Adsense

Jumaat, 24 Disember 2010

borak kosong

borak kosong


[Gila] Gara-gara bercakap dalam kelas,wajah murid tadika ini dibakar?

Posted: 24 Dec 2010 09:00 PM PST

SINGAPURA - Seorang guru taman kanak-kanak (TK) di Singapura ditahan oleh pihak polis setempat setelah membakar wajah muridnya, hanya kerana mereka bercakap di dalam kelas. Ketujuh murid yang menjadi korban tersebut menderita luka terbakar pada wajah mereka.

Guru perempuan yang bernama Yi ini, mungkin saja akan membakar wajah lebih banyak muridnya  jika perbuatannya tidak dicegah oleh seorang guru lain yang kebetulan melalui ruang kelas.

Yi juga mengancam muridnya untuk tidak memberitahukan kejadian tersebut kepada orang tua mereka. Guru yang masih lbelum berkahwin tersebut menyuruh anak muridnya untuk mengatakan, luka pada wajah mereka diakibatkan krrana mereka jatuh di dalam toilet. Demikian dilaporkan China Daily.

Cheng Sixia, seorang orang ibu kepada murid yang melihat pipi anaknya terbakar, merasa curiga atas penjelasan guru berusia 30 tahun tersebut. Yi mengaku kepada orang tua murid itu, anaknya yang berusia enam tahun terjatuh di toilet kerana lantai toilet itu licin.

Cheng curiga dengan penjelasan kerana dia melihat luka tidak hanya pada wajahnya tetapi juga pada bahagian belakang telinga anaknya. Luka di telinga ini tentu saja tidak diakibatkan kerana terjatuh di toilet.

Setelah bertanya ke murid lain, Chui mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada anaknya. Dia akhirnya mengetahui wajah anak dibakar dengan bantal yang telah di seterika.

Yi mengaku dirinya hanya ingin menakuti anak muridnya dengan bantal itu. Namun ia tidak menyedari benda itu amat panas ketika gunakan kepada muridnya.

Yi pun kini telah ditahan pihak polis. Dia dipenjara selama 10 hari oleh polis Singapura.-vivanews.com

Baru tahu suaminya sebenarnya seorang wanita selepas kahwin 1 tahun

Posted: 24 Dec 2010 08:45 PM PST

Seorang wanita India yang tinggal bersama suaminya selama satu tahun akhirnya mengetahui rahsia besar  suaminya, ternyata dia adalah seorang wanita.

Minati Khatua (26), dari Rourkela, mengatakan bahawa dia dan keluarganya sangat yakin bahwa Sitakant Routray (28), adalah seorang lelaki sejati.

"Dia membuat semua orang terkejut  dan membuat keluarga saya bersedia menikahkan saya dengannya," ujar Minati seperti dilaporkan Orange.

Tradisi yang dilakukan di India, Sitakant menerima mas kahwin termasuk sebuah keretal Indica, hiasan emas dan wang tunai lebih dari Rp4,9 juta.

Tapi kecurigaan Minati mulai muncul setelah pernikahan, suaminya Sitakant menghindari untuk melakukan hubungan seks dengan dalih sumpah agama.

"Saya selalu mencuba untuk mencari tahu jenis kelaminnya, tapi selalu gagal dan gagal lagi," ujarnya kepada Calcutta Telegraph.

"Namun, pada suatu hari saya berhasil membuka secara paksa pintu bilik mandi ketika dia sedang mandi. Ketakutan saya ternyata menjadi kenyataan. Dia adalah seorang wanita," tutupnya.

Inspektur Jyotirmaya Hota menginformasikan bahwa polisi kini tengah menyelidiki kes tersebut.-vivanews.com

Demi meraih undi seorang ahli poitik sanggup berbikini

Posted: 24 Dec 2010 07:40 PM PST

WARSAW--Demi meraih banyak undian dan sokongan sanggup melakukan apa sahaja.Inilah yang dilakukan oleh seorang ahli politik yang juga penyanyi popular di Poland, Katarzyna Szczolek. Dalam salah satu poster pilihanraya, dia bergambar hanya dengan mengenakan bikini. Iklan ini dipasang di serata Warsaw.


Satu poster pemilihan menunjukkan dia berbaring di pantai hanya memakai bikini dengan slogan: "Indah, independent, dan komitmen."


Dalam sebuah poster kempennya yang lain dia terlihat memeluk anak anjing lucu dengan slogan: "Jujur, tulus, langsung, dan tanpa kompromi."

Szczolek, yang mempunyai nama samaran Sara May, telah dikritik kerana cara dia menggambarkan dirinya sendiri."Siapa dia yang menggunakan cara keanak-anakan itu?" tanya Tomasz Muchy, seorang warga. "Saya  tak boleh  membayangkan bagaimana dia akan mendatangi sebuah pertemuan dewan, dengan semua orang di negeri ini tahu latar belakangnya."

Bagaimana perasaan anda bila dibayar tambang RM4,785 ?

Posted: 24 Dec 2010 06:35 PM PST

Tentu gembira bila penumpang membayar tambang sebanyak itu....Inilah yang dialami oleh seorang pemandu teksi di Britain....saya petik dari kosmo online


HAMPSHIRE - Seorang pemandu teksi di Britain, Bob Ransley mendapat 'durian runtuh' apabila dia dibayar sebanyak £1,000 (RM4,785) untuk membawa sebuah keluarga dari rumah mereka di sini menuju ke banjaran Alps, di Perancis sejauh 1,280 kilometer untuk percutian bermain ski, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia dibayar untuk membawa sepasang suami isteri, Peter Lelliott dan pasangannya, Rebecca Butler serta lima anak mereka selepas syarikat British Airways memberitahu bahawa penerbangan mereka terpaksa dibatalkan kerana salji tebal.

"Tiada penerbangan manakala tren rentas Eropah juga penuh dengan penumpang," kata Lelliott, 47.

Berazam untuk meneruskan percutian mereka, Lelliott menelefon syarikat teksi tempat Ransley bekerja di Southampton dan pemandu tersebut bersetuju membawa mereka ke resort Val D'Isere di Pergunungan Alps dengan teksinya.

Perjalanan melalui lebuh raya dan jalan berliku serta bersalji memakan masa 15 jam dengan Lelliott dan Ransley bergilir-gilir memandu teksi pelbagai guna (MPV) itu. - Agensi

Polis Britain buru pembunuh kucing

Posted: 24 Dec 2010 05:26 PM PST

Gara-gara nak menunjuk-nunjuk seorang lelaki diburu kerana membunuh kucing.Lepas tu hantr likp video di You Tube...saya petik kosmo online


LONDON - Aktivis dan polis Britain memburu seorang lelaki yang menghantar klip video di laman YouTube yang menunjukkan dia membunuh dua ekor anak kucing, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki tersebut yang dipercayai warga Britain, memasukkan anak-anak kucing ke dalam sebuah beg plastik, menutupnya dan menyedut udara keluar dari beg itu dengan menggunakan penyedut hampagas.

Selepas kucing-kucing itu mati lemas, dia meletakkan bangkainya di atas katil di biliknya.

"Latar belakang bilik itu memiliki gaya hiasan British," kata seorang ahli laman Facebook, Find The Vacuumer, yang diwujudkan bagi mencari pembunuh itu. - Agensi

[Hebat] Wanita ini berjaya melawan anoreksia

Posted: 24 Dec 2010 04:35 PM PST

Samantha mempunyai tinggi badan 5kaki 4in ketika ditimbang beratnya hanya tinggal 41kg bagaikan tulang berjalan dilapisi kulit, mata cekung dan rambut menipis membuatnya nampak seperti seorang wanita tua .


Tapi Samantha Smith tidak mahu percaya dengan anoreksia yang mengancam nyawanya. Dia mengabaikan permintaan dari keluarga dan teman-teman untuk makan dengan sempurna, sampai ayahnya terpaksa menunjukkan foto dirinya yang diambil ketika dia masih berberat badan normal.

Melihat gambarnya dia terasa betapa berbahaya dia telah menjadi kurus dan dia bertekad untuk mengatasi penyakit tersebut. Selama 16 bulan berikutnya foto-foto dia gunakan untuk membuat diagram kemajuan setiap bulan-nya, yang memotivasi dirinya untuk makan dan mengingatkannya pada bahaya berbadan kurus, hal ini membantunya mendapatkan kembali berat badannya.


