Harian Metro: Rap |
Posted: 14 Jan 2011 06:43 AM PST SAAT indah diimpikan personaliti televisyen Azwaliza Azman atau Wawa, 30 untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati Abdul Kadir Abdul Rashid, 32, semakin hampir. Pasangan yang bertunang pada November 2009 akan bernikah pada 22 Januari ini, jam 3 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Segala persiapan sudah dilaksanakan dan Rap dijemput menyaksikan bagaimana pasangan merpati dua sejoli ini meneliti kerja-kerja terakhir sebelum tiba hari bersejarah buat mereka.
Selain majlis pernikahan dan resepsi di PWTC, pasangan itu merancang mengadakan majlis resepsi di rumah bagi membolehkan sahabat taulan meraikan mereka sementara Hotel Shangri-La buat tetamu khas. Untuk itu beberapa pasang baju sudah pun ditempah. "Di majlis itu nanti kebanyakan pakaian saya direka Freda, pereka fesyen yang turut bertanggungjawab menghasilkan baju untuk majlis merisik dan bertunang. Malah baju pernikahan nanti, dia juga yang hasilkan," katanya menceritakan perancangan dibuat. Wawa sendiri berusaha memastikan segala perancangan berjalan lancar seperti apa yang dimahukan. Lebih penting bagi pembaca berita Buletin Utama dan pengacara majlis itu, dia mahu tetamu bakal meraikan mereka berasa selesa dan seronok.
Kadir sendiri sebelum ini menjadi pengurus kumpulan Ruffedge kini sibuk mengendalikan perniagaan dibina keluarga.
"Kehadiran mereka secara tidak langsung menjadikan majlis itu nampak meriah dan besar," katanya.
Jelas Wawa ibunya, Jamilah Ahmad berdarah kacukan Cina, dan biasanya keluarga belah ibunya sangat tertarik dengan adat istiadat perkahwinan Melayu begitu juga dengan bapanya Azman Abdullah yang masih mempunyai ramai keluarga berketurunan India dan Cina.
Waktu sama datuknya, V.K Abdul Majeed mempunyai perniagaan permaidani dan sudah tentu punya ramai kenalan dan rakan niaga. "Saya pula anak bongsu dari tiga beradik sudah tentu dengan latar keluarga begitu susah untuk kami mengadakan majlis secara sederhana dan kecil. "Kata ibu, ini adalah perkahwinan terakhir dalam keluarga kami jadi mahu atau tidak majlis harus dilakukan dalam suasana semeriah mungkin. "Begitu juga dengan Kadir. Sebagai anak sulung daripada tiga berada ini adalah majlis pernikahan dan perkahwinan pertama dalam keluarganya. "Secara peribadi bagi saya kecil atau tidak bukan persoalannya, apa yang lebih penting restu dari keluarga dan tetamu lebih kami harapkan. Doakanlah kebahagiaan rumah tangga bakal kami bina nanti," katanya.
"Mereka sudah biasa mengendalikan majlis besar jadi sudah tentu kemahiran mereka saya gunakan untuk membantu menguruskan majlis pernikahan dan persandingan nanti," katanya.
"Mungkin benar kata orang, perasaan tidak suka boleh bertukar kepada sayang dan rindu. Itulah juga yang saya rasakan kini. Pada saya Kadir seorang lelaki budiman. "Dia menyayangi saya sepenuh hati dan saya bertuah kerana dipertemukan Allah dengan lelaki sepertinya. Rasa tanggungjawab ditunjukkan kepada saya itu lebih penting.
"Apabila saya selamat masuk dalam rumah barulah dia beredar. Ia dilakukan saban hari dan pada saya susah untuk mencari lelaki baik seperti Kadir.
|
Posted: 14 Jan 2011 06:27 AM PST PERSOALAN masih belum terjawab membabitkan desas-desus pemilihan pengetua dan pengacara bagi rancangan realiti TV popular Akademi Fantasia musim sembilan (AF9). Sebelum ini angin bertiup kencang menyatakan komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa bakal menjadi pengetua.
Satu lagi nama disebut-sebut, ketua kumpulan Dewa iaitu Ahmad Dhani. Menurut sumber dalaman, kehadiran pencipta lagu dan penyanyi itu ke Malaysia baru-baru ini bagi menjayakan rancangan akhir Tari Menari dan Konsert Ria 2010, sebenarnya turut berserta dengan perbincangan bagi menyuntingnya menjadi pengetua. Begitupun pengesahan belum diperoleh. Sewaktu sidang akhbar pertama rancangan itu diadakan baru-baru ini, pihak pengurusan Astro Ria mengambil tindakan 'tutup mulut' dan memberikan jawapan secara rawak tanpa menjurus kepada mana-mana individu.
Begitu juga dengan pengacaranya. Pada tahun ini Aznil Nawawi disebut-sebut bakal kembali mengendalikan konsert dan diari di mana sewaktu pengacara popular itu meletakkan jawatan, ia digalas A.C Mizal dan Sarimah Ibrahim.
"Ini adalah Akademi Fantasia terakhir dan selepas ini tidak akan ada lagi Akademi Fantasia. Kami akan menggantikannya dengan satu rancangan menampilkan konsep berbeza. "Pada kami, sudah tiba masanya Akademi Fantasia ditutup kerana setiap perkara yang bermula pasti akan berakhir. Untuk musim terakhir ini, kami akan cuba menggabungkan semua elemen menarik yang pernah ada dalam Akademi Fantasia termasuklah bekas pelajarnya akan dijemput untuk menjayakannya," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |