Adsense

Sabtu, 11 Jun 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sinopsis Poster Trailer Filem Rasuk

Posted: 11 Jun 2011 10:00 AM PDT

SINOPSIS – RASUK

Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan menarik serta aman dengan kehadiran penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman seorang pengarah fotografi  bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut kerana banglo itu cukup indah dan tenang, jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.

TRAILER RASUK

Setelah kejadian itu Melati sering berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan. Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu.  Zaiton, ibu Melati yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut.  Kejadian itu benar-benar mengejutkan Melati dan Arman. Peristiwa itu juga umpama menghidupkan sesuatu yang sudah lama 'mati'. Setelah kejadian itu, Melati banyak mengelamun dan berkhayal sendiri. Doktor berpendapat bahawa Melati memiliki dua personaliti yang mana dia mampu mencederakan dirinya untuk kepuasan diri. Arman sama sekali menyangkal dakwaan itu. Arman yang keliru telah menuduh semua yang berlaku adalah angkara Pak Mail si tukang kebun. Namun begitu Melati menafikan kerana Pak Mail adalah orang yang membantunya ketika dia dalam keadaan di'ganggu'.

Pak Mail, tukang kebun yang 'bodoh-bodoh alang' telah lama berkhidmat di rumah tersebut dan dia tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selepas kejadian itu keadaan Melati semakin serius, dan akhirnya dia dibantu oleh Ustaz untuk menghilangkan gangguan tersebut. Ustaz sememangnya dari awal sudah mengetahui keadaan banglo tersebut setelah melihat  perkara-perkara ganjil yang  berlaku terhadap Arman dan Melati. Pak Mail akhirnya membongkarkan misteri banglo Melayu lama itu.

Akhirnya dengan bantuan Ustaz, berbekalkan ilmu dan ayat-ayat suci Al Quran akhirnya roh jahat yang menganggu kehidupan Arman dan Melati tewas.

poster rasuk

BARISAN PELAKON

FOUZIAH GOUS

IQRAM DINZLY

SIDEK HUSSIN

FAUZIAH NAWI

FRANK  PETERSON

HASNI MOULOD

RELEASE DATE : 23 JUNE 2011

PODUCTION : WHITE MERPATI

ENTERTAINMENT SDN BHD

DIRECTOR : S.BALDEV SINGH

GENRE : HORROR/SUSPEN

Rasuk Movie Still

Rasuk Movie Still

Rasuk Movie Still

Rasuk Movie Still

Rasuk Movie Still

Rasuk Movie Still

Rasuk Movie Still

Rasuk Movie Still

Rasuk Movie Still

Rasuk Movie Still

Rasuk Movie Still

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Poster & Trailer X-MEN: FIRST CLASS
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Peraduan Mencipta Poster Filem Anak Halal
  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd
  • The Mirrors Trailer Poster Synopsis Kiefer Sutherland
  • Filem Anak Halal Lakonan Fasha Sandha & Maya Karin 13 Disember ini!
  • Mad Money Trailer, Synopsis & Movie Poster
  • Synopsis The Restless Directed by Jo Dong-oh
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sekitar Konsert Lafazkannya dengan Stail Cornetto

    Posted: 11 Jun 2011 09:22 AM PDT

    Wall's Cornetto Menggegarkan Kuala Lumpur dengan penuh Gaya!

    Rakan, insan dan kaum keluarga yang berkongsi minat dalam muzik dan ais krim telah diberi satu petang yang sangat istimewa, iaitu acara yang dipenuhi kasih sayang dan persahabatan – Konsert Lafazkannya dengan stail Cornetto hari ini. Tujuh daripada peminat selebriti Wall's Cornetto dan bintang terkemuka Malaysia telah menyampaikan lagu kegemaran mereka buat para peminat mereka.

    Konsert Lafazkannya dengan stail Cornetto, yang dibuka kepada orang awam adalah acara kemuncak kepada kempen 'Lafazkannya dengan stail Cornetto' selama 4 bulan oleh Wall's Cornetto yang bertujuan memperkasakan orang ramai untuk mengekspresikan perasaan mereka dengan penuh gaya.

    Konsert Cornetto

    "Sebagai jenama yang sinonim dengan cinta dan persahabatan, Wall's Cornetto sentiasa menerajui arena menghubungkan orang, mewujudkan peluang-peluang baru dan merapatkan hubungan sesama insan. Tiada cara yang lebih baik untuk melaksanakannya daripada menganjurkan konsert yang dibarisi bintang-bintang di mana kasih sayang dan persahabatan adalah ikatan bersama pada malam tersebut." kata Chan Meng Yang, Pengurus Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

    Duta cinta Wall's Cornetto dan peminat terbesarnya, bintang baru Akim dan Stacy memberikan persembahan yang hebat apabila mereka membuka tirai dengan lagu tema kempen ini, berjudul Jahatnya Cinta. Gabungan lagu Akim, Inilah Cinta dan Stacy, Jahat, lagu tersebut membuatkan para pengunjung berdansa sambil menyanyi bersama – ia adalah acara permulaan yang terbaik untuk konsert itu sebelum pelbagai persembahan lain menyerikan pentas.

    Berinteraksi dengan penuh bersemangat dengan para pengunjung konsert, Akim dan Stacy menyatakan, "Ini adalah duet pertama kami dan kami gembira bahawa anda juga menggemari lagu ini seperti kami. Kami berharap ini akan menggalakkan semua orang di sini untuk mengekspresikan perasaan mereka secara unik, sama ada melalui muzik atau sesuatu yang mudah seperti ais krim, kerana anda tidak tahu peluang-peluang menarik yang menanti di masa akan datang jika anda tidak mencuba sesuatu!"

    Dianjurkan di Jusco Setiawangsa, konsert ini menawarkan bakat terbaik Malaysia dari muzik pop hingga ke R&B dan 'rock', mengumpulkan orang daripada pelbagai latar belakang usia yang berhubung melalui bahasa universal iaitu muzik. Peminat selebriti Wall's Cornetto lain yang turut ke pentas termasuk Tomok, Awi Rafael, Tilu, Sofazr dan Black, yang membuat para pengunjung tidak berhenti berdansa mengikut irama yang dipersembahkan.

    Dikenali sebagai penghibur yang bertenaga dan lincah di pentas, Stacy memenuhi jangkaan para peminat beliau apabila beliau berjaya membuat mereka berdansa mengikut lagu hit beliau, "Jahat" dan membuktikan bakat unik beliau sebagai sensasi nyanyian Malaysia apabila beliau mendendangkan balada hit pertama, "Kasanova". Puteri pop ini kemudiannya ditemani Awi Rafael yang terus memukau para pengunjung apabila beliau menyampaikan hit debut beliau, "Pulanglah".

    Ramai pengunjung kedengaran menyanyi bersama apabila kumpulan Tilu mengambil alih pentas dengan lagu-lagu mereka yang berunsurkan 'funk', jazz pop dan 'experimental', termasuk lagu kegemaran ramai seperti "Ku Bukan Aku". Peminat rock moden juga tidak ketinggalan sepanjang konsert apabila kumpulan pop rock, Sofazr menyertai barisan artis dan membuat semua peminat semakin bersemangat dengan lagu-lagu terkini mereka.

    Keraian kasih sayang dan persahabatan melalui muzik ini telah diakhiri oleh pemenang anugerah terkemuka, Black yang menghiburkan para pengunjung dengan lagu "Leya" dan "Sofea Jane", yang membuat para pengunjung meminta lagi.

    "Konsert ini adalah saluran untuk individu berkumpul, berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan membina peluang-peluang baru. Kami dapat menyaksikan bagaimana matlamat itu direalisasikan malam ini, dan kami berharap para pengunjung juga terhibur seperti kami," tambah Chan.

    Berikutan festival muzik unggul di Kuala Lumpur, peminat ais krim Wall's Cornetto juga akan dapat menyaksikan Tomok, Shahir, Awi Rafael, Sofazr, Azlan & The Typewriter, Stacy, Akim dan penyampai HotFM di Plaza Angsana Mall, Johor Bahru dari 2ptg hingga 6ptg pada hari Sabtu, 18 Jun 2011.

    Para peminat yang ingin menonton semula Konsert Lafazkannya dengan stail Cornetto boleh melayari www.facebook.com/iluvcornetto untuk melihat penghibur kegemaran mereka dan adegan-adegan yang berlaku disebalik tirai melalui video-video khas di sebalik pentas.

    Konsert Cornetto

    Konsert Cornetto

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Akim & Stacy Dilantik Jadi Duta Walls Cornetto
  • Stacy & Akim Akan Jayakan Konsert Walls Cornetto
  • Gambar Stacy di Sidang Media Konsert Walls Cornetto
  • Gambar Scha Alyahya di Sidang Media ABPBH2010
  • Show Your Love, Pass Your Cornetto
  • Gambar Stacy Juara AF6 @ Press Conference Konsert Cornetto Love Sparks
  • Stacy di Event Wall's Cornetto Beri 100ribu Aiskrim
  • Gambar Akim di Sidang Media Konsert Walls Cornetto
  • Sekitar Sidang Media dan Pelancaran Konsert Cornetto Love Sparks
  • Gambar Gita Gutawa @ Konsert Cornetto Love Spark
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.