Adsense

Sabtu, 15 Januari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Avon Perkenalkan Pencarian Bakat AVON VOICES

Posted: 15 Jan 2011 09:29 PM PST

Pada jam 2 petang tadi, Budiey sempat menghadiri sesi ujibakat Avon Voices yang dianjurkan oleh Avon Malaysia di Stesen KL Sentral Kuala Lumpur.

Budiey rasa sangat terkejut juga kerana penyanyi yang Budiey kenali pun turut menghadiri sesi ujibakat Avon Voices ini. Penyanyi yang Budiey maksudkan ialah Amanda Amani.

Amanda Avon Voices

Yang uniknya pertandingan ini ialah terbuka kepada semua wanita.

Amanda Avon Voices

Avon Voices ini sebenarnya dilancarkan di 60 buah negara, bersama 6.2 juta wakil Avon. Untuk mencari wakil dari Malaysia, Avon mengadakan sesi ujibakat ini. Dilancarkan 1 Disember 2010 dan satu-satunya pencarian bakat melalui online dan peraduan mencipta lagu wanita dan lelaki dan ianya adalah satu daripada program sambutan sempena ulangtahun Avon yang ke-125.

Sesi ujibakat ini diadakan untuk mencari bakat baru yang akan berpeluang ke Hollywood untuk latihan profesional dari segi vokal, personaliti makeover, temuduga dan rakaman album.

Ujibakat ini terbuka kepada wanita Malaysia berumur 18 tahun ke atas, setiap peserta dikehendaki menyanyi secara acapella tanpa muzik selama 30 saat.

Seramai 50 orang finalis dipilih untuk ke ujibakat ini. Namun kepada yang tak sempat nak hantar video rakaman nyanyian mereka, boleh upload video mereka di www.avonvoices.com

Kenapa pilih penyanyi
Avon ingin mengetengahkan bisnes di kalangan remaja. Jadi dengan adanya penyanyi muda seperti Alyah, Marsha dan Soo Winci. dapat memberikan inspirasi kepada remaja dan dengan pengalaman yang mereka anda dapat menarik remaja.

Soo Wincci adalah duta kepada skin care kepada Avon, begitu juga dengan Marsha yang menjadi duta kepada produk Avon.

Juri-juri dari selebriti dijemput untuk mengadili dan memberi komen tentang bakat nyanyian dari peserta. Antaranya, Marsha Milan Londoh, Alyah, Linda Jasmine, penyanyi, pelakon & Ratu Dunia Malaysia 2008/2009 – Soo Wincci.

Pemenang dari Malaysia akan mewakili Malaysia ke Hong Kong bersama pesaing yang lain dari negara lain untuk merakam video nyanyian mereka pada bulan Mac nanti. Manakala Semi-Finalists akan dihantar ke Hollywood, California untuk kursus vokal profesional, Avon makeovers dan rakaman video di Julai 2011 kelak.

Untuk peringkat antarabangsa pula, panel juri Avon Voices terdiri daripada tokoh industri muzik dari seluruh dunia iaitu Fergie, Pemenang Grammy Award, Diane Warren, pencipta lagu legendaris, Natasha Bedingfiled, pencalonan Grammy penyanyi / penulis lagu – Lea Salonga, penyanyi dan pelakon Fililino, Evete Sangalo, artis terkenal Brazil dan Valeriya, artis terkenal Rusia.

Sebanyak 200 orang pesaing dari seluruh dunia akan menerima latihan profesional vokal, makeover Avon, dan rakaman video. Tujuan ujibakat ini adalah untuk mencari dua penyanyi berbakat termasuklah seorang wakil Avon yang berbakat menyanyi yang berpeluang untuk merakaman album yang dihasilkan secara profesional.

10 orang peserta finalis terpilih ditentukan oleh juri undian orang ramai akan dumumkan di www.avonvoices.com pada 8 September 2011 dan kemudiann dihantar ke USA untuk kursus vokal, styling dan Avon makeovers.

Peserta finalis juga akan menyertai juri-juri antarabangsa untuk mempersembahkan lagu Anthem Avon Voices yang dicipta oleh Diane Warren di Malam Gala Avon Foundation. Kutipan dari jualan lagu Anthem Avon Foundation akan disalurkan untuk usaha membanteras keganasan terhadap rumahtangga.

