Adsense

Rabu, 25 Mei 2011

borak kosong

borak kosong


Kesian.wanita ini.tak boleh ketawa kerana kalau ketawa pasti tertidur

Posted: 25 May 2011 09:00 PM PDT

Kesian dia..
saya petik dari myMetro


LONDON: Menghidap penyakit cataplexy menyebabkan seorang wanita, Claire Scott, tertidur setiap kali dia ketawa.

Disahkan menghidap penyakit yang jarang berlaku, otot ibu kepada dua anak itu akan lemah setiap kali emosinya meningkat.

Cataplexy menyebabkan Claire tumbang sehingga 50 kali sehari sejak zaman kanak-kanaknya.

Pada satu ketika, Claire, 24, pernah tertidur 25 kali ketika menghadiri majlis Krismas yang penuh meriah.

Selepas diberi ubat antimurung, keadaan Claire agak terkawal sehinggalah baru-baru ini dia sekali lagi tumbang apabila anaknya - berusia lima tahun - membuat kelakar.

Kata Claire, dia gagal menahan diri daripada ketawa.

"Perkara pertama yang saya ingat selepas itu ialah suami saya, David, mengangkat saya dari lantai dapur," katanya.

Serangan cataplexy berlangsung beberapa saat atau minit dan sepanjang tempoh itu, penghidapnya hanya mampu mendengar tetapi tidak dapat melihat. Satu ketika dulu, doktor pernah menyangka Claire menghidap masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan. - TS

Bapa beli sekolah demi anak

Posted: 25 May 2011 08:00 PM PDT

Sayangkan anak...
saya petik dari kosmo online
POTTERNE, BRITAIN - Seorang bapa, Matt Hill membeli sebuah sekolah swasta di Potterne, Wiltshire pada harga £1 juta (RM4.98 juta) bagi mengelak ia ditutup kerana anak perempuannya bersekolah di sekolah itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Hill, 38, membeli Sekolah Mill itu dengan seorang rakan kongsi perniagaannya, Dave Stanley dan kedua-duanya berasa gembira kerana tawaran pembelian mereka diterima oleh pihak pengurusan sekolah tersebut.

Pemilik sekolah itu sebelum ia dijual, John Rendell mengumumkan pada 9 Mei lalu bahawa sekolah berkenaan akan ditutup pada Julai depan selepas 18 tahun beroperasi.

Sejumlah ibu bapa mula membincangkan usaha untuk memastikan sekolah itu dibuka tetapi usaha untuk membelinya ketika itu dianggap mustahil.

Namun, Hill dan rakan kongsi perniagaannya, Dave Stanley menemui Rendell dan membuat tawaran sebanyak £1 juta untuk membelinya.

Sekolah itu menyediakan pembelajaran untuk kanak-kanak berusia dua hingga 11 tahun.

Hill memberi jaminan bahawa semua kakitangan dan 65 pelajar akan terus kekal berada di sekolah itu. - Agensi


Wow...Jutawan Malaysia pelihara 30 ekor anjing bernilai RM39.8 juta

Posted: 25 May 2011 07:46 PM PDT

Kaya betul ni...
saya petik dari kosmo online

KUALA LUMPUR - Seorang jutawan Malaysia, Kenny Lai mungkin dianggap pencinta haiwan peliharaan paling mewah di Malaysia apabila memiliki 30 anjing baka Mastiff Tibet bernilai lebih £8 juta (RM39.8 juta), lapor sebuah akhbar dalam talian semalam.

Jutawan berkenaan sanggup menjelajah ke seluruh dunia bagi mencari baka yang 100 peratus tulen kerana haiwan tersebut dianggap sebagai raja segala anjing.

"Berdasarkan nilai pasaran terkini, 30 anjing yang saya miliki sekarang bernilai lebih dari £8 juta, "katanya seperti yang disiarkan di laman berita mailonline. Dia memelihara kesemua anjing di sebuah penthouse mewah miliknya di Kuala Lumpur.

Lebih menarik lagi apabila tempat peliharaan berkeluasan 5,000 meter persegi yang dilengkapi pendingin hawa dingin turut mempunyai pasukan penjaga, jurulatih dan doktor haiwan bagi merawat anjing tersebut.

Penakluk agung, Genghis Khan bersama angkatan tenteranya menggunakan 30,000 haiwan tersebut ketika cuba menakluk Eropah Barat

Penduduk tempatan percaya anjing itu memiliki roh sami-sami yang tidak cukup baik dijelmakan sebagai manusia atau untuk ke syurga.

Dia pada mulanya membeli sembilan anjing itu pada harga £3.2 juta (RM15.95 juta) sebelum membiaknya.

Di United Kingdom, anjing tersebut bernilai di antara £850 (RM4,238) dan £1,000 (RM4,986) bagi setiap seekor anak haiwan itu.

- Agensi

Kucing hitam dipenjara di Skudai,didakwa jelmaan pengamal ilmu hitam

Posted: 25 May 2011 06:36 PM PDT

Betul-betul misteri ni..
saya petik dari Sinar Harian

SKUDAI – Misteri penemuan seekor kucing hitam didakwa jelmaan individu yang mengamalkan ilmu hitam menggemparkan penduduk Jalan Laksamana, Taman Ungku Tun Aminah, di sini.

Kisah berkenaan terus menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan orang ramai kerana haiwan terbabit dikatakan sering ditemui apabila serbuan dilakukan sebaik sahaja suara jeritan penduduk kedengaran setiap kali azan berkumandang.

Berkat doa dan solat hajat secara berjemaah selepas selesai isyak malam kelmarin, sekumpulan anak muda berjaya menangkap kucing hitam itu di tandas rumah seorang penduduk.

Kucing jadian itu dimasukkan dalam sangkar dan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk pengawasan selama 24 jam.

Ia bertujuan untuk memastikan sama ada haiwan terbabit boleh menjelma sebagai manusia, namun tiada sebarang perubahan dilihat selepas sehari kucing hitam itu berada di perkarangan balai polis itu.

Imam Masjid Laksamana, Ahmad Tahir Mohamed, berkata, kucing itu dilepaskan di Sungai Skudai, petang semalam dengan harapan ilmu hitam itu hanyut dibawa arus.

"Kejadian yang berlaku sejak dua bulan lalu menggusarkan penduduk kerana beberapa rumah di sini di pecah masuk yang melibatkan kerugian ribuan ringgit.

"Penyamun berkenaan dipercayai mengamalkan ilmu hitam dan terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya yang didakwa akan berakhir pada malam Jumaat ini.

"Modus operandi penyamun ini ialah masuk rumah melalui atap belakang. Dakwaan orang ramai berasas, apabila dikejar penyamun ini. Ia akan berakhir dengan penemuan kucing itu," katanya.

Menceritakan kejadian ketika menangkap jelmaan terbabit, Ahmad Tahir berkata, haiwan berkenaan bertindak agresif dengan menggigit salah seorang anak muda yang cuba menangkapnya.

"Keadaan fizikalnya amat pelik dengan mata yang berwarna kemerah-merahan, telinga yang sedikit panjang umpama kucing hutan dan tidak ada bunyi dengusan ketika ditangkap.

"Saya tidak pernah melihat kucing seperti treler (panjang). Tidak sama seperti kucing biasa. Saya percaya ini ada kaitan dengan ilmu hitam," katanya.

Kegusaran penduduk di situ tercetus sejak dua bulan lalu, apabila lebih tujuh kejadian pecah rumah di kawasan itu dilaporkan.

Atas rasa keprihatinan tersebut, 40 penduduk taman itu lakukan pemantauan secara sukarela di waktu malam

"Kami bersembunyi di atas pokok selama beberapa jam untuk menjejaki penyamun ini. Salah seorang penduduk turut tercedera kerana cubaan menangkap jelmaan itu.

"Kami terpaksa berjaga setiap malam sejak dua bulan lalu, dan turut dapat kerjasama polis. Kami bersyukur dan berharap kejadian ini tidak berulang lagi," katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Ruslan Hassan enggan mengulas.

"Tiada sebarang laporan yang dibuat oleh orang ramai," katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Dalam pada itu, kejadian mistik ini turut dipanjangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata, kesahihan kejadian jelmaan seperti itu tidak dapat dikenal pasti sama ada benar-benar berlaku atau tidak.

Menurutnya, kejadian seumpama itu juga ada kalanya bergantung kepada kepercayaan masing-masing.

"Saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak dan adanya kewujudannya seperti itu, jelmaan itu benar-benar berlaku atau tidak, boleh jadi betul atau boleh jadi tak betul, saya tidak pasti, ia terpulang kepada kepercayaan individu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Peristiwa Gara-gara Menjilat Sampul Surat

Posted: 25 May 2011 05:50 PM PDT

Suatu hari seorang wanita yang bekerja di sebuah pejabat pos di California , melekatkan sampul surat dan setem tanpa menggunakan gam atau busa basah melainkan dengan cara menjilatnya. Pada ketika itu wanita tersebut langsung merasakan lidahnya terasa seperti teriris.

Seminggu kemudian dia merasakan sesuatu yang tidak biasa pada lidahnya. Dia pergi berjumpa doktor dan tidak ditemukan sesuatu yang aneh. Lidahnya tidak luka atau tidak ada kelainan apapun.

Beberapa hari berikutnya, lidahnya mulai agak membengkak dan mulai terasa sakit, begitu sakitnya sehingga dia tidak dapat makan apapun. Dia segera ke hospital dan doktor melakukan pemeriksaan X-Ray.. Ternyata ada sesuatu di dalam lidahnya. Ketika itu juga doktor segera mempersiapkan pembedahan kecil.

Ketika doktor mengiris membuka lidah tersebut, ternyata seekor lipas kecil merayap keluar. Setelah diselidiki maka didapat kenyataan bahawa lipas tersebut berasal dari telur lipas yang sangat kecil yang menempel pada bahagian gam sampul surat. Setelah dijilat maka telur tersebut menempel pada lidah dan mengeram disana kerna adanya ludah yang hangat dan lembab hingga lipas tersebut menetas.
Kejadian nyata ini dilaporkan oleh CNN.

Andy Hu menulis :

"Saya bekerja di kilang sampul surat, dan kamu tidak akan percaya….. ..
Saya tidak pernah sekalipun menjilat SAMPUL SURAT Saya pernah bekerja di percetakan (32 tahun lalu) dan kami selalu dihimbau agar jangan melekatkan sampul surat dengan lidah. Saya tidak pernah mengerti mengapa, hingga suatu ketika saya masuk ke ruang penyimpanan untuk mengambil 2,500 helai sampul surat yang sudah dicetak dan melihat sendiri beberapa ekor lipas berkeliaran di dalam kotak sampul surat dengan telur lipas dimana-mana. Mereka hidup dengan memakan gam yang terdapat pada sampul-sampul surat tersebut".

Setelah mengetahui hal ini, janganlah pernah sekalipun anda melekatkan sampul surat, setem ataupun meterai dengan cara menjilatnya. Gunakanlah gam atau span basah.

Wajah binatang semasa murung

Posted: 25 May 2011 11:01 AM PDT










Ini Dia Penemu Minuman Segar, Bubble Tea

Posted: 25 May 2011 10:01 AM PDT

REPUBLIKA.CO.ID, Bubble tea adalah minuman yang menyegarkan. Teh segar yang dicampur dengan jelly warna hitam kemudian diblender. Tahukah Anda siapa penemu minuman ini?

Banyak spekulasi beredar di internet soal siapa yang menemukan bubble tea. Tapi di antara spekulasi itu ada satu gerai teh dan pemiliknya yang umumnya diterima sebagai penemu minuman  ini.

Anda boleh menemukannya kalau Anda singgah ke Chun Shui Tang tea house di Taichung, Taiwan. Pendiri Chun Shui, Liu Han-Chieh, dikenal di negaranya sebagai perempuan yang menemukan bubble tea.

Bagaimana ceritanya: Menurut Han-Chieh, idea membuat bubble tea datang padanya di awal 1980-an. Ia mengunjungi Jepun dan di sana ia melihat banyak minuman kopi yang disedut dingin. Padahal, kopi kan terkenal kerana dminum panas atau hangat.

Han-Chieh kemudian mencuba minuman teh yang disajikan dingin. Pada 1988, manager pengembangan perusahaannya, Lin Hsiu Hui, ketika mesyuarat membuka makanan pencuci mulutnya. Makanan itu adalah puding khas Taiwan yang terbuat dari tepung tapioka dengan rasa manis.

Hui, iseng, menyampur potongan puding itu ke dalamteh ais Assamnya dan meminumnya. Inilah, sepanjang sejarah, minuman bubble tea yang terkenal dan banyak gerainya di francias

"Semua orang di mesyuarat itu menyukai campuran teh dengan puding tapioka itu. Kami memutuskan mencuba menjualnya di gerai teh kami. Hasilnya fantastis. Teh kami terkenal dalam waktu singkat," kata Hui.

Bahkan setelah 20 tahun, kini bubble tea menyumbang pemasukkan 80-90 peratus di gerai teh Hui dan menjadi minuman kebanggaan Taiwan. Sekarang, kedai bubble tea boleh ditemui di sudut-sudut jalan di Taiwan. 'Virusnya' menyebar ke Jepun, Korea Selatan, China .

Tapi ada yang berbeza dengan gerai bubble tea milik Hui. Bila sekarang banyak gerai yang memblender teh tersebut, maka Hui lebih memilih mengaduknya secara manual. Ini, kata dia, untuk membangkitkan rasa khas dari teh dan campurannya.

Kucing Jadi Ibu Angkat Kepada 30 Anak Ayam

Posted: 25 May 2011 09:25 AM PDT

HEILONGJIANG - Seekor kucing cenderung bertingkah sebagai ibu dari 30 anak ayam yang baru lahir. Tentu saja kelakuan kucing itu mengejutkan pemiliknya.

Lao, seorang petani berasal, Heilongjiang, China, awalnya khuatir ketika pertama kali melihat kucingnya, Niu Niu, selalu berdekatan dengan ayam-ayamnya.

"Saya datang ke rumah dan menemukan Niu Niu berada di kandang anak ayam. Pada saat itu saya khauatir Niu Niu akan memakannya," katanya, seperti dikutip Orange, Rabu (25/5/2011).

"Saya berteriak ketika itu agar Niu Niu ke luar dari kandang. Namun Niu Niu tetap tak mahu keluar dari sana. Ia malah terdiam dan membiarkan anak-anak ayam memanjat ke badannya dan membiarkan mereka bermain," imbuh Lao.

Sekarang Lao tak khawuatir lagi untuk meninggalkan Niu Niu bermain bersama bayi-bayi ayam, sementara dia pergi ke ladang.

"Menakjubkan," ujar Lao. "Niu Niu bahkan memeluk bayi-bayi ayam tersebut dalam tidurnya, dan mereka berkicau seolah-olah mereka berada di bawah perut ibu mereka.

"Niu Niu menjilati anak-anak ayam itu dan bermain dengan mereka sementara mereka mengikutinya ke mana-mana," jelas Lao.(rhs)

Patung Jack Sparrow dari Besi dan Mesin Tua

Posted: 25 May 2011 08:00 AM PDT

This monstrous tribute to Disney's rum-loving pirate stands almost 9-feet tall and weighs in close to 1000-pounds! The entire thing is made of old scrap metal and old machine parts (similar to these Transformers sculptures) and, the creative minds at Kreatworks Studio in Thailand coated it with a bunch of lacquer so doesn't rust. While they refer to it as a "steampunk" sculpture we're not really seeing it that way. It may be composed of a bunch of gears and such but it really just looks like an old-timey metal statue to us. It's up for sale on Etsy right now.




Gempak..mouse pad bentuk telur mata lembu

Posted: 25 May 2011 07:00 AM PDT



Mouse pad ini sangat unik, kerana berbentuk telor mata lembu, sangat serupa dengan yang asli, jangan sampai termakan bila terasa lapar...Gempak kalau dapat miliki mouse pad ini

 Ukuran : 22.5 x 15 cm
 Bahan : PVC
 Berat : 0.03kg

Basikal motor berangka tulang lembu

Posted: 25 May 2011 06:00 AM PDT

Sebagian besar basikal motor memakai besi sebagai bahan onderdil dan bahagian-bahagiannya. Uniknya basikal motor ini menggunakan rangka tulang lembu.

Mad Cow milik artis Billie Grace Lynn menggunakan rangka basiakl untuk motornya. Uniknya lagi, rangka itu terdiri dari tulang lembu. Basikal motor rancangan Lynn merupakan pengujian kritis berkait bahan bakar fosil.

 Faktanya makanan lembu dipupuk dengan bahan bakar fosil. Mengingat tulang lembu mengandung bahan bakar fosil, lebih lanjut, Lynn membuat sejenis mesin pembakaran untuk kendaraan yang tampil canggih ini.

Mad Cow secara visual menawarkan intepretasi ulang dunia di sekeliling kita. Basikal motor ini menggunakan tulang sederhana untuk rangkanya, dan jelas motor ini sangat menarik.

Stylish Eggs

Posted: 25 May 2011 05:00 AM PDT













Design T shirt dari Jepun yang gempak

Posted: 25 May 2011 04:00 AM PDT

Jepun memang sangat kreatif dalam mereka produk-produknya.Kreativiti mereka membuat mereka menjadi sebuah negara maju yang sangat luar biasa.Dukungan Teknologi juga telah membantu mereka dalam membentuk negara yang makmur dan sejahtera.Produk Tshirt buatan Jepun ini aneh dan gempak.














10 bulan untuk siapkan lukisan ini

Posted: 25 May 2011 03:00 AM PDT

Karya seni Detail mengambil waktu yang lama untuk menyelesaikan, namun artis Amerika Joe Fenton membawanya ke level yang baru ketika ia memutuskan untuk mendedikasikan 10 bulan hidupnya untuk lukisan tunggal.
  Joe Fenton menciptakan semua elemen pada skala yang lebih kecil dari potongan itu semua bersama-sama seperti sebuah puzzle raksasa dengan menelusuri semua gambar pada selembar kertas besar. Meskipun ia bukanlah orang yang religius, untuk projek ini ia ingin menyertakan referensi keagamaan seperti Setelah 10 bulan bekerja.

image

image


image

image

image

image

image

Wow...Badan kereta ini dibuat daripada daun ganja

Posted: 25 May 2011 02:50 AM PDT

KANADA- Masih ingat dengan kereta badanya dibuat dari bahan daun ganja? Kereta tersebut akhirnya keluar.Canada Motive memunculkan sosok EV Kestrel yang merupakan kereta elektrik dimana badannya terbuat dari bahan daun ganja atau Canabis Sativa.

"Kami telah menerima banyak permintaan tentang gambar dari mobil Kestrel ini dan sekarang rekaan rasmi kereta ersebut telah dilancarkan," papar VP Operations Motive Meagan McKeage seperti dilapor dari Autoevolution.Penggunaan bahan daun ganja yang dikatakan lebih ringan dari serat karbon menjadikan mobil ini hanya memiliki berat 850 kg.

Selain itu Kestrel juga dilengkapi dengan baterai lithium-ion yang dapat menggerakkan kereta sejauh 160 km/jam dengan kecepatan puncak hingga 135 km/jam.Kestrel dibangun dari daun ganja yang diubah menjadi bahan komposit nan ringan.

Hasil ciptaan Alberta Innovates Technology Futures (AITF) itu dikatakan tetap ringan tanpa mengurang daya tahannya.Bahan komposit hasil ubahan dari daun ganja ini dibuat menjadi badan kereta yang ringan, tetapi dengan biaya yang lebih murah dibanding menggunakan bahan serat karbon.

Rencananya pihak perusahaan merancang menghadirkan prototipe perdananya pada pertengahan 2011 dan masuk ke versi produksi yang bakal dikeluarkan mulai 2013.

sumber: okezone

Murid kurang ajar..bukan belajar tapi sibuk buat projek

Posted: 25 May 2011 01:00 AM PDT

image

Gara-Gara Cacing, Testis Lelaki Ini Bengkak Dan Berat 50 Kilogram

Posted: 25 May 2011 12:00 AM PDT

image

Penyakit kaki gajah yang diderita lelaki berasal Blitar, Jawa Timur, menyebabkan testisnya membesar hingga mencapai berat 50 kilogram.
Lelaki berusia 55 tahun itu hingga Selasa (24/5/2011) ini masih mendapat perawatan secara intensif di RSUD dr Sutomo Surabaya untuk menjalani pembedahan.
Arofan, warga Desa Sukorejo, Udan Awu, Blitar, dibawa ke instalasi gawat darurat (IGD) hospital serta harus mendapatkan perawatan intensif sejak Isnin kelmarin.
Selama 19 tahun, Arofan menderita penyakit yang awalnya disebabkan penyumbatan pembuluh darah kerana cacing fillaria di kedua kakinya. Penyakit merebak hingga mengakibatkan pembesaran pada bahagian scrotum atau testis. Kini berat testis Arofan mencapai 50 kilogram.
Kerana penyakitnya, Arofan tidak boleh melakukan aktiviti termasuk bekerja. Arofan kini menjadi tanggungan adik kandungya.
Sementara itu Humas RSUD dr Sutomo Urip Murtejo, mengatakan pihaknya akan melakukan pembedahan ke Arofan. Pasukan doktor, kata dia, akan berusaha mereduksi pembengkakan yang terjadi akibat penyumbatan pembuluh darah.
Sebelumnya Arofan sempat dirawat di sebuah hospitaldi kota Malang selama 2 bulan pada 2010. Sayangnya penyakit Arofan ini tidak juga sembuh.

[Foto] Budak Ini Mempunyai Gigi Yang Sangat Aneh

Posted: 24 May 2011 11:31 PM PDT

image

Video…aksi smackdown ahli parlimen Ukraine

Posted: 24 May 2011 10:30 PM PDT

2405110527_video-pertengkaran-ricuh-pada-sidang-parlemen-ukraina
Kejadian itu bermula ketika Martynyuk memimpin sidang di parlimen .Sidang yang tenang itu berubah setelah Martynyuk meminta Lyashko berbicara. Lyashko menolak, lalu menyebut sang wakil ketua sebagai "orang Farisi". Di dalam Injil, orang Farisi dikenal bersifat munafik.
Mungkin itu yang membuat Martynyuk marah dan terus menyerang rakannya. Seraya menekan leher Lyashko, Martynyuk menghunjamkan dua jarinya ke telinganya. Bak pertandingan gusti profesional, Martynyuk lalu membanting Lyashko ke lantai.
Tidak terima diperlakukan seperti itu, Lyashko bangkit dari lantai dan menantang Martynyuk lagi. Keduanya kemudian saling mendorong. Sejumlah anggota DPR sempat terkejut melihat adegan itu, namun kemudian berlari ke meja pimpinan untuk memisahkan keduanya.
Setelah itu, Martynyuk kembali memimpin sidang, seolah tidak pernah terjadi insiden apa pun. Begitu juga dengan Lyashko yang akhirnya berpidato dengan nada tinggi. Beberapa kali jari telunjuknya menuding Martynyuk yang melihat sambil tertawa kecil.
Sebuah video heboh yang dipost netter di YouTube. Video ini tentang kekecohan sidang di parlimen Ukraine. Saat ketua sidang memerintahkan kepada wakilnya untuk membuat pidato namun ditolak, maka ketua sidang pun langsung membanting wakilnya. Berikut video yang diunggah dari Youtube: