Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Rahsia carian Google
- Melatih pelajar jadi usahawan
- Pendidikan kesihatan, reproduktif mulai 2011
- SESAAT UiTM perangi aedes
- Wollongong, INTI tingkat kerjasama
- Mahasiswa lawan robot
- Gaya kompak inovatif
- Penyelesaian cekap era maya
- TOUGHBOOK bantu rawat pesakit
- Tiada kesan negatif pada pengguna
- Manfaat, mudarat menara telekomunikasi
- Teknologi imej selamatkan kelip-kelip
- MAHA 2010 menakjubkan
- Krisis makanan ancaman dunia
- Rawat atau trend?
- Kaedah pasang pendakap
- Hormon untuk cantik dan sihat
- Nutrien untuk jantung
- Khasiat rebusan asam gelugur
- Makna hidup selepas kanser
- Pulai impian di Aseania Resort
- Raja Farah bersara berlakon?
- Hadiah Pertunangan Noh (Hujan)
- U-Wei Perlu Dana Tambahan Untuk Siapkan 'Hanyut'
- Diddy Hirdy Bakal Timang Bayi Perempuan
Posted: 05 Dec 2010 07:58 PM PST HAMPIR setiap saat setiap individu di negara menggunakan agen carian bagi mencari pelbagai maklumat di laman web. Terdapat pelbagai laman carian di Internet yang biasa digunakan seperti AltaVista, InfoSeek, Google, Yahoo dan Lycos sekadar menyebut beberapa nama. Bagaimanapun enjin carian yang popular, Google dan Yahoo mendapat tempat di kalangan pengguna Internet. Bak kata Penganalisis Kanan, CyberSecurity Mohamad Nizam Kassim, agen carian Google mempunyai banyak kelebihan jika kita tahu membongkar 'rahsianya'. "Selalunya pengguna mengambil masa yang lama untuk mencari sesuatu maklumat di dalam Internet. "Misalnya jika kita mahu mencari sesuatu, kita akan menaip kata kunci dan hasilnya pasti berpuluh ribu keputusan tersiar di skrin menyebabkan kita perlu mencarinya satu persatu," katanya. Beliau menyatakan demikian selepas taklimat media mengenai Hari Keselamatan Komputer Dunia yang disampaikan oleh Pengerusi Cybersecurity, Jeneral Datuk Mohd. Azumi Mohamed di Kuala Lumpur baru-baru ini. Mohamad Nizam berkata, pengguna boleh menggunakan enjin carian Google dengan mudah dengan menaip pembuka dan penutup kata "..." bagi mencari satu perkataan. "Ini dapat mengurangkan masa untuk mencari bahan di dalam Internet," katanya. Bagi mencari dua perkara berlainan, pengguna boleh menaip "..." "..." misalnya bagi mencari "mohamad nizam kasim" "cybersecurity" pengguna boleh mendapatkan maklumat yang tepat dan cepat. Selain itu pengguna Google juga boleh mendapatkan trend pencarian paling tinggi di google zeitgeist. Bagi mereka yang masih baru dalam enjin carian, mereka boleh ke Soople yang memudahkan carian. "Soople dibina oleh seorang anak bagi membolehkan ibunya melayari dan melakukan pencarian dengan lebih mudah. "Kini Soople boleh digunakan oleh sesiapa saja dengan antara muka yang lebih mudah dan ringkas," katanya. Bagaimanapun jelas Nizam, pengguna perlu 'memecahkan' rahsia Google untuk mengetahuinya. "Apa yang penting, kita hanya perlu menaip kata kunci yang betul dalam setiap pencarian," katanya. Organisasi atau agensi yang berminat untuk mengetahui rahsia Google boleh mendapatkan maklumat mengenai kursus yang ditawarkan di laman sesawang www.cybersafe.my. | ||||
Posted: 05 Dec 2010 07:58 PM PST KUALA LUMPUR - Program Usahawan Muda American Malaysian Chamber of Commerce (AMCHAM) merupakan salah satu platform terbaik untuk pelajar Tingkatan Empat menyerlahkan potensi masing-masing dalam dunia perniagaan. Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Paul W. Jones berkata, melalui program pendidikan komuniti itu, pelajar terbabit diberi satu peluang unik untuk menguruskan sepenuhnya sebuah perniagaan perusahaan. Beliau menjelaskan, program ini turut mendapat tajaan oleh syarikat sebenar yang membantu dalam menyediakan peluang praktikal untuk para pelajar meningkatkan pemaha-man mengenai peranan seorang usahawan. Menurut Jones, sebagai sebahagian daripada latihan kemahiran program ini, AMCHAM turut menyediakan satu persekitaran perdagangan untuk peserta menjual produk mereka kepada orang awam. "Mereka menjual produk-produk buatan sendiri kepada orang ramai semasa acara Jualan Usahawan Muda di The Curve, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. "Acara itu dilihat mampu meningkatkan kemahiran keusahawanan selain dapat menyumbang sebahagian daripada hasil jualan mereka ke arah kebajikan," katanya pada Pameran Pencapaian Tahunan program itu, di sini baru-baru ini. Pada majlis itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Utama, Selangor muncul sebagai penerima Anugerah Pengusaha Terbaik 2010 dan turut mengungguli kategori Anugerah Produk Terbaik. Manakala Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik, Petaling Jaya, Selangor pula memenangi Anugerah Laporan Tahunan Terbaik berdasarkan pembentangan mengenai aktiviti tahunan sekolah, cabaran yang dihadapi dan langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi cabaran tersebut. PARA pemenang bersama piala dan sijil kemenangan masing-masing selepas tamat program Pameran Pencapaian Tahunan Usahawan Muda AMCHAM di Kuala Lumpur, baru-baru ini. | ||||
Pendidikan kesihatan, reproduktif mulai 2011 Posted: 05 Dec 2010 07:57 PM PST Istilah pendidikan seks secara umumnya mungkin boleh membawa kepada satu persepsi atau pemahaman bahawa ia hanya layak untuk diketahui oleh golongan dewasa sahaja. Sebahagian besar masyarakat tidak mahu anak-anak mereka yang mentah didedahkan dengan perkara itu malah kebanyakan ibu bapa sendiri malu atau tidak mahu untuk membincangkan mengenai pendidikan seks sebagai asas pemahaman anak- anak mereka. Maka, tidak hairanlah jika banyak pihak terutamanya golongan ibu bapa akan melatah dan memberi pandangan negatif apabila Kementerian Pelajaran mengambil keputusan untuk memperkenalkan pendidikan tersebut di sekolah rendah bermula tahun hadapan. Harus diingat bahawa pendidikan seks atau istilah sebenarnya Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial itu bukanlah bermaksud pendidikan mengenai teknik hubungan kelamin atau perkara-perkara yang tidak perlu diketahui oleh kanak-kanak. Ia lebih menjurus kepada asas terhadap perkembangan badan, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya. Pendidikan kesihatan, reproduktif dan sosial yang akan diperkenalkan ini termasuk dalam subjek Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi Tahap Satu (tahun satu hingga tiga) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang akan bermula pada Januari 2011. Subjek lain yang terdapat di bawah Modul Teras Asas ini termasuklah Pendidikan Jasmani, Bahasa Malaysia (BM), Bahasa Inggeris (BI), Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Matematik dan Pendidikan Islam/Moral. Elemen perkembangan manusia yang terdapat dalam pendidikan kesihatan, reproduktif dan sosial itu bermaksud pendedahan mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia manakala perhubungan pula mendedahkan mengenai sifat kasih sayang dan persahabatan. Pendedahan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa turut diajar kepada murid. Sementara itu, kebolehan untuk membuat keputusan pula menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri. Kesihatan dan tingkah laku seksual akan menyentuh amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan AIDS. Manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat. Hal berkaitan perundangan turut diberi penekanan. Oleh yang demikian, stigma masyarakat yang menganggap pendidikan seks tidak sesuai untuk golongan bawah umur harus dikikis agar pemahaman asas itu dapat diserap oleh kanak-kanak seterusnya mendidik mereka dengan betul. Pendedahan awal seperti ini adalah perlu bagi perkembangan mental kanak-kanak agar mereka membesar dengan pengetahuan penting yang diperlukan seterusnya mampu menghindari mereka daripada gejala sosial. Guru-guru yang terlibat untuk pengajaran subjek tersebut telah diberi kursus sementara bahan pengajaran turut disediakan bagi memudahkan murid. Masyarakat khususnya ibu bapa disaran menyokong dan memberi kerjasama terhadap pembaharuan yang dilakukan ini supaya pelaksanaannya berjalan dengan baik dan lancar. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat dua lagi modul selain Modul Teras Asas iaitu Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Modul Teras Tema memperkenalkan subjek baru iaitu Dunia Kesenian yang memberi penekanan terhadap Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik serta satu lagi subjek iaitu Dunia Sains dan Teknologi. Modul Elektif pula terdapat subjek Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (SK), Bahasa Tamil SK, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. | ||||
Posted: 05 Dec 2010 07:56 PM PST Apabila seorang mahasiswa dilaporkan turut menjadi mangsa korban kerana nyamuk aedes, sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Puncak Alam telah mengambil inisiatif menganjurkan Program SESAAT: Sentiasa Sihat UiTM bersama persatuan penduduk Bandar Puncak Alam baru-baru ini. Menyedari isu denggi bukan lagi sekadar isu kesihatan tetapi telah menjadi isu nasional, ahli Environmental Health Student's Association (Ehsan) dan warga Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam telah bergabung tenaga untuk membangkitkan kesedaran mahasiswa dan penduduk Bandar Puncak Alam Fasa 3 bahawa pembiakan nyamuk aedes mampu dikawal melalui penjagaan alam sekitar. Selain itu, projek SESAAT tersebut adalah salah satu program bagi Projek Kasih Sayang 1Malaysia yang bertujuan mempromosi serta mendidik masyarakat mengenai kehidupan yang sihat melalui pemeriksaan serta pameran kesihatan, kaunseling ubat, dan ceramah kesihatan kepada masyarakat luar bandar. Presiden Ehsan, Shukri Shuhaimee berkata, penganjuran program SESAAT ini antara lain adalah untuk membangkitkan kesedaran masyarakat tentang isu kesihatan yang selama ini dipandang ringan oleh kebanyakan orang. "Sebagai pelajar yang bernaung di bawah Fakulti Sains Kesihatan dan Farmasi, kami berasa bertanggungjawab untuk berkongsi pengetahuan yang dimiliki bersama masyarakat untuk mengatasi masalah kesihatan terutamanya mengenai nyamuk aedes dan demam denggi yang kini telah menjadi isu nasional. "Biarpun perjalanan program ini bermula ketika kami sedang sibuk membuat persiapan akhir untuk menduduki peperiksaan, namun demi mencari pengalaman bekerja di lapangan masing-masing berusaha gigih bagi memastikan ia berjalan lancar seperti dirancangkan," katanya. Menurut Setiausaha Program SESAAT, Noor Amirah Ghafar, walaupun penglibatan pelajar dalam program ini dilakukan secara sukarela, namun masing-masing memberikan komitmen agar dapat berbakti kepada masyarakat. "Melalui program ini juga, satu kaji selidik mengenai nyamuk aedes telah diadakan dari pintu ke pintu rumah penduduk Bandar Puncak Alam Fasa 3 supaya maklumat yang cuba kami sampaikan diterima setiap penduduk di sana. "Semasa menjalankan kaji selidik tersebut, pelbagai cabaran yang perlu kami hadapi terutamanya untuk mendapatkan kerjasama daripada tuan rumah itu sendiri. Apabila mereka mengetahui kami hanyalah pelajar, soal selidik tersebut hanya dilakukan secara sambil lewa sahaja," katanya. Bagaimanapun menurut Amirah, segala cabaran yang perlu dihadapi sepanjang menjalankan program SESAAT ini dianggap sebagai persediaan untuk menghadapi pelbagai ragam manusia apabila bekerja kelak. Sementara itu Pensyarah Fakulti Farmasi, Aida Azlina Ali berkata, program sebegini adalah peluang buat mahasiswa dari kedua-dua buah fakulti untuk berkomunikasi dengan masyarakat setempat. "Program ini juga adalah laluan buat para pelajar untuk mengutip segala pengalaman dan mengaplikasikan apa yang dipelajari di dewan kuliah," ujar Aida. | ||||
Wollongong, INTI tingkat kerjasama Posted: 05 Dec 2010 07:55 PM PST KERJASAMA Universiti Wollongong, Australia dengan Kumpulan Pendidikan INTI di Malaysia bakal menjadi platform untuk perkembangan dunia pendidikan tinggi swasta di negara ini dalam melahirkan graduan bernilai tinggi dan menepati kehendak pasaran kerja. Timbalan Naib Canselor Antarabangsanya, Profesor Joe F. Chicharo berkata, kerjasama INTI dan universiti itu dapat membantu melahirkan graduan Malaysia yang berkualiti serta mempunyai kepakaran tinggi dalam membantu membangunkan negara. "Wollongong kini telah bekerjasama dengan Kolej Antarabangsa INTI di Malaysia dengan menawarkan beberapa kursus dan program Ijazah Sarjana Muda di enam cawangan kolej itu termasuk di Sabah dan Sarawak. "Kita juga akan menjangkakan lebih banyak lagi kursus program ijazah pertama ditawarkan pada masa hadapan," katanya selepas menerima kunjungan lawatan Bahagian Perhubungan Awam Kumpulan Pendidikan INTI dari Malaysia di universiti itu baru-baru ini. Hadir sama, Pengarah Pendidikan Pendidikan Transnasional, Dr. Bill Damachis; Dekan Eksekutif Perniagaan, Professor John Glynn; Pengarah Unit Sokongan Fakulti Antarabangsa, Robyn Phillips dan Pengarah Perhubungan Awam, Kumpulan Pendidikan INTI Malaysia, Koo Yi Lin. Pada April lalu, satu memorandum persefahaman ( MoU ) telah dimeterai antara Laureate Malaysia dan Universiti Wollongong. Laureate Malaysia telah diwakili Ketua Pengawai Eksekutifnya, Graham Doxey manakala Universiti Wollongong, Naib Canselornya, Professor Gerard. Majlis MoU itu turut disaksikan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Pegawai Eksekutif Pendidikan Laureate, Douglas Becker. MoU itu dimeterai bagi mewujudkan hubungan dan kerjasama yang lebih kukuh, teratur serta penting bagi pembinaan kapasiti di antara Malaysia-Australia terutama dalam dunia pendidikan. Menurut Chicharol, Australia mengakui kebolehan Malaysia dan pelajarnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ), kemahiran dan berhasrat untuk terus bekerjasama dengan INTI. "Kursus-kursus yang ditawarkan nanti dilihat paling berpotensi memandangkan ia bidang yang semakin menepati kehendak pasaran pekerjaan di samping menggalakkan dan meningkatkan kerjasama penyelidikan antara INTI dan Wollongong. "Kami juga berminat untuk menjalin kerjasama ijazah lanjutan, terutamanya program dua hala. Kami harap kerjasama ini memupuk dan mewujudkan peluang pendidikan tinggi yang akan menjadikannya setaraf dan setanding dengan institusi pengajian tinggi terbaik di dunia," katanya. Sementara itu, Yi Lin berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan program pertukaran kursus, tenaga pengajar dan pelajar bagi kajian penyelidikan dan pembelajaran termasuk menyambung pengajian di peringkat tinggi di Universiti Wollongong. "Kerjasama itu juga akan merangkumi pertukaran kakitangan akademik melalui bidang kajian dan hasil penemuan yang dibuat oleh kedua-dua pihak. "Kerjasama yang telah terbentuk selama beberapa tahun ini diharapkan dapat diteruskan berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak," katanya. | ||||
Posted: 05 Dec 2010 07:54 PM PST PERTANDINGAN Uniten Robogamez 2010 yang bertemakan Rising of The Silent Tower : Resist or Surrender II membuktikan penciptaan robot kini telah memasuki era inovasi yang semakin canggih dan berteknologi tinggi. Pertempuran antara robot-robot yang membanjiri Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) menyaksikan robot ciptaan pelajar berentap untuk menguasai 'menara' yang dibina khas. Setelah lima kali dianjurkan, penyertaan pertandingan tersebut telah meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun ini sahaja sebanyak 80 penyertaan telah diperolehi dari sekolah rendah, menengah termasuk Singapura serta institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara. Timbalan Ketua Setiausaha (Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datin Paduka Profesor Dr. Khatijah Mohd. Yusoff berharap inovasi di bidang teknologi yang dipamerkan sepanjang pertandingan tersebut dapat memupuk minat lebih ramai generasi muda untuk menceburkan diri di bidang teknologi maklumat dan komunikasi, bioteknologi serta teknologi hijau. "Sudah sampai masanya, pertandingan sebegini dibawa ke tahap yang lebih tinggi, dan seterusnya mampu menyumbang kepada proses transformasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. "Sehubungan itu, semua pihak perlu berganding bahu dalam usaha mencipta masyarakat yang lebih kreatif dan inovatif," ucapnya pada majlis penutup Uniten Robogamez di Bangi, baru-baru ini. Turut hadir, Naib Canselor Uniten, Profesor Datuk Dr. Mashkuri Yaacob. Menurut Khatijah, apa yang lebih utama adalah diharapkan para peserta dapat menjadikan pertandingan ini sebagai medan untuk mempelajari bidang kejuruteraan dan menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk kita mencapai matlamat. Robogamez 2010 anjuran UNITEN diadakan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pertandingan akhir kategori terbuka menyaksikan pasukan TT02 dan TT01 dari Universiti Teknologi Malaysia mengganas dan menguasai dua tangga teratas apabila muncul juara dan naib juara, menumpaskan pasukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM2) di tempat ketiga dan Universiti Putra Malaysia (UPM B) di tempat keempat. Reka cipta terbaik yang turut dipertandingkan telah dimenangi Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam bagi kategori sekolah rendah. Sekolah Menengah Anderson, Ipoh menjuarai kategori sekolah menengah, manakala COE Kiosk memenangi untuk kategori terbuka. | ||||
Posted: 05 Dec 2010 07:53 PM PST TERUS memacu kecemerlangan dalam aktiviti penghasilan produk telekomunikasi, syarikat teknologi terkenal, Motorola baru-baru ini memperkenalkan model telefon bimbit pintar terbarunya, Motorola FLIPOUT. Hadir bersama rekaan unik serta kompak berbentuk segi empat tepat, ia bakal memberi keselesaan untuk aktiviti komunikasi secara mobiliti. Keunikan spesifikasinya pula ditampilkan menerusi paparan skrin sentuh mudah bersaiz 2.8 inci, pemfokusan menggunakan sentuhan dua jari serta papan kekunci QWERTY gelongsor tepi. Dengan kelebihan itu, ia pasti akan melengkapkan urusan komunikasi pengguna secara menyeluruh. Menerusi Motorola FLIPOUT, pengguna turut diberi peluang menentukan sendiri kandungan paparan pada skrin utamanya. Bagi yang menggemari muzik pula, model ini disempurnakan bersama aplikasi pengecaman ID lagu untuk tujuan memaparkan lirik sesebuah lagu yang dimainkan. Paparan antara muka untuk permainan muziknya pula membolehkan pengguna mengakses lagu kegemaran secara lebih mudah selain mencari frekuensi radio menerusi Internet. Tidak cukup dengan itu, model berkenaan juga boleh diselaraskan bersama platform web Google untuk capaian kepada laman seperti Googe Search, Google Maps, Gmail dan sebagainya. Sesuatu yang menarik, Motorola FLIPOUT dilengkapi aplikasi CrystalTalk PLUS untuk tujuan memperbaiki kualiti suara ketika membuat panggilan selain mengurangkan bunyi bising keliling. Untuk fungsi pengimejan, ia dilengkapi kamera tiga megapiksel dengan teknologi Kodak Perfect Touch untuk kualiti gambar yang lebih baik selain boleh di muat naik secara terus kepada laman-laman web rangkaian sosial dan perkongsian foto. Motorola FLIPOUT didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu hitam, putih, hijau dan merah. | ||||
Posted: 05 Dec 2010 07:53 PM PST Pelanggan dalam era maya memerlukan penyelesaian teknologi maklumat (IT) yang menjana kecekapan, meningkatkan nilai bisnes selain menjana inovasi tanpa mengganggu teknologi sedia ada. Berpengalaman lebih 25 tahun dalam memenuhi keperluan pengguna, Dell mengumumkan teknologi baru, perkhidmatan, peralatan pengurusan dan penyelesaian bisnes sedia ada. Ia memberikan pilihan dan membantu pelanggan mengurangkan masa untuk membina, menguruskan dan mengekalkan keupayaan pusat data. Membina kekuatan dalam industri dengan menjalinkan kerjasama dalam penyimpanan, pelayan, jaringan rangkaian dan perkhidmatan, Dell perkenalkan penyelesaian bersepadu produk perkakasan dan sistem keupayaan pengurusan kritikal. Ia bagi mengatur kedudukan dan menjana beberapa elemen pusat data sebagai penyelesaian holistik. Pendekatan berkenaan direka memberikan keberkesanan yang signifikan pada kedua-dua OPEX dan CAPEX dan menjalankan misi syarikat terbabit bagi mengurangkan bajet dengan mengekalkan status quo dan meningkatkan pelaburan dalam projek inovatif. Ketika pelanggan melihat kepada operasi pusat data yang kemas, kombinasi platform penyimpanan generasi baru dan model infrastruktur pintar menjadi bertambah penting. Produk penyimpanan baru Dell EqualLogic, rangkaian penyelesaian Dell PowerConnect dan pelayan Dell Power Edge, semua dibina pada piawai industri, ditambah dengan Dell Storage, Virtualization and Support Services menjana organisasi dan ketangkasan aplikasi bagi membantu pelanggan memberikan tumpuan kepada inovasi sebagai asas. Bagi membantu pelanggan mengatur penyelesaian pusat data integrasi maya-sedia, Dell memperkenalkan enam Dell Business Ready Configuration yang terkini. Ini boleh membantu pelanggan mengurangkan kompleksiti dan percubaan yang terlibat dalam mengatur projek maya. Ini dilakukan dengan membawa pelayan terbaik, penyimpanan, rangkaian dan teknologi maya dalam pra konfigurasi dan pengesahan bagi memastikan penyusunan yang pantas. Penyelesaian berkenaan bersepadu dengan infrastruktur pelanggan sedia ada selain membenarkan mereka mendapat faedah menggunakan sama ada hypervisors VMware® atau Microsoft®. Pelanggan hanya perlu memulakan pengatur infrastruktur bagi penggabungan bagi pelanggan yang lebih matang dan mencari keupayaan pemulihan bencana dan Dell ada jalan penyelesaiannya. | ||||
Posted: 05 Dec 2010 07:52 PM PST Hospital Memorial Matsushita yang terletak di Moriguchi, Osaka ditubuhkan bertujuan menyelamat dan meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat di kawasan sekitarnya. Pada tahun lalu, ia berubah menjadi hospitak tanpa kertas dengan memperkenalkan carta elektronik melalui penggunaan komputer mudah alih Panasonic yang direka khusus bagi industri penjagaan kesihatan- TOUGHBOOK CF-H1. Komputer mudah alih itu membolehkan kesan, dos ubatan pesakit direkodkan dan dirujuk dengan mudah selaras dengan peningkatan penjagaan kesihatan oleh jururawat. Hospital berkenaan bekerjasama dengan institusi perubatan lain dalam menyediakan penjagaan perubatan yang mengambil kira situasi dan keadaan setiap pesakit yang dirawat. Pengarah Hospital Memorial Matsushita, Dr. Tetsuro Yamane berkata, pihaknya berhasrat menjadikan hospital berkenaan sebuah tempat di mana pesakit sangat berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan selain layanan terbaik,. "Kami berikrar memberikan perkhidmatan terbaik sehingga pesakit berkata kami gembira dirawat di Hospital Memorial Matsushita," katanya semasa ditemui semasa sesi lawatan Panasonic ke hospital berkenaan. Disebabkan tidak ada hospital kerajaan di tiga bandar iaitu Moriguchi, Kadoma dan Neyagama, menyebabkan peranan yang dimainkan oleh hospital berkenaan amat besar. Pada 2006, piawaian nisbah satu jururawat kepada tujuh pesakit telah dilaksanakan dan pada 2009 carta elektronik mula diperkenalkan. Sebagai pemimpin dalam rawatan kesihatan maju serta mendapat pelbagai anugerah, Hospital Memorial Matsushita dinobatkan sebagai hospital asas di Osaka yang menyediakan rawatan kanser terbaik dan mendapat kepercayaan warganya. Pada tahun lalu, carta elektronik dilaksanakan sepenuhnya di hospital berkenaan dan sistem pembantu jururawat telah diperbaharui seluruhnya. Penggunaan komputer mudah alih TOUGHBOOK CF-H1 bagi industri penjagaan kesihatan mengubah persekitaran di hospital. Sebelum itu, jururawat menggunakan pembantu digital peribadi (PDA) yang dibawa ke wad dengan fungsi terhad dan tidak berkesan bagi meningkatkan produktiviti. PDA tidak diintegrasikan dengan carta elektronik serta tidak boleh menguruskan imej dan hanya boleh merekodkan data nombor dan digunakan bagi pengesahan dos ubatan. Selain itu selepas memasukkan maklumat yang ada di wad, data tidak boleh disambungkan sehingga ke komputer meja yang terletak di stesen jururawat. Masalah bertambah rumit apabila PDA kehabisan kuasa bateri. Penolong Pengarah Hospital Memorial Matsushita, Fumiyo Sakai berkata, penggunaan TOUGHBOOK CF-H1 yang direka khusus bagi bidang perubatan dapat mengatasi masalah yang dihadapi semasa menggunakan PDA. Malah Pengurus Jabatan Akauntan, Hospital Memorial Matsushita, Shinji Katoh berkata, beliau sendiri amat teruja semasa kali pertama melihat TOUGHBOOK pada peringkat pembangunan. "TOUGHBOOK dilengkapi dengan segalanya daripada pembaca kod bar , kamera dan Bluetooth. Sehingga kini tiada komputer yang khusus bagi persekitaran perubatan seperti ini. "Sebelum ini saya menggunakan TOUGHBOOK dalam tugasan jadi saya tahu betapa ia tahan lasak dan kalis air. "Jadi ini adalah satu salah satu keluarga TOUGHBOOK yang direka khusus bagi penjagaan kesihatan," katanya. Dalam persekitaran jururawat, kawalan kebersihan dilakukan dengan baik, misalnya tidak terdapat pengumpul habuk dan kebersihan dalam papan kekunci dikekalkan. Justeru TOUGHBOOK tidak terdapat ruang bagi mengumpul habuk dan mudah dilap hanya dengan alkohol menjadikannya lebih mudah digunakan selain jangka hayat bateri yang lebih lama. Di Hospital Memorial Matsushita, sejumlah 60 TOUGHBOOK CF-H1 telah digunakan di Unit Jagaan Rapi (ICU), dan penjagaan ginjal, panduan nutrisi serta di wad-wad. "Bagi jururawat muda yang hidup dalam era permainan video dan telefon mudah alih, mereka mudah menerima teknologi baru. "Malah jururawat yang lebih berusia juga mudah menggunakan dan sehingga kini mereka semua menggunakannya dengan mudah," kata Sakai. Sebelum ini semasa menggunakan komputer riba, jururawat terpaksa membawa komputer riba ke katil pesakit tetapi dengan TOUGHBOOK CF-H1 jururawat dapat memasukkan data semasa meninjau pesakit. "Pesakit juga boleh melihat maklumat yang dipaparkan di skrin tanpa perlu bergerak," kata Sakai. Lebih menarik apabila jururawat juga boleh menggunakan papan kekunci dengan selesa selepas meletakkan TOUGHBOOK di tempatnya dan lebih banyak maklumat dapat direkodkan. Justeru maklumat boleh diakses dari mana-mana lokasi sama ada tepi katil pesakit mahu pun di stesen jururawat dan boleh dirujuk semula tidak seperti PDA. Disebabkan jururawat lebih mudah berkongsi data, maka ia memudahkan doktor memantau sebarang perubahan pada pesakit. Salah satu perkara yang menarik mengenai CF-H1 ialah ia mempunyai dua biji bateri tambahan dan pengguna tidak perlu mematikan komputer bagi menukar bateri. Sakai berkata, disebabkan bateri boleh dicas semasa diletakkan di tempatnya yang khas, jururawat tidak perlu mencari dan menyambungkan wayar. Dengan itu katanya, jururawat akan lebih fokus kepada pesakit dan dapat bekerja dengan lebih baik bagi mencapai penjagaan kesihatan berorientasi kumpulan. "Penjagaan kesihatan berorientasikan kumpulan di mana maklumat dan isu mengenai perancangan penjagaan dikongsi di kalangan jururawat dan pesakit. "Ini memberikan keyakinan kepada pesakit kerana mereka dapat mengetahui apa yang berlaku dengan melihat sendiri di skrin CF-H1 dengan keterangan dari jururawat," katanya. Tidak mustahil di masa akan datang pesakit yang terlantar dapat melihat skrin CF-H1 dan mendapat penjelasan mengenai keadaan mereka serta diberikan penerangan mengenai nutrisi, perubatan serta pemulihan. Misalnya, lebih mudah melihat perubahan aras gula dalam darah dengan mempamerkannya dalam bentuk graf yang berwarna-warni berbanding nombor. Ini menjadikan CF-H1 bukan hanya peralatan untuk merekod perubatan dan ubatan tetapi juga sebagai media perhubungan. Justeru, hospital berkenaan akan memperkenalkan CF-H1 kepada pesakit luar dan merancang menggunakannya sebagai pemeriksaan kesihatan yang diuruskan oleh jururawat. Dengan membawa teknologi maklumat (IT) ke dalam persekitaran hospital ia di jangka akan menjadi penanda aras kecekapan kerja dalam bidang perubatan. Selain itu CF-H1 bukan saja terhad kepada hospital tetapi juga penjagaan kesihatan di rumah dan pemeriksaan berdasarkan lawatan. Jika CF-H1 dijadikan elemen bagi penjagaan kesihatan komuniti, jururawat boleh menjalankan pemeriksaan di rumah secara terperinci tanpa bimbang sebarang keciciran maklumat. Sistem berkenaan memastikan setiap institusi perubatan boleh berkongsi maklumat pesakit secara individu. CF-H1 juga bakal menjadi pemain utama dalam perubatan era baru yang lebih terperinci. | ||||
Tiada kesan negatif pada pengguna Posted: 05 Dec 2010 07:51 PM PST RADIASI yang dihasilkan gelombang daripada stesen pemancar oleh ketiga-tiga pengendali telekomunikasi iaitu Maxis, Celcom dan DiGi adalah kurang daripada tahap yang ditetapkan. Kajian yang dilakukan dari semasa ke semasa oleh Universiti Tenaga Nasional (Uniten) mendapati gelombang yang dipancarkan tidak mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Pengarah Pusat Penyelidikan Radiasi Frekuensi Radio Uniten, Prof Madya Dr. Md. Zaini Jamaludin berkata, ujian radiasi mendapati nilai bacaan yang diambil di kawasan aduan tidak pernah melebihi tahap bahaya, walaupun berada berhampiran menara. "Tanggapan masyarakat mengenai menara telekomunikasi hanyalah kesan psikologi dan maklumat tidak benar dari faktor sekeliling," katanya. Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pada program taklimat Agenda Radio Frekuensi (RF) antara Media dan Industri di Pulau Pangkor, Perak baru-baru ini. Katanya, Uniten telah menjalinkan kerjasama dengan SKMM terutama dalam program berkaitan radiasi RF. "Ini melibatkan pelbagai ujian bagi memastikan keselamatan penduduk serta menangkis tanggapan negatif mengenai tahap radiasi frekuensi radio (RF) yang dikeluarkan oleh menara pemancar serta peralatan yang berkaitan," katanya. Setiap kali SKMM menerima aduan, ujian akan dijalankan di lokasi berkenaan menggunakan peralatan terkini dan termaju mengikut standard antarabangsa. Bagaimanapun sebagai langkah berjaga-jaga, Dr. Md Zaini menegaskan audit tahunan mesti dilaksanakan serta ujian mestilah dijalankan ke atas lebih banyak stesen pangkalan. Pada program yang sama, Profesor Dr Kwan-Hoong Ng, dari Jabatan Pengimejan Bioperubatan, Universiti Malaya, berkata, terdapat dua jenis radiasi iaitu radiasi berion dan tak berion. "Radiasi berion memiliki tenaga yang cukup untuk mengubah tindak balas kimia pada tubuh badan dan memberi kesan kepanasan melampau seperti sinaran Gama dan sinaran X (X-ray). "Radiasi tak berion tidak memiliki tenaga yang cukup untuk menyebabkan pengionan dalam jirim hidup dan tidak mendatangkan kesan buruk pada manusia," katanya. Contoh radiasi RF adalah daripada pemancar televisyen, radio dan telekomunikasi. Spektrum medan elektromagnet (EMF) bagi elektrik statik dan medan magnetik ialah 0 Hertz (Hz) dan medan frekuensi paling rendah ialah di antara 0 Hz hingga 300 Hz. Manakala radiasi RF dan gelombang mikro (MW) ialah antara 300Hz hingga 300GHz. "Setiap pancaran RF akan menghasilkan medan elektromagnet (EMF) yang dikira dalam bentuk voltan semeter persegi (Vm2). "Apabila RF melalui badan kita, sebahagian tenaga akan diserap, sementara jumlah tenaga yang terkumpul di dalam tisu badan bergantung ke atas frekuensi radiasi. "Misalnya kadar radiasi 1GHz, hampir semua tenaga diserap ke lapisan pertama dua hingga tiga sentimeter tisu badan," katanya lagi ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Apakah Had Dedahan RF? - Standard Tempatan dan Antarabangsa. Paras selamat yang ditetapkan ICNIRP adalah ketumpatan kuasa tidak boleh melebihi 4.5 watt semeter persegi (W/m2) untuk 900Mhz, 9 W/m2 untuk 1900MHz dan 10 W/m2 untuk 2000MHz. Ujian Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) membuktikan purata bacaan radiasi di kawasan sekitar pemancar telekomunikasi di Semenanjung Malaysia ialah 0.000093 W/m2 bersamaan 0.002 peratus daripada jumlah pendedahan minimum yang dibenarkan ICNIRP. Menurut beliau negara sedang membangunkan standard pendedahan RF yang kebanyakannya mengikut standard ICNIRP. Sementara itu Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Keselamatan Sinaran, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr. Pirunthavany Muthuvelu berharap orang ramai mengambil langkah berhati-hati dengan pelbagai peralatan komunikasi terutama telefon bimbit. "Jangan dedahkan kanak-kanak dengan telefon bimbit kerana mereka memiliki sel tisu yang sedang berkembang terutamanya di bahagian otak kerana dikhuatiri boleh menjejaskan tumbesaran," katanya yang ditemui pada program yang sama. Menyentuh kaitan telefon bimbit dengan kanser otak, Dr Piruthavany berkata, saintis belum memberikan kata putus kerana ia masih memerlukan lebih banyak penyelidikan. "Kita boleh mendapatkan banyak maklumat mengenainya di Internet, ada yang menyarankan supaya kurangkan tempoh penggunaan telefon bimbit, gunakan kit bebas tangan dan jangan letakkan di dalam poket," katanya. | ||||
Manfaat, mudarat menara telekomunikasi Posted: 05 Dec 2010 07:48 PM PST
SECANGGIH mana telefon bimbit seperti iPhone4, BlackBerry mahupun Nokia X2 tetapi jika kawasan berkenaan tiada liputan telekomunikasi, ia tidak boleh digunakan untuk berkomunikasi. Mungkin ramai masih ingat kejadian malang menimpa seorang wanita sarat mengandung yang mati digilis keretapi semasa mencari isyarat telefon bimbit di landasan keretapi di Machang, Kelantan. Kes tersebut membuktikan betapa pentingnya komunikasi di kalangan masyarakat ketika ini. Peratusan penggunaan telefon mudah alih bertambah setiap hari dengan bilangan pencawang telekomunikasi yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Dengan proses perluasan ruang liputan yang agresif, hingga akhir Mei tahun ini kadar penembusan jalur lebar berjaya mencecah 37 peratus sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar penembusan sehingga 50 peratus menjelang akhir tahun ini. Apabila pengguna makin dahagakan liputan telekomunikasi ini maka ia mendorong pengendalinya menambah menara pemancar. Pada masa ini, terdapat hampir 20,000 menara telekomunikasi di seluruh negara. Ia terdapat hampir di setiap kawasan perumahan, lebuh raya dan di atas bumbung bangunan. Ini menimbulkan kebimbangan psikologi di kalangan orang ramai kerana bimbang mengenai keselamatan serta kesihatan mereka. Ada yang mendakwa menara gelombang telekomunikasi menghasilkan sinaran radioaktif berbahaya kepada kesihatan malah mempersoalkan tahap keselamatan jika sesuatu berlaku pada menara berkenaan. Di satu pihak, pengguna memerlukan liputan telekomunikasi untuk terus berhubung. Tetapi di pihak satu lagi tidak membenarkan menara telekomunikasi didirikan atas pelbagai alasan. Tentu kita masih ingat kejadian di Petaling Jaya dan Cheras ketika penduduk mengadu kepada pihak berkuasa mengenai menara telekomunikasi yang dibina berhampiran dengan kediaman mereka, hingga menyebabkan menara berkenaan dirobohkan. Setiap kali menara telekomunikasi roboh, maka hanya sebilangan kecil untung kononnya 'menang' selepas berjaya mempengaruhi pihak berkuasa. Sedangkan sebilangan besar penduduk mengalami kerugian akibat kehilangan ruang liputan untuk berkomunikasi. Pemilik menara mengalami kerugian besar kerana kos pembinaan menelan ratusan ribu ringgit dan kos meroboh juga besar kerana besi kerangka sedia ada tidak boleh digunakan semula. Tetapi sejauh mana dakwaan menara telekomunikasi memberikan kesan buruk kepada kesihatan itu benar? Sebagai badan yang mengawal atur industri komunikasi dan multimedia di negara ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) peka terhadap isu keselamatan dan kesihatan pengguna. Pengarah Kanan Bahagian Teknologi, Standard dan Rangkaian SKMM, Mohd. Ali Hanafiah Mohd. Yunus berkata, pihaknya sentiasa memantau radiasi yang dikeluarkan oleh menara serta keselamatan penduduk di sekitarnya. "Misalnya garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menetapkan menara telekomunikasi boleh didirikan di mana saja tetapi dengan kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tenaga Nasional Berhad, laporan geoteknikal, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan keperluan pemasangan awam," katanya. Beliau menyatakan demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Kepentingan Komunikasi dan Multimedia dalam Menjana Pembangunan Ekonomi Malaysia semasa program taklimat media mengenai Agenda Radio Frekuensi (RF) antara Media dan Industri di Pulau Pangkor, Perak baru-baru ini. Malah menurut Mohd Ali, SKMM memastikan merobohkan menara merupakan jalan terakhir sekiranya tiada penyelesaian dapat dilakukan. "Ia hanya dilakukan selepas beberapa usaha lain diambil termasuk membuat ujian kesan radiasi menggunakan peralatan khas oleh SKMM dan memberi penjelasan kepada masyarakat setempat mengenai isu berkaitan. "Tanpa disedari kehidupan seharian sejak dilahirkan di kelilingi oleh banyak gelombang frekuensi radio (RF) akibat ledakan era teknologi maklumat bagi membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih mudah tidak kira di mana saja pada bila-bila masa," katanya. Mohd. Ali menambah, apabila peralatan komunikasi berhubung dengan stesen pemancar, radiasi RF dibebaskan tetapi tenaga yang dibebaskan oleh peralatan adalah 20 hingga 200 kali lebih rendah berbanding radiasi yang dihasilkan oleh antena di stesen pemancar. "Radiasi yang dipancarkan daripada stesen pemancar lebih rendah daripada piawaian yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa dan Perlindungan Radiasi Tidak Mengion (ICNIRP). "Iaitu hanya 0.002 peratus dan ia selamat dan tidak menyebabkan masalah kepada kesihatan," katanya. Garis panduan ICNIRP jelas Mohd Ali bukan saja digunakan di negara ini tetapi di Singapura, United Kingdom (UK), New Zealand, Australia dan Perancis. | ||||
Teknologi imej selamatkan kelip-kelip Posted: 05 Dec 2010 07:48 PM PST
Setiap makhluk yang dijadikan Allah SWT di atas muka bumi ini pasti memiliki keistimewaan yang tersendiri. Malah sesetengah daripada ia amat berguna kepada manusia secara langsung atau tidak langsung. Antara hidupan yang paling banyak wujud di dunia kini adalah serangga. Jumlanya beribu malah mungkin berjuta spesies sama ada yang telah dikenal pasti mahupun yang masih tersembunyi tidak ditemui oleh para penyelidik. Namun bagi spesies serangga ini, antara yang sering menjadi tumpuan adalah kelip-kelip kerana ia mampu mengeluarkan cahaya melalui abdomennya. Kini populasi serangga tersebut sedang diancam kepupusan yang amat drastik akibat pencemaran sungai, pembukaan tanah persendirian di sekitar habitatnya serta pencemaran cahaya. Kini seluruh pencinta serangga tersebut dari seluruh dunia telah berkampung di Malaysia bagi membincangkan pendekatan yang terbaik untuk mengelakkan kelip-kelip 'hilang' di sebalik kerakusan manusia membina 'istana batu'. Simposium Antarabangsa Kelip-Kelip 2010 telah diadakan atas daya usaha Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi merealisasikan usaha menyelamat serta membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh populasi serangga tersebut di seluruh dunia. Bertajuk Konservasi Kelip-Kelip: Dari Sains kepada Perlaksanaan, simposium tersebut telah menghimpunkan hampir semua pakar kelip-kelip dari seluruh pelosok dunia. Penurunan populasi kelip-kelip bukan sahaja berlaku di Malaysia malah fenomena tersebut mula dikesan sejak beberapa tahun yang lalu. Justeru, satu simposium telah diwujudkan bagi membentuk satu jaringan antarabangsa di antara penyelidik tempatan bersama penyelidik luar negara. Simposium Kelip-kelip pertama diadakan di Thailand telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Malah Malaysia, di bawah kelolaan FRIM telah terpilih sebagai penganjur kali ke dua simposium tersebut. Kelip-kelip yang dikenali sebagai firefly dalam bahasa Inggeris sebenarnya bukan daripada spesies lalat, ia adalah serangga daripada spesies kumbang (order coleoptera). Nama firefly di perolehi kerana kebolehan serangga tersebut mengeluarkan cahaya pada malam hari semasa proses untuk mengawan. Fenomena ia berkumpul dan 'berkelip' dalam jumlah yang banyak hanya berlaku di kawasan yang tertentu sahaja (endemik). Oleh yang demikian pelbagai usaha sedang dilakukan oleh para penyelidik bagi memahami habitat, tingkah laku serta corak pembiakan kelip-kelip. Terbaru para penyelidik daripada FRIM sendiri berjaya menemui kaedah bagi memantau populasi kelip-kelip iaitu melalui analisis teknologi pengimejan. Menurut ketua penyelidik kelip-kelip FRIM, Dr. Laurence G. Kirton, penggunaan teknologi pengimejan seperti analisis kelipan cahaya pada gambar digital kelip-kelip yang diambil pada waktu malam memudahkan penyelidik memantau bilangan kasar serangga tersebut. "Kita tidak akan dapat bilangan yang benar-benar tepat melalui kaedah ini namun ia (kaedah) cukup berkesan bagi proses pemantauan pada skala yang besar. "Proses itu juga secara tidak langsung membolehkan penyelidik mengkaji kelip-kelip tanpa perlu menganggu habitatnya," ujar beliau. Teknik tersebut juga sesuai bagi memantau kawasan habitat kelip-kelip dan aktiviti serangga tersebut. | ||||
Posted: 05 Dec 2010 05:18 PM PST
Pencapaian luar biasa! Itu ungkapan mudah bagi menerangkan kejayaan Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MAHA International) 2010 yang berakhir semalam. Dianggarkan dua juta orang mengunjunginya, melangkaui 1.5 juta yang disasarkan sebelum ini. Sehingga rencana ini ditulis, orang ramai masih berpusu-pusu mengunjunginya. Apa juga data terakhir yang dikumpul sehingga pameran tersebut berakhir semalam, ia hanya melengkapkan kejayaan MAHA 2010 yang diadakan serentak dengan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) pada tahun ini. MAHA 2010 yang bercirikan antarabangsa diadakan dua tahun sekali manakala HPPNK diadakan setiap tahun bukan lagi setakat menghargai usaha dan jerih perih tiga golongan tersebut untuk bekerja menghasilkan makanan untuk negara. MAHA kini dianggap sebagai strategi atau platform paling berkesan untuk menerangkan hasrat kerajaan menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan. Slogan mudahnya Pertanian Adalah Perniagaan dapat diterjemahkan dengan penglibatan usahawan yang menggunakan teknologi dalam setiap rantaian bekalan. Pameran pertanian tersebut dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), diuruskan oleh MARDITECH Corporation Sdn Bhd. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pula memainkan peranan sebagai nadi penggerak utama bagi memastikan pameran berjalan lancar. Siri MAHA International 2010 kali ini menampakkan minta orang ramai kepada sektor pertanian semakin meningkat. Malah aktiviti padanan perniagaan semakin memberangsangkan manakala seminar-seminar semasa yang manakala mendapat sambutan. Justeru, tidak hairanlah apabila MAHA 2010 International ini menerima kunjungan mencecah kira-kira dua juta orang. Ia ibarat gedung ilmu pertanian dan sesuai bagi mereka yang mahu mendapatkan maklumat terkini mengenai kemajuan sektor pertanian negara sama perkembangan teknologi, produk terbaru daripada agensi kerajaan dan swasta. Kenyataan Pengerusi FAMA, Datuk Badruddin Amiruldin mengenai hasrat tersebut memang jelas. Kerajaan mahukan rakyat memahami aspirasi murni dalam sektor pertanian dan menjadikannya perniagaan yang menuntungkan. ''Saya bersetuju ini (MAHA) merupakan strategi kerajaan hendak membuktikan kepada masyarakat bahawa pertanian adalah perniagaan. ''Kalau tidak, masakan rakyat akan terima slogan tersebut. Hari ini kita dapat lihat apakah hasil pertanian kita,'' katanya. Dengan penganjuran MAHA, orang ramai dapat memahami melihat dan mengetahui maksud pertanian adalah satu perniagaan, tegas beliau. Malah katanya, FAMA yang menerajui usaha pemasaran dalam sektor pertanian telah berjaya membimbing 433 usahawan melibatkan 2,300 produk dengan membawa jenama 1Malaysia Best. Beliau berkata, sambutan orang ramai itu membuktikan mereka berminat dengan pertanian manakala pengusaha dapat menonjolkan produk masing-masing sebagai kaedah pemasaran berkesan. Minat orang ramai itu juga terarah kepada pelbagai pameran yang diadakan seperti produk pertanian, teknologi, haiwan ternakan dan haiwan peliharaan serta industri baru seperti burung walit, rumpai laut dan ikan hiasan. Orang ramai sentiasa berpusu-pusu ke Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang menjadi tapak MAHA, meskipun laluan keluar masuk sentiasa sesak dan tram yang disediakan sentiasa penuh. Cuaca panas dan hujan silih berganti sepanjang pameran diadakan selama 10 hari itu tetapi tidak merencatkan minat pengunjung. Siri MAHA International 2010 kali ini bertemakan Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan sejajar dengan saranan kerajaan menjadikan tahun 2010 sebagai tahun inovasi. MAHA International 2010 telah mendapat minat penyertaan daripada pempamer antarabangsa daripada pelbagai rantau termasuk beberapa negara Eropah, Amerika Latin, China, India, Asia Tenggara, Australia dan negara Liga Arab dan Asia Barat. | ||||
Posted: 05 Dec 2010 05:16 PM PST SEJAK jutaan tahun dahulu dunia diciptakan Tuhan dengan iklimnya sentiasa berubah mengikut caturan serta putaran cuaca sebagai mana kehendak-Nya. Jika dahulu semasa zaman prasejarah (dinosaur) kehidupan bumi diliputi hutan tropika, sesetengah tempat diliputi ais, beku serta sejuk. Perubahan demi perubahan iklim berlaku sehingga haiwan-haiwan pra sejarah tersebut kini telah bertukar menjadi fosil namun arus perubahan tersebut tidak pernah terhenti pada titik tertentu. Kini, kita sekali lagi merasakan perubahan iklim tersebut di mana saintis mendapati suhu di bumi semakin meningkat secara mendadak saban tahun. Sesetengah saintis berpendapat perubahan iklim merupakan aturan bumi atau lebih tepat ia bersifat semulajadi, namun sebahagian pula mengatakan ia akibat kerakusan aktiviti manusia itu sendiri. Bagaimanapun, ia terus menjadi perdebatan hangat yang tidak berkesudahan di kalangan mereka. Bagi sesetengah pihak pula mendakwa kenaikan suhu bumi secara mendadak bermula sejak era revolusi perindustrian yang berlaku di seluruh dunia beberapa abad terdahulu. Maka, teori yang paling tepat adalah aktiviti manusia itu sendiri telah mendorong ke arah perubahan iklim yang sangat pantas berlaku terhadap bumi kini. Mengapa? Perhatikan, sehingga kini perkembangan sektor perindustrian menyumbang kepada pelepasan gas karbon dioksida (CO2) secara berleluasa menjadikan hampir keseluruhan bumi kini dilitupi gas tersebut. Hal demikian menyebabkan hawa panas daripada sinaran mentari yang diterima bumi tidak dapat dipantulkan semula ke angkasa lepas kerana terperangkap dalam litupan gas yang mengelilingi bumi. Maka wujud fenomena menggerunkan menyelubungi saintis dunia yang dikenali sebagai kesan rumah hijau. Apakah kesan rumah hijau? Bayangkan anda sedang berada di dalam sebuah balang kaca yang sedang dipancarkan dengan sinaran matahari terik tanpa ada sebarang pelindungan, apakah yang akan terjadi? Pastinya anda akan kepanasan, sesak nafas, berpeluh dan mungkin mengakibatkan berlakunya penyahidratan dan akhirnya pengsan. Kejadian musim kemarau bertambah panjang menyebabkan sesetengah tempat berubah menjadi gurun dan tidak lagi sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian. Jadi apakah kaitan situasi perubahan iklim ini terhadap stok makanan dunia? Menurut Pensyarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keselamatan Makanan (CEFSR), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Jinap Selamat, perubahan iklim mampu meningkatkan bencana alam kepada tahap yang tidak dapat dijangka. "Perubahan iklim bukan berkenaan kenaikan suhu dunia sahaja, ia termasuk perubahan sistem ribut yang lebih kuat, kemarau yang panjang, serta peningkatan aras laut yang melampau. "Apa yang lebih membimbangkan adalah, perubahan ini mempengaruhi pengeluaran makanan, jaminan makanan serta keselamatan makanan untuk manusia itu sendiri," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Serdang baru-baru ini. Jelas Jinap, terminologi tersebut kadang kala digunakan khusus merujuk kepada perubahan iklim yang disebabkan aktiviti manusia. Malah, ujar beliau, Malaysia juga mencatatkan kenaikan suhu antara 0.5 hingga 1.5 darjah celsius dalam masa 40 tahun kebelakangan ini dan kenaikan tersebut terus meningkat tanpa ada tanda-tanda akan kembali menurun. Lebih mencemaskan, peningkatan suhu dunia secara mendadak mampu mempengaruhi sifat, taburan dan kelaziman patogen dan juga pencemaran kimia dalam bekalan makanan. Hal demikian kerana kehadiran patogen seperti bakteria, kulat, parasit, virus, kimia (mikotoksin), antibiotik serta dadah veterinar dalam makanan tidak mampu lagi disekat kerana ia mampu menjadi rintang terhadap sebarang pencegahan apabila suhu meningkat naik. Perubahan iklim juga menyebabkan penyakit bawaan makanan tidak dapat di kawal seterusnya menyebabkan bekalan makanan menjadi tidak selamat dan dicemari dengan pelbagai patogen berbahaya. Sementelah itu, menurut Pensyarah Kanan, Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDPM), UPM, Profesor Dr. Fatimah Mohamed Arshad, perubahan iklim dunia secara mendadak juga turut menjejaskan jaminan bekalan makanan dunia. "Apabila berlakunya perubahan iklim, bumi akan menunjukkan reaksinya yang tersendiri. "Ia seperti berlakunya bencana alam seperti banjir besar, ribut, kemarau panjang yang pastinya menjejaskan pengeluaran produk makanan dunia," katanya. Sebagai contoh, krisis makanan pernah melanda dunia ketika awal 1970 an, di mana Rusia dan Amerika Syarikat yang merupakan kuasa besar dunia mengalami musim kemarau yang panjang sekali gus menjejaskan pengeluaran bijirin terutamanya gandum. Penurunan bekalan bijirin dari dua negara tersebut telah memberi kesan terhadap harga pasaran bagi beras di mana harga untuk makanan ruji tersebut meningkat tinggi berikutan permintaannya melonjak naik. Cuaca juga turut menjadi faktor utama mendorong berlakunya krisis makanan yang teruk pada tahun 2008. Cuaca buruk telah menjejaskan pengeluaran bijirin di Eropah Utara, Rusia, Australia, dan Afrika Barat. Pada masa sama, negara pengeluar beras utama seperti Vietnam mengalami masalah infestasi manakala Bangladesh mengalami banjir yang teruk. Sementara itu, China turut mengalami masalah cuaca di tambah pula pasaran beras adalah amat tipis, sekitar tujuh peratus kerana kebanyakan negara yang menghasilkannya adalah untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk di eksport. Justeru apakah cara terbaik bagi menangani permasalahan serta kebimbangan yang sedang melanda dunia kini? Apakah masih adakah harapan untuk umat manusia kembali memulihkan keadaan dunia yang sedang dilanda perubahan iklim yang tidak dijangka tersebut. "Mereka perlu segera menyedari kepentingan dasar serta polisi yang didokong kini agar mampu menangani permasalahan tersebut," katanya. Justeru, mengambil konteks Malaysia sahaja, kerajaan telah memberikan tekanan terhadap jaminan makanan sebagai salah satu strategi utama dalam polisi makanannya. Ia termaktub dalam semua Rancangan Malaysia pada setiap lima tahun (semenjak 1956), Dasar Pertanian Negara ( I hingga III), Dasar Jaminan Makanan (2008) dan yang terbaru Model Baru Ekonomi Malaysia (Sektor Pertanian). Namun bagaimana dengan keadaan di seantero dunia? Menyedari krisis tersebut tidak dapat ditangani secara individu, maka negara-negara dari seluruh dunia perlu duduk semeja bagi membincangkan masalah tersebut. Antara forum bagi membincangkan itu itu ialah persidangan antarabangsa Keselamatan dan Kawalan Makanan di bawah Perubahan Iklim yang dianjurkan oleh UPM dan Selamat Sustainable Network yang akan berlangsung di Pulau Pinang bermula hari ini. Persidangan yang julung kali diadakan tersebut melibatkan penyertaan dari seluruh dunia di mana mereka akan membincangkan isu-isu berkaitan serta mengenal pasti kaedah dan strategi untuk memelihara kesejahteraan kehidupan dan keperluan penyelidikan dalam bidang tersebut. Atau anda boleh menghantar maklum balas ke emel foodclimatechange@food.upm.edu.my. dan mendaftar melalui www.foodclicks.upm.edu.my. | ||||
Posted: 05 Dec 2010 05:15 PM PST
MASIH ingat drama televisyen Sepanyol bersiri Yo Soy Betty La Fea yang popular sekitar awal tahun 2000? Ia mengisahkan tentang seorang perempuan cemerkap yang tidak cantik, berkaca mata besar dan memakai pendakap gigi. Begitulah gambaran individu yang memakai pendakap gigi. Mereka digambarkan tidak cantik, kurang keyakinan dan tidak menyerlah. Malah pemakaian pendakap gigi juga seakan membataskan kebolehan mereka kerana sering dipandang dengan pandangan 'luar biasa.' Tapi itu dulu. Kini semakin ramai yang memilih untuk memakai pendakap gigi biar pun masalah susunan gigi mereka tidak serius. Tidak ketinggalan apabila beberapa selebriti kelihatan bergaya dengan pendakap gigi, maka ia seakan menjadi trend yang mula diminati. Apa lagi bila gelung pada bracket pendakap gigi boleh ditukar warna, menjadikan si pemakai kelihatan lebih comel dan bergaya. "Pemakaian pendakap gigi bukan satu kemestian kepada mereka yang mempunyai susunan gigi tidak cantik. Mana-mana individu yang memilih untuk memakai pendakap gigi adalah mereka yang mahu memperbaiki penampilan," kata Pakar Ortodontik, Dr. Fatimah Arshad. Pakar dari Livingwell Cosmetic & General Dentistry itu berkata, disebabkan semakin ramai yang mampu membiaya rawatan pendakap gigi dan semakin bertambah juga pakar yang menyediakan rawatan tersebut, maka jumlah pemakai juga meningkat. Mengapa perlu pendakap gigi? Dr. Fatimah berkata, pendakap gigi dipakai untuk merawat keadaan Maloklusi (susunan dan gigitan) yang tidak ideal. "Ia bertujuan menyusun semula gigitan demi memelihara kesihatan gigi supaya ia berfungsi dengan baik," kata beliau. Susunan itu juga katanya mampu menggerakkan gigi dengan baik agar barisan gigi atas bertemu gigi bawah (bukan bertemu sebaris tetapi pada kedudukan yang betul) dengan baik bagi menghasilkan penjajaran (alignment) yang betul. Mereka yang memerlukan pendakap gigi kata Dr. Fatimah adalah individu yang mempunyai tiga masalah. Pertama jelasnya, mereka yang bermasalah jongang gigi barisan atas atau bawah. Yang kedua katanya, masalah susunan gigi tidak rata atau gigi senget dan ketiga masalah kombinasi antara jongang dan susunan tidak rata. Jelas beliau, jongang bererti susunan gigi atas melebihi daripada susunan normal sebanyak empat milimeter. Begitu juga dengan susunan gigi bawah. "Gigi yang mempunyai masalah jongang sedikit berada pada kedudukan empat hingga tujuh darjah. Sederhana antara tujuh hingga 10 darjah manakala masalah serius melebihi daripada kiraan tersebut," kata beliau. Kebiasaannya individu mengalami masalah jongang gigi atas dan susunan gigi tidak rata. Jenis pendakap gigi 1. Pemakaian tetap Menurut Dr. Fatimah, lebih 80 peratus pemakai pendakap gigi memilih untuk pemakaian tetap dan ia mengambil masa lebih kurang dua tahun. Mereka yang memiliki masalah serius hanya boleh memilih pendakap gigi jenis ini. Jenis pemakaian tetap turut memiliki pendakap invisible (tidak kelihatan) berwarna putih buat mereka yang tidak mahu pendakap kelihatan terlalu jelas. Kos rawatan di klinik swasta bagi pendakap pemakaian tetap lebih RM6,000 dan bagi jenis invisible melebihi RM9,000. 2. Boleh tanggal Bagi mereka yang mengalami masalah sedikit boleh memakai pendakap gigi boleh tanggal untuk tempoh lebih kurang enam hingga 12 bulan. Pendakap gigi dipakai sepanjang masa cuma boleh ditanggalkan ketika makan dan sewaktu membersihkan gigi. Kos rawatan juga sama seperti pemakaian tetap. 3. Estetik Juga termasuk dalam jenis pemakaian tetap cuma tidak kelihatan. Ia menggunakan material yang sama tetapi dipasang dari bahagian dalam. Kos rawatan agak mahal iaitu melebihi RM30,000. | ||||
Posted: 05 Dec 2010 05:14 PM PST
1. Pra-pendakap gigi (konsultasi) Pakar Orthodontik akan mengenal pasti jenis rawatan yang diperlukan. Sekiranya masalah serius, bebarapa batang gigi perlu dicabut. Doktor akan melakukan ujian sinar-x gigi untuk menentukan pelan jenis rawatan. Seterusnya acuan gigi akan dihasilkan bagi kajian modul. 2. Pendakap gigi dipasang Pemakai perlu menjalani rawatan berskala setiap empat hingga enam minggu untuk melihat perkembangan rawatan. Doktor akan melakukan penyenggaraan pendakap gigi setiap kali rawatan. Ada pemakai menunjukkan perkembangan yang baik dan mereka tidak memerlukan rawatan yang lama (tidak sampai dua tahun). Ada juga pemakai yang tidak mengambil berat menyebabkan rawatan tidak berkesan dan mengambil masa yang lebih panjang. Setiap rawatan hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit. Ketika pemakaian pendakap gigi, pemakai perlu menjaga kebersihan mulut dengan baik. Mereka perlu memberus setiap kali selepas makan dan mengamalkan diet rendah gula. 3. Selepas pemakaian Apabila doktor menentukan susunan gigi telah rata, pendakap gigi akan dibuka. Ada pemakai memerlukan masa tidak sampai dua tahun dan ada juga sehingga tiga tahun bergantung juga kepada umur. Selepas pendakap gigi ditanggalkan, mereka perlu memakai retainer. Dr. Fatimah menyarankan pemakaian retainer 24 jam untuk enam bulan pertama. Selepas itu, mereka hanya perlu memakai pada waktu tidur. "Pemakaian retainer bergantung kepada doktor, saya lebih gemar menyuruh memakai seumur hidup untuk kesan yang lebih baik," katanya. Menurut beliau lagi, terdapat kes masalah susunan gigi berulang disebabkan keengganan memakai retainer. Masalah rahang serius Dr. Fatimah berkata, terdapat kes serius di mana individu mempunyai rahang panjang menyebabkan susunan gigi bawah mereka terkedepan. Bagi memperbaiki masalah itu katanya, memerlukan orthognatic surgery yang melibatkan kos dan risiko lebih tinggi. "Pembedahan jenis ini lebih rumit kerana ia melibatkan prosedur yang banyak dan boleh dianggap pembedahan plastik. "Ia melibatkan pemotongan bahagian rahang bawah dan sangat berisiko kerana ia mempunyai kaitan dengan keseluruhan struktur wajah dan juga otak," kata beliau. Pengalaman memakai pendakap gigi Model majalah dan peragaan, Sofea Nursolehhatun, mula memakai pendakap gigi lebih setahun yang lalu. "Saya mempunyai masalah gigi atas yang sedikit jongang dan susunan gigi bawah tidak rata. Pada mulanya saya terfikir pemakaian pendakap gigi pasti menjejaskan kerjaya namun sebaliknya berasa lebih selesa dengan penampilan terkini," kata gadis berusia 21 tahun itu. Menurut beliau, bentuk mukanya berubah setelah memakai pendakap gigi dan dia berasa lebih yakin dengan keadaan itu. Sofea juga kini semakin bijak memberi 'pose' terbaik agar pendakap gigi itu kurang kelihatan setiap kali mengadakan sesi fotografi. "Mungkin ada yang menganggap pendakap gigi ini menjejaskan penampilan seseorang model, tetapi saya pula tidak kisah asalkan hasil nanti memuaskan hati," katanya. | ||||
Posted: 05 Dec 2010 05:13 PM PST Sejak akhir akhir ini saya rasa tak sedap badan. Dada asyik berdebar-debar dan mudah benar naik angin. Kadang-kadang perkara yang berlaku bukanlah besar sangat namun saya sangat cepat terasa. Kalau anak-anak tinggi suara sikit mulalah saya rasa kecil hati. Dengan cucu pun begitu. Padahal mereka budak budak lagi, bukan tahu apa apa namun saya mudah benar tersinggung. ''Mungkin sejak saya pencen saya jadi begitu. Masa bekerja dulu sentiasa sibuk, bila pencen duduk rumah banyak masa senggang, mungkin itu yang mempengaruhi emosi saya,'' keluh Puan Zai. Wanita berusia akhir 50-an itu masih aktif dan bergaya. ''Puan Zai rasa tak sedap badan?" Saya bertanya. ''Memang doktor, saya rasa panas dan berpeluh sampai melekit. Tapi bahang panas datang tak tentu masa. Kejap datang dan dalam beberapa jam ia hilang. Tak tentu rasa di buatnya. Kaki pula berasa lenguh dan tulang macam sengal-sengal,'' jelas Puan Zai. Saya seterusnya bertanya beliau tentang aktiviti sehariannya. Menurut Puan Zai, pergerakannya menjadi lambat. Beliau memikirkan masalah tersebut hanya disebabkan usia yang semakin meningkat. ''Ada sebab lain ke doktor? Lagi satu saya cepat rasa sepi. Kadang kala saya menitis air mata apabila hati terasa duka dan terluka. Bila saya fikirkan tiada sebab-sebab yang sepatutnya namun hati saya mudah tersentuh. Hati rasa sepi dan sunyi. Semasa bekerja dulu saya seorang yang periang. Adakah ini faktor psikologi dan harus dilalui oleh semua wanita dalam peringkat umur sebegini?'' tanya beliau lagi. Puan Zai juga menyatakan kebimbangan mengenai masalah sukar tidur dan berat badan yang semakin meningkat. Katanya, beliau sering bersenam dan menjaga pemakanan namun lemak yang berkumpul semakin banyak serta sukar menurunkan berat badan. ''Saya takut menjadi gemuk dan obes. Setiap kali memandang cermin, saya seolah-olah kehilangan diri sendiri. Perubahan menjadi ketara pada wajah. Saya tampak hodoh dan wajah menjadi lebar. Satu waktu dahulu saya gemar bergaya dan berhias namun kini dunia saya sudah hilang. ''Apakah ini satu takdir saya menjadi tua, gemuk dan tidak menarik lagi?'' keluh Puan Zai. Bagi saya apa yang di suarakan oleh Puan Zai adalah sesuatu yang jujur dan ikhlas dari hatinya. Semua orang takut untuk menjadi tua. Bila usia meningkat banyak perkara yang mula bermain di minda kita. Apabila memandang cermin dan terlihat garis garis halus pada wajah kebanyakan wanita akan mula diburu kebimbangan. Lalu pelbagai cara dilakukan bagi mengurangkan kesan penuaan tersebut. Ramai yang berkunjung ke pusat kecantikan bagi menghilangkan pigmentasi, kedutan dan mengembalikan ketegangan wajah. Namun sebab sebenar yang mencetus masalah ini ialah kekurangan hormon di dalam badan. Ramai wanita menganggap simptom menopaus sebagai faktor psikologi semata-mata. Ternyata ia tidak benar. Sebaliknya ia merupakan faktor fisiologi yang melanda tubuh kita. Gangguan emosi dan perubahan fizikal boleh dirawat dengan ujian paras hormon dan menambahkan semula hormon yang tiada. Menopaus bagaikan nyanyian sepi dalam hati wanita. Apabila era menopaus muncul dalam diri seseorang perasaan akan mudah terganggu dan hati menjadi mudah terasa. Kenapakah ini berlaku? Kitaran tubuh amat dipengaruhi oleh hormon yang merangsang minda, jiwa dan tenaga kita. Apabila seorang wanita didatangi haid buat pertama kalinya kitaran hormon dalam tubuhnya mula berfungsi dan berkembang. Pada waktu ini seorang gadis akan berkembang menjadi wanita yang sempurna. Tenaga serta kecantikannya meningkat apabila di puncak perkembangannya. Apabila paras hormon merosot seorang wanita akan mula kehilangan kecantikan dan tenaganya. Inilah yang dikatakan era pra menopaus dan post menopaus. Pada usia 25 tahun hormon di dalam tubuh kita mula berkurangan dan akan terus berkurangan sehinggalah usia seseorang itu mencapai 35 tahun. Selepas usia tersebut kadar pengurangan hormon akan menjadi lebih ketara lagi. Kemerosotan hormon dalam tubuh menyebabkan kita mengalami pelbagai tekanan dari segi emosi dan juga fizikal. Hormon sering dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Apabila haid tidak menentu hormon dipersalahkan. Ini menyebabkan berlaku salah faham dan tanggapan negatif mengenai hormon dan tugasnya di dalam tubuh kita. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa gangguan yang dimaksudkan bermakna tidak cukup hormon di dalam badan dan bukan kerana hormon merbahayakan tubuh badan kita. Sebenarnya hormon merupakan entiti yang sangat penting dan memainkan peranan mustahak bagi kehidupan kita. Tanpa hormon segala proses metabolik akan terganggu. Hormon tyroxine misalnya meningkatkan metabolisme tubuh. Seseorang yang kurang thyroxine akan mengalami masalah berat badan meskipun makan sedikit. Individu yang kurang hormon ini juga mempunyai kulit kasar, rambut gugur serta kekurangan tenaga menyebabkan selalu keletihan. Hormon insulin pula terlibat dalam metabolisme gula dan juga membolehkan gula digunakan di dalam sel sebagai tenaga. Tanpa insulin sel tidak dapat menggunakan tenaga. Ini menyebabkan seseorang yang kurang insulin kelihatan lesu dan tidak bermaya. Insulin merupakan sejenis hormon dan masalah kencing manis sebenar nya merupakan gangguan hormon di dalam tubuh kita. Melatonin merupakan hormon yang penting bagi membolehkan kita tidur lena. Gangguan hormon melatonin membuatkan seseorang tidak lena tidur dan mendapat insomnia. Hormon ini penting bagi mengelakkan penyakit nyanyuk atau pelupa. Estrogen dan Progesteron pula merupakan hormon seks yang mustahak bagi kesejahteraan wanita. Saya menasihatkan wanita 40 tahun ke atas memandang serius tahap hormon di dalam tubuh yang semakin berkurangan. Hormon bukan saja berkait rapat dengan kitaran haid dan menopaus wanita. Ia amat penting kerana ia mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan dan kecantikan kita. Penggunaan hormon dengan nasihat doktor yang berpengalaman dalam bidang ini akan merubah hidup anda. Bukan sahaja kesihatan menjadi lebih baik, anda juga kelihatan lebih cantik dan muda semula. Pengetahuan sains perubatan yang tinggi membolehkan kita menikmati hidup lebih berkualiti di usia tua dengan terapi peningkatan hormon di dalam badan. Justeru persepsi kita terhadap hormon harus berubah ke arah yang lebih positif. Hormon harus diberi perhatian yang sewajarnya dan perkongsian ilmu sebegini adalah mustahak bagi kita sama-sama melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan sejahtera. | ||||
Posted: 05 Dec 2010 05:13 PM PST Saya berusia 40-an dan mengambil koenzim Q10 atas saranan ahli farmasi untuk menangani kelesuan. Malah, saya juga mendapat tahu beberapa rakan mengambil koenzim Q10 atau pernah disarankan pengambilannya kerana mereka sedang mengambil anti kolesterol. Adakah nutrien ini memberi manfaat yang besar kepada kesihatan jantung? Jawapan Koenzim Q10 boleh didapati dalam semua bahagian tubuh. Bahan yang menyamai vitamin ini merupakan anti oksida dan menjadi komponen penting kepada beberapa aktiviti berkaitan metabolisme tenaga. Koenzim Q10 banyak dijumpai dalam mitokondria, di mana beberapa siri reaksi biokimia mengambil tempat serta pembentukan tenaga yang diperlukan untuk menyokong kehidupan. Namun, koenzim Q10 paling banyak ditemui dalam otot jantung dan hati berbanding tisu-tisu tubuh lain kerana keperluan tenaganya yang lebih tinggi pada sel-sel jenis ini. Koenzim Q10 atau CoQ10 hadir secara semula jadi dalam makanan dan juga boleh disintesiskan dalam tubuh. Adakalanya kekurangan boleh berlaku akibat pengambilan dalam makanan yang tidak mencukupi, masalah dalam biosistesis koenzim Q10, penggunaan yang berlebihan oleh tubuh atau kesemua faktor-faktor tersebut. Kaitan antara kekurangan COQ10 dan masalah kesihatan didedahkan oleh beberapa kajian ke atas manusia dan juga haiwan. Masalah-masalah kesihatan ini selalunya dikaitkan dengan penghasilan tenaga yang rendah atau fungsi otot yang lemah seperti kegagalan jantung, sindrom keletihan kronik dan juga migrain. Manfaat koenzim Q10 untuk menyokong kesihatan jantung banyak disokong oleh kajian klinikal. Kajian turut mencadangkan agar koenzim Q10 digunakan sebagai terapi tambahan kepada penghidap kegagalan jantung kongestif (congestive heart failure). Di Jepun, koenzim Q10 diluluskan untuk digunakan dalam rawatan masalah jantung ini. Kekurangan koenzim Q10 yang ketara juga dikesan di kalangan penghidap kegagalan jantung kongestif yang turut sama mengalami hipertensi. Ujian klinikal juga mendapati pengambilan koenzim Q10 di kalangan penghidap hipertensi mampu membantu merendahkan tekanan darah sistolik dan diastolik dengan ketara. Masalah keletihan dan kelemahan otot juga lebih mudah dialami di kalangan mereka yang sedang mengambil statin untuk menangani masalah peningkatan kolesterol dalam darah. Tidak dapat dinafikan statin merupakan ubat untuk mengawal peningkatan kolesterol yang berkesan. Namun, dalam masa yang sama ia juga boleh merendahkan penghasilan koenzim dalam tubuh memandangkan kedua-duanya berkongsi laluan yang sama dalam proses penghasilannya dalam tubuh. Kajian membuktikan bahawa pengambilan statin dalam jangka pendek sekalipun boleh merendahkan paras koenzim dalam plasma darah. Dengan itu, pengambilan koenzim Q10 dianggap penting di kalangan pengambil statin dalam usaha mencegah simptom-simptom seperti kelesuan dan masalah jantung. | ||||
Posted: 05 Dec 2010 05:11 PM PST ADA wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan. Ternyata asam gelugur atau nama botaninya garcinia cambogia menawarkan banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap makanan. Berwarna kekuningan dan berbentuk seakan buah labu, tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenali dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan. Selain itu asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah. Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas. l HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak. l Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan. Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah. Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk. Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga. Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam. | ||||
Posted: 05 Dec 2010 05:10 PM PST MEMILIH untuk hadir dengan baju merah jambu, Lynn Loong, 64, kelihatan bertenaga dan ceria pada majlis pelancaran kempen Pink Purse. Pesara guru itu merupakan penghidap kanser payu dara yang terselamat. Sembilan tahun lalu, penyakit itu mengubah kehidupannya. Sekelip mata, dia yang periang menjadi seorang yang sedih, takut dan tidak yakin. Mujurlah penglibatan dengan Persatuan Kebajikan Barah Payu dara (BCWA) sejak awal memberi motivasi kepadanya selepas didiagnosis kanser itu. Dalam usaha membantu pesakit kanser payu dara yang lain, Lynn menjadi sukarela BCWA sehingga kini. Mengerti penderitaan pesakit yang mencari makna kehidupan selepas disahkan kanser, Lynn berjumpa mereka untuk memberi sokongan. Lynn yang empati dengan nasib pesakit kanser sedia berkongsi pengalamannya. "Ketika didiagnosis dulu, saya masih lagi mengajar. Ketika itu saya sangat sedih, mujurlah saya sudah ada sedikit asas tentang kanser ini. Masa itu saya tidak tahu bagaimana menghadapinya. BCWA banyak memberi sokongan. ''Tidak ketinggalan suami dan kawan-kawan yang tidak putus memberi kata-kata sokongan setiap kali saya melakukan rawatan. Inilah yang memberi makna dan kekuatan hidup selepas kanser," ujarnya yang menjalani enam kali kemoterapi dan 25 rawatan radioterapi. Nasihat Lynn kepada wanita lain supaya melakukan pemeriksaan payu dara sendiri kerana ia dapat mengesan kanser pada peringkat awal. Dalam pada itu, BCWA dan GlaxoSmithKline Pharmaceutical (GSK) berganding bahu melancarkan kempen Pink Purse. Ia bertujuan mengutip dana dan memberikan lebih banyak akses dan sokongan bagi pesakit-pesakit kanser payu dara. Disokong oleh J.CO Donuts & Coffee dan G2 Kuala Lumpur, inisiatif Be A Pink Angel, kempen ini dilaksana bagi mengutip dana bagi BCWA Pink Ribbon Mobile Life Saver yang dikenali sebagai MURNI (Mobile Unit Reaching Nationwide with Information). MURNI merupakan satu kenderaan berat yang telah diubahsuai, lengkap dengan jururawat bertauliah dan bekas pesakit kanser payu dara yang terlatih. Setiap 'Pink Angel Combo' J.CO yang dijual RM2 dan layang-layang Be A Pink Angel dijual RM10 setiap satu disalur kepada BCWA. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Be A Pink Angel - teaser Pink Feather dan kempen foto digital Show Yourself Pink Angel - sila layari facebook bagi Be A Pink Angel. | ||||
Pulai impian di Aseania Resort Posted: 05 Dec 2010 05:05 PM PST
PENGALAMAN menginap di Aseania Resort di Pulau Besar, Mersing, Johor baru-baru ini umpama terapi minda yang terlalu dibebankan dengan kesibukan bekerja di ibu kota yang sesak dengan manusia dan kenderaan. Suasana tenang, jauh daripada hiruk-pikuk menjadikan penginapan dua hari satu malam di situ berlalu begitu pantas. Dapat pula menginap di resort selesa yang mendamaikan, mahu sahaja menurut kata hati menganjak percutian ke beberapa hari lagi. Namakan apa saja yang pengunjung inginkan, segala-galanya terdapat di Aseania Resort terutamanya berkaitan dengan keindahan semula jadi. Untuk percutian melebihi tiga atau empat hari, penginapan di Aseania Resort mungkin pilihan yang tepat bagi mereka yang memiliki bajet lebih. Malah tidak salah memberi pengiktirafan kepada resort itu sebagai antara pulau impian di kalangan pengunjung kerana keupayaannya memenuhi pelbagai selera dan kehendak. Lambaian pulau Dari jeti Mersing, pengunjung menaiki bot lantas membelah ombak menuju ke Pulau Besar yang mengambil masa sekitar 20 minit sahaja. Barangkali itu adalah kelebihan utama di Aseania Resort bagi pengunjung yang cepat mabuk laut dan tidak gemar berada lama di atas bot. Sebaik sahaja kaki memijak di daratan pulau, pengunjung pasti terpesona dengan kebersihan Pulau Besar yang bersih selain suasananya yang agak sunyi. Suasana di pesisiran pantai juga tidak terlalu panas dan membahang sebaliknya redup lantaran dipenuhi pokok-pokok kelapa dan rimbunan pepohon pepohon rendang. Ia pantas membuatkan hati tidak sabar menuju ke bilik untuk berehat sepuas-puasnya bagi melepaskan penat selepas beralun dilambung ombak dia atas bot. Aseania Resort yang dilengkapi kemudahan Internet semestinya menjanjikan keselesaan dan tarikan tersendiri menerusi pakej snorkeling, memancing dan menyelam serta merentas hutan. Jika ingin bersiar di sekeliling pulau itu, kemudahan berbasikal turut disediakan selain kolam renang, jakuzi dan aktiviti melawat ladang organik bagi menjanjikan percutian yang berbaloi buat pengunjung. Permainan di pantai seperti bola tampar juga menawarkan cabaran bagi pengunjung yang gemar aktiviti yang mengeluarkan peluh. Paling meninggalkan memori indah apabila peluang menikmati makan malam romantis di restoran yang di kelilingi pokok sambil ditemani irama desiran ombak menghempas tepian pantai. Justeru, tidak salah apabila program antarabangsa iaitu Expedition Robinson menjadikan Pulau Besar dan Aseania Resort sebagai lokasi penggambaran wajib sejak sembilan musim lalu. Keunikan Asenia Resort Pengurus Aseania Resort, Jasbeer Singh berkata, resort itu sudah memiliki jenama yang besar di kalangan pengunjung terutama dari luar negara sejak kewujudannya 17 tahun lalu. Antara tarikan utama resort yang berkeluasan 4.8 hektar itu, menurut Jasbeer, adalah kedudukannya berdekatan dengan tanah besar yang tidak memerlukan perjalanan lama dengan bot.
"Inilah keunikan di Aseania Resort yang mengadap tanah besar menyebabkan hempasan ombak tidak terlalu kuat selain terdapat beberapa perkampungan di sini. "Selain itu, pembinaan calet yang menggunakan kayu meranti dan balau turut menjadikan Aseania Resort memiliki ciri seni bina yang klasik dan bermutu tinggi. "Pada masa sama, kami juga tidak menyediakan kemudahan di televisyen di dalam bilik sebaliknya di ruang rehat restoran bertujuan menggalakkan pengunjung datang ke sini untuk merehatkan diri," katanya. Jasbeer berkata, bagi yang menggemari aktiviti snorkeling dan menyelam, pihaknya menyediakan kawasan popular yang sering menjadi tumpuan di Pulau Mensirip. Pengunjung juga, katanya, boleh meninjau beberapa pulau berhampiran Pulau Besar seperti Pulau Rimau dan Pulau Tengah. "Saya harap lebih ramai pengunjung tempatan dan luar negara berkunjung ke Aseania Resort bagi memperolehi pengalaman berharga ini," "Tidak rugi sesekali menganugerahkan diri dengan datang bercuti di sini terutama mereka yang tinggal di bandar besar untuk menikmati kedamaian dan ketenangan jiwa tanpa sebarang gangguan," ujarnya mengakhiri perbualan. | ||||
Posted: 05 Dec 2010 05:01 PM PST
TIDAK sampai sebulan melangsungkan perkahwinan, pelakon cantik, Raja Farah Raja Aziz, 22, membuat keputusan meninggalkankerjaya seninya. Walaupun berat namun bagi Raja Farah itu adalah keputusan yang dibuat setelah berbincang dengan suaminya dan ianya bukan paksaan mana-mana pihak. Keputusan meninggalkan bidang lakonan mungkin agak mengejutkan sementelah dia masih muda dan berbakat sebagai pelakon. Namun nasihat suami, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25, agar dirinya mengurangkan kehidupan glamor membuatkan Raja Farah berulang kali berfikir apakah langkah terbaik yang perlu diambil. Menjejakkan kaki ke dunia glamor seawal usia 15 tahun barangkali telah memberi pelbagai perspektif dan pengertian bagi dirinya tentang pahit dan manis disimbahi kemilau cahaya glamor. Mengharungi dunia glamor bukanlah semudah yang disangka. Jelasnya, banyak pengorbanan terpaksa diberikan terutamanya soal tumpuan masa, perasaan dan privasi. "Saya ambil keputusan ini atas nasihat suami juga. Kalau diikutkan, saya belum bersedia meninggalkan dunia lakonan sebab saya masih belum mencapai apa yang saya idamkan dalam lakonan iaitu memenangi anugerah. "Sebagai permulaan saya akan mula mengehadkan penglibatan saya dalam bidang ini sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan. "Di masa depan, jika sesekali nak berlakon saya hanya menerima jika skrip dan cerita yang mampu menguji bakat saya. "Saya sebenarnya sudah mula berasa rimas dan bosan apatah lagi apa yang selalu saya inginkan tidak dapat. Memang berat juga membuat keputusan sebegini. "Nak kata kecewa tidaklah. Saya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk kuatkan usaha," kata Raja Farah dengan nada tenang. Dihambat gosip yang cukup menguji baru-baru ini tentang hamil sebelum nikah benar-benar meruntun jiwa pelakon filem Apa Kata Hati itu. Apatah lagi gosip tersebut 'menyerang' menjelang hari bahagianya pada pertengahan November lalu. Kini, Raja Farah mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan pula. Di sebalik raut wajah yang tenang menceritakan pengunduran dirinya itu, rupa-rupanya ada rasa kecewa yang dipendam selama tujuh tahun mengharungi hidup sebagai anak seni. Siapa sangka dalam diam, Raja Farah terpaksa berdepan dengan masalah kesihatan akibat tekanan hidup yang seiring mengulit popularitinya. Mengulas pertanyaan mungkinkah gosip yang melanda dirinya sebelum ini menjadi faktor utama dia membuat keputusan tersebut, tanpa berselindung Raja Farah menjelaskan dia benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku. "Saya sangat kecewa. Kadang-kadang rasa sampai tak boleh nak beri penafian. Bayangkan saya mengalami migrain dan tertekan untuk menghadapi apa yang berlaku. "Ingatkan masa mula-mula terlibat dalam seni saya boleh tangani pelbagai gosip rupanya tidak. Apatah lagi, gosip yang datang adalah fitnah. "Kesan daripada gosip itu, ahli keluarga memandang serong pada saya begitu juga peminat. Namun, saya bersyukur setelah membuat penjelasan mereka adalah orang yang banyak memberi sokongan," kata Raja Farah. | ||||
Hadiah Pertunangan Noh (Hujan) Posted: 05 Dec 2010 05:00 PM PST KUALA LUMPUR: Vokalis Hujan, Mohammed Noh Salleh (Noh) menganggap anugerah Komposer Muda Berpotensi (25 tahun ke bawah) yang dimenanginya di Malam Mesra Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2010 pada Jumaat lalu sebagai hadiah pertunangannya. Noh yang bertunang dengan Mizz Nina atau Shazrina Azman pada 6 November lalu turut meraikan kemenangannya pada malam itu di samping bakal isterinya. "Saya memang tak jangka dengan kemenangan ini kerana MACP terdiri daripada komposer nama-nama besar. "Jadi, saya rasa sangat dihargai dan terharu dengan rezeki ini," katanya pada sidang media di Hotel Crown Plaza, di sini. Noh pada mulanya menjangkakan Aizat Amdan yang akan memenangi anugerah tersebut berdasarkan pencapaian yang dilakukan sebelum ini. Walaupun begitu, dia akui tetap mengagumi bakat yang dimiliki oleh penyanyi dan komposer berusia 20 tahun itu. Bercerita tentang rahsianya bergelar seorang komposer sebelum ini, penyanyi lagu Kau Harus Ada, Bila Aku Sudah Tiada dan Mencari Konklusi ini akui setiap lagu yang digubah atas kehendaknya sendiri. "Sebagai komposer, saya tak pernah letakkan diri ini dalam situasi yang kena sentiasa melakukan perubahan sebaliknya saya juga perlu menjadi seorang pendengar kepada lagu sendiri. "Daripada situ, baru saya dapat menikmati lagu itu sepenuhnya. Jadi, sebab itu saya buat lagu berdasarkan apa yang saya rasa. Sebagai pemuzik, saya tak boleh hadkan kreativiti dan tidak dinafikan, komposer nama besar banyak dijadikan sebagai pendorong," katanya yang pertama kali memenangi anugerah daripada MACP. Di sebalik kemenangannya itu, Noh terpaksa akur kepada kekalahan dua buah lagunya iaitu Bila Aku Sudah Tiada dan Pagi Yang Gelap dalam kategori Lagu Melayu: Kategori Persembahan Terbanyak. Kategori tersebut dimenangi oleh lagu Buronan Cinta (The Lima/Edry Abdul Halim). "Lagu Buronan Cinta memang kuat dan saya tak rasakan lagu-lagu saya layak untuk menang anugerah itu," jawabnya. Katanya lagi: "Saya akui, saya bukanlah vokalis yang teknikal dan melakukan sekadar yang termampu. Misalnya, saya rasa dihargai apabila Monoloque mengajak saya sama-sama menyanyikan lagu Pelita di bawah projek API." Selepas kemenangan ini, Noh berjanji akan lebih banyak menghasilkan lagu-lagu untuk industri muzik tempatan. "Album baru saya baru diterbitkan baru-baru ini dan Dimas banyak membantu promosi secara konsisten. Saya pula sudah mula menumpukan kepada album akan datang," ujarnya. Album Lonely Soldier Boy edaran Warner Music Malaysia itu memuatkan 14 buah lagu termasuklah lagu Lonely Soldier Boy, Kotak Hati, Bagaikan Matahari dan Di Kala Bulan Bermain Biola. | ||||
U-Wei Perlu Dana Tambahan Untuk Siapkan 'Hanyut' Posted: 05 Dec 2010 05:00 PM PST PETALING JAYA: Pengarah filem U-Wei Hj Saari memberitahu pra-tonton Hanyut yang diadakan secara tertutup di hadapan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim di Finas, Khamis lalu, adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan kementerian itu bagi memperuntukkan dana tambahan untuk menyiapkan proses akhir filem tersebut. Kata U-Wei, dana sebanyak RM5 juta yang diperuntukkan di bawah Dana Industri Kreatif sebelum ini adalah tidak memadai untuk menghasilkan sebuah filem epik yang mencapai piawaian antarabangsa. Walaupun secara kasarnya filem itu telah lengkap, beberapa aspek kemasan seperti penambahan efek janaan imej berkomputer (CGI), muzik latar, foley dan grading masih diperlukan bagi memperkemaskan lagi kualitinya. Justeru, dia berharap agar pra-tonton yang diadakan itu dapat meyakinkan kementerian bagi tujuan tersebut. "Walaupun filem ini sudah siap, beberapa aspek tambahan seperti CGI, muzik latar, foley dan grading masih diperlukan bagi memperkemaskan kualitinya agar setanding filem-filem antarabangsa. "Masalah yang saya hadapi adalah kekangan untuk melaksanakan proses kemasan itu. Kepakaran dan teknologi itu tidak terdapat di Malaysia, Thailand atau India sekalipun kecuali di Australia. Ia pula memakan bajet yang besar untuk dilaksanakan. "Sebab itu saya harus menayangkan perkembangan terkini filem Hanyut agar dapat meyakinkan mereka tentang kesungguhan dan komitmen saya menghasilkan filem Malaysia yang sehebat filem luar," katanya. Bercerita tentang status terkini filem itu, U-Wei berkata, ia boleh diibaratkan seperti seorang wanita yang sedang berpantang, di mana penjagaan dan amalan yang teliti perlu dilakukan untuk pemulihan sepenuhnya. Walaupun Hanyut sudah siap sebanyak 75 peratus, baki 25 peratus itu perlu diisi dengan proses kemasan agar ia menjadi sebuah filem epik yang setanding filem antarabangsa. "Saya akui filem itu sudah siap dan memang boleh dipasarkan. Namun, impian saya bukan setakat untuk menayangkan filem itu di Malaysia saja. Saya ingin membawa Hanyut ke persada dunia dan festival-festival luar. "Untuk pergi ke luar, filem itu perlu diperkemaskan agar mencapai piawaian filem antarabangsa. Maka, saya perlukan dana tambahan untuk memperkemaskan ia agar kualitinya setanding filem-filem luar," katanya. Diminta mengulas reaksi Datuk Seri Rais selepas menyaksikan Hanyut, U-Wei berkata, dia lega kerana berjaya mengikat perhatian menteri itu sehingga ke penghujung filem walaupun masih belum dilengkapi aspek bunyi, efek dan sebagainya. "Saya lega kerana Datuk Seri melihat pra-tonton filem ini sehingga ke penghujung walaupun ia masih belum lengkap. Ia memberikan petanda yang positif kepada saya sebagai pembikinnya. "Berhubung dana tambahan itu, saya tidak boleh komen lanjut kerana ia bergantung kepada budi bicara kementerian. Beliau (Datuk Seri) seorang yang peka dan bijak untuk membuat pertimbangan selanjutnya," katanya yang enggan mendedahkan jumlah dana tambahan yang diperlukan. Filem yang diadaptasi daripada novel Almayer's Folly karya Joseph Conrad itu menampilkan pelakon Australia, Peter O' Brien (sebagai Almayer), pelakon handalan Indonesia iaitu El-Manik (Raja Ibrahim) dan Alex Komang (Sayed Abdullah), Khalid Salleh (Orang Kaya Tinggi), Sofia Jane (Mem) Diana Danielle (Nina), Adi Putra (Dain Maroola) dan Rahayu Saraswati (Taminah). | ||||
Diddy Hirdy Bakal Timang Bayi Perempuan Posted: 05 Dec 2010 04:59 PM PST KUALA LUMPUR: Penyanyi Diddy Hirdy mengesahkan bakal menimang bayi perempuan pada Januari depan. Menurut penyanyi lagu Genggam dan Biar Diddy Sambung ini, isterinya, Allen Nor Azah Musa sedang hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada 12 Januari 2011. Setakat ini, Diddy telah mempunyai nama untuk bayi sulungnya namun mahu merahsiakan sehingga anaknya itu dilahirkan. "Sekarang saya sudah membeli semua kelengkapan untuk bayi, cuma membuat persediaan mental kerana apabila mempunyai anak cabaran semakin besar. "Sedikit-sebanyak, saya sudah menggalas tanggungjawab sebagai suami seperti membantu isteri menjemur baju dan selepas ini perlu memikul tanggungjawab sebagai bapa pula," ujarnya semasa menjual kek coklat untuk mengisi dana amal badan perlindungan kanak-kanak di Great Estern Mall, Sabtu. Diddy dan Allen bernikah pada 6 Februari 2010. Dalam perkembangan lain, Diddy akan terlibat dengan teater muzikal Terima Kasih Cinta. Ini merupakan teaternya yang kedua selepas teater Lorong Blues. Selain itu, dia sibuk dengan rakaman album kedua. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |