macam macam hiburan terkini |
- Fasha luah perasaan di Twitter
- Nabil: Jadi diri sendiri pun susah
- Mentor 5: Proses pemilihan lebih ketat
- AJL25 : Ana Raffali Terkilan Tidak Dibenarkan Pegang Gitar
- Bapa Hanya Tolong Kalau Dafi Bangkrap
- Ditolak Maiya, Izwan Pilus Pilih Kumpulan Eve
Fasha luah perasaan di Twitter Posted: 15 Dec 2010 03:41 PM PST Twitter bukan sahaja laman sesawang untuk bersosial, malah ia juga boleh dijadikan ruang untuk meluahkan perasaan termasuklah pelakon Fasha Sandha yang sering dilanda gosip dan cerita-cerita panas. Menurut pelakon berusia 26 tahun itu, selama ini dia banyak meringankan beban perasaan sedih dan kecewa yang dihadapinya dengan meluahkannya secara terbuka di Twitter untuk dikongsi bersama-sama para peminat. "Saya memang menjadikan Twitter untuk meluahkan apa juga perasaan yang terbuku di hati. Sama ada ia yang menggembirakan atau menyedihkan hati saya. Saya mahu berkongsi perasaan itu dengan para peminat saya di Twitter. "Setakat ini, saya mempunyai 37,000 peminat yang banyak menyokong kerjaya saya sebagai pelakon. Apabila saya meluahkan perasaan saya di Twitter ramai yang memberi maklum balas dan memberi sokongan moral kepada saya. "Saya suka berterus terang di Twitter tentang apa juga perasaan yang saya lalui ketika itu. Pada masa sama saya terbuka dengan kritikan," katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Pada pertemuan sewaktu pelancaran drama bersiri 26 episod Dia Atilia lakonannya yang disiarkan di Astro Prima setiap Selasa 9 malam bermula 30 November lalu, Fasha menafikan dia menyalahgunakan laman sosial tersebut. Malah, pelakon filem Anak Halal itu turut menafikan dia telah memburuk-burukkan teman-teman artis yang tidak sehaluan dengannya di Twitter biarpun ramai yang sudah semakin ramai bercakap mengenainya. "Kalau saya tulis di Twitter saya tulis secara berlapik dan tidak bertujuan memburuk- burukkan sesiapa. Tetapi siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya. Ini kerana, saya menulis berdasarkan pendapat saya sahaja. "Sungguhpun begitu, ada juga yang cuba 'menyerang' saya di Twitter. Namun, saya tidak membalasnya dengan cara yang kasar. Pada masa sama, ramai lagi peminat saya di Twitter yang akan mempertahankan saya. "Apa yang saya tulis dan luahkan di Twitter selama ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan saya dengan para peminat. Asalkan apa yang saya tulis itu tidak melampaui batas , cukuplah. Saya juga kena jaga hati ramai orang," ujarnya. Jelas Fasha, menerusi laman sosial Twitter, dia bukan sekadar merapatkan hubungan dengan para peminatnya, malah pelbagai aktiviti dan berita tentang dirinya dapat disebarkan dengan lebih mudah dan cepat. "Selama ini para peminat hanya mengetahui perkembangan tentang diri saya melalui akhbar, majalah, televisyen dan radio sahaja. Tetapi kini mereka boleh tahu lebih cepat melalui Internet serta telefon bimbit. "Kalau ada cerita terbaru tentang saya, saya akan terus tulis di Twitter. Ini bermakna, apa sahaja berita yang saya salurkan ia datangnya terus daripada saya. "Misalnya, saya baru sahaja habis menjalani penggambaran filem Dari Kerana Mata lakonan saya bersama Awie arahan Melissa Saila, maka saya boleh terus sampaikan di Twitter supaya mereka bersedia menontonnya nanti. "Secara tidak langsung ia bukan sahaja memudahkan para peminat mengetahui berita terbaru tentang saya, malah ia juga mampu menarik lebih ramai pengikut saya di Twitter kerana ia disediakan percuma," katanya. Tambah pemegang watak Atilia dalam Dia Atilia yang persis filem Hindi, Kuch Kuch Hota Hai ini, kebanyakan cerita yang diperbualkan di Twitter adalah kisah-kisah peribadi terutama hubungannya dengan kekasihnya, Jejai. Sedaya upaya, kata Fasha, dia enggan mengulas panjang kisah cintanya itu, tetapi tidak menolak hubungannya dengan Jejai atau Rizal Ashram Ramli yang merupakan anak bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib. "Apa yang boleh saya kata sekarang ini saya sudah bersedia untuk bergelar isteri dan ibu. Insya-Allah kami akan melalui adat Melayu di mana ia akan bermula dengan bertunang dan seterusnya berkahwin. Tarikhnya sudah ada. "Buat masa ini saya tidak mahu mengumumkannya bila kerana menghormati keputusan pihak keluarga Jejai. Saya tidak mahu memandai-mandai. Kalau sampai masanya nanti (bernikah) kami akan mengundang wartawan," ujarnya. |
Nabil: Jadi diri sendiri pun susah Posted: 15 Dec 2010 03:40 PM PST Tetapi, kisah kontroversi yang melanda dirinya mengalahkan artis-artis yang lebih makan garam dulu daripadanya. Satu per satu cerita panas menghimpit Nabil sehinggakan ia telah mengaburi bakat istimewa yang ada dalam dirinya. Antara sedar atau tidak, kegemilangan yang pernah dikecapinya kini semakin malis. Ramai yang mengatakan semuanya berpunca daripada dirinya sendiri yang 'menempah maut' di atas segala kisah kontroversi yang berlaku. Terbaru, kes gambar ciumnya bersama seorang wanita telah menggemparkan industri hiburan tanah air dan menjadi perdebatan di alam maya. Namun, Nabil menafikan gambar itu adalah dirinya. Malah, dia sendiri mengangkat bahu dan menggelengkan kepala sebagai isyarat tidak mengenali wanita yang dikaitkan dengannya dalam foto itu. Kesan yang terhasil daripada penyebaran foto yang didakwa Nabil sebagai permainan teknologi moden itu telah menyebabkan hubungannya bersama pelakon dan model jelita, Irma Hasmie terlerai selepas hampir dua tahun menyemai cinta bersama. Bertemu dengan anak jati Negeri Sembilan itu pada rakaman program Anda Ada 60 Saat di KRU Studios, Cyberjaya, baru-baru ini, pemuda berusia 27 tahun itu dengan tenang menjawab segala pertanyaan daripada pihak media. Jauh sekali hendak melenting dengan soalan-soalan panas yang diajukan kepadanya, Nabil dilihat selesa untuk mengambil pendekatan yang berhemah dalam memberikan justifikasinya. "Pertama sekali, saya tidak mahu lagi mengulas tentang isu gambar itu kerana ia adalah kisah silam yang tidak perlu diungkit lagi. Apa yang berlaku biarkanlah ia berlalu. "Susah sebenarnya mahu puaskan hati semua pihak. Kalau kita tidak buat, tetapi dikatakan kita yang melakukannya. Jadi, adalah lebih afdal untuk terus diam dan tidak perlu memanjangkan lagi kisah yang berlaku. "Apa yang berlaku saya menganggapnya sebagai satu ujian Allah SWT untuk saya muhasabah diri dalam menjadi seorang yang lebih baik. Saya perlu meneruskan hidup dan mencari rezeki untuk disuapkan kepada keluarga saya di kampung. "Kalau saya asyik duduk termenung dan memikirkan segala perkara yang berlaku kepada saya, memang dapur tak berasaplah jawabnya," demikian kata Nabil sewaktu membuka bicaranya pada tengah hari itu usai rakaman program tersebut. |
Mentor 5: Proses pemilihan lebih ketat Posted: 15 Dec 2010 03:39 PM PST SEMEMANGNYA sesuatu yang mengejutkan apabila program realiti terbitan TV3, Mentor 4 berjaya mencatatkan rating tertinggi sepanjang bersiaran tahun ini. Belum pernah dalam sejarah Mentor yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2005 itu mencatatkan rating hampir tiga juta penonton untuk konsert mingguannya. Manakala pentas akhir Mentor 4 yang diadakan pada 4 Julai lalu pula telah disaksikan seramai 3.8 juta penonton yang menyaksikan Ziana Zain dan protegenya, Mohd. diangkat sebagai juara. Dengan kedua-dua rekod cemerlang itu, ia sekali gus meletakkan program tersebut sebagai yang terbaik sepanjang Mentor diadakan. Walaupun tidak terlepas daripada kisah panas, ia langsung tidak menggugat kesetiaan peminat setia rancangan itu untuk terus menjadikan Mentor 4 sebagai tontonan wajib setiap minggu. Memperkatakan tentang kontroversi, adakah Mentor 5 yang akan memulakan misi pencarian protege tidak lama lagi itu mampu