Adsense

Jumaat, 24 Disember 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Konsert DiGi Gemuruh DT

Posted:

Konsert DiGi Gemuruh DT

Konsert DiGi Gemuruh DT


SEARCH dan Wings akan mengadakan Konsert DiGi Gemuruh DT ekoran sambutan hebat konsert-konsert itu sebelum ini.


SETELAH kejayaan Konsert DiGi Gemuruh DT di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 18 Disember lalu dengan lebih 7,000 peminat, Search dan Wings sekali lagi akan meneruskan konsert itu di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor pada 25 Disember (hari ini) pukul 8.30 malam.

Penganjurnya, RYE Productions dan DiGi Telecommunications cukup optimis lokasi itu dapat mencatatkan rekod bilangan penonton yang luar biasa, apatah lagi ramai peminat yang melahirkan rasa kecewa apabila gagal menonton persembahan Double Trouble di tiga buah lokasi sebelum ini.

"Tambahan pula ia diadakan pada cuti umum iaitu 25 Disember sempena Hari Krismas, sudah pasti ia merupakan strategi terbaik yang diambil oleh RYE Productions dan DiGi Telecommunications bagi memastikan tiada seorang pun peminat Double Trouble yang akan berasa hampa kelak.

"Apa yang membanggakan, Search dan Wings merupakan dua kumpulan rock tempatan pertama yang diberi peluang mengadakan konsert di Sunway Lagoon yang sudah semestinya satu pengiktirafan untuk legenda rock seperti mereka," menurut sumber daripada pihak penganjur konsert tersebut.

Seperti mana sebelum ini, untuk dua konsert ini juga Search dan Wings akan mendendangkan rangkaian lagu-lagu popular mereka yang telah menjadi pujaan peminat sejak sekian lama dalam konsert yang dijangka akan memakan masa selama dua jam setengah itu.

Malah, untuk memberi nafas segar dan sebagai tanda persembahan penutup tirai 2010, sebanyak lapan lagu persembahan Search dan Wings akan diiringi dengan 'assemble string' para pemuzik profesional.

Tidak ketinggalan sebagai tanda penghormatan untuk Search dan Wings, Azlan & The Typewriter, Hillary Ang dan Sham Wings akan bergabung dan membuat persembahan pembukaan pada hari konsert tersebut.

Search pastinya tidak akan ketinggalan menyampaikan lagu-lagu hebat mereka yang malar segar seperti Gadisku, Isabella, Pawana, Pelesit Kota,Rozana dan Meniti Titian Usang.

Sementara itu, Wings juga tidak akan menghampakan peminat mereka dengan lagu-lagu popular mereka seperti Misteri Mimpi Syakilla, Bujang Senang, Opera Hidup dan Sejati.

Tidak dilupakan gabungan mantap mereka menerusi lagu Gemuruh iaitu lagu tema buat peminat Double Trouble yang telah melayakkan mereka menerima anugerah platinum berkembar atas kejayaan album tersebut yang telah terjual sebanyak 180,000 unit pada tahun 1992.

Tiket-tiket Konsert Gemuruh DT ini boleh didapati pada harga RM70 dan sebagai penghargaan dan tanda terima kasih pihak penganjur untuk para peminat istimewa yang membeli empat tiket pula akan memperolehi satu tiket secara percuma.

Tidak terkecuali, sebagai penaja rasmi Konsert Gemuruh DT ini, DiGi juga menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus untuk 3,000 keping tiket yang akan dijual pada harga RM49 sahaja dan setiap pembelian untuk dua tiket akan memperolehi satu tiket percuma (tertakluk kepada terma dan syarat).

Untuk keterangan mengenai pembelian tiket boleh menghubungi RYE Production melalui Cik Yati Rahman di talian 012- 7048344 dan Cik Rozy Baharum (019-3090760).

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Erti Krismas buat mereka

Posted:

Erti Krismas buat mereka

Erti Krismas buat mereka

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR


(dari kiri) Grace Ng, Charles Mohan dan Melissa Ong mahu semua orang memahami maksud dan simbolik perayaan Krismas.


TARIKH 25 Disember merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh semua penganut agama Kristian di seluruh dunia. Meraikan Hari Krismas, perayaan itu disambut dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan oleh mereka di samping menghabiskan masa bersama keluarga serta mereka yang tersayang.

Tidak kurang juga ada yang mengambil kesempatan untuk bercuti panjang selepas penat lelah bekerja.

Bagi tiga orang personaliti ntv7 ini, Krismas merupakan detik yang cukup bermakna buat mereka kerana mereka akan menggunakan peluang itu sebaik-baiknya untuk berkumpul bersama teman-teman serta ahli keluarga baik dari jauh mahupun yang dekat.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.