Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Tuah lagu Janji ManismuBERKAT membawakan lagu Aishah, Janji Manismu di dalam album pertamanya yang berjudul Terry, Terryana Fatiah, 26, dikenali di Indonesia. Baginya, lagu yang pernah hit di tahun 80-an itu memberi tuah kepadanya sehingga menyebabkan namanya meniti di bibir peminat sehingga ke hari ini. Mengakui teringin benar bertemu empat mata dengan Aishah, penyanyi berdarah campuran Belanda, Arab dan Padang itu juga menyimpan keinginan untuk berduet dengan Aishah menerusi lagu Janji Manismu. "Sejak menyanyikan lagu Janji Manismu memang saya teringin benar datang ke Malaysia bertemu dengan Aishah. Sebabnya, bagi saya Aishah memiliki suara yang powerful dan lagu Janji Manismu yang dinyanyikannya sangat menyentuh perasaan saya," tuturnya ketika ditemui di PNB Darby Park, Kuala Lumpur baru-baru ini. Membawakan lagu Janji Manismu dengan gaya penghayatan berbeza, Terry memberitahu, pemilihan lagu itu dibuat oleh penerbit albumnya iaitu Jan Djuhana. Katanya, dia tidak mengikut cara Aishah membawakan lagu tersebut. Penyanyi berasal dari Jakarta, Indonesia itu membawakan lagu Janji Manismu dengan lebih santai dan harmoni. "Ketika saya menyanyikan lagu Janji Manismu di Indonesia, peminat-peminat turut sama menyanyikan lagu itu. Mereka sangat gemar menyanyikan lirik 'lidah tidak bertulang' yang terdapat dalam lagu Janji Manismu. Bagi mereka, perkataan itu sesuatu yang baharu didengar dan ia sedap. "Saya betul-betul serius mahu tembusi pasaran Malaysia," katanya yang datang ke Malaysia membuat persembahan di Eksekutif Suite Hotel, PNB Darby park sempena sambutan Hari Ibu, Rafflesia Pearl Centre pada 28 April lalu. Ternyata dengan membawakan lagu Janji Manismu, Terry menerima tepukan gemuruh daripada audien yang terdiri daripada ibu-ibu, artis-artis dan media-media pada malam sempena sambutan Hari Ibu itu. Penyanyi iringan Dewa 19 Mengenali sisi awal Terry, pada mulanya anak bongsu daripada dua beradik itu ditentang keras oleh ayahnya menceburi bidang muzik. Namun disebabkan terlalu mencintai bidang muzik dan dipujuk oleh ibunya, ayah Terry akhirnya akur dan mengikut sahaja kemahuan anak perempuannya itu. "Saya mula menyanyi sewaktu di sekolah. Ini semuanya disebabkan teman yang menyedari bakat saya. Jika tidak saya kurang yakin untuk menonjolkan bakat nyanyian saya kepada orang ramai. "Selepas itu, saya mula aktif menyanyi mewakili sekolah dan mendapat sokongan daripada guru-guru. Sejak itu, keyakinan saya mula tinggi dan minat untuk menceburi bidang nyanyian semakin manjadi-jadi," ceritanya. ALBUM terbaru Terry baru sahaja berada di pasaran Malaysia hujung April tahun ini. Justeru, selepas tamat sekolah Terry mula menyanyi di kelab-kelab dan kafe-kafe. Sehinggalah, dia bertemu dengan salah seorang anggota Dewa 19 iaitu Think Monican. Saat itu, Terry diperkenalkan kepada ahli-ahli Dewa 19 dan mereka berkenan untuk menjadikannya sebagai penyanyi iringan kumpulan terkenal itu. Antara lagu-lagu Dewa 19 yang diiringi Terry ialah Pupus, Cemburu dan Hidup adalah perjuangan. Pandai menjaga diri dan nama keluarga, tiada langsung gosip-gosip liar mengenai hubungannya bersama anggota-anggota Dewa 19. Saat diajukan soalan, penyanyi berketinggian 168 sentimeter itu mengakui bahawa dirinya sudah punya pacar yang bukan terdiri daripada orang seni dan sangat setia dengan kekasih hatinya itu. Single pertama Selepas album pertama yang berjudul Terry sukses empat tahun lalu, penyanyi berbintang Gemini itu tidak menunggu lama untuk melancarkan album keduanya menerusi single berjudul Haruslah Kau Pilih Aku. Baru sahaja dipasarkan akhir April lalu di Malaysia, namun akuinya album keduanya itu lebih istimewa kerana kesemua lagu yang dimuatkan berkisarkan tentang hidupnya. "Terdapat 12 buah lagu dalam album kedua ini yang kesemuanya berkisarkan tentang hidup saya. "Single pertama, Haruslah Kau Pilih Aku telah menjadi permintaan utama daripada 100 buah stesen radio di Indonesia," katanya mengenai lagu yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang sangat dia cintai tetapi sudah mempunyai teman wanita lain. Ditanya mengenai perbezaan album kedua berbanding album pertama, Terry memberitahu, album pertamanya itu mempunyai muzik yang lebih tenang seperti jazz manakala album keduanya memuatkan lagu-lagu yang lebih rancak dan bertenaga. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: S.Y.O.K pecah tradisi RTMOleh ALIF ABU BAKAR MANTAP. Nama-nama yang cukup sinonim dengan lawak jenaka mewakili setiap zaman (depan, dari kiri), Johan, A. R. Badul, (belakang, dari kiri), Kartina, Adibah, Harun dan Saiful Apek (tengah) bakal menggeletek penonton menerusi sitkom muzikal, S.Y.O.K. MEMANDANGKAN konsep muzikal masih segar dan galak diterima umum, RTM dengan penuh yakin menerbitkan sitkom komedi muzikal berjudul S.Y.O.K, yang mana ia merupakan muzikal komedi sulung diwujudkan oleh sebuah stesen televisyen. Selaku pemecah tradisi dalam menerbitkan rancangan sebegitu, rancangan berdurasi satu jam itu membariskan pelawak-pelawak terkemuka tanah air daripada muka-muka lama sehinggalah bakat-bakat baharu. Idea menerbitkan sitkom muzikal tersebut berakar atas dasar kejayaan rancangan khas S.Y.O.K yang disiarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri empat tahun lalu. Penerimaan penonton terhadap rancangan berbentuk komedi muzikal nyata mampu menarik orang ramai untuk terus melekat di hadapan kaca televisyen, justeru, RTM tanpa ragu-ragu menggunakan formula tersebut bagi memberikan penonton setia mereka rancangan hiburan berkualiti tinggi. Penglibatan nama-nama besar dalam S.Y.O.K seperti Saiful Apek, Harun Salim Bachik, A. R. Badul dan Kartina Aziz mampu membuatkan rancangan tersebut mudah diterima ramai, apatah lagi ia bakal turut digamatkan dengan kehadiran Jep Sepah dan Johan Raja Lawak. "Rancangan ini merupakan satu kelainan dan menerbitkan rancangan komedi bukan mudah kerana ia perlu sentiasa menampilkan sesuatu yang baharu." "Dalam rancangan ini kesemua pelakon perlu melakukan tiga perkara dalam setiap episod iaitu berlakon, menyanyi dan menari dan pada masa yang sama kami perlu mengekalkan momentum jenaka itu agar ia sampai kepada penonton," jelas Harun Salim Bachik yang terlibat dalam sembilan episod S.Y.O.K. Pelakon dan pelawak senior itu juga memberitahu S.Y.O.K bukan sekadar rancangan hiburan semata-mata malah setiap episod diselitkan dengan mesej-mesej berguna yang telah disesuaikan dengan konteks masyarakat Malaysia. Bakal menemui penonton saluran TV1 bermula 27 Mei ini, S.Y.O.K yang membawa maksud Sempoi, Yakin, Optimis, Kelakar itu mengandungi 15 episod dan akan bersiaran setiap Jumaat pada pukul 9 malam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Cheryl Cole laku
KEMUNCULAN Cheryl Cole pada Festival Filem Cannes baru-baru ini ternyata telah memukau karyawan industri filem di Hollywood. Buktinya, sebaik tampil pada majlis berprestij tersebut, mantan anggota grup Girls Aloud itu telah ditawarkan berlakon filem. Bukan satu tawaran yang diterima, sebaliknya tiga! "Sebaik dia pulang ke Amerika Syarikat, terdapat beberapa orang penerbit dan agensi yang menelefonnya dan memberi tawaran berlakon dalam projek terkini mereka," ujar satu sumber kepada Splash News. Tambah sumber tersebut, selepas berunding, Cole telah bersetuju untuk membintangi tiga buah filem, namun sedang berusaha menyusun jadual kerjanya yang semakin padat. Namun ada yang mengatakan, tawaran tersebut bukan datang hanya disebabkan dia telah hadir ke festival tersebut. Sebaliknya ia disebabkan oleh impak daripada program realiti yang disertainya, The X Factor. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |