Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Zizan nafi jaga standardSEMAKIN seseorang selebriti itu meningkat popular, semakin banyak jugalah cerita kurang manis akan cuba didedahkan. Atau tidak kurang juga cerita tidak elok itu 'terdedah' dengan sendirinya. Nama Zizan sejak akhir-akhir ini begitu pantas mendaki tangga populariti. Apatah lagi dia dinobatkan sebagai Artis Komedi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular 2010. Graf populariti pemilik nama sebenar Mohd. Razizan Abd. Razak itu disempurnakan lagi apabila dia bersama Dira Abu Bakar diberi kepercayaan sebagai hos baru program Melodi. Namun, apa yang paling menarik perhatian umum adalah sudah tentu hubungannya yang dikatakan agak rapat dengan aktres jelita Juliana Evans. Namun, di sebalik pelbagai perkara positif dialami pemuda berusia 27 tahun itu, tiba-tiba angin gosip bertiup kencang mendakwa Zizan dikatakan lagi tidak mahu melepak dan makan di gerai-gerai tepi jalan. Adakah mungkin Zizan berasa dirinya tidak sesuai berada di situ kerana popularitinya meningkat ataupun kerana mahu menyamakan standard dengan Juliana Evans? Zizan yang ditemui pada persembahan Minggu Setiausaha Anita Sarawak dan Noryn Aziz di di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam, Selangor, baru-baru ini agak terkejut apabila diajukan dengan persoalan tersebut. Dengan nada sedikit serius, jawab Zizan: "Siapa yang kata begitu? Baru-baru ini ada saya lepak-lepak di gerai begitu. Jue (nama panggilan ringkas Juliana Evans) pun pernah juga lepak di gerai begitu. "Terus-terang saya katakan, saya tidak boleh lari daripada makanan-makanan kampung seperti di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ini kerana makanan di situ mengingatkan saya kepada masakan di kampung." Tambah pemuda kelahiran Dungun, Terengganu itu, setiap kali dirinya terkenang keluarga dan masakan ibu, dia pasti akan ke kawasan berkenaan untuk mencari makanan kampung kegemarannya. "Jika ke restoran mahal, bagaimana ia boleh membuatkan saya kenyang?" soal Zizan yang menyatakan menikmati hidangan di restoran mahal tidak bermakna akan membuat perutnya kenyang berbanding makan di gerai-gerai tepi jalan. Kedengaran sedikit kecewa dengan apa yang diperkatakan mengenai dirinya itu, Zizan mengakhiri jawapannya dengan mengatakan perkara ini merupakan suatu kenyataan sumbang kerana baginya, dia tidak pernah lupa daratan sehingga tidak lagi mahu makan di gerai-gerai biasa. ABP & Melodi Zizan adalah antara nama yang disebut-sebut akan memenangi Artis Paling Popular di ABP 2010. Namun, Zizan telah tewas di tangan aktor Shaheizy Sam. "Saya terima dengan hati yang terbuka kerana ia adalah rezeki masing-masing. Sebenarnya, rezeki tidak akan pernah kita ketahui dan nampak. Begitu juga dengan malang yang sentiasa dikatakan tidak berbau," ulas Zizan jujur dan reda dengan apa yang telah ditakdirkan. Bagi anak bongsu dari dua beradik ini, dia berpuas hati dengan kemenangan yang telah diperoleh Sam pada malam tersebut. Katanya, Sam adalah calon yang paling layak kerana kejayaan filem-filem lakonannya yang telah pun meraih kutipan pecah panggung. "Pada pendapat saya, tidak mustahil dia menang setelah apa yang dikecapinya sepanjang pembabitan dan kecemerlangannya di dalam industri seni tanah air. Ia merupakan perkara yang tidak mustahil. Tahniah untuk Sam!," tutur Zizan yang kini sedang sibuk dengan program Melodi dan program realiti terbitan Astro, Maharaja Lawak. Berbicara pula mengenai pengalamannya menjadi pengacara baru bersama pasangannya Dira Abu Zahar dalam program Melodi, Zizan mengakui ia merupakan suatu pengalaman yang menakutkan kerana pada kebiasaannya mereka bergantung kepada bekas pengacara Melodi sebelum ini iaitu Fara Fauzana (atau dikenali juga Fafau) dan Wahid Senario. "Kebiasaannya kita bergantung kepada Wahid dan Fafau akan tetapi kali ini, hanya saya dan Dira sahaja dan kami kini saling bergantungan. Jadi dengan keadaan ini, ia mengharuskan kami untuk