mengelakkan diri daripada terkena tempias itu? Sesiapa yang mengikuti Mentor 4, pasti tidak akan dapat melupakan apabila Ziana diberi 'hak istimewa' untuk menukar protegenya di saat akhir ketika konsert mingguan pertama sudah bermula. Lalu, ramai yang kini menunggu dan melihat apakah kisah itu akan berulang sekali lagi dalam Mentor 5? Menjawab persoalan itu, Penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa menjelaskan proses pemilihan protege kali ini akan memastikan kes yang serupa tidak akan berulang kembali. Untuk itu kata Muhamad Suffian, selepas uji bakat terakhir iaitu pada 30 Januari depan, dia dan kesemua mereka yang terlibat termasuk enam mentor musim ini akan bersidang dan meneliti calon yang benar-benar layak. "Kalau diperhatikan, kes penukaran protege di saat akhir itu merupakan kes yang agak terpencil dan tidak pernah berlaku dalam sejarah penganjuran Mentor. "Saya dan pihak TV3 sendiri tidak mahu apa yang berlaku dalam musim lalu terjadi lagi. Kerana itu, faktor utama dalam memilih protege kali ini adalah mereka yang komited serta memiliki tahap disiplin yag tinggi di samping memiliki kualiti bakat," ujarnya dalam nada serius. Muhamad Suffian berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman enam mentor yang terpilih menerajui Mentor 5 yang diadakan di Petaling Jaya, baru-baru ini. Pastinya, Mentor 5 bakal memberikan satu tontonan yang cukup menarik apabila salah seorang artis yang dipilih sebagai mentor ialah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar. Lima yang lain termasuklah Afdlin Shauki, Erra Fazira, Edry Abdul Halim, Rahim Maarof serta vokalis kumpulan Hujan, Noh. Hanya Sharifah Aini sahaja yang tidak dapat hadir pada petang itu kerana masih lagi berada di Mekah dan penyanyi itu sempat memberikan sepatah dua kata menerusi rakaman video. Berbicara tentang drama yang sudah menjadi sebahagian dalam mana-mana program realiti, Muhamad Sufian menjelaskan, perkara itu tidak mampu dielakkan kerana ia adalah perlakuan yang semula jadi tanpa dibuat-buat. Mampu menggalas "Ramai yang menyangkakan drama yang terjadi dalam Mentor adalah sesuatu yang telah dirancang oleh pihak kami tetapi sebenarnya tidak. Biasalah, kalau tiada drama, tidak menarik sesebuah program realiti itu," ujarnya berseloroh. Ketika ditanya tentang pemilihan artis dalam Mentor 5, Muhamad Suffian menjelaskan ia bukanlah satu proses yang mudah untuk memilih mereka sebagai mentor bagi musim kelima ini. "Kami telah menyenaraikan 15 orang artis yang kami fikir layak untuk menjadi mentor kali ini berdasarkan kecemerlangan dan pengalaman mereka dalam bidang seni. "Seboleh-bolehnya kami juga mahu menampilkan muka-muka baru yang tidak pernah menyertai Mentor sebelum ini. "Selepas meneliti dan melalui proses perbincangan, kami percaya enam artis yang dipilih kali ini mampu menggalas tanggungjawab mereka dengan baik serta bersedia menyahut cabaran sebagai mentor," kata Muhamad Suffian lagi. Seperkara lagi tentang Mentor 5 yang dikhabarkan dalam sidang akhbar itu adalah tentang pengenalan dua juri tetap. "Itu merupakan salah satu perubahan yang kami lakukan untuk musim ini. Buat masa ini, kami tidak boleh mengumumkan lagi siapakah dua individu itu kerana masih dalam perbincangan. "Selepas semuanya muktamad kelak, barulah kami akan mengumumkannya pada sidang akhbar yang kedua bersama barisan protege yang terpilih nanti," jelasnya. Dalam masa yang sama, Muhamad Suffian juga tidak menafikan bahawa perlu berdepan dengan tekanan memandangkan musim keempat telah melakar kejayaan yang cukup luar biasa. Tetapi, dia optimis Mentor musim terbaru ini juga mampu mencatatkan kejayaan tersendiri yang turut mengekalkan format pembahagian markah iaitu 50 peratus daripada juri tetap, 30 peratus (SMS) dan selebihnya daripada juri awam. Uji bakat pertama akan berlangsung pada 18 dan 19 