Adsense

Rabu, 29 Jun 2011

Celebrity News

Celebrity News


Kisah Seram Twin Tower KLCC

Posted: 29 Jun 2011 10:30 AM PDT

Ini ada satu cerita dari saorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower.

Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m. Dia bekerja ditingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor. Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.

Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.


Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar diotaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu maseh ada.

Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samaada lembaga itu maseh ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu maseh ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantek sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".

Tammatlah satu kesah............ rabbit
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Keputusan Kelayakan Piala Dunia : Malaysia 2 Taiwan 1 | Video Gol Malaysia

Posted: 29 Jun 2011 10:08 AM PDT


Alhamdulillah menang juga malam ni, namun jika Malaysia menang 2 - 0 semalam sudah pasti kita sudah melangkah sebelah kaki untuk kepusingan seterusnya. Namun apakan daya kerana leka seketika pasukan daripada taiwan membolosi benteng Malaysia dari sebelah kiri.

Berbekalkan kelebihan 1 Gol ZoOM dan rakyat Malaysia masih risau dan ternanti-nanti keputusan di Taiwan tidak lama lagi.

VIDEO GOL PERTAMA :



VIDEO GOL KEDUA :



ZoOM : Apa Komen anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Isteri Abang Salih Yaacob Terasa Hati Dengan Bini Muda !!!

Posted: 29 Jun 2011 09:55 AM PDT

Sabar je la abang Salih Oiiiiii....maklum sajalah dekat luar sana tu cemburu dan geram sebab tak dapat sampai quota. ZoOM tahu Abang SY kita adil dan saksama menjalankan tanggungjawap sebagai seorang suami. Nak buat macam mana 1001 perangai dekat luar sana.

Ops ZoOm susah nak tidur malam ni sebab ada tugas yang perlu diselesaikan, namun terkejut juga sebab tajuk dia dah macam betul. Rupa-rupanya perasaan abang SY kita je yang tahu gerak hati isteri-isteri tua yang mungkin sedikit tersisih sebab abang SY asyik bawa bini muda je.

Namun berikut jawapan Abang SY kita apabila ditanya wartawan :


"Saya sedar mereka rasa kurang selesa apabila Emi lebih menonjol. Bukan senang nak jaga hati mereka tetapi saya akan perjelaskan setiap hal yang saya lakukan di luar. 
"Lagipun, bukan saya yang mahu tonjolkan Emi, pihak media yang kerap bertanyakan tentang dia, saya jawab macam biasa. Malah mereka (media) juga ada membuat temu bual dengannya," kata Salih yang ditemui selepas pelancaran program Salih Yaccob Show, I Follow di PJLA Theater, Jaya One, di sini, Rabu. 
Tambah Salih, sejak bergelar isteri keempat, Emi agak terkejut kerana sering diberi perhatian dan kerana itu dia enggan mengambil gambar dengan pihak media.
"Saya juga ingin menjelaskan bahawa tindakan saya membawa Emi ke majlis-majlis pelancaran atau acara yang membabitkan dengan kerja saya kerana dia kini merupakan pengurus peribadi saya. Tiada kaitan dengan isu pilih kasih seperti yang diperkatakan.
 
"Sebelum ini Fara yang menguruskan saya, tetapi disebabkan dia kini sibuk dengan anak, tugas itu diberikan kepada Emi.
"Saya harap kenyataan saya ini jelas dan tidak lagi timbul sebarang keraguan terhadap saya dan keluarga," jelas Salih.
Info : Mstar

ZoOM : Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, dan jagalah isteri2 anda jika berpoligami..sentiasa adil. Bak kata pepatah " Lidah lebih berbisa daripada Pedang kerana ia tidak luka tapi sampai ke hati"

KOmen jangan tak komen !!!



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Cerita Pakwe Setia Dan Kekasih Curang di IPT

Posted: 29 Jun 2011 12:51 AM PDT

Tidak dapat dipastikan IPT or IPTS tetapi ia sekadar cerita lawak yang boleh dikongsi bersama, terutamanya kaki ambil gambar yang menyeksakan :)

Jom Layannnn ... ( Share dekat Awek2 Dekat luar sana tau )


Setelah
habis SPM... sepasang kekasih ingin melanjutkan pelajaran nya... tetapi
si gadis ingin ke utara dan si jejaka mau belajar di selatan... Kerana
kasih mereka berjanji untuk setia walaupun berjauhan...

Apabila
berjauhan si Jejaka sering mengirimkan kabar kepada si gadis..kirim SMS
2,3 hari baru balas... kirim email seminggu baru balas... kirim surat
sebulan baru balas... .Si jejaka pelik dengan perubahan si gadis...
Lalu bertanya dengan si gadis mengapa tidak membalas kabaran darinya...
si gadis hanya membalas sibuk... Lalu berterusan la si Jejaka
mengirimkan kabar yang tidak di balas... Si gadis semakin rimas dengan
si jejaka yang sering mengirim surat, sms dan email... Si gadis mula
bosan... dan mulalah si gadis berpacaran dengan kekasih baru... Si
gadis berterus terang dengan si jejaka bahwe dia sudah mempunyai
kekasih baru ...

Maka remuk la hati si jejaka... kekasih
nya curang... Tetapi kerana kasih dan sayang yang amat pada si gadis...
Si Jejaka masih lagi mengirimkan surat untuk memujuk rayu kekasihnya
kembali kepadanya... [adoi syahdu nyerr]..

Si gadis semakin
rimas dengan kekasih lamanya... lalu dia mengambil gambar nya yang
sedang mengucup mulut dengan kekasih baru nya itu dan mengirim nya
kepada kekasih lamanya dengan menulis "Saya sudah ada teman
baru..jangan ganggu saya lagi!!"...

Remuk hati si jejaka
pabila menatap gambar si gadis mengucup mulut kekasih baru nya... si
jejaka amat marah... dan ingin membalas perbuatan si gadis nya itu
dengan menulis di belakang gambar itu "Kehadapan Ibu dan Ayah ku...
Anakda amat gembira belajar di sini... bolehkan Ayahda mengirimkan wang
kepada anakda ini"..

Dan gambarnya itu di poskan kepada Ibu bapa si gadis... .."puas ati aku... "

ZoOM : Ops...pos kat Mak & Ayah...apa kata anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Info Lawak : Dari KENTUT orang boleh kenal siapa anda

Posted: 29 Jun 2011 12:43 AM PDT

Hujung bulan ini ZoOM kena prepare benda-benda yang patut untuk tatapan orang atasan, dikala kepenatan dan tengah mencari idea ZoOM terjumpa lawak yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca dan rakan-rakan anda di Facebook.

Jom Layan..

* Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

* Orang MISTERI Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

* Orang @#$% Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.

* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".

* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....

ANDA DI GOLONGAN MANA !!!?

CE CITER  CE CITER !!!
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Anak Aida Gadis Melayu dan Saiful Nizam Pembaca Berita TV3

Posted: 29 Jun 2011 12:23 AM PDT

Tahniah ZoOm ucapkan kepada pasangan ini ( Aida gadis Melayu + Saiful Nizam ) yang menerima anugerah anak sulung yang hadir ke dunia menghiasi hidup mereka. Menurut info Aida selamat melahirkan baby girl yang comel ini pada pukul 11 pagi tadi.


Tanpamu...Akulah yg rindu...
Tanpa dirimu...Hilanglah manjaku...
Kasihku...Pada kau yg satu...
Diriku...Hanyalah untukmu...





Pasangan Bahagia...Alhamdulillah semoga kekal sehingga akhir Hayat..

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!