Adsense

Ahad, 5 Disember 2010

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Kereta Proton di Kuala Lumpur International Motor Show 2010

Posted: 05 Dec 2010 09:57 AM PST

Wow.....Superb !!! memang menakjubkan kalau betullah gambar ini kereta Proton yang akan dipamerkan semasa Kuala Lumpur International Motor Show 2010 nanti. Sekali pandang sudah pasti ramai yang akan tertunggu-tunggu akan ketibaan hari Motor 2010 nanti.


Berikut gambar yang ZoOm dapat dari laman forum ni mengenai jenis dan gambar kereta..tapi tak taulah nama kereta apa sebab yang ada hanya nama di no Flat je...saksikan dan komenlah..
 Lagi Gambar Kereta dibawah








Didie Alias Tidak Kisah Orang Mengata Penampilan Sexy Beliau !!!

Posted: 05 Dec 2010 09:08 AM PST

Apa-apa lah akak Didie buatlah apa nak buat dengan karier sekarang ni sebagai artis dan pengacara. ZoOm tak nak masuk campur tetapi perihatin dengan keadaan dan situasi yang sudah pasti menjadi bualan  ramai masyarakat diluar sana malahan laman blog turut mengata dan bercerita dengan penampilan akak Didie.


Berikut ZoOm sertakan "Statement" Akak Didie mengenai gossip yang melanda beliau mengenai penampilannya.



"Saya tidak kisah apa yang orang nak cakap, saya hanya jadi diri saya yang sebenar. Apa yang saya cuba sampaikan ialah sebagai selebriti kita perlu ketengahkan fesyen.
"Saya berfesyen begini juga seiring dengan konsep program televisyen yang sedang saya kendalikan berjudul Kalau Berani 1 vs 0. Apa juga cakap orang, itu adalah hak mereka dan kita tidak boleh untuk tutup mulut mereka," ujarnya.
Tambah Didie, industri hiburan tanah air kini sedang mundur dari segi fesyen, ramai artis masih tidak berani untuk mengayakan pelbagai fesyen.
"Saya mahu jadi ikon fesyen, bagi saya tidak salah kalau kita ingin bergaya bagi memberi pembaharuan kepada industri hiburan tanah air.
"Jika mereka kata saya semakin seksi, bagi saya dari dulu memang saya begini. Pada saya apa yang saya pakai bukan seksi tetapi lebih berani dengan rekaan yang agak pelik," ujarnya.
Selain itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini mengakui usia bukan penghalang baginya untuk bergaya, namun begitu dia masih mengetahui batasan sebagai seorang isteri dan ibu.
"Saya tahu ke mana saya ingin bergaya seperti ini. Tidak semua tempat dan majlis saya berpakaian seperti ini.
"Saya bersyukur anak-anak dan suami saya sangat memahami. Malah mereka juga ada memberi idea sedikit sebanyak tentang penampilan saya," katanya.

Pusat Perubatan Darussifa di Bangi

Posted: 05 Dec 2010 08:02 AM PST

Dalam zaman serba moden ini pelbagai cerita dan kejadian yang berlaku kepada semua manusia di dunia ni apatah lagi di Malaysia. Saban hari kita sering mendengar kisah-kisah pelik yang terjadi dan menghantui sesiapa sahaja yang mengalaminya.


Namun tanpa perubatan tradisional atau selain daripada ilmu perubatan moden ada lagi cara lain sebagai inesiatif untuk memulihkan keadaan seseorang.


Bagi masyarakat islam nama Darussifa sudah pasti menjadi buah mulut sesiapa sahaja yang pernah mendengar dan mencuba perubatan di sana.



Bagi anda yang ingin mendapatkan bantuan dan mencuba kaedah perubatan islam berikut ZoOm sertakan siapa yang patut anda hubungi :


PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA
No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 
Telefon & Fax: 03-89250443 
Email: alsyifa@streamyx.com



Atau;




Alamat di Darussifa dikawasan anda sila click di DARUSSIFA <-- Click2x

kisah Mimpi Seorang Isteri

Posted: 05 Dec 2010 12:25 AM PST

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, "Tadi malamAyang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentineini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?".

"Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak" jawabsuaminya sambil membisik manja.Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.
Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul:

"Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya"..