membuat rujukan yang lebih dan perlu mengambil tahu tentang perkara ini," ujar Zizan. Jodoh Selepas menyebutnya di ABP 2010, Zizan mengulanginya di acara persembahan Minggu Setiausaha Anita Sarawak dan Noryn Aziz di SACC. yang mana ungkapan seakan-akan ibunya mahukan menantu berwajah Pan-Asia yang mungkin seakan-akan dituju kepada pasangan pengacaranya pada hari tersebut iaitu Juliana. "Itu hanya gurauan semata-mata dan saya lihat ia sebagai hiburan. Jika saya sebut ketika sidang akhbar atau sebagainya, mungkin juga ia adalah perkara betul. Saya juga rasa orang tahu yang ia bukan suatu yang serius. "Saya juga sering sampaikan perkara itu dalam nada gurauan bukannya serius. Padahal, ibu saya tidak pernah pula memesan begitu pada saya," jelas Zizan diselangi ketawa kecil. Tambahnya: "Cuma ibu saya pernah berpesan, jika saya mahu bekerja, lakukan dengan bersungguh-sungguh. Jika sudah bersedia, beritahu padanya, tidak kisahlah siapa pilihan saya. "Namun setakat ini, saya akui saya belum bersedia lagi ke arah hubungan yang lebih serius. Apa yang saya mahu katakan, saya tengah jatuh cinta dengan kerja saya dan keluarga adalah yang utama," jelasnya sambil mengulas hubungannya bersama Juliana tidak lebih dari seorang rakan biasa. Juliana bukan punca Dalam pada itu, Juliana pula ketika diminta mengulas mengenai penampilan Zizan yang dilihat semakin bergaya selepas semakin rapat dengannya, dia menafikan dirinya ada kaitan dengan hal tersebut. "Kemungkinan ia merupakan keputusan Zizan sendiri untuk menukar penampilan yang lebih segak. Mungkin itu sebenarnya diri dia. Penampilan dia rasanya, tiada kena-mengena dengan saya. Itu adalah keputusannya sendiri," ujarnya. "Saya tidak pernah terfikir mengenai perkara itu, bagi pendapat saya, dia seorang yang sukakan fesyen dan bergaya. "Kadangkala dia ada juga bertanya pendapat saya mengenai fesyen atau barangan yang dibelinya. Sebagai rakan, saya hanya membantunya dengan memberikan pendapat saya, itu sahaja," ungkap Juliana. Mengakui sibuk dengan rutin seharian, Juliana menegaskan: "Saya dan Zizan sudah jarang melepak sama kecuali kebetulan terjumpa semasa bekerja bersama di dalam acara atau majlis-majlis." Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Misteri hantu Karak Oleh SAHLIZAH MOHAMED YUSRY (tengah) bersama barisan pelakon filem seram pertama arahannya, Karak. Turut bergambar sama adalah Norman dan Edry Abdul Halim (kanan). SELEPAS mengecapi kejayaan melalui filem epik Hikayat Merong Mahawangsa, KRU Studios bakal muncul dengan naskhah terbaru mereka menerusi filem bergenre seram berjudul Karak. Bakal menjengah pawagam 26 Mei depan, Karak tidak terkecuali daripada menerima sentuhan magis pengarah tersohor, Yusry Abdul Halim yang buat julung-julung kalinya mengarahkan filem seram. Berkisarkan tentang perjalanan empat sekawan yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan sebelum mereka mengalami kesesakan yang luar biasa sehingga nekad untuk mencari jalan alternatif. Tanpa disedari, keputusan nekad yang diambil menyebabkan mereka berdepan dengan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan. Bercerita dengan lebih lanjut mengenai Karak, menurut Norman, filem tersebut digarap berdasarkan kisah yang biasa didengari berkenaan dengan lebuh raya tersebut. "Kami jahitkan cerita yang pernah berlaku di kawasan tersebut dan kisah yang menjadi buah mulut orang. "Dalam filem ini juga, ada 10 entiti paranormal yang akan dipersembahkan. Selain itu, kami juga ada membuat beberapa kajian untuk digarap menjadi sebuah filem," katanya yang ditemui pada sidang akhbar filem itu di ibu negara baru-baru ini. Ditanya tentang motif sebenar KRU Studios menerbitkan naskhah seram, Norman memberitahu, ia bertujuan untuk mempelbagaikan genre filem terbitan produksinya. Ujarnya lagi, selain Magika, pihaknya juga akan menerbitkan filem bercorak komedi, penggunaan binatang sebagai objek utama selain genre yang pernah dihasilkan sebelum ini. "Kalau semua filem yang diterbitkan bercorak sama seperti aksi, seram dan komedi, orang akan jemu," jelasnya sambil memberitahu jumlah kos yang dikeluarkan untuk Karak adalah antara yang paling rendah iaitu RM1.5 juta. Muka baru Karak menampilkan empat pelakon utama yang juga muka baru iaitu Shahir AF8 yang memegang watak sebagai Nik, Shera Ayob (Zura), Along Ezeyndy (Jack) dan Kilafairy (Ida) serta seorang pelakon veteran iaitu Sidek Hussin (Tok Malam). Dalam pada itu, Yusry ketika diajukan pertanyaan mengenai pengambil muka-muka baru, dia berpendapat bahawa ia berdasarkan keperluan jalan cerita yang memerlukan keaslian bagi menimbulkan perasaan seolah-olah kejadian dalam filem itu benar-benar berlaku. "Pemilihan pelakon baru memang disengajakan. Ia untuk memberi nafas baru dan kelainan. "Untuk itu, sebuah bengkel telah diadakan sebelum hari penggambaran agar mereka berpeluang untuk mengenali antara satu sama lain sebelum berlakon. Ia sebenarnya membantu untuk menjayakan peranan masing-masing," terang Yusry. Menjalani penggambaran selama 20 hari di sekitar Lembah Pangsun, Cyberjaya dan Beranang, Yusry mengakui berdepan dengan cabaran kerana filem tersebut mengisahkan apa yang berlaku dalam satu malam. "Penggambaran hanya akan bermula selepas matahari jatuh dan berhenti sebelum matahari terbit, jadi semua jadi 'hantu' kerana tidur siang dan malam bekerja. "Waktu malam agak singkat, jadi kena cepat dan saya akui ia agak memenatkan. Bagaimanapun, penggambaran di dalam studio sebenarnya banyak membantu mempercepatkan proses penggambaran," katanya. Sebuah lagu tema juga akan mengiringi filem Karak yang bertajuk Kerek nyanyian Bandi Amuk ciptaan sepenuhnya oleh Edry. Sementara itu, pelakon yang ditemui mengakui teruja dengan filem tersebut terutama bagi Shahir dan Kilafairy yang baru pertama kali mencuba cabang lakonan. "Saya banyak belajar dalam filem pertama ini. Babak yang paling mencabar ialah babak sedih kerana saya perlu menangis. Untuk menjayakannya, saya turut dibantu oleh jurusolek. Ia sungguh sukar bagi saya," ulas Shahir. Kilafairy turut berkongsi keterujaan yang sama melalui filem pertamanya itu. "Ini filem pertama saya, mestilah mencabar, tetapi dengan tunjuk ajar oleh pengarah secara tidak langsung meringankan cabaran yang ada. Saya sungguh teruja dan tidak sabar untuk melihat hasil lakonan saya," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Kangna pilih Salman atau Gerard? Posted: Kangna pilih Salman atau Gerard?DARI KIRI:KANGNA, GERALD BUTLER, SALMAN KHAN KANGNA RANAUT ternyata sangat berhati-hati apabila bercerita tentang kisah peribadinya. Aktres cantik itu memberitahu buat masa ini dia tidak bercinta dengan sesiapa biarpun ada gosip yang mendakwa ada sesuatu antaranya dan aktor Salman Khan. "Saya hanya mahu pastikan kali ini bahawa cinta baru akan berkekalan. Jadi, sementara bertemu lelaki yang boleh merealisasikan impian saya itu, biarlah saya bersendirian buat masa ini," ujarnya kepada majalah Mumbai Mirror. Menurutnya lagi, buat masa ini hanya Salman merupakan sahabat sejatinya dalam industri Bollywood. Katanya: "Saya mula berkenalan dengan Salman di set penggambaran filem Dus Ka Dum dan terus menjadi kawan. "Saya juga menyedari bahawa di Bollywood ini, hanya Salman yang benar-benar ikhlas berkawan dengan saya. Dia adalah rakan ketika saya senang dan susah." Namun, Kangna menafikan dia dan Salman bercinta. "Tidak benar. Saya dan Salman bukan pasangan kekasih. Saya tidak bercinta dengan sesiapa pun. Tapi bila saya bercinta, saya akan bersikap terbuka, itu yang selalu saya amalkan." Apa pula komen Kangna tentang gosip dirinya bercuti bersama aktor terkenal Hollywood, Gerard Butler di Amerika Syarikat? "Gerard Butler hanya datang ke set penggambaran filem lakonan saya, Happy New Year di Amerika Syarikat untuk bertanya khabar. Itu sahaja. Mana ada kami bercinta. Saya tiada sebab untuk merahsiakan jika benar kami bercinta," tegasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |