Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Sekitar Persembahan Pentas Party EH! 20 Yang Anggun Posted: 05 Dec 2010 08:50 PM PST Party EH! 20 Yang Anggun 2010 yang lalu turut dihangatkan dengan kemunculan penyanyi baru yang telah menghiburkan dengan lagu popular mereka. Turut dimeriahkan dengan beberapa permainan yang dianjurkan khusus buat peminat yang hadir. Antara artis yang buat persembahan seperti Alyah, Iz Sulaini, Imran Ajmain, Ernie, Ezlynn, Siti Nordiana dan Daus. Setelah lama menghilang, penampilan Siti Nordiana dan Ezlynn yang sudah sekian lama tidak melantunkan vokal mereka menghilangkan rindu peminat. Masing-masing hadir dengan lagu baru yang lebih segar. Liyana Jasmay, Alyah, Lisa Surihani, Yuna, Scha Al-Yahya, Najwa, Aurora Salwa, Adira, Ana Rafali, Diana Jalal, Faezah Illai, Juliana Evans, Julie Woon, Mimie, Raja Ilya, Shila OIAM, Stacy dan Zizie adalah 20 selebriti yang menjadi pilihan persona kali ini. Turut diraikan, 10 Lelaki Paling Disenangi yangb terdiri daripada Sharnaaz, Naqib, Iz Sulaini, Ryzal, Black, Nazim, Gambit, Akim, Nas-T dan Shaz Jazle. Parti EH! 20 Yang Anggun dianjurkan oleh majalah EH! dan disokong oleh Lancome, Suria FM, Redken, MPH dan Zouk KL. Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Raja Farah Mahu Berhenti Jadi Pelakon Posted: 05 Dec 2010 05:57 PM PST Semasa di sidang media dan pra tonton filem Aku Masih Dara yang lalu, Raja Farah telah mengumumkan yang dia mahu berhenti untuk jadi pelakon. Keputusan dibuat selepas tak sampai sebulan berkahwin dengan Megat Bashirun. Keputusan nekad ini dibuat setelah Raja Farah berbincang dengan suaminya yang mahu beliau mengurangkan karier dalam dunia glamor. Raja Farah menceburi bidang lakonan sejak berusia 15 tahun. Sepanjang bergelar pelakon, Raja Farah masih belum mencapai tahap yang dia inginkan iaitu menjulang anugerah. Bukan senang untuk mengharungi hidup dalam dunia penuh glamor. Raja Farah pernah jatuh sakit gara-gara terlalu tertekan dengan gosip liar. Sebelum ini, Raja Farah dihinggapi gosip liar yang mengatakan beliau hamil sebelum nikah. Walaupun agak tuduhan ini agak pedih dan menyentap hati keluarga serta ibunya, Raja Farah tetap tabah dan betul-betul kecewa dengan gosip dan fitnah itu. Ditanya apakah perancangan masa depan Raja Farah seterusnya, beliau berkata, mahu menceburi bidang perniagaan pula. Apa-apa pun, yang berlaku, Budiey ucapkan selamat maju jaya buat Raja Farah. Semoga bisnes yang akan dijalankan tu mencapai kejayaan. Insyaallah. Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |