin emosinya terganggu dek gara-gara Shahir tidak mahu mendedahkan kisah sebenar cinta mereka. Semoga kalian berdua cepat sembuh ya!


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.