borak kosong |
- Akhirnya kahwin juga selepas 28 tahun bertunang
- Selena Gomez kena kecam kerana cat badan kuda warna merah jambu
- Hebat..2 pekebun cipta taman tergantung
- Wow..Syarikat kasut jenama Jimmy Choo bernilai RM2.7 BILLION
- Inilah kanak-kanak terkuat di Britain
- Anjing yang kurang ajar dengan tuannya
- Hampir semua tubuh gadis 20 tahun diubahsuai
- Adik Lahirkan Anak Kakak
- Ada Gereja di Australia Mengaku Boleh Hidupkan Manusia yang Mati
- Peramal Kiamat Harold Camping Disyaki Lari Bawa Wang Sumbangan
- Puteri Reagan Berpose Bogel di Usia 58 Tahun
- Canggih telefon mak cik ni
- Mak tiri yang baik hati
- Dukun Terbakar Ketika Buat Ritual
- Jual Sepupu di eBay, Polis Siasat Wanita
- Wow... Ada Berus Gigi Menyanyikan Lagu Justin Bieber
- Pelik..Di China Perusahaan Terima Pekerja Berdasarkan Bentuk Telinga
- Ramalan Meleset, Peramal Kiamat Bersembunyi
- Sadis..pembantu rumah disuruh tidur dikandang anjing dan kaki di ikat
Akhirnya kahwin juga selepas 28 tahun bertunang Posted: 23 May 2011 09:00 PM PDT Ini dikatakan kalau dah jodoh tak kemana.. saya petik dari kosmo online... FAIR OAK, Britain - Seorang perunding hospital, Ivan Brown dan pesara juruadiografi, Barbara Furlonger akhirnya berkahwin selepas bertunang selama 28 tahun, lapor sebuah akhbar semalam. Brown, 63, dan Barbara, 55, berkahwin di Hotel Botley Park dekat kediaman mereka di sini di depan 40 rakan rapat dan anggota keluarga pada Jumaat lalu. Pasangan itu berkenalan buat kali pertama di unit rawatan rapi Hospital Diraja Brompton di London pada 1981 dan bertunang dua tahun kemudian. Menurut Barbara: "Saya seolah-olah tidak percaya hari itu (berkahwin) akhirnya sudah tiba dengan kami menjadi suami dan isteri. Ia telah menjadi satu pertunangan maraton." Pasangan itu sebelum ini tidak dapat melangsungkan perkahwinan kerana kedua-dua mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing. "Saya tidak pernah meragui bahawa ia (perkahwinan) akan menjadi kenyataan kerana kami selalu menyatakan bahawa kami bakal berkahwin pada satu hari nanti. "Namun, disebabkan kami berdua bekerja dalam perkhidmatan kesihatan kerajaan dan selalu dipanggil (bertugas), kami jarang mempunyai cuti rehat yang sama," kata Barbara. - Agensi |
Selena Gomez kena kecam kerana cat badan kuda warna merah jambu Posted: 23 May 2011 08:30 PM PDT Tak pasal-pasak kena kecam sebab nakkan kelainan.. saya petik dari Berita Harian Online LOS ANGELES: Bintang Disney Selena Gomez dikecam kerana mengecat seekor kuda dengan warna merah jambu untuk penggambaran terbaru video klipnya. Bintang berusia 18 tahun itu dilihat merakam klip video untuk single terbarunya I Love You Like A Love Song di Malibu baru-baru ini dengan kuda berwarna terang. Namun beliau segera dikecam daripada seorang lagi bintang pop, Pink. Penyanyi lantang Stupid Girls, yang juga seorang penyokong PETA (People for the Ethical Treatment of Animals) menyelar bintang remaja itu dalam Twitter. Pink, yang mempunyai empat juta pengikut dalam laman rangkaian sosial itu menulis: "Jika ada mana-mana aktivis di sekitar pantai Malibu di Leo Cabrillo State, ada seekor kuda dicat untuk satu video muzik bodoh. Memalukan. "Artis sepatutnya lebih sedar dan bertanggungjawab untuk tindakan mereka," beliau menambah. Selepas sekumpulan peminat Selena kemudian mempertahankan idola mereka, Pink menghantar mesej lanjut mempertahankan pendapatnya. "Sama ada anda peminat saya atau sesiapa saja, saya tidak akan berhenti bercakap mengenai kekejaman haiwan. Bagaimanapun, seorang wakil untuk syarikat rakaman menegaskan tiada haiwan dicederakan ketika penggambaran. "Adalah penting kepada syarikat produksi, label rakaman dan Gomez bahawa tiada haiwan dicederakan dan semua langkah berjaga-jaga diambil," kata jurucakap Gomez dalam satu kenyataan kepada majalah People. "Sejenis cat serbuk berasaskan sayuran, tanpa toksik digunakan dengan berus udara dan boleh ditanggalkan dengan air. – Agensi |
