Adsense

Rabu, 29 Jun 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Salih bengang!

Posted: 28 Jun 2011 05:12 PM PDT

Hip

Kisah perkahwinannya seperti tidak dihormati, jadi bahan senda dan jenaka berlebih-lebihan

LEMAH nada suaranya di hujung talian. Jika sebelum ini tutur bicaranya sering disulami dengan lawan jenaka, tetapi ketika dihubungi Hip Isnin lalu, hanya keluhan yang kedengaran.

Semuanya gara-gara segmen selingan yang menampilkan dirinya bersama seorang pelakon komedi wanita, Nik Sayyidah atau Mek yang disiarkan menerusi program Maharaja Lawak peringkat akhir, Jumaat lalu. Ada sesuatu yang terbuku dalam jiwa pelakon, pelawak, penyanyi, pengacara dan penyampai radio terkenal Salih Yaacob yang membuatkan dia marah, kecewa serta terkilan.

Tindakan Mek yang dilihat berlebih-lebihan dalam membangkitkan isu perkahwinan kali keempatnya itu berulang kali dalam program yang dipancarkan secara langsung itu membuatkan Salleh cukup bengang.

Bengang bukannya tidak boleh disentuh atau diusik kisah peribadinya, tetapi kerana pihak produksi tidak menepati janjinya untuk mempromosikan program bual bicara I Follow kendaliannya menerusi segmen selingan itu.

Menurut Salih, ketika dia diundang untuk menjayakan slot itu, tujuan asalnya adalah untuk memperkenalkan buah tangan terbarunya itu kepada khalayak. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
"Saya tak kisah isu perkahwinan saya itu diperkatakan, tetapi apabila ia sampai menenggelamkan tujuan asal segmen selingan itu dibuat membuatkan saya bengang dan kecewa.

"Terasa diri ini seperti diperbodoh dan dipersendakan mereka. Kalau betul mereka mahu saya berlawak soal perkahwinan, rasanya tak perlulah nak guna alasan mempromosikan program SY I Follow. Saya boleh berlawak macam biasa.

"Jika sekali dua isu poligami itu diperkatakan, saya boleh anggap itu sebagai gurauan, tetapi jika berterusan dijadikan bahan jenaka dan persenda, saya memang tak boleh terima kerana perkahwinan adalah satu ibadah. Apa perasaan pihak lain yang ada kaitan dengan perkahwinan saya ini?" pertikai Salih kembali.

Disebabkan sikap tidak peka mereka itu, Salih dalam getar suara penuh rajuk itu menegaskan dia seakan serik jika ada pihak yang menawarkan diri untuk mempromosikan programnya itu.

"Bayangkan, saya diberikan lebih kurang lima minit untuk mempromosikan program SY I Follow, tetapi disebabkan itu, kesempatan berkenaan tidak ada dan saya sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba pengacara AC Mizal muncul dan menyebabkan objektif slot selingan itu gagal mencapai matlamatnya.

"Saya sudah lama dalam bidang ini dan apabila diperlakukan seperti itu, saya terasa seperti pengalaman yang saya ada tidak dihargai. Terus terang, selepas ini saya sudah tawar hati jika ada pihak yang menawarkan diri untuk mempromosikan program saya itu. Kalau ada, adalah, saya tidak mahu terlalu mengharap," katanya yang tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Melihat kepada gandingan Salih dan Mek, ternyata gabungan itu tidak begitu sesuai dan tiada keserasian antara keduanya. Ketika diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, lelaki berusia 50 tahun ini akur dengan kenyataan itu.

"Mek muncul dalam segmen itu bersama saya kerana dia juga terbabit dalam program SY I Follow itu. Begitupun, kalau hendak diikutkan, saya lebih suka jika digandingkan dengan Kak Engku ataupun Amy Mastura kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Tapi produksi yang pilih, saya tidak boleh kata apa," ujarnya sambil mengakui tidak mahu menonton kembali rakaman segmen selingan itu dek terlalu kecewa dengan hasilnya.

SY I Follow hasil populariti di radio

TIADA siapa yang dapat menafikan pengaruh Salih di radio nombor satu, Sinar FM sungguh besar. Jika tidak, masakan watak yang dimainkannya seperti Wak Jawa, Mak Neng dan Abang Jem cukup popular kepada pendengar setia stesen itu.

Disebabkan populariti watak itu yang semakin mencanak, karakter lucu itu akan dapat disaksikan di dalam program terbitan Global Station yang akan disiarkan di saluran Astro Warna, setiap hari Jumaat jam 9 malam bermula 8 Julai depan.

Bercerita panjang mengenai program itu, Salih berkata idea untuk menghasilkan sebuah program bual bicara seperti itu sudah lama ada dalam kepala, namun kesibukannya membuatkan hasrat itu terbantut begitu saja.

"Sebelum ini memang ramai yang minta saya hasilkan sebuah program bual bicara yang ada kaitan dengan diri saya sendiri. Jadi berdasarkan populariti karakter yang saya tampilkan dalam radio ditambah sambutan yang hangat diberikan oleh pendengar membuatkan saya rasa adalah elok jika karakter itu saya wujudkan dalam program ini," katanya.

Terdapat beberapa segmen dalam program itu seperti I Follow, Betul Tak? Kembang Sa-Taman, Corat-Coret dan Lagu Merapu dan juga terdapat segmen yang akan memperkatakan topik semasa. Rancangan ini lebih berbentuk santai.

"Seperti judulnya SY I Follow, program ini lebih kepada untuk mengajak penggemar saya mengikuti apa saja perkembangan saya serta apa yang saya lakukan," katanya yang turut mengundang selebriti dan personaliti popular sebagai tetamu undangan programnya itu.

Antara selebriti yang diundang termasuklah Nadia Mustaffa, Enot, Usop Wilcha, Jaafar Onn, Aziz M Osman, AC Mizal dan Linda Onn.

Selain terbabit dalam industri hiburan dan penyiaran, Salih berkata, dia kini sedang berjinak-jinak dalam dunia motivasi apabila sering diundang untuk menyampaikan ceramah.

"Sejak kebelakangan ini memang saya sering diundang untuk menyampaikan ceramah mengenai kehidupan berumah tangga dan amalan poligami. Saya tak kisah untuk berkongsi pengalaman dengan mereka kerana ia juga adalah satu cabang ilmu yang perlu dikongsi bersama.

"Saya juga mahu serius dalam bidang ini kerana sudah sampai masanya untuk saya mencari bidang baru selain bidang penyiaran yang saya ceburi ini. Bagaimanapun, itu tidak bermakna saya mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan. Saya masih perlukan kedua-duanya," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jawablah!: Keranamu Zahrah

Posted: 28 Jun 2011 05:08 PM PDT

Hip

JIMMY dan Zahrah.

JIMMY dan Zahrah.

Jimmy mahu bahagia sebagai seorang bapa

AIR MATA yang mengalir saat ditemubual mengenai kelahiran cahaya mata sulung yang disiarkan dalam program Gala TV Plus Ahad lalu sudah cukup menterjemahkan naluri seorang bapa bernama Jimmy Shanley.

Biarpun ada yang menyifatkan air mata seorang lelaki itu mahal harganya, namun bagi pengacara berdarah campuran ini, dia tidak kisah 'membuangnya' demi untuk insan yang tersayang. Bagi mereka yang berkesempatan menyaksikan program itu, pastinya melimpah ruah perasaan simpati terhadap jejaka yang kini sedang berdepan dengan masalah rumah tangga yang sehingga kini masih belum nampak sebarang jalan penyelesaiannya.

Bayangkan, selama sembilan bulan dia terpisah bersama isteri yang dicintai yang ketika itu sedang hamil anak sulung mereka.

Sepanjang tempoh itu juga, Jimmy bagaikan tenggelam punca mengenangkan rumah tangga yang baru saja dibina kecundang di landa badai. Siang malam mengenang nasib diri yang tidak bertuah seperti pasangan lain. Apatah lagi mengenangkan nasib anak yang bakal lahir, itu semua sudah cukup membuatkan kehidupan Jimmy sering gundah gulana.

Namun, sebaik saja bayi comel yang diberi nama Zahrah Shanley itu lahir ke dunia, kehadirannya bagaikan memberi semangat baru buat Jimmy. Segala kesedihan yang selama ini membelenggu dirinya mahu dibuang jauh-jauh. Dia kini mahu lebih bersikap positif dalam menempuh hari yang mendatang biarpun nasib rumah tangganya masih lagi terumbang-ambing.
Mendasari hati Jimmy selepas bergelar bapa, ternyata semangatnya begitu kuat. Tegasnya, meskipun ditakdirkan bahawa perkahwinannya itu berakhir dengan perceraian, dia reda kerana apa yang lebih penting adalah kebahagiaan zuriat yang amat bermakna dalam kehidupannya itu.

Hip: Ramai yang tertanya-tanya mengapa Jimmy mengalirkan air mata seperti yang disiarkan dalam program Gala TV Plus tempoh hari? Apa yang membuatkan hati Jimmy terusik?

Jimmy: Hati mana yang tak sedih, naluri bapa mana yang tidak tersentuh apabila zuriat yang dinantikan, akhirnya menjelma di depan mata. Bayangkan, selepas perkahwinan kami dilanda krisis peribadi dan isteri saya meninggalkan rumah sehinggalah saya tahu dia mengandung anak pertama kami, sepanjang itulah juga saya tidak berpeluang menjaganya seperti bapa lain. Sebaik saja melihat dia di depan mata, tidak semena-mena perasaan sebak menguasai diri saya. Rasa sedih kerana dapat juga saya memeluk dan iqamahkannya. Saya berjanji dengan diri saya sendiri untuk menjaganya sebaik mungkin supaya dia membesar menjadi seorang anak yang sempurna.

Hip: Benarkah dakwaan kononnya Jimmy sendiri tidak diberitahu mengenai kelahiran bayi itu. Bagaimana penerimaan keluarga mentua dan isteri dengan kehadiran Jimmy di hospital?

Jimmy: Saya memang dimaklumkan dengan kelahiran anak pertama saya itu dan keluarga mentua menerima kehadiran saya di hospital dengan baik sekali. Penerimaan isteri, mungkin ramai yang menyaksikannya sendiri di TV, jadi biarlah mereka sendiri yang menilainya. Saya tidak kisah apapun penerimaannya asalkan saya dapat bersama dengan anak saya. Justeru, saya meminta kebenaran dengan keluarga mentua untuk menumpang di rumah mereka kerana saya juga mahu menjaga bayi itu. Saya akan tinggal di bilik berasingan. Tujuan saya berada di situ hanyalah untuk bersama-sama menjaga Zahrah. Saya tidak mahu Zahrah kehilangan kasih sayang ayah dan juga ibu. Saya pernah melaluinya dan saya tak mahu anak saya mengalami nasib yang serupa.

Hip: Ada yang membawa cerita, kononnya Jimmy mahu membawa lari bayi itu.

Jimmy: Itu tak mungkin akan berlaku. Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak akan memisahkan anak saya dari ibunya dan saya juga akan pastikan, anak saya juga tidak akan dipisahkan dari saya. Saya akui, sebelum ini saya cukup lemah berdepan dengan masalah rumah tangga ini sehingga mengganggu fikiran. Tapi dengan kelahiran Zahrah, saya tak mahu terlalu memikirkan masalah ini. Jika saya tidak bahagia menjadi seorang suami, saya mahu bahagia sebagai seorang bapa.

Hip: Apakah Jimmy masih menyayangi isteri dan mengharapkan untuk kembali hidup bersama?

Jimmy: Siapa tak sayang isteri? Ya, saya masih menyayangi dirinya. Disebabkan itulah saya masih bersabar dan menelan apa saja perbuatannya terhadap saya. Andai saya boleh bersabar selama sembilan bulan, mengapa tidak untuk masa yang lebih lama. Bagaimanapun, kalau dia tidak mahu ataupun usaha untuk memulihkan hubungan ini menemui jalan buntu, terpulanglah pada situasi. Saya tak kisah kerana apa yang penting sekarang ini adalah saya mahu menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap zuriat saya.

Hip: Jimmy kesal dengan apa yang berlaku?

Jimmy: Saya tidak pernah kesal dengan apa yang terjadi. Sebaliknya saya menganggap apa yang berlaku itu mungkin satu peringatan dari Tuhan atas segala kesalahan yang pernah saya lakukan sebelum ini. Jadi seharusnya saya lebih banyak bermuhasabah diri.Mungkin apa yang berlaku ini wajar dijadikan iktibar kepada mana-mana pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Mereka harus menjadikan kisah yang berlaku terhadap saya ini sebagai satu contoh dan supaya kesilapan yang sama tidak akan berulang.Saya mahu mereka insaf jika perkara yang sama berlaku dalam kehidupan rumah tangga mereka.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.