Celebrity News |
- Cerita Lawak : Kisah Ayam Dan Si Tukang Pukul
- Harga minyak RON 95 akan naik !!!!?
- Syafiq Yusof Anak Yusof Haslam Jadi Pengarah Filem Cinta
- Gambar Seksi Kumpulan Gula Gula | Biodata Kumpulan Gula Gula
- Komen Nera AF9 Mengenai Gambar Berbikini di Pertandingan Miss Sabah
Cerita Lawak : Kisah Ayam Dan Si Tukang Pukul Posted: 24 May 2011 11:08 PM PDT Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai… Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata.. "Maaf, Encik… Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada… Maaf ya Encik." Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya." Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak. "Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau." Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut… Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Harga minyak RON 95 akan naik !!!!? Posted: 24 May 2011 09:58 PM PDT Harga minyak RON 95 naik lagi !!! Iskkk biar betul tapi itu yang ZoOm baca dekat yahoo news hari ini. Terkedu dan terkejut ZoOm dibuatnya sebab satu persatu barang dan keperluan yang naik sedangkan kita sebagai rakyat sederhana hanya cukup-cukup untuk menyara keluarga. ZoOM malas nak komen panjang-panjang tetapi bacalah komen pembaca yang mengikuti perkembangan kenaikan minyak di NEGARA kita ni.. Radi : Kalau pejabat Federal dan negeri, boleh jimat air cond mereka dgn 2 jams sehari, cukup untuk raayat beli Ron95, pjbat semua tinggi sangat, jadi air cond kuat, bil elektik tinggi. Pjt kurangkan 5% kaki tangan pun cukup untuk subsidi RON95, kalau porgi ke pjt, berapa org yg kerja. Org yg pangkat tinggi sekit, lagi susah, meeting, minum tea, sukan, seminar, tidurla! 10 kali baru dapat jumpa, kalau berhentikan activiti sebulan, kami dapat jimat juta2 untuk ron95, kaji betul2 banyak lagi tempat boleh cut kos untuk Ron95, raayat M'sia sudah buka mata la!!! Rokok naik 70 sen, 7 juta berokok, 7000000 x 0.7 sen x 365 hari(1 kotak/hari)=RM1,788,500,000.00 Ini baru rokok, gula=28juta org makan gula sekilo sebulan, 28000000 x 12 x 0.2(sen)=67,200,000.00 ini tak masuk minyak, susu, beer, dll.,,,,,,, Roko + Gula =RM1,855,700,000.00 boleh baca berapa ringgit ! ini baru rokok dan gula untuk setahun. Masuk lain lagi, mana duit porgi!!! Naik lagi,.........siapa kaya!! Faz : Malaysia Harga Petrol : RM 2.90 Malaysia pengeluar ke-27 di dunia. Qatar Harga Petrol : RM 0.75 Qatar pengeluar ke-22 di dunia. Oman Harga Petrol : RM1.00 Oman pengeluar ke-28 di dunia. E----pt @ Mesir Harga Petrol : RM 1.06 E----pt pengeluar ke-29 di dunia. Iran Harga Petrol : RM 0.35 Iran pengeluar ke-8 di dunia.. Terima Kasih Gomen!! DUIT RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN MENTERI DIUTAMAKAN Mohamad Faizal : Inilah yang dinamakan sebuah negara pengeluar minyak yang tak berhati perut, memberi tekanan kepada golongan susah, janganlah bandingkan dengan negara yang bukan pengeluar hasil minyak tetapi cuba bandingkan harga pengeluar seperti Berunai, Arab Saudi dan sebagainya yang menjadi pengeluar minyak, berapa harga pasaran untuk rakyatnya, ini baru betul "Rakyat Didahulukan". Kalaulah kenaikan ini terlaksana juga maknanya "RAKYAT DIPINGGIRKAN POKET ORANG TERTENTU DIPENUHKAN". Siapa yang merana dan siapa yang akan bertepuk tangan. Fikir-fikirkanlah, bersama-samalah kita mendoakan agar saranan tersebut tidak terlaksana. Amin. Am : this is the fact of our govt friends... when oil price hikes,the news was n always as the world going to end! but...if the price goes down, nothing heard..no news no nothing! "rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan". is it true? the govt better change this one to-"rakyat kena dulu,menteri diutamakan". agree??? -why should the govt.compared with country which don't have/produced oil? there has never been comparison with those who have oil! -even the RON95 didn't increase,prices of goods(sugar,drinks,food etc) still increase.and they just said the increament is "under control". what was that suppose to mean? -did they forget/with intent to that those subsidies also came from "RAKYAT'S MONEY"!!!!! "RAKYAT MISKIN SEMAKIN MELARAT,YANG KAYA SEMAKIN MEWAH". and it is not possible that 1 day, rakyat yang berada dipertengahan akan pupus. -nak renew roadtax kereta lama pun dah macam-macam kena add up.... people,let us do something to change this for our own good..for our future generations... insyaallah.... ZoOM : Dan ramai lagi di Yahoo News... !!!! Apa Komen Anda Jika Minyak naik ?? Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Syafiq Yusof Anak Yusof Haslam Jadi Pengarah Filem Cinta Posted: 24 May 2011 09:39 PM PDT Inilah gambar Syafiq 18 anak Datuk Yusof Haslam yang mengikuti jejak langkah ayah dan abang beliau yang kini masyur sebagai pelakon dan pengarah Filem di Malaysia. Menurut info Syafiq bakal mengarah filem cereka pertamanya yang berjudul Saya Amat Mencintaimu ( SAM ), yang dilakonkan oleh Syamsul, Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Azad Jasmin dan Neelofa. Sama-sama kita tunggu dan lihat hasil kerja anak muda yang masih berumur 18 tahun ini. ZoOm : Apa Komen Anda ? Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Gambar Seksi Kumpulan Gula Gula | Biodata Kumpulan Gula Gula Posted: 24 May 2011 09:24 PM PDT Enam orang gadis ini merupakan pilihan juri daripada 200 orang yang menghadiri ujibakat pada September 2010 lalu, dan terpilih kerana mempunyai bakat dan paras rupa yang menarik. Kumpulan ini bernaung di bawah Eight Tones Communications Sdn Bhd. Biodata Kumpulan Gula-Gula : Nurfarahin Mohamad Khosaini (Rara), 22, dari Selangor seorang lepasan diploma dalam jurusan Komunikasi dan Media. Anak ketiga daripada lima beradik ini mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik sehingga mendorongnya untuk menceburi bidang nyanyian dan menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa Erwina, 23, dari Kota Belud, Sabah dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Erwina seorang pengemar muzik sejak kecil lagi. Sejak zaman persekolahan Erwina aktif di dalam pertandingan koir yang dianjurkan oleh sekolahnya. Erwina sekarang pelajar peringkat Diploma dalam jurusan muzik di UiTM. Rozalia Siteo (Achie), 21, dilahirkan di Keningau, Sabah mula menjejakkan kaki dalam dunia nyanyian sejak berada di bangku sekolah. Selain genre K-pop, graduan jurusan teknologi makmal perubadan itu juga gemar mendengar muzik R&B, jazz, akustik dan balada. Nooraishah Ibrahim (Chacha), 22, dari Kuala Lumpur juga sangat meminati muzik dan tarian. Dia mempunyai kelulusan peringkat diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Jenny Lim Mei Mei (Mei Mei), 21, dari Sabah pula berdarah campuran Cina, Thailand dan Kadasan Dusun. Dia masih belajar dalam jurusan rekaan dalaman dan amat meminati bidang nyanyian. Mei Mei juga berpengalaman menyanyi beberapa lagu iklan. Joyce Antonius (Joy), 21, berasal dari Keningau, Sabah ini boleh bermain gitar, piano dan mencipta lagu. Dia juga pelajar bidang muzik di UiTM. ZoOM : Memang Seksi.....Namun persoalannya gadis yang beragama islam berpakaian sedemikian rupa..Apa Komen Anda ? Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Komen Nera AF9 Mengenai Gambar Berbikini di Pertandingan Miss Sabah Posted: 24 May 2011 08:52 PM PDT Gambar Konterversi Nera AF9 Setelah terkeluar daripada AF9 kisah gambar yang telah pun tersebar luas sehinggakan menjadi cemuhan ramai pihak diluar sana. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan dan cabaran sebagai artis di Malaysia yang sudah pasti menjadi perhatian. Namun gossip percintaan diantara beliau dan Azri AF9 turut menjadi perhatian peminat gossip dan Akademi Fantasia. Dan yang menarik cuba baca luahan artis baru keluaran Akademi Fantasia 9 ini :
Azri Jejaka Yang DiGossipkan Dengan Nera "Memang kami suka sama suka cuma mungkin terlalu awal untuk kami bercinta buat masa ini, tambah pula masing-masing sedang mengejar impian," tuturnya. Nera Semasa Audition AF9 ZoOM : Kalau betul pun apa salah nyer....Apa Komen Anda ? Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |