macam macam hiburan terkini |
- Sham terima hidayah mengejut
- Dunia baru Nas Adila
- Inaz dan Gib bekerja dari 'rumah'
- Pekida Minta David Teo, Yusof Haslam Mohon Maaf
Posted: 10 Jun 2011 08:16 PM PDT Sementara daripada segi imej pula dia lebih senang berketayap dengan baju labuh seperti jubah. Perubahan Sham itu bukan sahaja mendapat perhatian ramai tetapi ia turut mengundang pelbagai persoalan di sebalik perubahan tersebut. Menurut Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd. Salleh, dia sendiri tidak menyangka akan berubah dan menganggap hidayah yang diterimanya daripada Allah itu datang secara mengejut. "Saya berubah secara tiba-tiba. Hidayah daripada Allah itu saya tanpa saya sedari. Cuma perubahan-perubahan itu sudah mula muncul dalam diri saya. Saya misalnya, akan mudah terjaga untuk bangun solat subuh. Kalau dulu saya susah hendak bangun pagi. "Apatah lagi, saya jenis yang tidur mati. Sekarang ini saya senang hendak tunaikan solat. Walaupun kurang tidur tetapi alhamdulillah, saya masih mampu bangun pagi. Saya anggap ini anugerah Allah," katanya kepada S3 sewaktu ditemui di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini. Gitaris berusia 35 tahun ini berkata, dia tidak menyangka akan berubah secara mendadak, malah ia turut mengejutkan ramai peminatnya. Isterinya, Farazila Abd. Jabar, 29, juga tidak terkecuali terkejut dengan perubahannya itu. Bagaimanapun, Sham tidak menafikan faktor usia dan berkat doa isterinya itu sedikit sebanyak menyumbang kepada penghijrahan tersebut. "Bagi saya, hidayah tidak ada dijual di mana-mana atau boleh diperolehi termasuklah di masjid tetapi ia datangnya daripada Allah. Apapun kita hanya mampu berdoa dan memohon agar diberi hidayah. Dalam hal ini, saya rasa isteri saya juga banyak berdoa untuk saya. "Mac lalu isteri saya menunaikan umrah di Mekah dan ada orang nampak dia menangis sewaktu berdoa di sana. Selain itu, ibu bapa saya juga gembira dengan perubahan saya itu," katanya yang sering diundang sebagai gitaris jemputan dalam banyak konsert artis popular. Tambahnya, rakan-rakannya di laman sosial Facebook di Internet juga semakin bertambah sehingga 15,000 kenalan yang turut menyokong penghijrahannya itu. Sepanjang bersama Kamikaze sejak tahun 2000, dia dan kumpulannya telah menghasilkan empat album berjudul Kontroversi, Inspirasi, G3 dan The Return. Sayangnya, sejak dua tahun lalu Kamikaze telah dibubarkan dan anggota-anggota kumpulan itu membawa haluan masing-masing. Jelas anak kelahiran Kuala Lumpur ini, biarpun sudah berubah daripada seorang yang sering meninggalkan suruhan agama kepada taat beribadah kepada Allah, dia tetap tidak melupakan bidang muzik. Sebaliknya, Sham yang telah mendirikan rumahtangga sejak 17 Ogos 2008 dan masih belum dikurniakan cahayamata itu masih meneruskan Studio 21 yang ditubuhkannya bersama rakan kongsinya, Peter Chong. Studio yang diasaskan sejak 2007 bersama juruadun terkenal di Puchong, Selangor itu masih aktif dalam menyediakan perkhidmatan rakaman lagu dan album artis-artis tempatan. "Ini adalah bakat dan kerjaya saya. Bagaimanapun mulai sekarang saya akan cuba pastikan agar lagu-lagu dan album-album yang dirakamkan di studio saya itu biarlah menjurus ke arah mencari keredhaan Illahi," katanya yang kini turut aktif berdakwah termasuklah menerusi Facebook. |
Posted: 10 Jun 2011 08:14 PM PDT Jika dahulu anak kelahiran Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru, Johor ini sering menghiburkan peminat di pentas persembahan, kini masanya banyak dihabiskan di Kompleks Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor, membelai 'kotak besi' yang dihantar untuk 'dimandikan'. "Sekarang ini, di sinilah tempat Nas menghabiskan masa sekiranya tiada undangan menyanyi atau persembahan. "Tetapi jika ada undangan atau kerja luar, Nas akan pastikan akan ada masa untuk menjenguk Green Clean ini setiap hari," ujar pemilik nama sebenar, Nas Adila Mohd. Dan ketika ditemui S3 di premis perniagaannya itu, baru-baru ini. Tambah penyanyi yang akan tampil dengan lagu terbaru, I Love U itu, dia juga akan turun padang mencuci kereta yang dihantar pelanggan bersama-sama dengan pekerjanya. Bagi pelantun lagu Bidadari Cinta, sejak memulakan perniagaan tiga bulan lalu, dia tidak betah dengan hanya memerhatikan pekerjanya menjalankan rutin mencuci kereta. "Nas jadi tidak senang sekiranya hanya duduk dan memerhatikan sahaja apa yang mereka buat. Jadi, apabila kerja di bahagian pengurusan telah siap dan ada kereta yang hendak dicuci, tangan Nas jadi 'gatal' untuk bermain dengan sabun. "Bagi Nas, mencuci kereta bersama pekerja memberikan lebih kepuasan, selain dapat merapatkan jurang di antara Nas dengan pekerja. "Lagi pun, Nas rasa sekiranya Nas turut sama melakukan kerja-kerja mencuci kereta, itu akan memberikan lebih kepuasan kepada pelanggan. " Maklumlah, mata wanita ini lebih tajam. Ditambah dengan sikap cerewet, pasti habuk yang secalit pun dapat dikesan," tambahnya yang turut meminati bidang tarian. Jelas gadis berusia 25 tahun itu lagi, premis perniagaannya pernah menerima 25 kenderaan sehari dan itulah rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sejak Green Clean Car Wash beroperasi. Itu membuatkan Nas dan pekerja tidak menang tangan untuk mencuci kesemua kenderaan yang ada. "Alhamdulillah, rezeki setakat ini baik. Lagipun, kami dapat tender dari syarikat kenderaan, Toyota di mana setiap kereta baru yang dijual, akan dicuci terlebih dahulu sebelum dihantar kepada pelanggan. "Selain itu, ahli kelab Proton Saga (Prossboc) juga sering menghantar kereta mereka di sini untuk dicuci. "Soal penat... tak usah cakaplah tetapi di sebalik kepenatan itu, timbul keseronokan apabila pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang kami berikan," ujar Nas Adila. Premis berkenaan juga dijadikan tempat latihan menari pada sebelah malam iaitu selepas operasi cucian kereta tamat pada pukul 10 malam. "Apabila sudah tiada kereta yang masuk pada sebelah malam, Nas akan mulakan sesi latihan menari. Mungkin selepas ini, Nas ingin meletakkan cermin pula untuk memudahkan Nas membuat laithan," ujarnya mengakhiri bicara tengah hari itu. google: nas adila, nas adila facebook, nas adila blog, nas adila twitter, nas adila myspace, nas adila bogel, nas adila seksi, nas adila panas, nas adila 2011, gambar nas adila terkini terbaru, nas adila bio, nas adila profile, nas adila berniaga |
Inaz dan Gib bekerja dari 'rumah' Posted: 10 Jun 2011 08:13 PM PDT Sebelum melangkah ke pintu utama Magicdreams, tetamu perlu membuka kasut dan di situ terdapat sofa merah menyambut kedatangan tetamu. Di ruang terbuka itu sahaja, saya sudah merasakan suasana di rumah dan sebaik sahaja melangkah ke dalam, hati terus terpaut dengan dekorasi dalaman pejabat tersebut. "Dekorasi dalam pejabat sengaja dibuat cozy kerana Inaz mahu bekerja dalam suasana tenang dan tidak tertekan. Memanglah kalau tengok macam di rumah. "Kalau nak tahu di bilik Inaz dan Gib, siap ada bilik untuk anak. Bukan apa, Inaz lebih suka kalau bekerja sampai lewat, nampak anak di depan mata," katanya yang mesra dengan panggilan Inaz. Menurut Inaz, beliau sengaja menyediakan bilik khas untuk puterinya, Ruhil Batrisya Agi, 9, kerana tidak mahu anaknya berasa terpinggir lantaran bebanan tugasnya. Kata Inaz, perasaan bersalahnya pada Batrisya yang kerap ditinggal sewaktu bekerja dengan TV3 dahulu tidak akan diulangi lagi. Malah katanya, penubuhan Magicdreams juga adalah disebabkan kata-kata keramat daripada anaknya, dua tahun lalu. "Hati Inaz benar-benar tersentuh ketika itu apabila Inaz sibuk berkemas untuk melakukan tugasan di Dubai, Batrisya pun berkemas kerana nak ikut juga. "Apabila Inaz jelaskan padanya yang Inaz terpaksa pergi untuk mencari duit persekolahannya, dia bawa tabung dan beritahu dia ada duit, Inaz tidak perlu bekerja lagi. Ketika itulah hati Inaz benar-benar tersentuh," katanya. Mencerita lanjut, Inaz berkata, selama tujuh jam perjalanan ke Dubai, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja di TV3 tanpa mempunyai apa-apa perancangan. Beliau hanya mampu bertahan menjadi suri rumah sepenuh masa untuk tempoh beberapa bulan sahaja, selepas itu Inaz mula memikirkan soal pekerjaan. "Mungkin disebabkan selama ini Inaz bekerja, jadi bila lama duduk di rumah. Inaz jadi bosan. Inaz perlu pekerjaan yang tidak menghalang Inaz daripada mengurus anak. "Setelah berbincang, Inaz dan Gib sepakat menubuhkan syarikat ini. Sebenarnya tidak mudah untuk kami membuka syarikat ini, tapi setelah melalui pahit maung, akhirnya kami dapat juga apa yang dihajati selama ini," katanya tersenyum. Syarikat yang terletak di Jalan Mutiara Tropicana 3, Selangor ditubuhkan dua tahun lalu bukan sahaja beroperasi sebagai produksi penerbitan tetapi juga sebagai agensi media. Menurut Inaz, syarikat yang mempunyai enam kakitangan tetap itu antaranya menyediakan perkhidmatan video korporat, TV komersial, penerbitan dokumentari, program TV dan agensi pengiklanan. "Kami bukan sekadar melakukan kerja-kerja penerbitan yang selalunya diterajui oleh Gib, malah turut memberi nasihat kepada klien. Bab itu kerja Inaz. "Disebabkan pernah bekerja dengan penerbitan, Inaz tahu waktu yang sesuai untuk masuk iklan. Setiap info yang diberi kepada pelanggan dibuat berdasarkan pengalaman Inaz sewaktu bekerja dahulu dan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan kami," jelasnya. Memandangkan kedua-duanya pernah bekerja di belakang tabir, jadi segala selok belok penerbitan dilakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan luar. |
Pekida Minta David Teo, Yusof Haslam Mohon Maaf Posted: 10 Jun 2011 08:11 PM PDT Kedua-dua penerbit itu ialah Datuk Yusof Haslam dari Skop Production yang menerbitkan KL Gengster dan David Teo dari Metrowelth Movie Productions (Kongsi). Katanya, jika kedua-dua penerbit filem tersebut enggan berbuat demikian mereka akan membawa perkara berkenaan kepada pihak atasan termasuk ke Parlimen. "Isu kedua-dua filem ini telah menyentuh sensitiviti pertubuhan Pekida. Kami memberi masa selama tujuh hari untuk kedua-dua penerbit itu meminta maaf secara terbuka. Ahli Pekida berkunjung ke pejabat Lembaga Penapisan Filem Malaysia bagi membantah filem Kongsi dan KL Gengster. "Mereka yang menimbulkan perkara ini dan sepatutnya bertanggungjawab. Kami hanya meminta mereka meminta maaf secara terbuka atas kesilapan tersebut," ujarnya pada sidang di pejabat Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), di sini, Jumaat. Majlis sidang media tersebut diadakan berikutan isu penggunaan dialoq dan pekara-pekara lain dalam filem tersebut telah menyentuh perjuangan Pekida. Tambah Roslan, pihaknya tidak mahu perkara berkenaan berulang kembali sehingga menjadi ikutan kepada penerbit filem tempatan dalam menghasilkan karya masing-masing. "Saya tidak mahu apa yang dihasilkan dalam dua filem itu menjadi trend penerbit lain apabila mereka mmenghasilkan filem seumpama itu," tuturnya. Dalam pada itu, Pengerusi LPFM, Datuk Mohd Hussain Shafie berkata penapisan trhadap filem berkenaan dibuat mengikut garis agensi itu. "Pihak kami membuat tapisan mengikut empat garis panduan utama iaitu mengambil kira soal keselamatan, kententeraman awam, sensitiviti agama dan tatasusila masyarakat. "Kedua-dua filem tersebut melepasi keempat-empat tapisan tersebut dan selepas dinilai seramai 70 ahli penal LPFM," katanya. Bagaimanapun Hussain berkata pihaknya meminta maaf dan mengaku kesilapan mereka melepaskan kedua-dua filem tersebut. "Saya dan ahli panel yang menilai filem ini tidak arif tentang sensitiviti yang berkaitan dengan apa-apa juga pertubuhan seperti yang dipaparkan dalam filem ini. "Kami berjanji selepas ini pemantauan lebih ketat akan dilakukan terutamanya melibatkan sensitiviti segelintir pihak," jelasnya. Katanya, dia akan membuka peluang kepada ahli Pekida untuk menjadi ahli pa |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |