Adsense

Rabu, 25 Mei 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Global Station pilih 7 novel

Posted:

Global Station pilih 7 novel

Global Station pilih 7 novel

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim.com.my
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI


(Dari kiri) Zaitun Muhd. Jiwa dan Firdaus Husamuddin bertukar-tukar dokumen perjanjian sambil diperhatikan oleh Nizam Sani (dua dari kanan) dan Shoba Devi.


SESEBUAH novel yang dicetak berulang kali menandakan naskhah berkenaan digemari ramai dan sekali gus jualannya amat memberangsangkan.

Berdasarkan faktor itulah, Global Station Sdn. Bhd., kini memilih tujuh buah novel yang laris di pasaran untuk diadaptasikan menjadi drama bersiri dan telefilem.

Novel-novel tersebut adalah Jauh, Kau Untukku, Adam Dan Hawa, karya Aisya Sofea, Manisnya Cinta dan Bayangan Rindu (Anis Ayuni), Kau Yang Satu (Mia Azalea) serta Tiada Yang Kedua (Sania Yasmin), terbitan Alaf 21.

Penerbit Global Station, Datin Zaiton Muhd. Jiwa berkata, pemilihan novel ke kaca televisyen bukanlah perkara mudah kerana ia perlu diolah semula mengikut kesesuaian jalan cerita.

"Bagi pembaca novel, mereka sudah tahu jalan ceritanya tapi penonton televisyen belum, sebab itulah setiap novel ada penulis skrip yang akan mengolahnya.

"Walaupun ada penambahan bagi disesuaikan dengan format drama namun jalan cerita asal novel berkenaan tetap dikekalkan. Sebenarnya mengadaptasi novel ke layar kaca amat berisiko kerana orang akan membandingkan dengan karya asal," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara Global Station Sdn. Bhd., dengan Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd., di Hotel Ritz Carlton, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir, Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd., Firdaus Husamuddin, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani dan Pengurus Saluran Astro Citra, Shoba Devi.

Katanya, antara penulis skrip yang sudah dikenal pasti adalah Rozie Rashid dan pengarah yang bakal terbabit, antaranya Erma Fatima, Osman Ali dan Feroz Kadir.

"Kami yakin drama yang diadaptasi daripada novel mampu menarik perhatian penonton. Sementara para pelakon akan dipilih berdasarkan kesesuaian watak kerana setiap drama mempunyai mesej dan jalan cerita berbeza.

"Pemilihan novel itu selain laris di pasaran, turut dilihat jalan cerita dan mesej yang terkandung dalam naskah itu," katanya.

Sementara itu, Eksekutif Produser Global Station, Zetty Adila Ramly berkata, semua drama itu akan memulakan penggambaran secepat mungkin kerana akan ditayangkan selewat-lewatnya tahun ini juga.

"Seperti yang dikatakan, bukan semua novel yang diadaptasi akan divisualkan 100 peratus seperti apa yang dibaca. Jika penggambaran boleh dilakukan dalam negara kami akan lakukan di sini.

"Trend menghasilkan drama berdasarkan novel bukanlah baru kerana sudah banyak novel yang dibuat filem atau drama. Untuk projek ini, kami akan menggabungkan pelakon lama dan baru bagi memeriahkan industri seni tanah air," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

S.Y.O.K komedi muzikal

Posted:

S.Y.O.K komedi muzikal

S.Y.O.K komedi muzikal

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


Oja (kiri), Harun Salim Bachik (dua dari kanan) dan Alex (kanan) pada majlis memperkenalkan S.Y.O.K, di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SUDAH banyak program komedi yang disiarkan di kaca televisyen tempatan namun ia tidak menyekat kreativiti krew produksi Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menghasilkan sebuah lagi rancangan berunsur lawak jenaka.

Program S.Y.O.K yang bakal disiarkan di TV1, pukul 9 malam mulai esok (27 Mei) menampilkan konsep berbeza kerana ia menjurus kepada sitkom komedi muzikal.

Sitkom komedi muzikal selama satu jam yang diterbitkan sebanyak 15 episod itu menampilkan tema berbeza pada setiap minggu.

Penerbitnya, Oja Abdul Aziz berkata, bukan mudah untuk menghasilkan program komedi tambahan pula ia dibuat dengan konsep muzikal.

"Tidak mudah untuk buat orang ketawa. Walau apa pun ini adalah cabaran kepada kami kerana selain untuk membuat orang ketawa, mesej tentang dasar kerajaan juga perlu disalurkan.

"Kami merasakan dengan cara lawak dan nyanyian, mesej yang hendak disampaikan lebih mudah melekat di minda penonton. Sitkom ini mengikut skrip yang dihasilkan oleh Ahmad Zainuddin Abdullah, namun pelakon bebas melontarkan dailog mengikut kesesuaian semasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis memperkenalkan program S.Y.O.K di Wisma TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM), baru-baru ini yang turut dihadiri, Timbalan Seksyen Produksi TV, Norliza Mohd. Ali.

Menurut Oja, pendekatan komedi muzikal dilihat lebih berkesan kerana ia dilakukan secara santai di samping menggabungkan pelakon komedi lama dan baru.

Sitkom yang menjalani proses rakaman di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Negeri Sembilan itu antaranya dijayakan oleh Saiful Apek, Harun Salim Bachik, Johan Raja Lawak, A.R Badul, Kartina Aziz, Lydia Ibtisam dan Adibah Noor.

"Biasanya lawak disampaikan kepada penonton menerusi gerak tubuh dan cara pertuturan, tetapi S.Y.O.K menerapkan elemen muzik dalam menyampaikan mesej yang tersirat," jelasnya.

Kata Oja, setiap pergerakan para pelawak bukan dibuat sewenang-wenang kerana sepanjang rakaman dibuat, pereka tari, juara So You Think You Can Dance, Alam (Muhammad Haslam Abdul Rahman Rubaee) turut hadir memberi panduan.

Sementara itu, Harun Salim Bachik yang sudah lama tidak berlakon sitkom berkata, beliau menerima tawaran tersebut kerana ia berbeza dengan program lawak biasa.

"S.Y.O.K ini berbeza kerana ia dipersembahkan dalam bentuk muzikal. Lagipun belum ada program lawak yang dibuat dengan konsep ini dan kerana mahu mencuba sesuatu yang baru, saya terima tawaran RTM.

"Berlawak, berlakon sambil menyanyi, bukan mudah kerana kami bukan penyanyi. Apa pun itulah cabarannya. Walaupun saya bergandingan dengan pelawak baru, ia tidak memberi masalah kerana setiap orang tahu peranan masing-masing," ceritanya.

Katanya, walaupun setiap pelakon diberi skrip namun ia hanyalah sekadar panduan sahaja kerana cara penyampaian bergantung kepada pelakon itu sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.