Shaheizy Sam

Pelakon lelaki yang tengah popular dalam industri seni ini, Shaheizy Sam, memikirkan untuk berehat sementara daripada dunia lakonan kerana memberikan lakonan yang lebh baik.

Pelakon yang membintangi filem "Kongsi" Dan "Ngangkung" ini di jangka akan berhenti berlakon untuk berehat mulai  awal tahun depan.

"Saya tidak suka mencari kelemahan dalam lakonan saya kerana sudah menjadi lumrah seseorang itu tidak akan berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan.

"Jadi, saya memilih untuk berehat sementara daripada lakonan dan menyegarkan diri untuk meningkatkan mutu lakonan saya pada masa akan datang. Saya tidak mahu tahap lakonan saya semakin menurun akibat tidak mempunyai banyak persiapan ekoran jadual kerja yang terlalu padat," katanya selepas tayangan perdana filem Sekali Lagi…di TGV, Sunway Pyramid, di sini, Isnin lalu.

Matkepoh rasa ada baiknya dia berehat, kalau jadual padat takde masa untuk rehat mesti kualiti lakonan tu jatuh. Tapi jangan la rehat lama sangat nanti  takut peminat rindu pulak. :P

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , ,