Harian Metro: Rap |
'Memang saya tumpang populariti mereka' Posted: 23 Dec 2010 05:15 AM PST TANGGAL 20 Disember lalu genap usia perkahwinan Asmawi Ani atau Mawi dan isterinya, Nora'asikin Rahmat atau Ekin dua tahun. Namun, gosip liar yang mengguris hati nyata tidak pernah lekang menghinggapi pasangan bahagia ini. Ternyata mulut orang sememangnya tak boleh ditutup.
Menurut Ekin, 30, yang penting mereka memang bahagia dan sangat mengimpikan kehadiran cahaya mata. Ujarnya, setiap pasangan berkahwin pasti inginkan zuriat. Bagaimanapun, barangkali sekarang belum ada rezeki untuk mereka berdua. "Saya tidak sedih, sebaliknya yakin semua ini ketentuan Ilahi. Apapun, saya sangat bersyukur rumah tangga yang dibina bersama Mawi masih bertahan. "Saya hanya mengharapkan perkahwinan kami mampu berkekalan hingga ke akhir hayat.
"Kami berserah dan dalam pada itu saya tetap berusaha menjalani rawatan tradisional.
"Siapa yang tidak impikan peluang untuk bergelar ibu dan bapa. Begitu juga dengan saya dan Mawi. "Oleh itu, kami meletakkan tempoh masa enam tahun untuk dapat anak, kalau masih tak berhasil juga mungkin ambil anak angkat dulu," katanya.
Turut disertai kembarnya, Aein bersama suami, mereka menghabiskan masa bersiar-siar di pusat beli-belah Pavillion di ibu kota. Semestinya ada hadiah istimewa Mawi untuk Ekin, pasangan sejoli ini mengharapkan mereka dapat merealisasikan impian yang belum terlaksana lagi pada 2011 nanti. Katanya Ekin, sekarang pun dia sibuk menguruskan Medan Selera Lambai Lambai di Johor.
"Selain menyanyi, Mawi juga sibuk menguruskan produksi kami dengan menerbitkan drama.
"Bila sudah tiba masa, Mawi mesti mengundur diri dan perniagaan diusahakan kini menjadi jaminan kami," katanya.
Album Mawi Idolaku
"Jujur, saya akui sangat teruja untuk menyiapkan album ini kerana mendapat peluang merakamkan lagu bersama artis kegemaran saya dalam industri seni suara tanah air. "Bagi saya, penantian dua tahun ini sudah berhasil dengan terbitnya album Mawi Idolaku.
"Jadi, gabungan saya dan mereka secara tak langsung akan menarik minat pendengar kami semua hingga sudi mendapatkan album ini di pasaran.
|
Posted: 23 Dec 2010 05:10 AM PST LIMA minggu tayangan di 59 pawagam tanah air, filem seram komedi Ngangkung terbitan MIG Prodctions Sdn Bhd bukan saja mencatat kutipan pecah panggung di luar jangkaan dengan RM8.15 juta, malah mencatat rekod baru kutipan tertinggi setakat ini. Filem ke-42 MIG serta arahan pertama Ismail Bob Hasim ini mengatasi kutipan Adnan Sempit arahan Ahmad Idham yang ditayangkan Januari lalu dengan RM7.66 juta.
"Saya akan mengekalkan Bob Hasim sebagai pengarahnya. Apapun, saya sebenarnya tak menyangka Ngangkung berjaya mencetus fenomena sehebat ini, sekali gus mengatasi kutipan filem Adnan Sempit.
"Dakwaan mengatakan kejayaan sesuatu filem bergantung kepada artis saja, tidak benar sama sekali. Dalam soal ini, artis, tenaga produksi dan publisiti saling ada hubung kait membantu kejayaan filem dihasilkan. Ia bukan atas faktor 'seorang'," katanya.
Beliau berkata, kejayaan Jangan Pandang Belakang membuka ruang kepada penggiat seni tanah air giat menghasilkan filem seram. Diikuti, pula Adnan Sempit selepas itu yang mengetengahkan genre aksi komedi dan kini tentunya Ngangkung.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |