Adsense

Sabtu, 15 Januari 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Sedih dipanggil Pakcik

Posted: 14 Jan 2011 11:24 AM PST

Hip

pix_gal0
TUNTUTAN dunia lakonan yang menyita sebahagian besar masanya membuatkan aktor sinetron popular, Sahrul Gunawan nekad memperlahankan aktiviti seni itu meskipun kontrak bersama Soraya Film masih bersisa 170 episod.

Sahrul yang dikenali di negara ini menerusi lakonannya dalam sinetron Pernikahan Dini dan Jalan Lain Ke Sana berkata, gara-gara aktif berlakon anaknya hampir tidak mengenalinya.

Paling membuatkan hati Sahrul tersentuh apabila anak kecil itu memanggilnya Om (Pakcik) lantaran tidak lagi mengenali raut wajahnya ketika dia sibuk di lokasi sinetron, Taaruf. Saya terlalu sibuk mengejar wang. Seminggu itu, siang dan malam saya berada di lokasi. Apabila pulang ke rumah, saya mengasingkan diri di kamar kerana mahu rehat sebelum kembali ke lokasi.

Langsung tiada kesempatan untuk bermesra dengan anak-anak. Ketika bercuti dan berkesempatan menghabiskan masa bersama, saya terdengar anak memanggil saya Om.
Bayangkan perasaan saya ketika itu... Saya cuma mampu menangis kerana terlalu sedih. Baru saya sedar wang bukan segala-galanya.

Sejak itu, saya memasang niat untuk mengurangkan aktiviti lakonan. Saya tidak mahu lagi terlalu mengejar harta dunia, sebaliknya mengharapkan ketenangan dalam hidup ini, kata pelakon kacak berusia 34 tahun itu.
Suami kepada Indriani Hadi dan dua cahaya mata, Ezaar Raditya Gunawan, 3 dan Raihana Zemma Gunawan, 2, akur dirinya sudah melewati fasa yang sewajarnya memberikan dia kepuasan selama bergelar aktor.

Lantaran itu, sejak Ramadan lalu, Sahrul menolak tawaran yang datang kerana inginkan waktu untuk bersama kedua-dua anaknya yang sedang membesar.

Kekayaan dunia, kata Sahrul, hampir meragut kurniaan Allah yang terlalu bernilai untuk dirinya dan isteri membuatkan dia tidak mahu lagi alpa dalam menunaikan amanah itu.

Saya tidak mahu anak-anak menjadi artis. Saya tidak mahu mereka ulangi apa yang pernah saya lalui dulu. Sampai sekarang saya tidak pernah membenarkan anak-anak menonton sinetron lakonan saya.

Anak sulung saya begitu meminati Agnes Monica. Pernah sekali dia terlihat foto saya bersama Agnes ketika kami membintangi sinetron Pernikahan Dini.
Lalu dia jadi marah dan meminta saya membawanya bertemu Agnes. Jujurnya sebagai bapa, saya cuba menjadi fleksibel.

Tetapi saya lebih senang melihat mereka membesar seperti anak normal yang lain tanpa perlu tahu bapa mereka ialah seorang artis, katanya.

Sahrul yang membolosi dunia hiburan selepas meraih tempat ketiga Jejaka Sampul anjuran majalah Aneka pada 1993 kini aktif menyanyi selain fokus kepada perniagaan.

Dia yang baru melahirkan album keagamaan, Langkah Awal pada Ramadan lalu bertekad mahu menyebarkan syiar Islam dengan caranya sendiri.

Menolak kenyataan dia merakamkan album itu hanya kerana mengikut aliran yang sedang popular di negaranya, Sahrul sebaliknya menyifatkan Langkah Awal sebagai hadiah berharga yang diturunkan Allah kepadanya.

Allah menyayangi saya dengan memberi peringatan menerusi penerbitan album ini. Ramai mengandaikan album ini hanya akan dimainkan pada Ramadan tetapi saya berusaha supaya Langkah Awal dapat didengar setiap masa pada semua segmen.

Pernah saya dihampiri oleh mereka yang tidak percaya kepada kekuatan album keagamaan ini. Mereka bilang karier saya akan mati tetapi saya ikhlaskan hati kerana rezeki itu dari Allah.

Allah Maha Mendengar dan saya percaya, setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan ada jalan keluar untuk meraih kejayaan, katanya yang ditemui ketika bertandang ke Singapura untuk promosi album berkenaan, baru-baru ini.

Ditanya rasional pembikinan album itu, Sahrul berkata, seruan menuju kebaikan harus dipaksa tanpa sesekali berpeluk tubuh mengharap Tuhan menurunkan hidayah.

Baginya, jika cuma berdoa mengharap hidayah tiba, sampai bila pun seseorang insan itu tidak akan berusaha mengubah hidupnya.

Lantas, menerusi album dakwah itu, Sahrul turut mengingatkan dirinya dengan tanggungjawab sebagai seorang Islam kerana secara tidak langsung setiap bait nyanyian mendorongnya untuk berbuat kebaikan.

Kata Sahrul, niat untuk merakamkan album keagamaan sudah lama bertunas di
hatinya. Cuma setahun lalu, impian itu direalisasikan selepas menemui penerbit album terkenal, Angga Widodo.

Saya juga tidak terlepas melakukan kesilapan. Dulu saya pernah hidup dalam kesesatan, mencari keseronokan tanpa pernah terfikir bekalan hari akhirat.

Suatu hari, Tuhan menggerakkan saya untuk mencari ketenangan lalu saya ke Makkah. Sebelum itu, bapa sering mengingatkan supaya saya melengkapkan suruhan Allah.

Katanya, Tuhan terlalu baik kerana menganugerahkan rezeki berpanjangan untuk dinikmati. Pengalaman pertama di Makkah pada 2003, banyak menduga kesabaran dan keikhlasan hati saya.

Saya mengeluarkan belanja besar untuk menunaikan haji tetapi kemudahan yang dijanjikan tidak sepadan wang yang dibelanjakan.

Hati saya sakit tetapi apabila difikir kembali, barangkali itu dugaan kesan daripada tindak tanduk saya selama ini. Dalam perjalanan itu saya belajar untuk bersihkan jiwa, katanya.

Menguruskan agensi umrah dan haji

PENGALAMAN beberapa kali menunaikan umrah dan menerima layanan kurang memuaskan membuatkan Sahrul nekad mengusahakan agensi umrah dan haji sendiri.

Sudah lima tahun Sahrul menubuhkan Sakinah Group atau SG Travel kerana ingin memberi kepuasan kepada jemaah yang mahu mengerjakan ibadat di Tanah Suci Makkah.

Ternyata Tuhan mempunyai rencana lain apabila dipertemukan dengan mereka yang ghairah mencari jalan mendekatkan diri kepada Allah.

Justeru, saya nekad untuk lepaskan pakaian dunia dan mencari keredaan-Nya. Alhamdulillah, pertemuan bersama Pak Angga memberikan berkat dengan kelahiran album, Langkah Awal.

Saya juga sudah mula membimbing jemaah, tetapi cuma pada urusan bacaan dan tawaf. Saya belum berani menjalankan tanggungjawab lebih besar kerana masih perlu melengkapkan diri dengan selok belok urusan di Tanah Suci, katanya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Mesti Tonton: Khurafat Syamsul menjadi

Posted: 14 Jan 2011 11:19 AM PST

Hip

FILEM seram pertama daripada pengarah muda, Syamsul Yusof, dilihat sebagai percubaan yang berjaya. Selepas menunjukkan kemampuan dalam pengarahan filem bercorak aksi, kini tiba giliran anak produser Datuk Yusof Haslam ini menyerlahkan kebolehannya dalam filem bergenre lain pula.

Khurafat di bawah arahannya hadir sebagai sebuah judul yang membanggakan.

Pendek kata, ia sebuah kisah seram yang menjadi. Bukan sekadar disokong oleh jalan cerita yang dianggap kukuh, ia turut menampilkan kesan bunyi yang baik, yang membantu menguatkan lagi elemen seram filem ini. Sebenarnya, kesan bunyi itulah yang menolong membuatkan penonton lebih merasai elemen menakutkan dalam judul ini. Walaupun sesetengah pihak menganggap kesan berkenaan dibuat secara berlebihan, tetapi sedikit sebanyak ia menyokong Khurafat muncul sebagai judul yang membuatkan peminat tidak senang duduk sepanjang tayangan.
Syamsul juga dikira cemerlang dalam menyediakan jalan cerita yang di luar jangkaan. Kejutan dihidangkan olehnya menerusi filem ini memperlihatkan dirinya sebagai pembikin filem yang sentiasa berfikir dan cerdik. Namun, penonton tentu tidak dapat lari daripada menyamakan filem ini dengan filem The Sixth Sense (1999) arahan M Night Shyamalan, dek elemen hampir sama diterapkan di dalamnya.

Walaupun diselit kejutan, tetapi peminat masih boleh mengikuti ceritanya dengan mudah, yang menjadi markah bonus buat Khurafat.

Manakala pelakonnya, Sabrina Ali, pula muncul sebagai bintang yang harus diberikan perhatian menerusi wataknya yang bertindak di luar sedar. Jika diberikan lebih banyak peluang, tentu sekali pelakon ini mampu meningkatkan lagi persembahannya, seterusnya menjadi barisan pelapis yang akan terus mewarnai dunia perfileman tempatan.
Khurafat yang mula menemui penonton pada 13 Januari lalu mengisahkan mengenai perjanjian terlarang - satu daripada bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam - di antara manusia dan syaitan. Namun begitu, manusia tanpa mengira akibat, membelakangkan Tuhan, disokong pula dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dek bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan seorang anak muda, Johan, yang hidup bahagia bersama isterinya, Aishah. Begitupun, kehidupan mereka mula terancam apabila sering diganggu lembaga aneh. Pelbagai usaha dilakukan, namun gangguan itu tetap berterusan. Keadaan itu amat menakutkan Johan.

Kehadiran seorang wanita tua misteri, ditambah dengan kemunculan bekas kekasihnya, Anna, membuatkan Johan berdepan lebih banyak kejadian pelik lagi menyeramkan. Anna sering mengganggu lelaki itu, walaupun ketika dia bersama isterinya. Begitupun, tidak lama kemudian, Anna ditemui mati tergantung. Kematian berkenaan menjadi puncak segala misteri yang mencengkam.

Bayangan Anna kini kian mengganggu Johan dan Aishah. Kehidupan lelaki itu kian tertekan. Setelah didesak pelbagai peristiwa aneh, barulah terungkap segala misteri yang melanda pasangan berkenaan. Johan akur dengan kesilapan silam, dan dia sedar dosa lalu harus dibayar dengan harga yang tidak ternilai.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.