Adsense

Rabu, 29 Jun 2011

Sensasi

Sensasi


Rosie Huntington-Whiteley (Heroin baru Transformer) Tergilakan Prince Harry

Posted: 29 Jun 2011 03:46 PM PDT

The lady is waiting!

Kalau sebelum nie Prince William menjadi buruan ramai,tapi setelah Prince William dah kawen,Prince Harry adiknya kini memang menjadi kegilaan ramai selebriti dan model..dgr kata mereka nie suka bad boyz giteww...penampilah dan cara prince Harry yang tidak skema dan agak rebel(kuat memberontak) membuatkan dia diminati ramai...ala tambah2 pulak Royalty Family kan...duit berkepuk2 oi..tak ketinggalan
Rosie Huntington-Whiteley,turut meminati Prince Harry.

Aktres yang menggantikan Megan Fox dalam Filem Transformer terbaru yang bakal ditayangkan esok (bestnyerr!!) memberitahu yang dia memang sejak dulu tergilakan Harry bahkan katanya dia hanya menunggu cincin dari Harry.
"I'm waiting for my proposal. I keep writing. I think he knows how obsessed I am. Well, he does now. He's so handsome"..
dia juga sering membayangkan berjalan dlm church berkahwin dengan Harry.

Rosie Huntington-Whiteley sering menghantar surat-surat cinta kepada Harry sebab tue dia yakin Harry tau yang dia mencintainya dan akan melamarnya kelak...ahaha..beranganz

Walaupun dia gilakan harry tapi aktress cantik nie skrg menjalin hubungan dengan pelakon
Jason Statham.

Rozita Che Wan bergambar seperti anak patung Berskirt pink

Posted: 29 Jun 2011 03:24 PM PDT

Rozita Che Wan nie memang laku la kat Drama-drama Tv,majalah,sesi photografi dan mcm-mcm lagi..

Gossip pasal Rozita nie mcm-mcm dah kita dengar,yang terbaru Rozita mengaku bercinta dnegan Shahir..

Kali nie Rozita bergambar pinky ala-ala barbie doll..comel memang comel..tapi dah nampak sikit wajah Rozita mcm dah berusia plak kat gambar nie..

No worries ,sbb dlm Tv still nampak cun melecun...enjoyz

Omaigod kenapa gambar nie dah mcm dolly Parton la pulak...ahaa..

Kes Saman fitnah Lisdawati terhadap Nadia Mustafar diarahkan tarik balik

Posted: 29 Jun 2011 03:17 PM PDT

Pelik juga,hari tue katanya dah menang dalam kes saman Fitnah yang dikemukakan oleh Lisdawati dengan peguam Karpal singh terhadap Nadia Mustafar,dimana Nadia Mustafar diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM250,000 kepada Nisdawati..

Tup-tup skrg nie ceritanya Mahkamah mengarahkan Lisdawati menarik balik saman tersebut.mm mana benda yang dah jatuh hukum boleh ditarik balik...oh ya,mungkin Nadia membuat rayuan semula..

Jadi nampaknya memang bernasib baiklah Nadia Mustafar kerana akhirnya dia tak perlu membayar RM250k tue...
Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini semalam mengarahkan pelakon Lisdawati supaya menarik balik saman fitnah terhadap aktres Nadia Mustafar kerana tuntutan itu didapati melebihi bidang kuasa mahkamah.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Yong Sazali ketika pengurusan kes saman itu dengan kehadiran peguam plaintif, Lisdawati, daripada firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co. dan peguam Siti Noor Julaini Mohd. Shahar bagi pihak Nadia yang dinamakan sebagai defendan.

Dalam writ saman yang difailkan pada 21 April tahun lalu, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, menamakan Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35, atau lebih dikenali sebagai Nadia Mustapha sebagai defendan.

Mengikut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa pada sekitar Januari 2005, defendan dengan niat jahat memberi wawancara yang didakwa memfitnah dirinya kepada wartawan sebuah majalah hiburan bernama Hanif Abdul Ghani.

Wawancara tersebut disiarkan dalam majalah Media Hiburan bertarikh 8 hingga 14 Januari 2005

Video Romantik pra-perkahwinan- Tomok & Ayu

Posted: 29 Jun 2011 03:09 PM PDT



Sempat buat drama pendek,romantik yang bertajuk Save The Date..1st July 2011,iaitu jumaat nie lah adalah tarikh nikah Tomok dah Ayu...Dengar cerita derang nie dah bercinta 5 tahun..akhirnya berakhir di jinjang pelamin.. Jarak umur 5 tahun ,Tomok 26 dan Ayu 31, bukanlah penghalang untuk cinta mereka bersatu...

Ayu nie comel orangnya ,kdg2 nampak mcm Rozita Che Wan pun ader..

Perang Twitter dan kemarahan Fasha terhadap Iqram kerana sering lewat

Posted: 29 Jun 2011 03:01 PM PDT

Semenjak kebelakangan nie memang sensasi busy la sampai tak menyempat ambik tahu hal gossip semasa..maklumlah busy dengan pertukaran angin dan nak pindah dari utara ke selatan..huhu..

Sebelum nie,memang Fasha dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan sering dtg tepat atau lebih awal dari jadual shooting..Dan Fasha juga terkenal sebagai seorang yang berani la jugak nak menegur ,marah atau laser dgn org lain..Kali nie Iqram Dinzly berbalas kenyataan dengan Fasha.Fasha bengang kerana kononnya Iqram memutar belit cerita kononnya Fasha yang meminta maaf...




nie yang Iqram balas..malas nak panjangkan cerita nanti jadi lagi sensasi..huuhu

Jimmy Shanley sudah jadi bapa

Posted: 29 Jun 2011 02:52 PM PDT


Isteri Jimmy Shanley ,Suhailah Eliani telah melahirkan seorang baby perempuan petang jam 8 malam pada 24 Jun 2011 bertempat di hospital Putra Medical Centre (PMC) Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Bayi comel ini dinamakan sebagai Zahrah Shanley.Sebelum nie semua sedia maklum dengan kisah pergolakan rumah tangga Jimmy,Sensasi harap lepas nie mereka akan berbaik demi anak sulung mereka..maklumlah,anak kan pengerat ikatan kekeluargaan.

Dr Harlina mahu bersalin dalam Air??

Posted: 29 Jun 2011 02:45 PM PDT

Bersalin Dalam air,memang nie lah first time sensasi dengar,memandangkan Dr harlina sendiri adalah seorang doktor jadi dia lebih tahu pelbagai cara dan kaedah untuk melahirkan anak cara moden...Lepas nie bolehla korang try ushar apa itu kaedah bersalin dalam air..



"Kaedah bersalin ini sudah menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Malah ramai yang mempraktikkan kaedah ini umpama spa yang memberi kelegaan dan ketenangan fikiran.

"Tapi di negara ini, jarang dilakukan. Kalau ada pun, hanyalah wanita-wanita berbangsa Inggeris yang bekerja di sini," katanya yang mendapat sokongan sepenuhnya dari suami tercinta. Bertanyakan tentang jantina bayinya itu, baik Halina atau Sheikh Muszaphar, sepakat tidak mahu mengetahui perkara itu dan membiarkannya menjadi kejutan buat mereka.

"Saya banyak bertanya kepada orang-orang tua untuk berkongsi pengalaman berkenaan penjagaan bayi dan pantang larang ibu bersalin. Malah dia juga turut membantu saya untuk menghadapi masa itu.

"Bersusun buku panduan berkenaan bayi di rumah, sehingga mengalahkan saya pula. Malah, pantang ada masa terluang, dia akan melayari Internet hanya semata-mata untuk bayi kami," ujarnya yang bernikah dengan Angkasawan Negara itu pada 10 Oktober 2010.

Dato Dr Sheikh Muszaphar Bakal jadi bapa bulan Julai

Posted: 29 Jun 2011 02:33 PM PDT

Tinggal lagi beberapa hari je lagi Datin Dr Harlina bakal melahirkan cahaya mata sulong,anak kepada angkasawan negara,siapa lagi kalau bukan Dato' SMS (Sheikh Muszaphar Syukor)

Kedua-dua bakal ibu dan bapa nie nampak hapi jer..tapi sensasi rasa mesti dua2 rasa nervous,especially Dr.Harlina maklumlah,melahirkan anak sulong nie elalunya la yang agak susah sket...apa-apa pun kita doakan semuanya selamat .Dr Harlina nak anak perempuan manakala Dr Sheikh Muszaphar plak teringin anak lelaki.

Tunggu kelahiran bayi bertuah nie Julai nie..Tahniah!!

Dr Harlina kelihatan gebu,maklumlah time mengandung mestila cukup makan dan nutrien sume..lepas dah dapat baby boleh la diet balik..ehe

Isteri Sheikh Muszaphar Hamil
Isteri Sheikh Muszaphar Hamil

Isteri Sheikh Muszaphar Hamil