Hebat..2 pekebun cipta taman tergantung Posted: 23 May 2011 07:45 PM PDT Kreatif betul... saya petik dari kosmo online LONDON - Dua pekebun mencipta taman tergantung yang dipamerkan dalam Pertunjukan Bunga Chelsea sejak Sabtu lalu. Taman unik sepanjang 26 meter ciptaan dua pekebun itu, Diarmuid Gavin dan Patrick Collins itu dibiarkan tergantung berhampiran Sungai Thames di sini. Gavin berkata, dia berharap taman yang digantung pada ketinggian 25 meter itu akan mencuri perhatian pengunjung. Taman itu digantung dengan menggunakan sebuah kren. "Mereka yang bertuah akan dapat duduk di atas bangku di dalam taman itu dengan badan mereka dipasang abah-abah keselamatan," katanya. Menurutnya, idea menghasilkan taman tergantung itu diambil daripada pulau tergantung Pandora dalam filem sains fiksyen Avatar yang diarahkan oleh James Cameron. - Agensi |
Wow..Syarikat kasut jenama Jimmy Choo bernilai RM2.7 BILLION Posted: 23 May 2011 06:35 PM PDT Wow tinggi nilainya.. saya petik dari kosmo online LONDON - Pengasas bersama syarikat pengeluar kasut Jimmy Choo, Tamara Mellon semakin hampir menjual syarikatnya kepada kumpulan barangan mewah Jerman, Labelux dengan anggaran nilai sebanyak 550 juta pound sterling (RM2.7 bilion), lapor sebuah akhbar semalam. Perjanjian dengan syarikat tersebut bakal menyaksikan Mellon memiliki kepentingan ekuiti sebanyak 15 peratus serta mengekalkan peranannya sebagai ketua pegawai kreatif. Mellon yang merupakan bekas editor majalah Vogue menubuhkan syarikat itu bersama pereka kasut dari Malaysia, Datuk Jimmy Choo pada tahun 1996. Modal sebanyak 150,000 pound sterling (RM739,420) digunakan bagi memajukan syarikat tersebut. Pinjaman itu diperoleh daripada bapa Mellon, Tommy Yeardye yang merupakan pengasas bersama rantaian dandanan rambut Vidal Sassoon. Bagaimanapun, pada tahun 2001, Jimmy menjual kepentingannya dalam syarikat itu apabila firma ekuiti persendirian, Phoenix Equity Partners melabur sebanyak sembilan juta pound sterling (RM44.3 juta) dalam perniagaan. Pada tahun 2004 pula, syarikat TowerBrook membeli majoriti saham syarikat itu pada tahun 2007. Jenama Jimmy Choo bukan sahaja terkenal dengan kasut tetapi turut popular dengan barangan mewah lain untuk golongan kaya seperti beg tangan semasa ia di bawah TowerBrook. - Agensi |
Inilah kanak-kanak terkuat di Britain Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT GLASGOW – Charley Craig (11) menjadi kanak-kanak yang sama sekali tak anda inginkan untuk beradu dalam angkat berat. Kerana dengan ukuran tubuhnya yang mungil, dengan tinggi 135 sentimeter dan berat badan 32 kilogram, Charley Craig diatakan sebagai kanak-kanak terkuat di Britain, sebagaimana dilapor Dailymail, Isnin(23/5/2011). Craig bahkan dapat mengangkat berat beban yang hampir menyamakan berat tubuhnya hingga ke atas kepalanya. Beberapa bulan lalu Craig baru saja menjuarai pertandinagn pertama yang dia ikuti, angkat beban seberat 28,5 kilogram. Craig mengenal olahraga angkat beban ini dari ibunya, Amanda Black (37) yang sudah 20 tahun menjadi atlet angkat beban. Kakak dari Craig, Daniel (20) juga seorang peserta di pertandingan angkat berat. Daniel jugalah yang menjadi mentor bagi Craig untuk berlatih angkat berat ini. Craig pertama kali ikut berlatih ketika ia berusia sembilan tahun, ketika itu ia sudah mampu mengangkat bebanan seberat 13 kilogram. Namun, seperti gadis kecil , Craig tetap lebih menyukai saat-saatnya bermain bersama teman-temannya. Dia menyukai majalah fesyen remaja, mewarnai biliknya dengan cat merah muda dan gemar menghias diri. Craig mempunyai cita-cita untuk dapat berprestasi dalam olahraga angkat berat seperti Zoe Smith yang memenangkan pingat emas di umur 16 tahun pada Commonwealth Youth Games 2008 dan yang akan mewakili Britain di London Olympics pada 2012 mendatang. Sumber :http://www.okezone.com/ |
Anjing yang kurang ajar dengan tuannya Posted: 23 May 2011 11:01 AM PDT |
Hampir semua tubuh gadis 20 tahun diubahsuai Posted: 23 May 2011 10:01 AM PDT Berawal ketika baru berusia 18 tahun, Kirsty melahirkan seorang anak perempuan bernama Savannah. Sejak saat itu, rasa percaya dirinya turun drastik kerana payudara kecilnya yang hanya berukuran 30B tampak kendur setelah bersalin. Operasi plastik pertamanya dilakukan untuk memperbaiki bahagian payudara. Tapi bukan hanya mengencangkan, ia malah tertarik untuk sekalian membesarkannya menjadi 30G. Sukses dengan operasi penanaman implan silikon di payudara, ia makin terobsesi untuk terus memodifikasi penampilannya. Tindakan berikutnya adalah menyuntikkan facial filler, pengencang kulit yang harus disuntikkan 11 kali. Sedangkan untuk perawatan di bawah permukaan kulit, di samping facial filler ia juga menyuntikkan botox secara rutin. Padahal untuk sekali perawatan dengan botox, ia harus membelanjakan wang yang banyak. Tidak puas hanya di kulit wajah, Kirsty pun melanjutkan permak kecantikannya dengan mengubah warna kulit di seluruh permukaan tubuh. Agar warnanya lebih gelap dan terkesan eksotis, ia secara rutin menyuntikkan perangsang pigmen dan membakar kulitnya di atas tanning-bed. Untuk gigi lebih putih dan berkilau, Kirsty membayar doktor gigi untuk memasang veneer atau pelapis gigi. Sedangkan untuk membuat jemarinya makin lentik, ia memasang sambungan kuku acrylic. Rambut panjang di kepalanya tak luput dari permak, meski tidak terlalu ekstrem seperti bahagian tubuh lainnya. Untuk rambut, Kirsty hanya melakukan perawatan rutin dan memasangkan hair-extension atau sambungan rambut agar lebih panjang dan kelihatan anggun. Kirsty mengaku puas dengan penampilan barunya, meski sangat subjektif untuk menentukan lebih cantik atau mengerikan. Yang jelas Kirsty mengaku, semua ini hanya mengikuti apa yang pernah dilakukan ibunya untuk menjaga penampilannya agar tetap terlihat awet muda. Pasangan ibu dan anak ini pun kini makin akrab kerana boleh melakukan perawatan rutin bersama-sama. "Ibu saya dulu juga sering operasi plastik, kini kami sama-sama rajin menyuntikkan botox. Sekarang umurnya 43 tahun tapi tampak jauh lebih muda," ungkap Kirsty seperti dikutip dari The Sun,Isnin (23/5/2011). Meski begitu, Kirsty berharap tradisi mempermak tubuh di keluarganya tidak dilanjutkan oleh Savannah anak perempuannya. Kalaupun kelak Savannah ingin melakukan operasi plastik, satu-satunya operasi yang akan diberinya izin hanya pemasangan implan payudara. Sumber :http://www.detik.com/ |
Posted: 23 May 2011 09:01 AM PDT WARWICKSHIRE – Setelah dipastikan hidup tanpa rahim, akhirnya Cheryl Keye (36) dapat menjadi seorang ibu, berkat kebaikan sang adik, Lyndsay Wootton (32) yang bersedia menjadi rahim pengganti bagi Elliot, anak pertama Cheryl. Sejak umur 17 tahun, doktor menyatakan bahawa rahim Cheryl berada di tingkat pertama Mullerian Agenesis, sehingga membuatnya tidak dapat membentuk janin dengan sempurna. Cheryl menikah dengan Jason Keye yang mahu menerima kondisinya pada usia 22 tahun. Cheryl mengaku sangat menikmati hari-hari menjadi isteri. "Suami saya menerima saya apa adanya. Kami mengisi kehidupan tanpa anak dengan membeli sebuah rumah yang cantik, mengejar karier kami dan bepergian ke tempat-tempat yang eksotis," ujar Cheryl. "Namun, saya pun sedar adanya kekosongan tanpa adanya bayi," lanjutnya seperti dilapor Dailymail, (23/5/2011). Akhirnya, Cheryl yang berprofesi sebagai manager pengembangan bisnis pun fokus berusaha agar dapat memiliki keturunan. Ia mempelajari penelitian sebuah proses rahim pengganti. Ketika mempelajari proses tersebut, ia pun memperbincangkan hal tersebut kepada adiknya Lyndsay yang sudah memiliki seorang anak perempuan berusia enam tahun. Dengan senang hati Lyndsay mengiyakan keinginan Cheryl menjadi rahim pengganti bagi janin Cheryl. "Tentu saya dengan amat senang mendengar adanya proses tersebut dan dengan senang hati bersedia melakukannya untuk kakak saya," ujar Lyndsay. "Dapat melahirkan anak saudara saya adalah hal yang luar biasa di hidup saya," imbuh Lyndsay. Sumber :http://www.okezone.com/ |
Ada Gereja di Australia Mengaku Boleh Hidupkan Manusia yang Mati Posted: 23 May 2011 08:00 AM PDT REPUBLIKA.CO.ID, BRISBANE – Sebuah cabang dari Gereja Hillsong evangelis telah membuka 'Sekolah Supernatural' yang didalamnya dapat memberikan kekuatan kepada para muridnya untuk menyembuhkan Kanser dan tentang bagaimana untuk melakukan mujizat. Tidak hanya itu, guru yang mengajar di sekolah tersebut juga dapat membuat perempuan hamil, dan yang lebih menakjubkan adalah dapat menghidupkan manusia yang sudah mati. Sejauh ini sudah terdaftar sebanyak tujuh puluh orang dan sudah berjalan selama enam bulan tersebut. Kursus tersebut, dikelola Gereja Westlife yang berada di luar kota Brisbane, Australia, seperti dilaporkan Queensland Times, Senin (23/5). Kursus tersebut berdasarkan pengajaran dari Gereja Bethel evangelis Amerika Syarikat dan seorang pemimpin kontroversi Bill Johnson yang berbeicara kepada muridnya dalam sebuah rakaman DVD. Manager Gereja Wetlife Tvonne Baker mengatakan kepada The Queensland Times bahawa beberapa 'keajabaian' telah terjadi di gerejanya dan mereka memiliki harapan yang tinggi kepada para guru dalam 'Sekolah Supernatural Evangelis' agar dapat memberikan kontribusi lebih. Web gereja tersebut menjelaskan: "Sekolah Supernatural dirancang untuk membekalkan pelajar untuk 'hidup dan bertindak' dalam supernatural yang mengacu pada pengajaran bibel dan praktiknya – untuk melihat kerajaan Tuhan secara nyata di Bumi. "Dalam lingkungan ini dimana manusia dapat mengambil risiko dalam memahami untuk mengoperasikan supernatural tanpa merasa takut penolakan atau gagal." Namun web ersebut tidak menjelaskan berapa biaya yang harus dikeluarkan untuk kursus tersebut dan tidak juga tersedia penjelasan lebih lanjut. Gereja tersebut berada di dekat Ipswich, yang juga mengalami banjir dahsyat Queensland pada awal tahun ini. Hal ini menggambarkan Hillsong sebagai 'gereja induk' dalam buletin gereja. |
Peramal Kiamat Harold Camping Disyaki Lari Bawa Wang Sumbangan Posted: 23 May 2011 07:00 AM PDT TRIBUNNEWS.COM - Setelah ramalan kiamatnya gagal untuk kedua kalinya, pendeta Evangelist Harold Camping, disyaki lari membawa wang sumbangan penderma . Demikian dilansir Yahoo! News, Isnin (23/5/2011). Hingga kini, tak diketahui keberadaannya. Untuk menyebar pesan hari kiamat, Camping dan pengikutnya menghabiskan dana sebesar 100 juta dollar AS. Camping tak muncul untuk menenangkan pengikutnya atau memberikan penjelasan mengenai alasan kegagalan ramalan untuk kedua kalinya. Ramalan pertama Camping dikeluarkan sekitar 6 September 1994 lalu dan ternyata meleset. Camping meninggalkan rumah yang ditempatinya dan tak menjawab panggilan telepon dari ratusan media yang ingin mewawancarainya. Camping mengelola Family Radio yang memiliki 66 radion stesen di Amerika Syaikat (AS) dan juga hampir di seluruh dunia. |
Puteri Reagan Berpose Bogel di Usia 58 Tahun Posted: 23 May 2011 06:30 AM PDT Patti Davis (58), puteri bekas presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan, dikenal sebagai aktris dan penulis yang mendapat jolokan "domba hitam" dalam keluarga besar Reagan. Dalam keluarga, Patti diketahui memiliki sudut pandang liberal, yang sering bertentangan dengan ayahnya yang memiliki pandangan konservatif. Selama Ronald Reagan menjadi Presiden AS, media Amerika sering mengutip sudut pandang berlawanan Patti terhadap kebijakan konservatif ayahnya. Contohnya, Patti mendukung para aktivis propengguguran mendukung hak-hak kaum gay, dan menentang senjata nukliar. Perlawanan lain Patti terhadap Reagan, saat pemilihan ayahnya ke Rumah putih, dia memilih hidup bersama kekasihnya tanpa menikah. Patti juga pernah menjalin kasih dengan Bernie Leadon dari Eagles di era 1970-an. Ia pernah menikahi instruktur yoga meski kemudian bercerai. Patti kemudian berdamai dengan orangtuanya setelah penyakit Alzheimer menyerang Ronald Reagan hingga meninggal dunia. Dia mendukung ibunya selama prosesi pemakaman ayahnya pada tahun 2004. Dia menulis sebuah buku tentang perjalanan positif keluarganya, yang menggambarkan ayahnya sebagai sangat religius. Patti pernah ketagih ubat-ubatan sejak usia 15 tahun sampai akhir 20-an tahun. "Saya telah belajar untuk menghargai tubuh saya," katanya kepada media, memberikan alasan tentang pose telanjangnya di usia 58 tahun di majalah More. Di usianya yang ke-58, Patti ingin menunjukkan kepada para wanita usia setengah baya, janganlah cemas menghadapi penuaan, bekerjalah melawan penuaan. Bahkan, Patti makin termotivasi saat instruktur kick boxing yang biasa melatih Patti berkomentar positif. "Tubuhmu terlihat menawan. Pembaca tidak akan menyangka kamu telah melewati usia 50 tahun." "Aku sedang mempertimbangkan untuk melakukan sesi pengamabaran lain," kata Patti bangga. Hasil foto yang dimuat di majalah More, yang menggambarkan wanita usia setengah baya, tetapi tubuhnya masih terlihat kencang itu, merupakan bukti bahwa Patti sangat menghargai dan merawat tubuhnya. Patti berkeras tidak pernah disentuh oleh pisau operasi plastik. "Tidak ada sedikit pun goresan pisau operasi yang mengenai tubuhku dari leher hingga ke bawah," katanya. Namun, Patti mengaku melakukan sedikit facelift kulit siku saat memasuki usia 50 tahun. "Saat wanita memasuki usia 50 tahun, pasti terjadi perubahan. Dan perubahan yang paling terlihat hingga saya menginjak usia 58 tahun adalah pada siku saya," katanya. "Saya sangat kecewa dengan lipatan kulit siku saya, apalagi jika difoto close-up. Kamu pasti berpikir, wah, ini tak bisa disembunyikan," katanya. "Sebenarnya ada prosedur operasi plastik untuk mengencangkan kulit di siku, tapi tampaknya terlalu berlebihan untuk saya, belum lagi mahal biayanya." "Saya hanya berusaha keras melakukan perawatan sejak remaja hingga usia 20-an. Saya mempertaruhkan kesihatan dan bahkan hidup saya," katanya. Menurut Patti, jika ingin memelihara kekencangan kulit agar tetap awet muda, tidak akan boleh diperoleh dalam sekejap, apalagi lewat meja operasi. "Untuk memperoleh kulit yang muda, harus melalui kerja keras dan tekad. Luangkan waktu untuk merawat dan menghargai tubuh Anda," katanya |
Posted: 23 May 2011 05:48 AM PDT |
Posted: 23 May 2011 04:00 AM PDT |
Dukun Terbakar Ketika Buat Ritual Posted: 23 May 2011 03:45 AM PDT Ponorogo: Kerana terleka ketika menggelar ritual, seorang dukun desa di Ponorogo, Jawa Timur, Ahad (22/5) terbakar. Tubuh Satimin, warga Desa Serayu, Ponorogo, mengalami luka terbakar serius. Dia kini dirawat di Rumah Sakit Umum Aisiyah. Menurut keterangan saksi, peristiwa terjadi ketika datuk berumur 65 tahun itu sedang mempersiapkan ritual pembongkaran rumah milik Kasdi, tetangganya. Bara api yang digunakan membakar kemenyan, tiba-tiba menyambar tubuh mangsa terdapat limpahan minyak yang digunakan membuat perapian pada sumbu api. Kerana luka terbakar cukup serius, pihak hospitalt merancang merujuk mangsa ke Rumah Sakit Dr. Soedhono Madiun, Jatim kerana peralatan medik di sana lebih lengkap dan canggih untuk menangani pesakit. |
Jual Sepupu di eBay, Polis Siasat Wanita Posted: 23 May 2011 02:00 AM PDT INILAH.COM, Michigan – Wanita berasal Michigan terkejut pihak berwajib menyiasatnya. Wanita ini dikatakan memasang informasi penjualan sepupunya berusia dua tahun di eBay. Autumn Braden (19) mengatakan, dia membuat daftar eBay sepupu mudanya untuk berlatih menggunakan web lelong itu. Braden mengaku terkejut ketika polis mengunjungi apartmentnya kerana tindakannya tersebut. "Pada dasarnya, saya hanya mencuba membuktikan apakah eBay memang boleh digunakan untuk lelong. Saya punya foto sepupu saya dan menyiarkannya ke web itu.Tindakan saya hanya untuk bergurau saja," katanya. Polis mengaku mengetahui tindakan Braden setelah ada seorang pengguna eBay lain menekan tombol 'Buy it now' dengan pilihan harga US$1.000 Braden mengaku segera membatalkan postingnya setelah mengetahui ada orang ingin bertransaksi. "Saya kira eBay akan menghapusnya," kata Braden. Para penyelidik mengira Braden mencuba melakukan penipuan wang pada para calon pembeli namun penyelidik juga mengaku tak yakin Braden bermaksud menjual sepupu wanitanya itu. Ottawa County Sheriff mengatakan, pihak berwajib akan memberikan laporan mengenai hal ini pada pihak pendakwaan. Apakah Braden akan mendapat denda atau hukuman masih belum ditentukan. |
Wow... Ada Berus Gigi Menyanyikan Lagu Justin Bieber Posted: 23 May 2011 01:36 AM PDT Justin Bieber membuat para penggemarnya semakin terasa dekat, hingga ikut ke dalam bilik mandi. Ya, memang sungguh unik, kini penggemar Justin Bieber boleh mendengarkan suara penyanyi 'Baby' itu ketika mengosok gigi. Sebuah berus gigi diciptakan yang boleh mengeluarkan lagu-lagu populer dari Justin Bieber.Siapa yang menciptkan inovasi unik itu? Tidak lain, tidak bukan, Justin Bieber sendirilah yang memiliki idea untuk menciptakan berus gigi elektrik bersuara itu. Dikutip dari Genius Beauty,berus gigi yang bernama'Brush Buddies' itu akan bekerja ketika dihidupkan tombolnya, sebagai berus gigi dan pemain musik. Ketika berusnya memutar, lagu Justin Bieber pun ikut menggema di bilik mandi. Berus gigi ajaib itu memiliki dua pilihan. Pertama terdapat dua lagu iaitu 'Baby' dan 'U Smile'. Pilihan lainnya adalah lagu 'Somebody to Love' dan 'Love Me'. Lagu diputar selama dua minit, hal ini berdasarkan waktu yang telah dianjurkan oleh ahli gigi untuk memberus gigi.Berus gigi elektrik tersebut akan dilancarkan pada bulan Julai ini di Amerika Syarikat dan dijual seharga $ US 9,99 . Bukan hanya melancarkan berus gigi, pemuda berusia 17 tahun itu juga melancarkan dental floss dan pembersih lidah. Tertarik memiliki produk ini? Sumber :http://www.detik.com/ |
Pelik..Di China Perusahaan Terima Pekerja Berdasarkan Bentuk Telinga Posted: 23 May 2011 12:25 AM PDT Jika normalnya, dalam interview pekerjaan Anda diminta untuk menunjukan surat lamaran ataupun CV sebagai salah satu persyaratannya. Namun suatu perusahaan di China, menunjukan telinga adalah prasyarat lain yang wajib dilakukan para pelamar pekerjaan. Perusahaan Wuhan, menuntut para pelamarnya untuk menunjukan kedua telinga mereka ketika proses wawancara. Prasyarat yang di luar dari ketentuan umum ini, berlaku bagi setiap pelamar. Salah satu pelamar pekerjaan, Ms Li, sangat terkejut ketika diminta menunjukan telinganya saat proses interview. Perempuan yang melamar untuk posisi sekretari ini merasa aneh dengan permintaan dari pihak pewawancara. "Interview berjalan dengan sangat baik, tetapi menjelang akhir wawancara tiba-tiba mereka meminta saya untuk memperlihatkan kedua telinga saya," ungkapnya. Menurut juru bicara perusahaan Wuhan, hal tersebut dilakukan untuk menampilkan citra baik perusahaannya di depan para pelanggan. Jika penampilan para pegawainya terlihat cantik automatik tidak akan memberikan pengaruh buruk kepada para pelanggan. Ekspresi wajah para pegawai, termasuk diantaranya telinga memainkan peranan penting untuk mengesankan setiap pelanggan. "Selain kemampuan dan tingkat pendidikan, kami juga memperhatikan penampilan wajah mereka, kerana wajah yang cantik boleh meninggalkan kesan baik kepada pelanggan terhadap perusahaan kami," ungkap Mr Lin, salah satu pewawancara. |
Ramalan Meleset, Peramal Kiamat Bersembunyi Posted: 22 May 2011 11:00 PM PDT TEMPO Interaktif, California - Seperti sudah diyakini banyak pihak, hari kiamat pada 21 Mei lalu benar-benar tidak terjadi. Namun, hingga hari ini sang peramal, Harold Camping, 89 tahun, belum memberi penjelasan atas kesalahannya itu. Kepada Tom Evans, anggota dewan Family Radio International, isteri Camping menyatakan suaminya berdiam diri dan dalam keadaan sangat bingung di rumah mereka di Oakland, California. Ia menyatakan Camping tidak merancang memberi keterangan kisah kiamat batal datang. Evans mengatakan kepada ABC News, Camping berhutang maaf kepada masyarakat di seluruh dunia, terutama para pengikut dan orang-orang yang percaya kepada dirinya. Ia mengungkapkan anggota dewan kelompok Camping besok mengadakan perjumpaan untuk membahas penjelasan apa yang diberikan dan langkah selanjutnya. Camping sendiri sebelumnya merancang menyambut datangnya kiamat dengan menonton teleivisyen bersama keluarganya di rumah. Ia ingin tahu proses kehancuran dunia yang dimulai pada jam 6 petang waktu setempat. Ini merupakan kesalahan kedua yang dilakukan oleh sarjana teknik sivi itu. Pada 1994, ia juga menyatakan Hari Akhir bakal datang. Tapi, seperti ramalan-ramalan sebelumnya, prediksi itu tidak terbukti. Camping saat itu beralasan perhitungan matematikanya salah. Sejumlah pengikut Camping kecewa dengan kesalahan kali ini. "Saya tidak mengerti kenapa tidak terjadi apa pun," kata Robert Fitzpatrick seraya melihat ke arah jamnya yang baru beberapa detik lewat dari jam 6 petang. Ia saat itu menunggu datangnya kiamat di Times Square, New York. Ia sudah menghabiskan wang sebanyak US$ 140 ribu untuk berkempen soal datangnya kiamat pada 21 Mei lalu. Camping semestinya sedar tidak ada satu ilmu pengetahuan pun dapat meramalkan secara pasti bila kiamat datang. Meskipun, tanda-tanda kemunculannya sudah dekat. |
Sadis..pembantu rumah disuruh tidur dikandang anjing dan kaki di ikat Posted: 22 May 2011 10:25 PM PDT Agaknya pekerjaan sebagai pembantu rumah tangga oleh sebahagian orang benar-benar tidak dihargai bahkan ada yang disiksa. Nasib Marlina (Ena) usia 17 tahun merubah peruntungannya dari desa kecil di Kabupaten Tuban hijrah ke Surabaya mencari nafkah, malah menerima siksaan dari majikan yang tidak berperikemanusian. Setiap berbuat kesalahan, Marlina menerima perlakuan kasar dari seluruh majikan dan gajinya dipotong. Bahkan, Ena disuruh bekerja dengan keadaan kakinya dirantai hingga disuruh tidur bersama anjing di kandang anjing berukuran 2 x 3 meter. "Korban sering dihukum, tidak diberi makan selama berhari-hari dan sering dipaksa makan makanan membusuk dan dipaksa minum air bekas cucian," kata Kasat Reskrim Polrestabes Surabaya AKBP Anom Wibowo kepada wartawan di mapolrestabes, Jalan Sikatan, Ahad (22/5/2011). Selama 3 tahun, Ena bekerja di rumah majikannya, Tan Fang May (47), Eddie Budianto (50), Ezra Tantoro Suryaputra (27), Rony Agustian Hutri (32) di Jalan Darmo Permai Selatan. Selama bekerja, hak mangsa mendapatkan gaji tidak dibayar penuh. Perilaku keluarga satu ini keterlaluan dan tidak berperikemanusian. Empat tersangka mulai dari menantu, anak dan mertua yang berprofesi sebagai pengusaha, doktor dan baru lulus S1 ini menganiayanya Mereka dianiaya dengan cara dikurung, dirantai, dipukuli dengan sapu lidi hingga disiram air panas. " Kalau mangsa melakukan kesalahan seperti mencuci pakaiannya dan luntur, gajinya langsung dipotong. Peti sejuk rosak dan diservice, tapi biaya service diklaim ke mangsa kerana tersangka menuduh peti sejuk itu dirosakkan korban. Pokoknya setiap membuat kesalahan, langsung dipotong dan akibat kesalahannya itu korban dihitung masih mempunyai hutang Rp 9 juta," tuturnya. "Mangsa sering disiksa, dipukuli dengan sapu, alat penggorengan yang masih panas, dipijak, disiram air panas, dicubit, ditendang dan dirantai yang dilakukan tersangka pada waktu berurutan dan disiksa secara perorangan kadang kala bersama-sama diantara tersangka," katanya. Perilaku keluarga majikan korban ini sangat sadis dan menganggap korban sama dengan anjing. Bukan ruang dan tempat tidur yang layak, korban yang pernah dikurung dan tidak diberikan makan dan minum selama seminggu itu, disuruh tidur bersama anjing dengan keadaan kaki di ikat. Kandang anjing itu juga kotor dan busuk. Korban hanya tidur beralaskan bekas daun pintu .. "Dengan keadaan kaki dirantai, mangsa disuruh mengemop lantai mulai pagi sampai malam hari. Kalau salah, langsung ditendang dan injak-injak," tuturnya. Meski ada menantu majikannya yang menjadi doktor, bukan memberikan perawatan, malah doktor tersebut turut membantu mertua dan isterinya menganiaya korban. Luka lebam dan lecet bahkan, kaki mangsa mengalami luka cukup parah yakni pembekuan darah. Jika tidak dioperasi, kaki mangsa harus diamputasi. "Mangsa sudah kita bawa ke rumah sakit untuk mendapatkan perawatan. Pada 20 Mei, mangsa telah menjalani operasi pada kakinya," jelasnya. (sumber) |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |