Adsense

Ahad, 5 Disember 2010

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Kekasih Ronaldo cetus kekecohan di Sepanyol

Posted: 04 Dec 2010 12:00 PM PST

du 05.1 Kekasih Ronaldo cetus kekecohan di Sepanyol

IRINA SHAYK


MADRID – Seorang model pakaian dalam, Irina Shayk yang merupakan kekasih bintang bola sepak pasukan Real Madrid, Christiano Ronaldo menjadi perhatian ramai apabila gambar-gambar bogelnya disiarkan dalam majalah GQ Sepanyol, lapor sebuah akhbar semalam.

Ekoran penyiaran itu, ejen Shayk mengancam untuk menyaman majalah GQ selain mendakwa gambar-gambar tersebut telah diubah secara digital.

Namun, majalah itu menegaskan bahawa Irina yang merupakan model pakaian dalam membuka sendiri pakaiannya, selain mengancam untuk menyaman balik ejen model tersebut syarikat Elite Models.

Irina menjalin hubungan dengan Ronaldo sejak 25 Mei lalu. Dia bergambar untuk majalah GQ di Madrid pada 4 November lalu.

Majalah itu kemudian menyiarkan 14 keping gambar seksi dan temu ramah yang dibuat dengannya.

Gambar kulit hadapan majalah itu memaparkan gambar Irina memegang sebatang rokok dengan tajuk: "Wanita paling cantik di dunia. Anda mahu melihat teman wanita Ronaldo berbogel?"

Pengarah Elite Models di Sepanyol, Gael Marie menyatakan Irina menjadi mangsa pengubahsuaian fotografi. Menurutnya, gambar-gambar itu merosakkan imej Irina.

Tajuknya juga jelas menunjukkan ia bertujuan untuk mendapat jualan yang tinggi, katanya.- Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.