Mrs Smith sekarang membuat buku dengan harapan ini akan membantu penderita anoreksia lain. Samantha 38 tahun janda, yang tinggal di Lincoln dengan anaknya Daniel, 14, berkata: "Terima kasih untuk foto buku harian aku boleh melihat wajahku berubah. Pipiku mulai berisi kerutan tidak begitu terlihat dan kulit saya tidak kelabu lagi. Rambutku tampak sihat juga. "Sekarang aku tidak nampak seperti seorang tua lagi. Gambar terbukti menjadi ubat yang lebih baik bagiku daripada seseorang terus-menerus mengatakan bahwa aku harus makan. "

"Aku membaca sebuah artikel yang mengatakan bahawa minum teh hijau boleh membantu anda langsing. Jadi aku mulai minum dua cawan sehari dan kehilangan hampir 10 kg dalam dua bulan Aku merasa luar biasa jadi aku minum lebih banyak dan  aku mula meminum sampai 20 peket  sehari. " Dia  makan hanya 800 kalori per hari dan tidak menyedari tanda-tanda peringatan. "Aku bangga dengan susuk ramping baru," katanya. 'Aku tidak melihat menonjol tulang selangka saya, saya pipi cekung dan garis yang muncul. "

Pada ulang tahun ke 36 tahun 2007 Mrs Smith  rambutnya mulai gugur. Tahun berikutnya dia mula mengenakan pakaian kanak-kanak kerana dia begitu kurus dan menjadi terlalu lemah untuk mengangkat beg . Saat itulah ayahnya, Mel Clifton, membuatnya membandingkan foto-foto lama dan baru nya sendiri. "Aku terkejut melampaui keyakinan," katanya.

Pada bulan Mei tahun lalu ia kembali seperti semula.. 'Aku melihat dan merasa 100 kali lebih baik daripada aku dulu, "ia menambahkan. "Saya makan makanan yang seimbang."

Ringkas lebih menarik

Posted: 24 Dec 2010 10:01 AM PST










Kadang-kadang benda yang ringkas nampak lebih menarik...


Isteri di pukul suami kerana tidak perawan lagi

Posted: 24 Dec 2010 09:30 AM PST

Gara-gara mengetahui isterinya tidak perawan lagi pada malam pertama, seorang suami mengamuk membabi buta. Dia memukul isterinya. Polisi Trenggalek, Jawa Timur, telah menahan lelaki tersebut .

"Laporannya sudah kami terima dan kesnya ketika ini sedang ditangani oleh unit khusus perlindungan wanita dan kanak-kanak ," kata pihak polis.

Dijelaskan Siti, wanita muda berasal Desa Tulungrejo, Kecamatan Besuki Tulungagung bernama Imroatus Solikah (25), tersebut di hadapan polis mengaku telah dipukul oleh suaminya, Ema Suwito hingga mengalami luka lebam di bahagian muka dan kening.

"Korban mengatakan suaminya marah ketika dia mengaku bahawa sudah tidak perawan sejak sebelum menikah," ujarnya.

Peristiwa penganiayaan itu sendiri terjadi di rumah keluarga tertuduh,  di Desa Ngadisuko, Kecamatan Durenan, Kabupaten Trenggalek.

Sama seperti pengakuan mangsa, polis menduga peristiwa penganiayaan itu disebabakan oleh kemarahan tertuduh ketika mengetahui korban yang baru dinikahinya sudah tidak perawan lagi.

Awalnya, tertuduh sempat meminta maaf kepada Imroatus atas perlakuan kasarnya.

Namun mangsa yang baru saja mengalami tindakan kekerasan itu tidak menerima dan kemudian memberitahuk peristiwa yang dialaminya ke orang tuanya.

"Dari pengaduan itulah akhirnya orang tuanya melaporkan tindakan menantunya tersebut ke polis," kata Siti Munawaroh

[Pelik]Lelaki 60 tahun potong zakar untuk meningkatkan ilmu kung fu

Posted: 24 Dec 2010 08:45 AM PST

Semasa singgah satu blog ada satu kisah seorang tua yang memtong zakarnya semata-mata untuk
menguasai ilmu kung fu..sila baca petikkan dibawah....

gambar hiasan

City Evening News melaporkan seorang lelaki berusia 60 tahun di Jilin, China bertindak memotong zakarnya semata-mata untuk menguasai ilmu kung fu. Lelaki itu mendakwa sifunya memberitahunya dalam mimpi agar memotong zakarnya jika mahu meningkatkan penguasaan ilmu kung funya - Qi Gong. Lelaki itu juga mendakwa sifunya turut mengarahkannya agar memusnahkan barang dan harta bendanya. 

Keesokan harinya, lelaki dengan nama keluarganya Zhang terlompat-lompat sekeliling rumah kerana tidak dapat menahan kesakitan selepas memotong kemaluannya. Dia kemudiannya rebah dan tidak sedarkan diri.

Orang kampung yang menjumpai lelaki itu dalam keadaan bogel kemudiannya menelefon polis. Selepas membuat pemeriksaan, pihak polis menemukan zakar lelaki itu di rumahnya, namun pihak hospital gagal menyambungnya semula kerana kecederaan yang teruk pada zakar tersebut.

Selepas sedarkan diri, lelaki itu menceritakan perihal mimpinya itu kepada pihak polis.

sumber : duniacacamarba.blogspot.com (terima kasih)

Seorang bayi dilemparkan kebawah kerana kebakaran

Posted: 24 Dec 2010 07:30 AM PST



Inilah tindakan yang harus dilakukan oleh seorang ibu atau bapa
demi untuk menyelamatkan anaknya.Nasib baik ada pasukan penyelamat
yang menunggu di bawah....


Pasal dah tak ada kerja babi pun ditatoo

Posted: 24 Dec 2010 06:48 AM PST



kesian babi-babi ni..tak pasal-pasal kena tatoo....
agaknya pasal dah tak ada kerja atau babi ni jadi bahan ujikaji untuk design
baru.....


WOW! Ada kereta yang dilapis dengan kulit ular

Posted: 24 Dec 2010 05:45 AM PST




hebatkan..kereta dilapis dengan kulit ular...
ada yang berhajat....


[Mesti lihat] Animasi lampu yang hebat

Posted: 24 Dec 2010 04:00 AM PST

SENI INI MEMANG GEMPAK HABIS



LETAK MAKLUMAT IKLAN




LETAK MAKLUMAT IKLAN





LETAK MAKLUMAT IKLAN





LETAK MAKLUMAT IKLAN

[Kesian] Model tak pasal-pasal jatuh dalam swimimg pool

Posted: 24 Dec 2010 03:25 AM PST



LETAK MAKLUMAT IKLAN

Akibat nilai matawang kecil

Posted: 24 Dec 2010 02:40 AM PST

Di seluruh dunia, semua orang bersusah payah untuk mengumpulkan wang. Di Zimbabwe, semua orang kaya raya dan mempunyai wang yang banyak, tapi mereka tetap miskin. Kenapa ? Ternyata Zimbabwe merupakan salah satu negara termiskin di dunia, sehingga nilai mata wang di negara itu  sangat kecil. Pengaruh inflasi lah. Jadi nilai mata wang turut menurun.Dan bila nilai matawang itu kecil maka inilah yang terjadi....


 Lihat nilai yang tercatat pada matawang mereka....

 Anda memerlukan wang bermillion untuk membeli barangan dipasar...

 Agaknya macam nilah jika nak memberi anak belanja sekolah...

 membayar makanan di restoran....



 wang yang perlu di bawa kepasar untuk membeli keperluan dapur.
Agaknya kena bawa beg troli untuk berbelanja....

Nak tukar wang kena pakai timbang....


Orang terkenal yang meninggal kerana hubungan seks

Posted: 24 Dec 2010 01:35 AM PST

Berhubungan seksual memiliki banyak manfaat positif baik untuk kesihatan fizik mahupun psikologi. Tetapi, pada beberapa kes, hubungan seksual berakhir dengan kematian.Antara kesnya ada yang melibatkan orang yang terkenal seperti :

1.Jack McConaughey (ayah dari Matthew McConaughey)


Dalam buku yang ditulis ibu dari aktor Hollywood, Matthew McConaughey mengungkapkan, suaminya meninggal ketika berhubungan seks dengannya. Kay McConaughey mengatakan bahawa kematian suaminya ketika bercinta adalah 'cara terbaik untuk mengakhiri usianya'. Kay juga berkata bangga memiliki suami seperti Jack McConaughey.

2.Nelson Rockefeller

 Bekas wakil Presiden Amerika Syarikat pada era Gerald Ford, Nelson Rockefeller, meninggal dunia pada 1979. Penyebab meninggalnya Rockefeller sempat menjadi perbincangan orang ramai.Khabarnya dia mengalami serangan jantung ketika bercinta, dan membuatnya meninggal mendadak. Gossip yang beredar ketika itu dia berhubungan seksual bukan dengan isterinya.

3.Michael Hutchence


 Bekas vokalis band INXS dikhabarkan meninggal ketika berhubungan seks dengan dirinya sendiri. Seperti dilaporkan secara luas di tabloid pada 1997, Hutchence ditemukan tewas di bilik hotel dalam keadaan tanpa pakaian dengan tali pinggang di lehernya.Penyebab kematiannya adalah asphyxiation autoerotic. Iaitu, istilah dalam dunia PERUBATAN terkait proses mengurangi atau menghentikan sendiri EDARAN darah ke otak, ketika masturbasi untuk mencapai puncak kepuasan.

4.Felix Faure


 Felix Faure, bekas Presiden Prancis, meninggal kerana serangan jantung di pejabatnya. Khabarnya serangan jantung terjadi ketika seorang wanita berusia 30 tahun bernama Marguerite Steinheil, melakukan seks oral padanya.Steinheil dikhabarkan sering menjadi simpanan lelaki terkenal Perancis setelah kematian Faure. Hingga akhirnya Steinheil menikah. Dan kemudian, secara misteri suami Steiheil dan ibu tirinya ditemukan meninggal  di rumah mereka.

5.Atilla the Hun


Salah satu pejuang terbesar dalam sejarah telah dan memenangkan banyak pertempuran dalam hidupnya. Tetapi, hidupnya justru berakhir tragis dan dia kehilangan nyawanya bukan keraa pertempuran. Atilla mengalami serangan jantung ketika berhubungan seksual dengan isterinya, pada malam pernikahan mereka.

Shiro Ishii, Doktor terkejam dari Jepun yang memperlakukan manusia seperti mainan!!

Posted: 24 Dec 2010 12:40 AM PST

Seorang doktor biasanya menolong pesakitnya tetapi berlainan pula dengan doktor yang satu ini, dia sangat terkenal kerana kekejamannya terhadap manusia.

Shiro Ishii adalah seorang ahli mikrobiologi dan ljuga Lefternan Jeneral Unit 731, sebuah unit perang biologis Tentara Jepun . Dia dilahirkan di  Desa Shibayama Daerah Sanbu di  Chiba, dan belajar kedoktoran di Universiti Kyoto. Pada 1932, dia memulakan eksperimen pendahuluan dalam perang biologi sebagai projek rahsia ketenteraan Jepun. Pada tahun 1936, Unit 731 terbentuk. Ishii membangun 150 gedung-gedung lebih dari enam kilometer persegi di luar kota Harbin, China.

Antara kekejaman yang dilakukan oleh Ishii dan yang lain di bawah  Unit 731 ialah pembedahan makhluk hidup hidup orang (termasuk wanita hamil yang dihamili oleh doktor), tahanan dengan kaki diamputasi dan dipasang ke bahagian lain dari tubuh mereka, sejumlah tawanan dibuat beku anggota tubuhnya dan dicairkan untuk mempelajari hasil daripada penyakit yang tidak diubati. Manusia juga digunakan sebagai bahan ujian hidup untuk pelempar granite dan nyala api. Tahanan disuntik dengan inokulasi penyakit, dengan dikatakan sebagai program vaksinasi, untuk mempelajari reaksi mereka. Untuk mempelajari kesan penyakit kelamin yang tidak ada ubat, tawanan laki-laki dan perempuan sengaja diinfeksi dengan sifilis  melalui perkosaan, lalu dipelajari. Setelah diberikan kekebalan oleh Otoritas Pendudukan Amerika pada akhir perang, Ishii menghabiskan waktunya dalam penjara untuk kejahatannya dan meninggal pada usia 67 akibat kanser kerongkongan.

[Bahaya] Rawatan Spa menggunakan ikan boleh menyebarkan Virus Hepatitis dan HIV

Posted: 23 Dec 2010 11:40 PM PST


Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, "Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV."

Tambah Dr Amin, "Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air."

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan "memakan" sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat.
sumber : www.duniacacamarba.blogspot.com

Di China ayam jantan dipakaikan cermin mata untuk elak mereka bergaduh

Posted: 23 Dec 2010 10:45 PM PST

CHENGDU - Para petani di China memberikan kacamata bergaya John Lennon (vokalis The Beattles) kepada ayam jantan mereka untuk menjaga keamanan.

Eksperimen yang dilakukan di Chengdu, barat China, agar membuat  ayam tidak berkelahi satu sama lain di dalam kandang

"Kerana mereka dibiarkan untuk berkeliaran di siang hari, para ayam jantan akan selalu berkelahi satu sama lain, jadi kami menggunakan kacamata untuk mereka," ujar peternak Jiang Hau

"Ayam jantan kami sangat agresif. Mereka selalu berkelahi satu sama lain hingga menyebabkan cedera dan berdarah. Tapi sejak menggunakan kacamata ini, mereka jadi tidak boleh melihat ayam jantan lainnya sehingga kini mereka tenang dan tidak berisik," lanjutnya.

Kini peternak lain di wilayah tersebut juga sedang mencuba untuk menggunakan kacamata itu, kacamata itu juga memberikan penampilan baru bagi ayam jantan mereka.(rhs)