Adsense

Khamis, 16 Disember 2010

Sensasi

Sensasi


3 kisah Lawak santai

Posted: 16 Dec 2010 01:51 PM PST

1. Orang tua beristeri muda dan seksi

Ada seorang orang tua yang berumur 70 ++ duduk di tepi jalan sambil menangis. Kemudian seorang polis mendekatinya dan bertanya,

"Kenapa pak cik menangis ?" tanya polis itu.

Sambil menangis orang tua itu menjawab..

"Saya ada seorang isteri yang cantik sekali berumur 25 tahun, berambut perang, seksi, sangat mencintai saya, dan sekarang sedang menantikan saya di rumah."

Polis tu kembali bertanya
"So apa masalahnya? kenapa pak cik bersedih??"

Dengan menangis semakin kuat orang tua itu menjawab:

"SAYA LUPA DI MANA RUMAH SAYA!!!! "

2. Anak kuda yang confuse

Seekor anak kuda di zoo bertanya kepada ibunya sambil menunjuk ke kandang Zebra.
Anak Kuda : "Mummy, kenapa anak kuda disana belang-belang, tapi saya tak?"
Mak Kuda : "Oh, itu pasti kerana bapaknya hidung belang…"

3. Anak seorang doktor

Seorang doktor kelihatan bangga ketika puterinya yang masih kecil bermain-main dengan stetoskopnya.

"Ya, Tuhan, terima kasih banyak, puteriku pasti berbakat dab ingin mengikuti jejakku sebagai seorang doktor," katanya dalam hati sambil tersenyum.

Anaknya kemudian mendekatkan stetoskop itu ke mulutnya dan berkata…..

"Selamat datang di McDonald's. Encik mahu order apa?"

Doktor: Aduh..

Lagi Video Polis bogelkan wanita yang tidak bersalah

Posted: 16 Dec 2010 01:49 PM PST



Huh??ape kejadahnyer semua nie???
Kisahnyer cousin wanita nie dtg dan menyerangnya,dia telefon 911 untuk dspatkan bantuan,Malangnya perksra buruk yang menimpa,Wanita ini di bogelkan oleh polis wanita dan polis lelaki.

Bahkan ada beberapa polis lelaki yang ada semasa pakaiannya dilucutkan.Memang nie dah mcm kes rogol??bodoh betul polis polis tue...dan kes nie masuk news .

ini adalah kisah polis di luar negara,sensasi harap takda lah kejadian yang memalukan begini berlaku kat Malaysia lagi..maklumlah memang pernah berlaku pun sebelum nie dengan kes wsnita yang dibogelkan di lokap dan disuruh ketuk ketampi...lepas tue dirakam oleh polis lelaki??huh,sungguh binatang bukan?


hmmmmm...tak tahulah samada mereka dah dijatuhi hukuman yang sepatutnya atau tak....sungguh menyakitkan hati..

Polis Kanada bogelkan wanita tak bersalah

Posted: 16 Dec 2010 01:48 PM PST


Satu klip video menunjukkan seorang wanita yang tidak bersalah dipukul manakala beberapa anggota polis menanggalkan pakaiannya secara paksa, lapor sebuah akhbar semalam.

Baju dan coli wanita itu, Stacy Bonds, 27, digunting oleh seorang anggota polis di sebuah balai polis di sini. Beberapa rakan setugasnya hanya memerhatikan perbuatannya.

Bonds yang merupakan jurusolek artis kemudiannya ditinggalkan dalam keadaan separuh bogel di dalam penjara selama tiga jam.

Wanita itu yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah ditangkap pada September 2008 di sini kerana mabuk di tempat awam.

Namun, klip video itu disebarkan kepada umum termasuk di laman YouTube selepas seorang hakim menggugurkan semua dakwaan terhadap Bonds.

Ekoran pendedahan klip tersebut, beberapa pihak di Kanada mendesak supaya dasar-dasar menahan orang yang tidak bersalah oleh polis dikaji semula.

Hakim Richard Lajoie membuat keputusan pada bulan lalu bahawa cara Bonds ditahan dan diperiksa merupakan satu pelanggaran hak-hak asasi di bawah Piagam Hak dan Kebebasan Kanada.

Menurutnya, Bond yang mabuk didapati tidak mencederakan orang lain dan polis tidak mempunyai asas untuk menahannya.



Gambar comel :Kucing berfesyen

Posted: 16 Dec 2010 01:26 PM PST

OMAIGOD....sangat comelll..busyukkk sgt...
sensasi pun nak pakaikan kucing sensasi camnie jugak... ;)

Jimmy dan suhaila tinggal berasingan,Suhaila termakan hasutan orang

Posted: 16 Dec 2010 01:16 PM PST

Rumah tangga pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh,30, yang dibina dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy,24, semakin rapuh apabila kedua-dua mereka dikatakan sudah tidak tinggal serumah sejak beberapa minggu lalu.



"Buat masa ini Jimmy tinggal di rumahnya di Subang Jaya manakala Nurshuhaila Eliani tinggal dengan keluarganya di Sungai Buloh, Selangor. Mereka dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangga itu," kata sumber berkenaan, Rabu.

Malah ujar sumber tersebut lagi, pasangan berkenaan sudah mendapatkan khidmat kaunseling bagi memulihkan keadaan tetapi setakat ini usaha tersebut tidak mencapai apa-apa perkembangan positif.

kemelut rumah tangga mereka terjadi apabila ada pihak yang cuba mempengaruhi Nursuhaila Eliani kononnya Jimmy hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaan keluarga wanita berkenaan yang merupakan sorang jutawan dan pengeluar produk kecantikan Natasya.

Katanya, disebabkan terpengaruh dengan tuduhan berkenaan, wanita itu mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada Jimmy termasuklah meminta untuk tidak tinggal bersama sehingga menyebabkan perkahwinan mereka itu menjadi bertambah parah.

"Jimmy dan keluarga isterinya sangat baik. Malah mereka tiada masalah dengan Jimmy tetapi mereka sendiri kecewa apabila anak perempuan sendiri termakan kata-kata dan hasutan orang lain.

"Adalah lebih baik Nursuhaila Eliani membuat pertimbangan yang wajar serta berfikiran lebih positif agar rumah tangga mereka itu kembali pulih dan dapat diselamatkan," katanya.

Sensasi:Kesian ...perempuan mana yang tak kecewa apabila sering mendengar cerita yang si suami Jimmy Shanley hanya berkahwin dengannya kerana harta,bahkan di forum2 dan blog tempatan penuh dengan sindiran yang sama...

Mudah bagi semua org menyalahkan suhaila kerana termakan hasutan tapi hatinya yang remuk dengan kenyataan org ramai terhadap rumahtangga mereka itu org tak tahu...kalau dah 8 drpd 10 org kata begitu,mestilah dia tertanya tanya akan kebenarannya

Dalam hal nie,Jimmy sepatutnya memujuk suhaila dengan penuh kasih sayang dan buktikan cintanya,kalau betul dia kahwin bukan kerana harta,dia kena la berusaha untuk pujuk dan yakinkan suhaila,bukan buat dek je ...bukan org lain kan,isteri sendiri yang sedang mengandung pulak tue..maklumlah hati perempuan,bukannya keras mana.Tp hati perempuan kalau dah remuk angkara lelaki tue(mmg sah salah si lelaki),mmg susah la nak pulih seperti sediakala.

Nasihat sensasi kepada pasangan ini,Jimmy kena pujuk isterinya dengan bersungguh2...sekian tima kaseh

Katie Holmes dan Tom cruise berpisah

Posted: 16 Dec 2010 12:48 PM PST


Banyak pihak yang terkejut berita yang dikeluarkan oleh majalah Hollywood, Star mengenai perpisahan Tom dan Katie. Katie dikatakan meniggalkan Tom kerana tertekan dengan Tom dalam majalah Star tersebut.

Setelah keluarnya berita itu, Tom Cruise dan Katie Holmes membuat kenyataan kepada media di Hollywood mengatakan bahawa berita itu sebenarnya palsu. Tambahnya lagi, mereka memang berjauhan sekarang ini kerana Tom Cruise yang sibuk dengan lakonannya dan Katie tinggal keseorangan. Majalah Star yang mengeluarkan kenyataan palsu ini telah dikutuk hebat di laman-laman gosip artis Hollywood. Mungkinkah Tom dan Katie akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Star selepas ini?

Azean Irdawati di ramalkan meninggal Oktober lepas,di suruh buat wasiat

Posted: 16 Dec 2010 12:18 PM PST







Memang semenjak Oktober lepas Sensasi tertanya tanya khabar Azean Irdawati atau Kak Yan,maklumlah satu ketika dulu awal tahun ini semasa Benjy ditahan,Kak Yan mengatakan bahawa Doktor meramalkan jangka hayat hidupnya akan berakhir pada bulan oktober tahun ini.amat mengejutkan.

Namun berpantang maut sebelum ajal,nyata umur kak Yan masih panjang..Sehingga kini Kak Yan masih menanggung derita barah payudara tahap 4.Namun semakin pulih kerana menjalani rawatan Alternatif.

Doktor yang merawatnya menjangkakan jangka hayatnya masih tinggal 2 tahun,masa tue 2 tahun lepas pada bulan oktober,

"Doktor sahkan barah Kak Yan kini tahap empat. Kalau ikut cakap doktor Kak Yan akan meninggal Oktober lepas melihatkan kepada keputusan scan yang dibuat. Waktu itu bulan Oktober 2008 dan dia ramal Kak Yan ada masa lagi dua tahun untuk hidup.

"Doktor tersebut nasihatkan Kak Yan untuk membuat surat wasiat. Menurutnya ramai yang tidak sempat berbuat demikian, Kak Yan dikira bernasib baik kerana boleh membuat persediaan awal menghadapi saat kematian.

"Namun setiap hari Kak Yan memohon kepada Allah agar dipanjang umur dan tidak mengambil nyawa selagi belum memeluk Benjy yang kini dalam tahanan," luah wanita tabah ini.

Tempoh rawatan yang panjang dengan kos perubatan yang mahal menyukarkannya meneruskan rawatan. 26 sesi kimoterapi dan 24 sesi radioterapi masih belum mampu memulihkan barah payudara yang dihidapi, malah tambah Kak Yan, dia tidak sanggup meneruskan rawatan kimoterapi yang disifatkan sangat menyakitkan.

"Kak Yan rasa sihat sekarang ini selepas beralih kepada rawatan alternatif. Kak Yan tak mampu untuk berjumpa doktor lagi sebab dulu Kak Yan berhabis lebih RM200 ribu untuk rawatan di hospital dan barah Kak Yan masih naik ke stage empat.

"Sekarang Kak Yan hanya amalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan Tuan Haji Lokman. Menurutnya setiap ayat dalam Al-Quran adalah ubat dan setiap kali Kak Yan pergi, dia akan bagi surah untuk diamalkan. Tuan Haji nasihatkan Kak Yan berhati-hatu buat rawatan kimoterapi kerana ia membahayakan kesihatan.

"Selain itu, Kak Yan juga amalkan Co Enzim Q10 sejak Januari lalu dan dalam masa tiga bulan Kak Yan mampu berjalan. Orang kena barah ni kalau kena panas cepat lesu dan kalau dulu untuk angkat pinggan pun tak boleh, tapi sekarang Kak Yan dah boleh menyapu sampah," katanya yang membelanjakan sekitar RM1000 sehingga RM2000 sebulan untuk rawatan alternatif.


Sensasi rasa kadang kadang memang rawatan alternatif adalah lebih bagus untuk sesetengah penyakit daripada bergantung dengan ubat ubatan dan dadah di hospital,rawatan secara rohaniah,dan herba semulajadi lebih baik..yang penting ikhtiar,usaha dan tawakkal..Insyaallah boleh jadi semakin pulih dan sembuh,..

Tapi of cos memula kena gunbakan rawatan klinikal dulu,sebab rawatan klinikal terbukti secara saintifik,kalau tak berkesan baru la mencuba rawatan alternatif,Jangan nanti ada yang penyakit semua tanak gi hospital plak...bahaya wooo...