Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Jom Join Facebook Capital Of The World Posted: 19 Apr 2011 09:30 AM PDT JOM JOIN FACEBOOK CAPITAL OF THE WORLD Facebook & Twitter dah jadi macam satu kemestian bagi kita. Setiap hari mesti nak tulis kat wall Facebook. Dah jadi macam ketagihan pulak rasanya. Tak hairanlah kalau kajian menunjukkan Facebook antara laman sosial paling popular kat Malaysia. Percaya atau tidak, orang Malaysia menjadi antara yang paling aktif berfacebook. Budiey ada terbaca di suratkhabar, mengikut satu kajian, orang kita telah menghabiskan masa lebih kurang 9 jam seminggu untuk berfacebook. Cakap pasal Facebook, Budiey diberitahu tentang satu kempen yang dilancarkan oleh DiGi pada bulan ini. Kempen itu dinamakan FB Capital of The World di mana satu kempen menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghantar petition card ke Facebook dan DiGi sedang berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya negara yang menghantar petition card paling BESAR supaya Facebook mengenali Malaysia sebagai FB Capital of the World. Budiey melihat kempen ini sekurang-kurangnya dapat menyatukan orang Malaysia untuk meminta Facebook menjadikan Malaysia sebagai Facebook Capital of the World. Jadi, apa tunggu lagi, jom kita join kempen ini. Tunjukkan sokongan anda dengan menyertai kempen ini. Untung-untung nasib dapat menyertai satu party eksklusif LIVE FB Party yang dianjurkan oleh DiGi tak lama lagi. Mesej di Invite Card berbunyi: "FB, we are the FB Capital of the World". Bagaimana nak join? Pertama sekali, kenalah LIKE DiGi Facebook Telco Page atau DiGi Youth Page . Kalau boleh, gunalah 'centralized application'. Atau anda boleh terus ke Malaysia Eff-Bee Capital Application. Kemudian, allow the application MALAYSIA EFF –BEE CAPITAL untuk membolehkan anda meletakkan profile picture dan mesej. Secara automatik, setelah meletakkan mesej dan profile pic, ia akan muncul juga di wall post anda. Contoh mesej di wall profile anda : Malaysia should be the World's Facebook Capital because … tak lebih dari 140 patah kata. Yang paling penting, jangan lupa untuk share application ini kepada rakan-rakan anda di Facebook ya. Okay, sebagai hadiah untuk 250 orang yang pertama share paling banyak, anda akan mendapat peluang memenangi 2 jemputan bagi menghadiri sebuah party Facebook di Malaysia yang paling happening yang akan diadakan pada 6 Mei 2011. Di sana akan ada satu custimize page Gallery di mana akan memaparkan semua peserta FB yang menghantar gambar mereka. Di page itu juga ada counter yang akan memaparkan bilangan peserta dan target peserta, Ini secara tak langsung akan menggalakan lebih ramai lagi rakan-rakan di FB untuk menyertainya. Setiap hari akan dipaparkan senarai 250 peserta paling banyak share dan aktif di FB page DiGi. Apabila counter menunjukkan bilangan target mencukupi, pihak DiGi akan mengumumkan lokasi party dan mengumumkan pemenang bertuah sehari (24 jam) sebelum tarikh party diadakan. BERTINDAK SEKARAAAAAAAANG! Tarikh tamat untuk menyertai peraduan ini ialah pada 3 Mei ini. Alamak, tinggal beberapa hari lagi kan? Jangan bertangguh-tangguh lagi ya. Masa dah takde dah ni, jadi, baik buat SEKARANG!!! Pengumuman 250 orang pemenang dijangka akan dibuat sebelum 5 Mei ini. Sementara lokasi party Facebook akan diumumkan pada 5 Mei 2011. Hanya 24 jam sebelum tarikh party diadakan. Jadi, korang kenalah alert dan mengunjungi Facebook DiGi. Jadi, apa tunggu lagi, JOOOOOOOOOOMMMM! Masa yang sangat tepat untuk korang jadikan Malaysia sebagai FB Capital of the World! sama-sama kita meriahkan kempen ini. We don't have ENOUGHHHH timeee!!! COME OOONNN!! Only till 3 May! Tinggal seminggu lebih je lagi ni! Jom lekas bertindak! Jumpa korang di Party ini pada 6 Mei ini ya! Layari sekarang: DiGi Facebook Telco Page Tags: antara, automatik, centralized application, dapat, eff, facebook, invite card, juga, kempen, ketagihan, mesej, orang kita, orang malaysia, pic ia, rakan, rakyat malaysia, satu, share application, suratkhabar, untung Tags: AdvertorialClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Sekitar Majlis Ramah Mesra Bersama Awi Rafael Posted: 19 Apr 2011 09:29 AM PDT "Hello, nama saya Awi Rafael, saya adalah seorang singer & songwriter." Itulah ayat-ayat pengenalan diri dari seorang penyanyi yang dulunya pernah menyertai kumpulan Bhumiband yang terkenal di Singapura dan pernah memenangi trofi Best New Album, Best New Song di Anugerah Planet Muzik. Menggelarkan dirinya sebagai Awi, sekilas mengingatkan Budiey dengan penyanyi band handalan Wings, Awie. Tak ramai penyanyi nak guna nama Awi. Unik dan ringkas. Awi Rafael, orangnya sangat mesra dan mudah didekati. Saat bertemu sejurus usai Majlis Ramah Mesra di Ecobar jam 4 petang semalam, Budiey merasakan Awi Rafael ada aura ikon pop rock. Ada gaya. Kasual berjaket, jeans lusuh yang koyak di bahagian lutut dan lengkap berkasut bot tinggi. Kata Awi, dia ada follow Twitter Budiey dan kami sempat berbual sepatah dua. Tak dapat berbicara lama kerana Awi Rafael masa tu sibuk dengan temubual bersama TV. Awi jenis yang suka merendah diri dan tak pernah lupa untuk menghargai pertolongan media yang banyak membantu beliau. Dan semalam, adalah tarikh bersejarah bagi Awi Rafael yang telah melancarkan album pertamanya yang berjudul AWI RAFAEL. Majlis dibuat di Ecobar, Menara Bata, Damansara Perdana. Di majlis ramah mesra semalam, Awi sempat mendendangkan 4 buah lagu kepada media yang hadir. Nak dengar persembahan Awi yang santai, sila klik video kat bawah ya: Bila Aku Jatuh Cinta – Awi Rafael Bukankah Aku – Awi Rafael Pulanglah – Awi Rafael Kepada yang belum kenal Awi Rafael, boleh follow twitter @AwiRafael. Sebenarnya, beliau yang kini mencecah 25 tahun ini pernah mendapat persekolahan di Singapura dan merupakan graduan jurusan Undang-Undang dan Psikologi. Kemudian beliau merantau ke Australia untuk mencuba nasib dan menimba pengalaman di sana. Sekarang, Awi mahu test market di Malaysia pula dan hari ini beliau telah bernaung di bawah label Warner Music Malaysia. Menurut profile yang Budiey baca ni, Awi lahir pada 23 Julai 1986 dan nama sebenarnya ialah Muhammad Nabawi bin Gunawan. ibunya berasal dari Pontian, Johor manakala bapanya adalah dari Jakarta, Indonesia. Awi bukan calang orang sebab sebelum ini beliau pernah menjelajah bersama kumpulan muzik seperti Sheila On 7, Dewa dan banyak lagi. Seawal usianya 20 tahun lagi, Awi telah berjaya mendengarkan suaranya di TV dan radio Singapura, Brunei dan Indonesia. Bagi Awi, itu satu pencapaian yang boleh dibanggakan daripada pemuzik yang bergerak secara solo. Album Awi Rafael memuatkan 5 buah lagu hasil penulisan lirik dan lagu oleh Awi Rafael sendiri dengan tambahan 2 buah lagu Pulanglah versi BM dan radio edit. Album ini menampilkan lagu-lagu berentak pop rock dan balada. Lagu Pulanglah yang kini diputarkan di beberapa stesen radio Malaysia kini telah pun mendapat tempat di hati pencinta muzik negara ini dengan tersenarainya lagu ini sebagai antara lagu yang menjadi pilihan pendengar. Lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Pulanglah, Aku Bukan Bintang, Bukankah Aku, Bila Aku Jatuh Cinta dan Panas. Album Awi Rafael boleh dibeli pada harga RM21.90. Diterbitkan bersama Hang Dimas dari kumpulan Hujan. Tags: awi, Budiey, diri dari, graduan, hadir, kasual, koyak, mesra, nama saya, nasib, pengenalan diri, penyanyi, persembahan, psikologi, pulanglah, radio singapura, ramah, santai, test market, warner music malaysia Tags: Album, EventsClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |