Adsense

Isnin, 23 Mei 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Kuasa Beto

Posted: 22 May 2011 06:27 PM PDT

Hip

pix_gal0
Tidak pernah terkilan, biarpun agak lambat dikenali peminat

GAYA pertuturannya tidak ubah seperti pelakon Que Haidar. Sesekali kedengaran juga seperti Shaheizy Sam dan ada masanya dirinya sendiri kelihatan seakan Faizal Hussein. Namun pelakon yang kian menjadi sebutan ramai, Beto Kusyairi, hanya mampu tersenyum saat diri dikaitkan dengan pelakon lain.

Memegang watak Cikgu Ariffin dalam drama bersiri Juvana, yang sedang hangat disiarkan di TV3, Beto kini tidak menang tangan menerima pelbagai tawaran yang datang. Jadual kerjanya sentiasa padat. Malah, Hip terpaksa menunggu kira-kira sebulan lamanya sebelum janji temu yang diatur dapat juga ditunaikan.

Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairi Zakuan Osman, bukan orang baru dalam dunia lakonan. Cuma barangkali kerana jarang menghiasi dada akhbar mahupun majalah, tidak ramai peminat yang mengenali jejaka ini. Hanya sejak akhir-akhir ini, namanya semakin menjadi sebutan dek lakonan berkesan dalam drama arahan Azma Aizal Yusoof, Kashaf Imani. Kesibukannya itu mungkin sedikit sebanyak menyebabkan Beto terpaksa menolak pelawaan media untuk menjayakan sesi fotografi. Biarpun jarang dirakam gambarnya oleh jurugambar akhbar mahupun majalah, dia yang ditemani isteri tercinta, Tisha, ketika bertandang ke Balai Berita beberapa hari lalu, tidak mengecewakan kami dalam memberikan pose istimewa. Begitupun pada awal-awalnya, Beto agak kekok dan malu-malu.

"Saya selesa dengan keadaan sekarang, antara dikenali dan tidak, kerana saya berada dalam industri ini bukan untuk mengejar populariti. Saya mengaku, lakonan bertujuan untuk menghiburkan penonton, tetapi saya pula mahu mereka mendapat pengajaran selepas menonton hasil lakonan saya.

"Tidak pernah timbul rasa kecewa mahupun terkilan apabila sedikit terlewat untuk diterima. Bagi saya, apa yang lebih penting saya dapat mendidik penonton. Pendidikan itu terlalu luas skopnya, tidak kisah apa pun cerita, asalkan penonton mendapat pengajaran darinya," katanya.

Menyelak kembali helaian pembabitannya dalam dunia lakonan, jejaka berusia 31 tahun ini mula serius dalam seni sejak 2003. Drama arahan Erma Fatima, Tersasar Di Jalan Mu, menjadi titik tolak Beto dalam dunia lakonan, sekalipun hanya memegang watak sampingan.
Dia kemudian terjun ke bidang perfileman menerusi filem Syaitan arahan suami pengarah berkenaan, Bade Azmi. Di situ dia bertemu dengan Rosyam Nor. Pelakon itulah yang memberikan cadangan supaya dia menggunakan dua nama supaya mudah diingati peminat.

"Ketika terbabit dalam Syaitan, saya gunakan nama Kusyairi. Kebetulan Rosyam juga berlakon dalam filem itu, jadi apabila dia tengok saya hanya pakai nama Kusyairi, dia mencadangkan supaya saya gunakan dua nama sepertinya. Kata Rosyam, kebanyakan pelakon menggunakan dua nama, manakala satu nama pula selalunya digunakan oleh penyanyi.

"Kata-kata itu saya pegang. Saya pula malas hendak fikir panjang. Kebetulan, sewaktu di sekolah saya ada kumpulan. Dalam kumpulan itu, kami ada nama panggilan masing-masing. Nama kami diambil daripada sebuah drama Mexico yang berkisar mengenai persahabatan. Nama yang tinggal waktu itu hanyalah Beto, jadi teman rapat memanggil saya dengan nama itu. Jadi saya pun gunakan nama berkenaan sebagai nama cari makan.

"Sebelum berlakon, saya sebenarnya terlebih dulu terbabit di belakang tabir. Macam-macam kerja pernah saya lakukan seperti juru gegas, kru teknikal dan pelbagai lagi. Saya berlakon pun sebab hendak mencabar diri kerana saya sebenarnya sangat pemalu. Berlakon umpama terapi untuk memecahkan tembok malu. Apabila tembok itu berjaya dipecahkan, barulah timbulnya minat terhadap bidang ini," kata Beto yang mendapat galakan penuh daripada isteri.

Pernah jadi maskot Along

TISHA yang dikahwini sejak 2008 itu menjadi pendorong utamanya dalam lakonan. Dia yang bertanggungjawab menghantar profil Beto kepada syarikat produksi.
Mungkin ramai tidak tahu, sebelum ini Beto pernah menjadi maskot program kanak-kanak popular RTM satu ketika dulu, Along. Pelakon ini kelihatan malu-malu apabila isterinya memecahkan rahsia itu.

Walaupun terpaksa memakai kostum yang berat dan panas, tetapi hampir tiga tahu juga dia menjayakan program berkenaan. Katanya, dia seronok kerana penonton tidak tahu siapa di sebalik kostum terbabit, justeru dia boleh membuat pelbagai gelagat tanpa dilihat penonton.

Memahami kelebihan pada jejaka yang dikenali sejak 1998 ketika sama-sama menuntut dalam bidang Diploma Perhotelan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu, Tisha memberikannya sepenuh sokongan.

"Saya lihat kreativitinya berbeza dengan teman sekelas lain. Setiap kali pembentangan, dia banyak idea dan tak suka mengarut. Dari situ saya mengesan kelebihannya dalam bidang pengacaraan. Jadi saya hantar profilnya kepada KRU dan selepas itu, saya menggalakkannya untuk menceburi bidang lakonan juga.

"Memanglah apabila suami terbabit dalam bidang glamor, sedikit sebanyak timbul rasa bimbang. Tetapi saya perlu bersikap terbuka. Saya yang inginkan dia berada dalam bidang ini, jadi saya sepatutnya bersikap memahami. Setakat ini semuanya terkawal, jika berasa cemburu saya akan luahkan secara terbuka padanya," kata Tisha yang juga seorang pengurus acara bebas.

Selepas Erma dan Bade memberi ruang kepada Beto, dia turut mendapat kepercayaan syarikat milik Kabir Bhatia, Filmscape Sdn Bhd. Drama pertamanya dengan syarikat itu ialah Kekasih Ku Seru. Namun agak lama juga dia menanti untuk kembali berlakon dalam drama terbitan Filmscape sehinggalah dia ditawarkan memegang watak kecil dalam Nur Kasih The Movie dan terbaru, Juvana.

Beto tidak menafikan, dia agak memilih apabila bercerita soal syarikat penerbitan dan watak ditawarkan. Dia hanya menerima tawaran daripada syarikat yang pernah menghasilkan produk yang bagus. Begitupun, dia tidak menolak tawaran produksi baru, asalkan skrip yang dihasilkan cukup menarik.

Selain Filmscape, dia juga muncul antara pelakon kegemaran Azma. Pemuda itu mula mempercayai bakat Beto selepas melihat lakonannya dalam Warkah Terakhir Rosli Dobhi, arahan Wan Wan Hasliza. Selepas Kashaf Imani, dia ditawarkan pula oleh Azma untuk membintangi Cita dan Cinta, yang kini ditayangkan di TV9.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terlalu biasa

Posted: 22 May 2011 06:05 PM PDT

Hip

Lawak bertema akan dikembalikan bagi menjaga prestasi peserta

TEMA bebas yang diberikan kepada peserta program realiti Maharaja Lawak minggu kelapan nyata tidak membawa sebarang kelebihan apabila pihak juri bersepakat meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap persembahan yang ditonjolkan.

Perkara ini dinyatakan sendiri wakil juri, Ahmad Idham, yang jelas kecewa apabila kandungan bahan lawak yang ditampilkan adalah klise dan terlalu banyak unsur pengulangan.

Kata Idham, tujuan pihak produksi dan juri memberikan tema bebas kepada peserta adalah untuk mencungkil lebih banyak kreativiti serta memberikan peluang kepada peserta menguji sejauh mana keupayaan untuk mempelbagaikan lawak mereka. Malangnya, apa yang diharapkan juri tidak berlaku malam Jumaat lalu. "Saya tak nafikan persembahan Jozan dan Jambu cukup menyerlah. Namun kalau kita lihat, penonjolan lawak seperti suntikan jarum dan situasi di klinik itu sudah biasa dilihat, manakala Jambu pula sebelum ini sudah biasa bermain dengan lawak berkaitan lagu serta ada twist di penghujung lawak.

"Mungkin pendekatan lawak mereka berbeza, tetapi cara mereka menonjolkan lawak itu masih sama dan ada unsur pengulangan. Jadi kami rasakan tema bebas yang diberikan minggu ini gagal menyerlahkan kreativiti peserta untuk meneroka unsur lawak dengan lebih meluas lagi," tegas Idham ketika ditemui sejurus siaran langsung program Maharaja Lawak di Studio FINAS berakhir.

Bagaimanapun, persembahan terbaik malam itu menjadi milik kumpulan Sepah kerana selain mempunyai unsur kemelayuan yang cukup kuat, mereka juga sering tampil dengan lawak yang bersahaja serta berbeza setiap minggu.

Tidak mahu prestasi peserta terus menurun, juri serta pihak produksi merancang untuk mengembalikan semula lawak bertema seperti yang pernah mereka lakukan sebelum ini.
"Apabila ada lawak yang bertema, persembahan mereka akan lebih fokus. Untuk minggu ini, kami akan menggandingkan mereka dengan pelawak dari generasi lama dan juga baru. Ini adalah cabaran buat mereka untuk tampil lebih kreatif dan mampu mengetengahkan idea lawak yang lebih lucu dan menghiburkan," katanya.

Selepas undian ditutup, keputusan malam itu menyaksikan Jambu dan Jozan berkongsi markah iaitu 57 peratus, Sepah (52 peratus), R2 (50 peratus), Nabil (49 peratus), Balas (43 peratus) dan Man (29 peratus). Keputusan itu nyata cukup mengejutkan kerana buat pertama kalinya juara Raja Lawak musim kedua, Nabil menduduki senarai tiga terbawah.

"Mungkin bagi sesetengah peminat, kedudukan Nabil di tiga tempat paling bawah satu kejutan, tetapi tidak bagi saya. Sudah dua minggu saya nyatakan pada Nabil dia perlu meningkatkan persembahan kerana pada peringkat sekarang, siapa yang lebih mantap persembahannya, dialah yang akan diundi penonton. Jadi jangan cepat berasa selesa," ujar Idham.

R2 diserap masuk, Man tersingkir

MENGULAS penyingkiran mereka pada minggu peserta dikehendaki menampilkan lawak berkonsepkan muzikal, kumpulan R2 yang dianggotai Lopez dan Along pernah menyatakan mereka tidak pandai berlawak dan kerana itulah jangka hayat di dalam program itu tidak lama.

Bagaimanapun, itu hanyalah kata-kata mereka. Bagi peminat kumpulan dari Selangor ini, R2 sebenarnya ada keistimewaan tersendiri dan disebabkan itulah mereka berjaya diserap kembali ke dalam program itu menerusi undian masuk, yang diperkenalkan pada minggu ketujuh.

"Apabila mendapat tahu kami diberi peluang beraksi kembali di dalam program ini, kami memang sangat terkejut kerana kami menyangkakan Amir yang akan berjaya. Walaupun kami pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian, iaitu tidak pandai berlawak, namun dengan adanya sokongan peminat, kami berjanji akan memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan akan datang," kata Along atau nama sebenarnya Rahim Mati Ali.

R2 mencatat sejarah tersendiri apabila mendapat undian sebanyak 51,134 menerusi undian yang dibuat di laman Facebook.

Sementara itu, Man yang menampilkan lawak berkonsepkan Selamat Hari Atuk memberitahu, dia bagaikan sudah menjangka malam itu ialah malam terakhirnya di pentas Maharaja Lawak.

"Bukan mudah untuk berlawak seorang diri berbanding peserta berkumpulan. Perkara itu sendiri membuatkan saya sudah dapat mengagak yang saya tidak mampu bertahan lama. Lagipun saya sedar persembahan saya tidaklah sehebat mana.
Apapun saya bersyukur kerana berjaya sehingga ke tahap ini," kata Man yang akan berlakon dalam drama bersiri arahan Ahmad Idham sebaik saja keluar daripada program ini.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.