Celebrity News |
- Gambar anak-anak yatim di Hidayah Madrasah AL-Taqwa Hulu Langat sebelum kejadian tanah runtuh
- Kisah Si Pemandu Teksi Dengan Fasha !!
- Polis Trafik Dan Pemandu Wanita
- Cerita Lawak : Pak Guard Sekolah
Gambar anak-anak yatim di Hidayah Madrasah AL-Taqwa Hulu Langat sebelum kejadian tanah runtuh Posted: 23 May 2011 02:24 AM PDT Tersentuh juga hati ZoOm apabila melihat gambar kanak-kanak sebelum kejadian tanah runtuh di Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat yang mengorbankan 16 kanak-kanak dan 9 lagi tercedera. Lihatlah wajah-wajah ceria kanak-kanak ini terutamanya si kecil yang berada dihadapan. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada kanak-kanak yang telah kembali kepadanya. Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Kisah Si Pemandu Teksi Dengan Fasha !! Posted: 23 May 2011 12:48 AM PDT Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Susi menahan teksi untuk mengantarnya pulang. Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik" Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM. Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah. Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha. Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!" Fasha: "Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!" Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik" Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?" Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..." Fasha: "patutla...." Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Polis Trafik Dan Pemandu Wanita Posted: 22 May 2011 10:55 PM PDT Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju,seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain". Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat. Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju..kenapa ditahan?" "Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain" "lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan. "Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda.[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah. Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu,wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan itu. " Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan...adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan "oh...jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]." Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Cerita Lawak : Pak Guard Sekolah Posted: 22 May 2011 10:51 PM PDT Bersama seorang teman sekelas aku pulang dari latihan olahraga. Di perjalanan, entah siapa yang mulakan dulu, kami berdebat tentang siapa yang lebih pantas berlari. Kerana kami berdua tidak ada yang mau mengalah.. akhirnya kami memutuskan untuk mengujinya dengan berlari sejauh satu blok (sekitar 100 meter). Ketika itu sekitar pukul enam petang dan keadaannya agak suram dan kelam. Kami pun menggambil posisi masing2.. dan 1…2…3…, aku dan temanku terus berlari "sprint" secepat mungkin. Ternyata kami berdua seimbang dan sama pantas…... Beberapa meter dari hujung blok (yang menjadi garis penamat kami) tiba-tiba seorang Pak guard yang meronda di setiap blok berlari mengejar kami ….. Pak guard tersebut berlari dengan pantasnya dan berada hanya beberapa meter di belakang kami. Aku bingung… kenapa Pak guard itu mengejar kami berdua…, kami berusaha berlari sepantas mungkin kerana takut tertangkap oleh Pak guard tersebut. Aku sudah tidak sempat berfikir dan kerana gugup aku terus berlari hingga lima blok bersama sahabatku tadi. Pak guard cukup kuat kerana dia masih terus mengekori kami. Mesti pun aku sudah kepenatan tetapi aku masih tetap berlari …. melepasi blok keenam kami berdua sudah tidak kuat lagi berlari. dan kepenatan.. Akhirnya di persimpangan lorong kecil kami berdua berhenti sambil menghela napas yang kelelahan. Beberapa minit kemudian pak guard juga sampai di tempat kami dan dia juga berhenti dengan nafas yang tercungap-cungap. Kami bertiga terdiam selama beberapa saat.. melepaskan lelah masing-masing... Akhirnya, setelah agak tenang, dengan heran aku tanya kepada Pak guard tersebut.. "Pakcik.., kenapa pakcik mengejar kami..?" Pak guard itu nampak kebinggungan. Mungkin masih kebinggungan dan kepenatan.. Pak guard itu menjawab dalam Bahasa Jawa yang pekat.. "Lha koe wong loro mlayu ok aku yo melu, lha tak kiro nek ono opo ngono..." Maksudnya.. Tadi saya melihat kamu berdua berlari begitu pantas sekali.., saya kira ada apa-apa yang terjadi.. jadi saya pun ikut lari juga... Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |