Adsense

Ahad, 5 Disember 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Padi Sahabat Selamanya

Posted:

Padi Sahabat Selamanya

Padi Sahabat Selamanya

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar ZAKARIA IDRIS


Anggota kumpulan Padi, Fadly dan Rindra bersama maskot Upin dan Ipin pada sidang akhbar pelancaran lagu tema Sahabat Selamanya di pejabat urusan Les' Copaque Production di Shah Alam, baru-baru ini.


FENOMENA animasi yang mengetengahkan si kembar, Upin dan Ipin ternyata berjaya membuka lembaran baru kepada industri kreatif tempatan.

Gelombang yang dibawa oleh produk mutlak terbitan Les' Copaque Production (LCP) itu bukan hanya melanda kanak-kanak di negara ini tetapi juga ke negara seberang, Indonesia.

Menyedari animasi popular itu cukup dekat dengan jiwa kanak-kanak, kumpulan popular Indonesia, Padi mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama dengan LPC menghasilkan lagu tema untuk animasi yang semakin mendapat tempat di seluruh dunia itu menerusi lagu Sahabat Selamanya.

Hadir menjalankan perbincangan penghasilan sembilan lagu yang bakal dimuatkan dalam album khas Upin dan Ipin, Padi dalam sidang akhbar yang berlangsung di LCP, Shah Alam baru-baru ini memberitahu jalinan kerjasama itu memperlihatkan hubungan setiakawan dua nagara.

Turut terlibat dalam kerjasama itu ialah Sony Music dari dua negara, Malaysia dan Indonesia.

Padi yang diwakili Fadly dan Rindra pada majlis itu memberitahu, ia sejajar dengan mesej saling membantu serta bersahabat selamanya yang sering dipaparkan dalam siri tersebut.

Menariknya, sejak dilancarkan di Jakarta, lagu Sahabat Selamanya berjaya memukau halwa telinga pendengar sehingga berjaya menempatkan diri di tangga ke-20 antara ringback tone popular di negara itu.

"Tanpa sebarang promosi ternyata tarikan Upin dan Ipin begitu kuat bukan hanya kanak-kanak tetapi juga di kalangan dewasa.

"Sejak dilancarkan, maklum balas daripada kanak-kanak terutamanya begitu ketara kerana di Indonesia ia sudah menjadi sebahagian daripada diri mereka.

"Dengan menonton Upin dan Ipin juga, tugas ibu bapa dalam mendidik anak-anak menjadi mudah kerana terlalu banyak kata-kata nasihat dan panduan yang boleh dijadikan pegangan mereka," kata Fadly mewakili kumpulannya.

Menghasilkan lagu kanak-kanak bukanlah terlalu asing buat Padi. Sejak tiga tahun kebelakangan ini, mereka sudah berjinak-jinak dalam menghasilkan lagu-lagu yang bersesuaian dengan kanak-kanak.

Malah kata Rindra, jika dahulu Padi diminati oleh ramai gadis tetapi kini mereka mula mempunyai peminat baru bukan hanya di kalangan kanak-kanak tetapi ibu bapa mereka juga.

"Kami kurang senang melihat anak-anak kecil yang sedang membesar menyanyikan lagu-lagu cinta yang kebanyakannya kurang sesuai dengan jiwa mereka.

"Dengan terhasilnya lagu Sahabat Selamanya serta sembilan lagi lagu yang bakal dihasilkan nanti kami harap mesej berguna itu dapat sampai kepada mereka.

"Niat kami satu iaitu dapat melakukan sesuatu untuk generasi muda," kata Fadly lagi.

Andai sebelum ini Padi terkenal sebagai kumpulan yang sering menghasilkan lagu dalam tempoh beberapa tahun, ajaibnya untuk lagu Sahabat Selamanya mereka hanya mengambil masa yang cukup singkat iaitu 10 hari sahaja.

Membayangkan karakter-karakter yang mendukung animasi tersebut yang sering bersahabat tidak kira bangsa dan agama membuahkan ilham kepada mereka dalam penghasilan lirik lagu tersebut.

Dari segi susunan muzik pula, jelas Rindra, ia disesuaikan seperti orang dewasa tetapi liriknya menepati dengan mesej yang ingin disampaikan kepada kanak-kanak.

"Usaha menghasilkan Sahabat Selamanya ialah cabaran yang mana tidak mudah bagi kami berbicara dalam 'bahasa' kanak-kanak.

"Akan datang mungkin kami perlu pelajari lagi agar sasaran untuk menyampaikan mesej itu berjaya," kata Fadly.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Musim ketiga lebih matang

Posted:

Musim ketiga lebih matang

Musim ketiga lebih matang

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
(Yang mengikuti rombongan penggambaran Awan Dania di Seoul, Korea Selatan oleh Astro, baru-baru ini)

KALI pertama mula ditayangkan sekitar dua tahun lalu, drama bersiri Awan Dania dengan pantas meraih populariti yang cukup luar biasa.

Kehebatan drama itu juga menjadikan Awan Dania sebagai salah sebuah drama yang mencatatkan rating tertinggi di Astro Ria.

Mengambil pendekatan berbeza daripada drama bersiri tempatan yang sedia ada, keunikan Awan Dania terletak kepada konsep penceritaan yang memfokuskan tentang dunia awan biru.

Bukan itu sahaja, kelebihan drama bersiri itu juga terletak kepada barisan pelakon yang semuanya boleh dikatakan memiliki pengaruh besar dalam bidang lakonan.

Menerusi Awan Dania jugalah, ia berjaya melonjakkan nama teraju utamanya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya selaku Dania.

Entah di mana silapnya, musim kedua yang ditayangkan tahun lalu tidak berupaya menandingi kehebatan musim pertamanya.

Peminat yang dahulunya menyokong siri itu dilihat semakin berkurangan dan mereka sendiri mengatakan musim kedua Awan Dania semakin hilang taringnya.

Ada yang mengatakan barisan pelakon musim kedua tidak sekuat musim pertama. Tidak kurang juga ada yang melihat jalan ceritanya gagal memikat hati mereka.

Apakah masalah sebenarnya yang menimpa produksi drama bersiri itu sehingga membawa kepada penurunan rating Awan Dania musim kedua?

"Memang saya harus akui banyak masalah yang dihadapi semasa musim kedua sehingga terpaksa berganti syarikat produksi untuk meneruskan penggambaran.

"Kerana itu jugalah, ia telah menyebabkan semua jadual telah bertembung dan kami tidak dapat mengembalikan pelakon asal untuk membintangi Awan Dania musim lepas.

"Banyak yang perlu dilakukan termasuklah rombakan dari skrip agar ia dapat disesuaikan dengan jalan cerita dan barisan pelakon yang baru," jelas pengarah Awan Dania musim kedua, Dinesh Samby yang enggan menjelaskan lebih lanjut permasalahan yang dihadapi sepanjang tahun lalu.

Pengarah kelahiran India itu ditemui di lokasi penggambaran Awan Dania musim ketiga di Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.

Demi mengembalikan populariti Awan Dania seperti mana musim pertama, Dinesh cukup optimis dengan penghasilan musim ketiga yang sudah pun ditayangkan sejak 22 November lalu.

Masih lagi mengekalkan Scha Al-Yahya dan Jehan Miskin sebagai teraju utama, Dinesh melihat musim terbaru lebih matang seiring dengan perjalanan hidup Dania.

Jika dua musim terdahulu, Dania bertugas di syarikat penerbangan terkenal, kali ini ia memperlihatkan Dania melangkah setapak lagi dalam kariernya sebagai seorang pramugari.

Untuk musim ini, penonton dan peminat drama bersiri itu akan dapat melihat cabaran yang perlu dipikul oleh Dania apabila berkhidmat dengan sebuah syarikat penerbangan peribadi.

Pada masa yang sama juga, penceritaan turut difokuskan kepada kehidupan peribadi Dania menerusi hubungan cintanya dengan Benjy (Jehan).

"Kami banyak belajar daripada pengalaman lalu dan segala kelemahan kami cuba perbaiki untuk musim ketiga ini. Kisah kali ini lebih matang dari segala aspek termasuk watak dan jalan ceritanya.

"Setakat ini, kami cukup berpuas hati dengan hasilnya. Bukan itu sahaja, sebagai pengarah, saya tidak mempunyai masalah dengan para pelakon saya kerana mereka

memberikan apa yang saya mahukan.

"Ada juga ketika kami berdepan dengan masalah komunikasi kerana bahasa Melayu saya yang kurang fasih. Jadi, kadang-kala timbul juga tidak kesefahaman tetapi ia bukan satu masalah besar di lokasi," kata Dinesh yang sudah menimba pengalaman lebih 15 tahun sebagai seorang pengarah di Jakarta, Indonesia dan India.

Jelas Dinesh yang pernah mengarahkan drama lipur lara, Idaman 3 itu, antara aspek yang cukup diutamakan dalam musim ketiga ini adalah sinematografi memandangkan 40 peratus daripada penggambarannya dilakukan di luar negara.

Untuk penggambaran di Seoul, krew produksi telah berada di sana selama 12 hari dari 10 hingga 22 Oktober lalu. Ia hanya membabitkan tiga pelakon utamanya iaitu Scha, Jehan dan Gambit Saifullah yang diperkenalkan pada musim ini dengan membawakan watak Akmal.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.