Adsense

Sabtu, 15 Januari 2011

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Tomok Bakal Nikah Pramugari Julai Ini

Posted: 14 Jan 2011 04:57 PM PST

Selain berazam mengembangkan kerjaya seninya, penyanyi Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 26, turut mengaku akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Bagaimanapun, kata Tomok dia sendiri akan mengumumkan perkara tersebut apabila sudah bersedia.

"Ya, Insya-Allah, saya sedang merancang untuk ke arah itu, namun buat masa ini saya masih belum bersedia sepenuhnya dan banyak perkara yang perlu diuruskan lagi.

"Bila sampai masanya nanti saya berjanji untuk umumkan perkara itu dan tidak akan merahsiakannya kepada orang ramai," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

mStar Online difahamkan Tomok bakal mendirikan rumah tangga pada awal Julai ini dengan seorang wanita berusia 31 tahun.

Wanita yang dikenali sebagai Ayu itu bertugas sebagai pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan tempatan dan kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, juara program realiti One In a Million (OIAM) ini masih belum bersedia menceritakan mengenai persiapan yang dilakukan.

"Setakat ini semua dalam perancangan dan masih awal untuk menceritakan persiapan perkahwinan kami. Dia juga masih belum bersedia untuk diperkenalkan kepada peminat," katanya.

Dalam pada itu, Tomok yang baru sahaja melancarkan album terbarunya hujun

EKIN Masih Belum Mengandung

Posted: 14 Jan 2011 04:38 PM PST

Kalau belum rezeki, apa nak dikata... demikianlah kesimpulan yang boleh diketengahkan mengenai pasangan suami isteri Mawi dan Ekin. Meskipun sudah puas berusaha, namun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri hidup.

"Setakat ini saya memang sedang berusaha untuk mengandung tetapi melalui rawatan tradisional sahaja seperti urut tradisional dan mengambil ubat-ubatan berasaskan herba.

"Namun begitu untuk melakukan kaedah tabung uji itu kami belum bersedia. Saya banyak dengar cerita tentang rawatan tersebut sangat sakit," ujar Ekin dipetik sebagai berkata. Dia sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sejak berkahwin.

"Kalau boleh memang saya ingin anak sekurang-kurangnya seorang pun jadilah. Insya-Allah jika enam tahun lagi masih tiada rezeki kami akan mengambil anak angkat.





"Dalam tempoh tersebut kemungkin kami lebih bersedia, yalah untuk ambil anak angkat juga memerlukan tanggung jawab yang berat sebab kita membela anak orang lain," ujarnya sempena genap dua tahun dia melayari bahtera perkahwinan dengan Mawi pada 20 Disember lalu.

"Saya bersyukur Mawi memahami keadaan ini dan dia juga sentiasa memberi semangat kepada saya. Kami menyerahkan kepada Allah mengenai anak," ujarnya lagi penuh tabah.

ANITH KENCING PEMINAT??

Posted: 14 Jan 2011 04:36 PM PST

Dicanang dalam sebuah majalah hiburan, dia mendakwa masih belum berpunya dan tiada teman lelaki. Tetapi melalui beberapa keping gambar yang kami diterima melalui email... lain pula ceritanya. Dalam hal ini, siapa 'kencing' siapa? Majalah atau artis itu sendiri??

Klik untuk imej besar...





Siti Fathiyah bersama bakal tunang?

Posted: 14 Jan 2011 04:22 PM PST

Siapa gerangan nama Siti Fathiyah ni? memang ramai yang masih samar-samar lagi sebab bakatnya masih baru dalam anak seni. Ala pelakon utama drama 'Hani' dalam Lestari di TV3 tu. Ingatkan sudah. Baguslah. Dalam laman sosial, Twitter miliknya, Siti Fathiyah telah mempamerkan calon bakal tunangnya yang bernama Toman. Namun tarikh dan masa pertunangan itu akan dilakukan belum lagi diuwar-uwarkan kepada umum. Harap-harap dipercepatkan lah.. ahahha



Kecewa Jejai Ke Jepun Bersama Nora Danish, Fasha Sandha Merajuk Ke Bali

Posted: 14 Jan 2011 04:14 PM PST

Pemergian Fasha Sandha bercuti ke Bali, Indonesia bersama rakan-rakannya baru-baru ini didakwa bukan untuk meraikan sambutan tahun baru 2011 seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya untuk melepaskan tekanan perasaan.

Kosmo! difahamkan, keputusan pelakon itu bercuti ke pulau peranginan berkenaan adalah kerana kekasihnya, Rizal Ashram Ramli, 35, atau Jejai menyertai keluarga serta bekas isterinya, aktres Nora Danish, 27, makan angin ke Jepun.

Menurut seorang rakan Fasha di sini, Jejai dikatakan pergi ke Jepun untuk meraikan hari jadi anak tunggalnya bersama Nora Danish, Putera Rayqal Rizal Ashram, 3, yang jatuh pada 7 Januari lalu.

"Jejai pergi ke Jepun selepas pemergian Nora, Rayqal dan keluarga Jejai terlebih dahulu sekitar awal Januari tahun ini.

"Fasha terasa hati, mungkin sebab itu dia membuat keputusan untuk bercuti ke Bali bersama rakan-rakannya itu selepas Jejai ke Jepun bersama bekas isterinya itu," beritahu rakan Fasha itu.

Kredit dari Kosmo.

Gambar Scha di Bali shooting Awan Dania

Posted: 14 Jan 2011 04:01 PM PST

Dipetik daripada laman sosial Facebook milik Scha Al Yahya yang dikatakan menyepi sejak kebelakangan ini, kini sudah kembali. Mungkinn sibuk shooting untuk siri drama Awan Dania di pulau tercantik di dunia, Pulau Bali. Bukan bersama Awal di sana seperti kisah sebelum ini, tetapi dengan Jehan Miskin. Bukan gosip ha, mereka berdua cuma amik kesempatan sempena shooting di sana untuk makan angin sekali.