Disember ini di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah manakala 1 dan 2 Januari depan pula akan diadakan di Merdeka Palace, Kuching, Sarawak. Selain daripada menghadiri uji bakat yang telah ditetapkan, kelainan untuk Mentor edisi terbaru ini apabila para peserta boleh memuat naik rakaman video nyanyian masing-masing ke www.tv3.com.my/mentor5 sebelum atau pada 10 Januari 2011. "Dengan cara ini, ia lebih memudahkan peserta selain dapat menjimatkan masa daripada menghadiri sesi uji bakat. "Seandainya mereka berjaya, pihak produksi akan menghubungi mereka untuk hadir ke satu sesi uji bakat pada tarikh dan waktu yang ditetapkan," ujarnya lagi yang memberitahu uji bakat untuk kesemua mentor akan berlangsung di Sri Pentas. google: mentor 5, ujibakat mentor 5, lokasi ujibakat mentor 5, tarikh ujibakat mentor 5, masa ujibakat mentor 5, lokasi mentor 5, pendaftaran mentor 5, borang pendaftaran mentor 5, artis mentor 5, selebriti mentor 5, mentor 5 promo, mentor 5 promotion, sidang akbar mentor 5, video mentor 5, syarat penyertaan mentor 5 |
AJL25 : Ana Raffali Terkilan Tidak Dibenarkan Pegang Gitar Posted: 15 Dec 2010 03:35 PM PST Disebabkan memegang gitar adalah identitinya selama ini, Ana berkata, arahan yang tidak membenarkan dai berbuat demikian oleh salah seorang jawatankuasa acara itu seolah-olah tidak hormat dengan kehendaknya. Biarpun begitu, komposer dan penulis lirik ini tetap meneruskan sesi tersebut mengikut tuntutan pihak tersebut walaupun hatinya tersentuh kerana terpaksa mengorbankan keinginan sendiri. "Kalau boleh saya nak bergambar dengan gitar sambil memakai baju kurung bagi mengekalkan imej saya yang sebegitu. Disebabkan salah faham yang berlaku, kami terpaksa ulang semua sesi bergambar. "Saya mahu buktikan setiap orang perlu diberi hak untuk tampil dengan identiti dirinya sendiri," kata Ana selepas sidang media dan mencabut giliran persembahan finalis AJL25 yang diadakan dia Kelab Soho, Solaris, Damansara di sini, Rabu. Ana mendapat giliran persembahan ketujuh dengan mempertaruhkan lagu Tolong Ingatkan Aku yang dicipta sepenuhnya oleh dia sendiri. Memandangkan ini merupakan pertama kali Ana beraksi di AJL, dia akan cuba merealisasikan impian melakukan persembahan yang dramatik dan berkonsepkan teater. "Saya memang mengimpikan untuk menyertai AJL sejak dari kecil kerana dulu saya hanya mengikuti perkembangannya dan menonton dari jauh. "Walaupun baru pertama kali, saya tetap meletakkan harapan untuk memenangi kategori persembahan terbaik dan lagu terbaik. Tetapi tidak dinafikan saingan kali ini sangat sengit memandangkan ramai penulis lirik dan komposer yang bagus. "Bagaimanapun, saya tetap akan melakukan persembahan yang terbaik," katanya yang akan mengenakan baju kurung tradisional rekaan Aliff Shukor. Selain itu, dia turut mendapat sokongan dan tajaan daripada beberapa rakan dan individu untuk merealisasikan persembahannya dalam AJL tersebut yang akan diadakan pada 9 Januari 2011, di Stadium Putra Bukit Jalil. |
Bapa Hanya Tolong Kalau Dafi Bangkrap Posted: 15 Dec 2010 03:34 PM PST Menurut Ismail Sabri, dia mahu Dafi berdikari untuk merasai bagaimana susah untuk membina sebuah perniagaan menggunakan wang hasil titik peluh sendiri. "Saya suka bila anak saya buat sesuatu atas usaha sendiri kerana saya juga dulu bukannya datang daripada keluarga yang senang. Jadi saya biarkan dan melihat dari jauh perniagaannya itu. Bila Dafi bankrap baru saya tolong. "Apa-apa pun saya bangga kerana dia mula berfikir tentang perniagaan pada usia yang muda. Saya sendiri tidak sangka dia begitu cepat membuka sebuah syarikat. "Bagus juga dia menceburkan diri dalam perniagaan. Jika mula berniaga awal, dan mungkin satu hari nanti gagal, sekurang-kurangnya dia ada masa untuk memulihkan syarikatnya itu. "Saya harap dia bersungguh-sungguh dengan perniagaan barunya itu. Saya selalu berkata kepada Dafi supaya jadikan Norman KRU sebagai contoh kerana Norman berjaya dalam perniagaan kerana kreativiti yang dimiliki. "Justeru, Dafi juga perlu kreatif dan mempunyai produk perniagaan lain daripada yang lain jika ingin berjaya," katanya pada majlis ulang tahun hari lahir Dafi yang ke 22 dan pelancaran LOLE bertemakan Masquarade Nite-The New Beginning, di sini, Selasa. Majlis hari jadi dan pelancaran LOLE yang dianjurkan merupakan hadiah yang besar buat Dafi. Pada majlis yang diadakan dengan kerjasama Kelab Peminat Dafi Malaysia (DFCM), pelbagai kejutan dibuat khas untuk penyanyi itu. Pada permulaan majlis, sekumpulan model memperagakan pakaian rekaan salah seorang ahli DFCM sebagai gimik pelancaran LOLE. Kemudian, kemunculan pelakon Rozita Che Wan yang membawa sejambak bunga buat Dafi dan rakan kongsinya, Afeeq, serta Marsha yang menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi. Ternyata ia agak mengejutkan Dafi . Dafi Tambah pula apabila artis kegemaran Dafi iaitu One Nation Emcees, turut hadir tanpa pengetahuannya. Sementara itu, beritahu Dafi, dia gembira dengan majlis yang dianjurkan dan menganggap pelancaran LOLE merupakah hadiah yang paling besar yang pernah diterimanya. "Saya juga menerima pelbagai hadiah daripada peminat dan ada yang saya tak sempat buka lagi. "Tapi yang paling menggembirakan ialah pelancaran syarikat saya yang turut dibantu oleh DFCM lagi. "Dalam usia saya yang sudah berumur 22 tahun ini, saya berharap ingin menjadi peniaga yang berjaya di masa akan datang nanti dan sasaran saya untuk tahun depan, saya ingin membeli sebuah rumah menggunakan wang titik peluh saya sendiri," nekad Dafi. Sehari sebelum majlis, keluarga Dafi turut meraikan hari lahirnya itu di sekitar Bangsar. |
Ditolak Maiya, Izwan Pilus Pilih Kumpulan Eve Posted: 15 Dec 2010 03:31 PM PST Kali ini dia memilih kumpulan Eve yang dianggotai oleh Yanie Hassan, Asila Osmera dan Evie Roslan untuk melaksanakan hasrat tersebut. Mereka telah melakukan rakaman lagu pada 9 Disember lalu di studio milik AG, anggota kumpulan Hujan iaitu Kamar Seni di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Lagu tersebut digubah sepenuhnya oleh Izwan dan muziknya disusun oleh AG (Coco). Menariknya, Izwan menganggap lagu ini menceritakan tentang kemesraan antara orang Malaysia dan orang Singapura. "Sepatutnya, saya melakukan projek istimewa ini dengan Maiya tetapi selepas tiga tahun menanti, akhirnya ditakdirkan dengan Eve. Maiya tidak dapat bekerjasama dengan saya kerana terikat dengan komitmen lain. "Bagaimanapun, saya tidak kecewa kerana tidak mendapat Maiya. Hikmah sebaliknya, saya mendapat tiga orang penyanyi dalam satu kumpulan dan sekurang-kurangnya saya mampu menghasilkan lagu dengan gabungan suara yang berbeza-beza. "Yanie mempunyai nada suara yang jelas, Asila dengan keharmonian suara "falseto" manakala Evie dengan suara serak-serak basahnya," kata Izwan ketika ditemui di Menara Star, di sini minggu lalu. Jika berpeluang selepas ini, mereka berharap untuk membuat video muzik. Itu pun jika ada pihak yang sudi menaja. Menyentuh tentang lagu tersebut, Izwan akui iramanya berkonsepkan retro dan bernada rancak. "Disebabkan ini merupakan projek pertama saya bekerjasama dengan artis Singapura dan pertama kali menggubah lagu sendiri, saya rasa agak tercabar apabila memikirkan cara untuk mengadun lagu yang banyak bahagian harmoni itu. "Jika diikutkan tiada lagi lagu yang harmoni dan mencabar seperti ini dalam rekod peribadi saya," ujarnya. Izwan berkata, dengan keadaan industri muzik sekarang, dia lebih selesa menghasilkan single di bawah syarikat rakaman IP Music & Entertainment sebelum melengkapkan album penuh keduanya. Sebelum ini, Izwan popular menerusi lagu Kembali Senyum dan Indah Lelapk |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |