Adsense

Khamis, 23 Disember 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sekitar Sesi Ramah Mesra Bersama Pelakon Drama Tiramisu

Posted: 23 Dec 2010 06:02 PM PST

Pada 21 Disember 2010, Selasa lalu, Budiey sempat hadir di Sesi Ramah Mesra Bersama Pelakon drama Tiramisu yang diadakan di Restoran Rebung, Bangsar.

Di majlis ini juga Budiey dapat tahu yang slot untuk drama Akasia kini bersiaran pada jam 7 malam. Budiey juga mendapat respon dari pembaca yang mengatakan masa itu tak sesuai kerana bertembung dengan slot Maghrib.

Tiramisu

Manis dan pahit… Begitulah andaian sesetengah orang kepada cinta. Menyusuli "SERIBU KALI CINTA", slot AKASIA bakal menayangkan sebuah lagi siri drama cinta romantis, TIRAMISU lakonan hebat Sharifah Amani, Pierre Andre, Tania Hudson, Zain Ruffedge, Mia Sara Nasuha dan Sheila Mambo mulai 27 Disember 2010. Atas permintaan ramai, siri drama slot AKASIA akan bersiaran pada 7.00malam, setiap hari Isnin hingga Khamis.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, "Slot Akasia sentiasa mendapat sambutan positif daripada para penonton TV3 sejak diperkenalkan pada tahun 2007 menerusi drama "Manjalara". Kini, AKASIA berjaya mengukuhkan kedudukannya dengan catatan rating iaitu 1.8 juta penonton secara purata pada setiap episod."

Tiramisu

"Bermula dengan TIRAMISU, waktu siaran slot Akasia akan diubah kepada 7.00 malam supaya memberi peluang kepada lebih ramai penonton untuk berkesempatan menontonnya selepas pulang dari pejabat.

Kami berharap agar strategi baru ini dapat memenuhi permintaan para penonton untuk mengikuti drama kegemaran mereka di mana TV3 sentiasa mengutamakan cita rasa penonton dalam memberikan program yang terbaik. " Jelas Puan Nurul.

Drama bersiri 28-episod terbitan Filmscape Sdn Bhd ini diarahkan oleh Faizal Ishak dan nukilan skrip oleh Eddie Mazlan. TIRAMISU mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.

Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.

Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.

Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha).

Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.

Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.

Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka? Jangan lupa saksikan TIRAMISU di slot AKASIA mulai 27 Disember 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam, hanya di TV3.

pierre andre & Amani

DSC_0072

Tania Hudson

DSC_0013

Sharifah Amani

Pierre Andre

pierre andre & Amani

Sharifah Amani

Sharifah Amani

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Drama Tiramisu
  • Gambar Fazura di Sesi Ramah Mesra Pelakon Drama Ezora @ The Curve
  • Dato' Siti Nurhaliza Dalam Drama Spa Q 2
  • Majlis Ramah Mesra Bersama Artis Aquila Emas
  • Drama Cinta Untuk Ain Ganti Drama Ku Milikmu di TV3
  • Slot Samarinda Drama Yusuff Lakonan Ashraf Muslim, Zarynn Min, Syed Ali
  • Gambar Sekitar Karnival Tari Tirana
  • Misha Omar Berlakon Dalam Drama Siri Julia Juli
  • Drama Comel dan Segalanya Ku Terima di TV3
  • Mini Karnival Tari Tirana
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    TV9 Jenamakan Semula Program Agama Terbaru RAUDHAH

    Posted: 23 Dec 2010 05:03 AM PST

    TV9 MELANCARKAN PENJENAMAAN KEAGAMAAN TERBARU, RAUDHAH

    TV9 memperkenalkan Raudhah, penjenamaan baru yang merangkumi kesemua program-program keagamaan di TV9. Raudhah bertujuan untuk menitikberatkan penjadualan dan menjadikannya lebih mudah buat penonton untuk mengikuti rancangan-rancangan kegemaran mereka.

    Penjadualan utama yang diatur adalah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7 pagi hingga 10 pagi, 6.30 petang dan pada 10 malam hingga 11 malam.

    Raudhah yang merangkumi lapan program ilmiah ini terdiri daripada Akademi Al-Quran 5 (AQ5) yang juga menjadi program utama dalam penjenamaan Raudhah, diikuti dengan Halaqah, Semanis Kurma, Usrah, Saffiya, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah serta Adik & Al-Quran.

    TV9 RAUDHAH

    Kesemua program ini amat sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga tanpa mengira had umur dan pada masa yang sama mendidik jiwa masyarakat sekeliling untuk mendalami ilmu jasmani dan rohaniah menerusi televisyen. Bukan itu sahaja, malah terdapat lebih banyak lagi rancangan baru yang bakal diperkenalkan sepanjang tahun hadapan.

    Majlis pelancaran Raudhah dan Akademi Al-Quran musim 5 ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B). Hadir sama di majlis tersebut adalah Pengerusi Media Prima Berhad, YBhg Datuk Johan Jaaffar, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Puan Nurul Aini bin Abu Bakar serta Pengurus Besar TV9, Cik Sherina Nordin.

    Menurut kata Pengurus Besar TV9, Cik Sherina Nordin, "Penjenamaan Raudhah diperkenalkan sebagai satu destinasi untuk kesemua penonton Muslim moden di mana mereka dapat mencari isi kandungan rohaniah yang boleh menyinari hati nurani mereka dan sekaligus mempelbagaikan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Ia juga bagi memudahkan penonton untuk mengikuti rancangan kegemaran kerana mereka sudah tahu hari apa dan jam berapa program-program ini akan disiarkan."

    "Menerusi program-program yang disediakan ini, penonton kami juga berpeluang untuk berinteraksi terus bersama panel-panel serta pengacara untuk bertanyakan kemusykilan tentang pengisian Islam menerusi Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah dan Semanis Kurma. Kami percaya ramai di luar sana yang mengharapkan program-program sebegini dan kami berjanji akan memberikan kandungan kualiti yang terbaik khusus buat penonton setia kami. Sementara sebuah lagi program baru, Safiyya, merupakan sebuah program yang memartabatkan wanita zaman moden yang masih aktif, progresif dan proaktif tetapi tetap menitik beratkan imej muslimah serta nilai-nilai keIslaman dalam jati diri. Program Adik & Al-Quran pula mengajar anak-anak kecil mendekatkan diri dengan Al-Quran. Itulah antara program-program bermanfaat yang bernaung di bawah TV9 pada 2011 ini dalam melahirkan masyarakat yang bijak dan berilmiah," tegas beliau lagi.

    Akademi Al-Quran merupakan signature program bagi TV9 dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton sehingga mencecah 1.5 juta penonton telah membuatkan program ini muncul lagi dengan musim kelima. Pada musim terbaru ini, AQ5 bakal menampilkan dua hos berpengalaman, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang juga merupakan pemenang kedua AQ3 dan pernah menjuarai Pertandingan Antarabangsa Al-Quran 2009 serta Mohd Zhafran Zainuldin yang juga merupakan adik kepada Ustaz Mohd Zamri Zainuldin. Kelebihan kedua-dua hos ini ialah mereka amat fasih berbahasa Arab. Akademi Al-Quran 5 akan menemui penonton pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 Januari 2011 ini.

    Akademi Al-Quran mula dilahirkan pada tahun 2006 dan telah menyaksikan empat juara iaitu Anuar Hasin (juara AQ1), Abdullah Fahmi Che Nor (juara AQ2), Fakhrul Radzi Khamaruddin (juara AQ3) dan terkini Ahmad Tirmizi Ali (juara AQ4). Tujuan diwujudkan rancangan ini adalah untuk melahirkan generasi Al-Quran dengan mendedahkan mereka mengenai ilmu pembacaan Al-Quran, menekankan elemen berlagu serta tarannum dan qiraat tertentu dan paling utama adalah menyemarakkan minat penonton terhadap ilmu Al-Quran melalui satu-satunya rancangan realiti berteraskan Al-Quran.

    AQ5 yang mempunyai 12 episod ini turut menampilkan tiga juri berpengalaman dan pakar di dalam bidang tertentu seperti Ustaz Nazeri Abdullah (qiraat) dan Ustaz Radhi Kamarul Hailan (tarannum) yang sememangnya telah menjadi juri tetap program ini dari musim pertama. Sementara Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar pula merupakan juri baru yang akan memantau tajwid dan fasohah para peserta kelak. Menariknya musim kelima ini, penonton berpeluang untuk mengenali 10 bakal peserta AQ5 menerusi Nota AQ5 yang akan disiarkan selama tiga minit pada setiap Isnin hingga Jumaat. Penonton akan bersama-sama peserta menimba satu pengalaman baru di mana menerusi segmen ini, ia mengupas tentang perkara seharian yang kita lakukan selama ini yang secara tidak langsung memberi kesan di dalam kehidupan harian kita. Contohnya berkaitan pemakanan, pembacaan dan pentafsiran Al-Quran. Sementara Di Sebalik AQ5 juga turut diperkenalkan pada musim ini dan akan disiarkan selama setengah jam pada setiap Jumaat dari jam 6.30 petang. Menarik tentang Di Sebalik AQ5 ini, penonton dapat melihat gelagat peserta dan juga perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas tarannum, tajwid dan qiraat dan juga perkara-perkara yang berlaku di dalam kelas.
    .
    Sepanjang ujibakat diadakan, hampir 1000 peserta telah mencuba nasib mereka dan amat menggembirakan apabila kebanyakan peserta yang mencuba nasib berusia antara 7 tahun hingga 10 tahun. Sememangnya bacaan adik-adik yang berusia lingkungan 7 tahun ini sangat hebat dan mendapat pujian daripada pihak juri di negeri-negeri terlibat, namun faktor usia menyebabkan pihak penerbitan tidak dapat mengambil mereka. Peserta yang layak perlu berusia antara 10 hingga 27 tahun. AQ5 diterajui oleh penerbit Shukri Ibrahim dan penerbit eksekutif Nuraeshah Malik.

    Selain daripada Akademi Al-Quran yang menjadi tunjang kepada penjenamaan Raudhah, kami juga turut menyiarkan Halaqah yang diterajui oleh penerbit Haji Ahmad Noor Sulaiman. Halaqah disiarkan secara langsung pada setiap Selasa dari jam 10.00 malam hingga 11.00 malam dari Studio C, Sri Pentas atau lokasi-lokasi pilihan menampilkan gabungan dua pendakwah terkenal tanahair iaitu Ustaz Ahmad Shukri Yusoff dan Ustaz Badli Shah Alauddin sebagai pengacara. Halaqah tampil lebih segar dan berdaya saing dengan perbincangan-perbincangan ilmiah serta hukum-hakam agama yang sentiasa memberi ilmu bersama nilai tambah yang mengasak permikiran penonton dengan kupasan oleh para pendakwah, pakar motivasi serta pakar spiritual berdasarkan konsep persembahan melihat, mendengar, merasa. Halaqah memandu dan merentasi disiplin hukum Feqah, Syarak, Sirah, Muamalat, Tasawuf, Sains Al-Quran serta Tafsir Al-Quran dan Al-Hadis yang berteraskan tagline "Akar Tradisi Ilmu" dengan perbincangan topik-topik yang sesuai ditonton setiap lapisan umur serta membawa isu yang dekat, berkait rapat dengan kehendak dan kehidupan mereka serta umat Islam khasnya dengan menekankan penguasaan asas hukum Islam.

    Semanis Kurma juga turut menyerikan penjenamaan Raudhah TV9 dan dihoskan oleh pasangan suami isteri yang romantis iaitu Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suami, Ustaz Wan Akashah bin Wan Abdul Hamid. Program bual bicara menarik yang menampilkan isu-isu pemasalahan keluarga terutamanya rumahtangga ini disiarkan setiap hari Khamis jam 10.00 malam. Program yang banyak memberi pandangan dan dorongan kepada pasangan bermasalah atau mempunyai sebarang kemusykilan tentang hidup berumahtangga ini juga turut menjemput dua tetamu di studio untuk berkongsi pengalaman berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Kedua pengacara ini juga turut mendengar masalah penonton menerusi bualan telefon. Menerusi program ini sekurang-kurangnya penonton dapat berkongsi masalah mereka dan mendengar nasihat yang diberikan oleh dua pakar motivasi tersebut berdasarkan kepada hadis-hadis serta ayat-ayat Al-Quran.

    Kepada mereka yang mempunyai sebarang kemusyikan dalam pengisian Islam seperti fardhu kifayah, fadhu ain dan sebagainya, bolehlah kemukakan pemasalahan mereka menerusi program Tanyalah Ustaz yang disiarkan setiap hari selama satu jam bermula 7.00 pagi. Setiap episod akan menampilkan seorang ustaz atau pendakwah bertauliah dan setiap jawapan kepada pemasaalahan samada menerusi email mahupun panggilan telefon akan diperjelaskan berdasarkan ayat-ayat Al-Quran.

    Tanyalah Ustazah yang merupakan program terbaru TV9 pula akan disiarkan pada setiap Jumaat dari jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari bermula 7 Januari 2011. Program Tanyalah Ustazah ini adalah berdasarkan program popular TV9 yang sedia ada iaitu Tanyalah Ustaz. Setiap episod akan menampilkan seorang ustazah berpengalaman dan siarkan secara langsung dari Studio C. Penonton di studio dan juga penoton di rumah boleh berinteraksi bersama ustazah jemputan mengenai topik yang diberikan dalam setiap espisod. Di akhir program, Ustazah tersebut akan memberikan tips-tips berfaedah serta panduan-panduan bermanfaat sebagai kesimpulan kepada topik yang dibincangkan. Program Tanyalah Ustaz dan Tanyalah Ustazah diterajui oleh saudara Ruzmi Kamaruddin.

    Selain daripada pemasalahan rumahtangga, pengisian Islam dan juga pembelajaran Al-Quran, TV9 juga turut menerbitkan Usrah yang dihoskan secara bergilir bersama Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Muhamad Abdullah. Usrah yang diterbitkan oleh Rozimalini Abdullah ini diberi nafas baru bermula 7 Januari 2011 setengah jam bermula 1.00 tengahari dengan konsep lebih santai tetapi isi kandungannya yang semakin padat apabila membincangkan persoalan fardhu ain dan fardhu kifayah. Kedua-dua pengacara Usrah ini mempunyai pengalaman yang mendalam terhadap ilmu Al-Quran, Hadis, Sejarah Islam, Syariah dan Tasawuf. Usrah yang bermatlamatkan Terapi Jiwa Muslim akan mendekati penonton daripada pelbagai golongan masyarakat dalam sesi perkongsian ilmu dan pengalaman.

    TV9 RAUDHAH

    Topik perbincangan Usrah seperti Islam itu Mudah, Ibadah Sang Pengembara, Mukminah Professional, Syukur Rezeki dan lain-lain lagi. Penyampaian Usrah berpandukan kepada kitab-kitab yang menyentuh persoalan akidah, fiqh, dan tasawuf seperti Furu' al-Masail, Sifat Solat Nabi dan Tasawuf Kontemporari. Dengan pendekatan ini, penonton dapat mencari alternatif dan penjelasan yang lebih lanjut berdasarkan buku-buku yang telah dicadangkan oleh penyampai Usrah, sekaligus mengalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Sementara itu, sebuah program majalah menarik terbaru turut diterbitkan dan diberi nama Safiyya. Hartina Ayu selaku penerbit program ini akan membawa penonton menyaksikan tips-tips serta fesyen muslimah terkini. Safiyya yang membawa maksud "sahabat baik" akan menemani penonton pada setiap Ahad pada jam 7.00 malam hingga 8.00 malam bermula 2 Januari 2011. Program Safiyya yang menampilkan isu-isu berkaitan wanita ini dihoskan oleh dua pengacara baru iaitu Nor Azrina Mohd Salleh (juara Gadis Melayu musim ketiga) dan Liyana Hisham. Safiyya mengetengahkan wanita moden yang aktif dan progresif tetapi masih menitikberatkan imej muslimah dan nilai-nilai keIslaman dalam diri. Dengan konsep pengacaraan yang lebih santai, program ini juga akan menyelitkan beberapa tips menarik seperti tips solekan, tips berpakaian dan sebagainya. Kepada mereka yang sukakan fesyen tetapi masih menerapkan nilai-nilai penutupan aurat, Safiyya adalah program yang sesuai.

    Penjenamaan Raudhah ini juga tidak melupakan adik-adik di rumah dengan menghasilkan sebuah program menarik iaitu Adik & Al-Quran. Program khusus buat adik-adik cilik ini muncul apabila melihat sambutan ujibakat Akademi Al-Quran yang sangat memberansangkan daripada kanak-kanak kecil yang tidak berpeluang untuk memasuki ujibakat tersebut akibat faktor usia. Adik & Al-Quran yang bakal disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6.30 petang bermula 7 Januari 2011 ini memberi peluang kepada adik-adik di rumah mempelajari pembaca Al-Quran dengan betul bersama dengan tarannum, qiraat dan tajwid. Selain daripada itu, Ustaz Mohd Zamri Zainuldin yang menjadi hos bagi program ini turut mengajar adik-adik tentang tafsiran surah yang dibaca itu. Program bertambah menarik dengan adanya segmen "Pesan Atok" diakhir program yang menampilkan Dato' Abu Hassan Din yang akan memberikan tips-tips kelebihan surah-surah yang dibaca oleh mereka untuk diimplikasikan di dalam kehidupan seharian mereka dan juga penonton semua. Adik & Al-Quran ini diterbitkan oleh Aizah Mahani.

    Semoga kelapan-lapan program menerusi penjenamaan Raudhah ini dapat memberi banyak manfaat kepada kita semua terutamanya membentuk jiwa masyarakat kita ke arah yang lebih maju dan berdaya saing berdasarkan panduan agama Islam.

    Nantikan kedatangan Raudhah menerusi stesen TV9 Di Hatiku dan selamat menonton.

    TV9 RAUDHAH

    TV9 RAUDHAH

    TV9 RAUDHAH

    TV9 RAUDHAH

    TV9 RAUDHAH

    TV9 RAUDHAH

    TV9 RAUDHAH

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gossip: Ayu Raudhah Kahwin 2009?
  • FASHA SANDHA AYU RAUDHAH DALAM DRAMA SUTERA MAYA
  • Flop Poppy di With love Down Under Charity Gig
  • Zizan Nin dan Aida Radzwill Dalam Sanggar Cinta Raudhah
  • Sinopsis Drama Dari Mata Arisa
  • Program Iftar Ramadhan 1430h Anjuran Islamic Outreach ABIM
  • Michael Jackson Peluk Islam
  • Gambar Terbaru Heliza AF5 @ Sesi Pembacaan Skrip Filem Syurga Cinta
  • Hotel Halal Berbuka Puasa Kedutaan Asing
  • Ayu Raudhah & Adi Putra dalam Drama Mencintaimu
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.