Adsense

Selasa, 19 April 2011

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


RM 9243.99 Jumlah cashout dari Nuffnang

Posted: 18 Apr 2011 07:17 PM PDT

Kali ini kami ingin berkongsi ngan korang semua tentang seorang otai dari blog Cari Duit Internet, kami pun mcm korang jgk teringin nak dapat earning membukit-bukit macam ni..bayak beb! sapa tak nak duit yang banyak..

Ni petikan dari blogger tu:

Anda ada blog? Kalau ada bagus lah kerana buat blog tidaklah sesusah mana. Org yang tak tau script HTML pun sudah boleh berblogging. Malah percuma pula dengan blogger.com.

Terpulang kepada minat masing-masing blogging mempunyai niche masing-masing tapi paling ramai yang bertemakan peribadi kerana banyak boleh ditulis. Biasala tu kan..

Namun begitu jika anda berminat dengan cari duit di internet, blogging selain dari hobi ianya adalah sumber duit juga. Saya baru mendapat email dari bank HSBC semalam berkaitan cek yg mereka proses dari Nuffnang untuk saya.

Alhamdulillah RM1095 jumlahnya. Baru dua bulan lepas saya menerima RM1144 dari Nuffnang. Masuk ini saya sudah 25 kali cashout dari Nuffnang yang jumlah keseluruhannya RM9243.99 selama 2 tahun setengah. Ini bermakna saya mendapat hasil lebih kurang RM256 sebulan secara puratanya. Esok atau lusa saya akan cashout buat kali ke 26 yang jumlah terkini RM95.47.


Email payment advice dari HSBC. Klik atas gambar untuk besarkan


Payment advice dari HSBC. Klik atas gambar untuk besarkan


Jumlah terkini cashout dari Nuffnang. Klik atas gambar untuk besarkan.

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suami Tak Pernah Melihat Wajah Isteri

Posted: 18 Apr 2011 12:34 PM PDT

Tak sangka ya, ingatkan orang Melayu sahaja yang mengenepikan agama kerana adat, orang Arab pun sama juga. Saya sering mendengar cerita orang-orang Melayu yang mencuba membuat tahlil dalam masjid di Mekah dihalau oleh Polis Mekah kerana dikatakan bidaah.

Suami tidak pernah melihat wajah isteri bukan kerana suaminya buta tetapi kerana adat. Bukan ajaran Islam, namun hanya adat atau tradisi yang subur di sejumlah kawasan terpencil di beberapa negara Teluk iaitu tradisi yang mengharamkan wanita memperlihatkan wajah dan tubuhnya walaupun kepada suaminya sendiri.


Pernikahan yang terjalin hamir 3 dekad. Anehnya, suami sama sekali belum pernah melihat wajah isterinya. Hanya mata sahaja yang boleh dipandang selama hidup bersama.

Sepanjang hidupnya, isteri selalu mengenakan burka, iaitu busana tertutup bagi wanita muslim yang hanya memperlihatkan area mata. Bahkan, tidur pun mengenakan busana itu.

Pada tahun 2008, selama 30 tahun menjalani pernikahan tanpa melihat wajah isteri ternyata merupakan siksaan kepada seorang suami.
Diam-diam, lelaki ini nekad menyingkap kain yang menutup wajah isterinya yang sedang nyenyak tidur.

Namun begitu, tindakan nya itu harus dibayar 'mahal' dengan permohonan cerai dari isterinya.Isteri yang sudah berusia 50-an tahun berasa dikhianati. Dia memohon cerai, meski suami sudah berulang kali meminta maaf dan berjanji tak mengulangi perbuatannya.

"Setelah bertahun- tahun, dia (suami) mencuba melanggar komitmen, ini adalah kesalahan besar," kata isteri kepada akhbar setempat, Al-Riyadh, seperti dikutip dari laman Daily Mail.

Apa yang dilakukan wanita itu merupakan bentuk kepatuhan terhadap tradisi yang tumbuh subur di kampungnya, tak jauh dari Khamis Mushayt, wilayah barat daya Arab Saudi. Bukan ajaran Islam, namun tradisi ini diikuti di sesetengah kawasan terpencil di beberapa negara Teluk.

Ini bukan satu-satunya kes. Seorang lelaki bernama Ali al-Qahtani juga menerima ancaman permohonan cerai ketika mencuba membuka kain yang menutup muka isterinya setelah 10 tahun berkahwin. Nasib baik dia dimaafkan setelah berjanji tak akan mengulangi perbuatannya.

Sementara Hassan Al-Atibi pula mengancam akan menikah lagi jika isterinya tak bersedia membuka hijabnya. Tetapi tidak terasa terancam malah isterinya mencarikan wanita yang tak mengikuti tradisi itu untuk dijadikan isteri kedua. Agaknya dia lebih rela suaminya poligami agaknya lebih baik daripada menunjukkan wajahnya ke suami.

Om Rabea al-Gahdaray, 70, salah satu wanita yang menjalani tradisi ini mengatakan bahawa suami tidak boleh melanggar komitmen yang telah mereka janji sebelum pernikahan. Suami tak boleh mengubah tradisi yang telah sedia ada sejak zaman berzaman.

Saat ditanya bagaimana boleh memiliki anak tanpa mengizinkan suami melihat wajah dan tubuhnya, al-Gahdaray menjawab, "Pernikahan itu tentang cinta, bukan wajah."

Sumber: isuhangat

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.