Amanda Avon Voices

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Alyah di Konsert Kemuncak Suria FM
  • Profile Biodata Intan Ladyana – Actress, TV Host, Talent, Model
  • Perjanjian Persefahaman MC Voices & Stars Sdn Bhd bersama MAESTRO
  • Konsert Gang Starz Pertama Malam Ini di TV3
  • BURBERRY THE BEAT TALENT SEARCH CONTEST
  • Profil Nasha Aziz
  • Pencarian Bakat Baru Dalam Juara Asyik 2009
  • Mila Jirin Berundur Dari MC Voices & Stars
  • Jom bersantai Bersama Mila di Perasmian DA VOM!
  • Sessi Uji Bakat Puteri Gunung Ledang The Musical Musim ke 3
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Safura, Rusdi Ramli, Leez dalam Demi Kasih

    Posted: 15 Jan 2011 06:11 PM PST

    KISAH REALITI ISU MASYARAKAT SETEMPAT MENERUSI DUA TELEMOVIE MENARIK MENGISI SLOT MUSTIKA DI TV2

    Ketika ini masyarakat kita galak disajikan dengan pelbagai isu anak yang lupa daratan terhadap keluarga. Tak kurang juga isu perbalahan dua pihak daripada berkongsi kasih seorang lelaki. Atas rasa amarah yang tidak terkawal lalu terjadilah pelbagai situasi dan insiden yang tidak pernah terduga yang kemudiannya menjadi muka depan akhbar-akhbar tempatan.

    Radio Televisyen Malaysia (RTM) peka dengan isu yang berlaku ini cuba mengajak penonton setia salurannya mengambil ikhtibar menerusi dua drama menarik, Demi Kasih pada 25 Januari 2011 dan diikuti Madu Cinta pada keesokkan harinya, 26 Januari 2011 yang kedua-duanya disiarkan jam 1.30 petang di TV2 mengisi slot Mustika yang pada masa sama mengangkat isu ini.

    BABAK DALAM DEMI KASIH

    Demi Kasih lakonan Safura, Rusdi Ramli, Leez, Nasir Bilal Khan dan Enor berkongsi kisah kematian ayahnya yang sekaligus membuatkan watak Maizurah terpaksa menggalas tanggung jawab sebagai ibu dan ayah bagi menjaga dua orang adiknya, Fendi dan Nora.

    Walaupun terpaksa mengorbankan masa remajanya, Mai sedikitpun tak kesah dan dia tidak pernah merasa terbeban, jauh sekali cuba untuk melarikan diri dari tanggungjawab. Demi untuk membesarkan adik-adiknya, Mai sanggup melakukan apa juga kerja. Yang penting dia mendapat upah dan boleh memenuhi keperluan adik-adiknya.

    Mai mengenepikan semua kepentingan dirinya demi adik-adik. Dia sanggup menolak pinangan ramai lelaki demi untuk terus berbakti pada adik-adiknya. Mai takut, kalau dia berkahwin adik-adik akan terabai. Lantaran itu dia merelakan dirinya menjadi andartu demi kepentingan adik-adik.

    Namun pengorbanannya terhadap Nora dibalas dengan sikap angkuh dann sombong. Bagi Nora kakaknya tidak ubah seperti pembantu rumahnya sahaja. Namun Mai tetap berkeras untuk 'mengabdikan' dirinya pada Nora. Fendi sudah tidak tahan lagi melihat Mai diperlakukan seperti orang gaji. Mereka merancang sesuatu demi untuk membawa Mai keluar dari rumah Nora.

    RUDSI RAMLI DALAM DEMI KASIH

    Menyusul keesokkan harinya drama menarik bertajuk Madu Cinta lakonan Yatt, Sheera Iskandar, Iqram Dinzly, Sarimah Mahran dan Aznah Hamid yang mengisahkan konflik jiwa Mastura yang cemburukan kawan karibnya, Atikah lantaran sejak kecil lagi Atikah sering menjadi pujian rakan sebaya serta cikgu kerana sikap Atikah yang berbudi bahasa dan pandai mengaji serta bijak dalam persekolahan.

    Sementelahan pula jika hendak dibandingkan, Mastura lebih cantik daripada Atikah.

    Rasa cemburu tersebut menular sehinggalah masing-masing memasuki alam pekerjaan. Mastura dan Atikah masing-masing berjaya ke pusat pengajian tinggi, malangnya selepas tamat belajar, nasib Atikah lebih baik kerana dia berjaya memohon pekerjaan sebagai juruaudit, manakala Mastura terpaksa menjadi ekskutif jualan untuk menampung kehidupan. Mereka juga tinggal serumah.

    Kemuncak rasa cemburu Mastura apabila Atikah bertunang dengan Hisham, sedangkan dia pula terpaksa berdepan dengan konflik percintaan apabila kekasihnya, Azman bermain kayu tiga. Mastura sebenarnya menyintai Hisham, bagaimanapun Hisham memilih Atikah sebagai pasangan hidup.

    Satu hari, Atikah terpaksa ke Johor Baharu untuk mengaudit anak syarikat kumpulan syarikatnya. Dalam waktu yang sama, Mastura pula demam dan terbatuk-batuk. Atikah risaukan keselamatan Mastura dan meminta Hisham menjengah dam menghantar makanan untuk Mastura.

    Mastura mengambil kesempatan ini untuk merealisasikan hasratnya untuk memiliki Hisham dengan meletakkan pil tidur dalam minuman Hisham dan akhirnya membawa Hisham ke bilik tidurnya.

    Insiden yang berlaku menyebabkan Hisham tertekan. Atikah perasaan perubahan sikap Hisham, bagaimanapun dia tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah Mastura memberitahu dia telah mengandung dua bulan hasil hubungannya dengan Hashim. Hisham mengaku dia tidur di bilik Mastura dan dia sendiri hairan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku.

    SAFURA DALAM DEMI KASIH

    Demi menjaga maruah mereka berdua, Atikah mendesak Hisham kahwin dengan Mastura, sementelahan pula ujian air kencing mengesahkan Mastura memang positif hamil. Mastura sebenarnya mengambil urin kawan sepejabatnya, Shima yang ketika itu sedang mengandung dua bulan.

    Malangnya perkahwinan Hisham dan Mastura tidak menjanjikan kebahagiaan. Hidup Mastura makin tertekan apabila Hisham langsung tidak menyentuhinya, malah saban malam Hisham tidur di ruang tamu.

    Mastura yang marah dengan sikap Hisham, nekad untuk menggunakan khidmat bomoh tetapi dinasihati oleh Shima kerana perbuatan tersebut adalah syirik. Ketika bertelagah, Shima terlanggar bucu meja dan akhirnya keguguran. Shima mula insaf betapa itu semua adalah balasan dosa terhadapnya kerana bersekongkol dengan Mastura dulu.

    Keadaan batuk Mastura makin teruk, sehinggalah satu hari dia batuk berdarah. Hasil diagnosis, Mastura disahkan menghidap barah paru-paru di peringakt kritikal. Mastura mula menyesal dengan sikapnya.

    Shima pula akhirnya berjumpa dengan Atikah dan menceritakan segala perancangan Mastura selama ini. Manakala Mastura merayu Atikah berkahwin dengan Hisham bagi menebus segala beban dosa yang tidak tertanggung ekoran memfitnah Hisham. Lalu untuk mengetahui kesudahan dua drama menarik ini, pastikan anda meluangkan masa menontonnya hanya di TV2.

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza dan Datuk K di Majlis Wedding Rusdi Ramli
  • Gambar Safura di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Anak Norlia Ghani Adik Rusdi Ramli Meninggal Dunia
  • Gambar Hazama, Farhan & Leez AF @ Raja Lawak Final
  • Gambar Fazura di Sidang Media Anak Wayang
  • PHOTO CUTE ANAK RAMLI MS
  • Nora Danish Namakan Anaknya Putera Raiqal Ramli Bin Rizal Ashram Ramli
  • Filem Gentayangan
  • Gambar Fazura dan Rusdy Ramli di Sidang Media Anak Wayang di KLPac
  • Drama Ampang Medikal Lakonan Rusdiana Rusdi & Julia Ziegler
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.