Adsense

Khamis, 23 Disember 2010

Celebrity News

Celebrity News


Heliza AF bakal bertunang dengan Hafiz Hamidun komposer, penyanyi dan pengacara

Posted: 23 Dec 2010 07:53 AM PST

Dengar khabar Heliza Akademi Fantasia akan bertunang dengan Hafiz Hamidun penyanyi, pengacara dan komposer. Hafiz yang kini menjadi pengacara di RTM dikatakan dan digossipkan dengan gadis bernama Heliza Helmi ini.


Dan menurut info 2 H ( Heliza dan Hafiz ) akan keluarkan minyak wangi menggunakan nama mereka


Nampaknya semakin ramai lagilah artis yang akan meninggalkan dunia  hiburan ini..



Semoga cita-cita yang diinginkan akan menjadi kenyataan.

Kisah kenapa aku pecat secretary aku....

Posted: 23 Dec 2010 07:45 AM PST

Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-35 dan mood-ku tidak terlalu baik pada pagi itu.
Aku turun untuk sarapan dengan harapan istriku akan mengucapkan dengan penuh sukacita?
Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang!? dan mungkin saja dengan sebuah kucupan sebagai hadiah ulang tahun untukku.
Waktu berlalu dan bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi.
Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat kalau hari ini aku berulang tahun.

Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka juga tidak mengatakan satu patah katapun.

Akhirnya aku berangkat ke pejabat dengan perasaan penuh kecewa dan sedih. Ketika aku masuk ke pejabat, sekretariku, Janet, menyapaku "Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun!"

Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui ada seseorang yang mengingat hari ulang tahunku.

Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk pintu bilikku dan berkata,
"Apakah tuan tidak menyadari bahwa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah hari ulang tahun tuan,
mari k ita pergi lunch?", hanya k ita berdua!.
Aku berkata "Wow!, itu adalah perkataan yang luar biasa yang saya dengar hari ini, mari k ita pergi".

Kami berdua pergi lunch. Kami tidak pergi ke tempat di mana kami biasanya lunch,
tetapi kami pergi ke tempat yang sepi. Kami memesan 2 gelas fresh orange dan menikmati makanan tengahari kami.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Janet berkata, "Tuan tahu ini adalah hari yang begitu indah,
"Kita tidak perlu kembali ke pejabat kan "
"Tidak perlu, saya pikir tidak perlu." jawabku.
Lalu dia mengajak saya untuk rehat ke apartmentnya.
Setelah tiba di apartmentnya, dia berkata, "Tuan, jika tuan tidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan berpakaian seksi sedikit".
"Tentu saja boleh"sahutku dengan gembira. Dia pergi ke kamar tidur dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa kek ulang tahun yang besar diiringi oleh isteri, anak-anakku dan sejumlah rakan kerja kami sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun.

Aku hanya duduk terpaku di sana ???

"Di sebuah sofa panjang, telanjang tanpa sehelai benang..."jgn marah,name pun jantan,itu je lah dlm kepala...hahahaha

Kisah Si Gadis Seksi Pembersih

Posted: 23 Dec 2010 07:28 AM PST

Untuk dijadikan cerita, suatu hari saya sedang menuju ke suatu tempat. Saya berada dlm keadaan ceria hari itu. saya tidak tahu kenapa, baru2 ini, jika saya rasa ceria mesti lagu Britney, womanizer tu akan automatik terngiang-ngiang dlm kepala otak saya. Tolonglah sesaper keluarkan lagu tu dari otak saya. Saya rasa saya telah disihir oleh irama super-catchy itu. so far, saya masih mampu menahan diri dari membeli kaset beliau. esok lusa mana la tau.

Ok berbalik ke topik asal.

Dlm perjalanan ke tempat itu, keceriaan saya tiba-tiba dirosakkan oleh rasa sakit perut. rasa mcm ada teletubbies melompat2 riang dlm perut saya. saya pun tanpa berlengah masa, terus menuju ke tandas awam berdekatan. saya harus buang lekas2 kerana saya ada hal penting.


Nasib saya baik kerana terdapat suatu kubikel yg kosong. Rupa-rupanya karma mempermainkan saya. Walaupun kubikel itu kosong, tetapi mangkuk itu sudah berpenghuni. Suatu hasil buangan manusia cilaka yg tak reti flush tersadai elokkkk aje.mengikut siasatan forensik saya, ia masih lagi baru berdasarkan warna ,bau dan suhu. tak rasa.

Saya menyumpah-nyumpah malaun yg tidak bertanggungjawab itu. apala yg susah sangat nak flush ni? takde kesedaran langsung! ingat bapak dia punya tandas? ni tandas awam. bapak kau awam ke? suka suka hati jer. mentaliti rendah! tuih! oleh kerana saya budak baik, saya tolong flush. Brrrrr.......Kan senang ajer....

Setelah menyelesaikan hajat dan bertawaduk, eh beristinjak, saya pun flush. Settle. Bukan susah. Eh, tapi air keluar sikit aje. Langsung tak menjejaskan 'hasil seni' saya tadi. saya cuba untuk pam lagi skali. Saya tarik tali pam.

kung kang kung kang....tak boleh. air dia nak isi tangki lambat sangat. Padahal saya dah lambat ni. Saya tak rela hasil seni saya menjadi tontonan org ramai. nanti saya yg dipandang hina. org ingat saya mat rempit atau bohsia yg takde kesedaran sivik. apa saya nak buat ni? dlm cuak daku berpikir..

Alhamdulillah, akhirnya saya mendapat idea. Iaitu..melarikan diri. Anggap saja ini balasan karma terhadap org lain. Hahaha. bukan org tau pun itu saya punye. hahaha

Bila saya keluar aje dari tandas, mamat bangla tu dah standby dgn mop. saya terus blah cepat2. tak mahu nanti dia tahu bahan bukti tu saya yg punya. Saya buat muka tak bersalah. Kontrol cool, jalan laju2. haha. Tiba-tiba, mamat tu berteriak,

"Hey you...you....!"

Saya sambung dlm hati, "you you are..womanizer, womanizer...."

Saya pun sudah kembali ceria dan terus berjalan tanpa mempedulikan pandangan masyarakat. Kesimpulannya, apabila ternampak sesuatu yg tidak diingini di tandas awam, janganla kita menuduh orang sembarangan. Mungkin mereka mempunyai kisah sedih yg ingin dikongsi bersama. seperti saya.

Cerita Lawak : Peristiwa di sebuah restoran kfc

Posted: 23 Dec 2010 07:26 AM PST

DI SEBUAH RESTORAN KFC


cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?


pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tudia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

Mawi Tumpang Populariti Dalam Idolaku !! Dan Mawi Dah Kahwin !!?

Posted: 23 Dec 2010 07:29 AM PST

Tajuk ini ZoOm ambil dari website Manggaonline, mengisahkan Mawi yang kian padam dek penangan perkahwinannya dengan Ikin yang menyebabkan ribuan anak gadis tepuk dahi. Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya dan kini beliau kembali dengan dengan merakamkan 15 buah lagu dengan 12 daripadanya adalah lagu duet bersama M. Nasir, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Zamani dan ramai lagi.


Namun ada yang mengata beliau menumpang populariti artis lain didalam album terbaru ini. Semoga anak muda ini kuatkan semangat dan meneruskan perjuangan sebagai anak seni. Dan berikut beberapa "Statement" Mawi mengenai cerita ini :


"Ya memang betul saya tumpang populariti mereka," Mawi berseloroh.


Menyatakan keterujaan diberi peluang merakamkan lagu bersama pujaan hatinya dalam bidang seni suara. Tuturnya, penantian dua tahun membuahkan hasil  apabila keinginannya selama ini diterjemahkan dalam bentuk album.

"Idola saya di dalam album ini mempunyai pengikut tersendiri dan secara tak langsung pengikut kami akan bergabung mendengar dendangan kami. Memang tak dapat dinafikan, ia turut membantu menaikkan kembali populariti saya.

"Sepatutnya Datuk Siti Nurhaliza juga terlibat, namun ada masalah teknikal yang tidak boleh dielakkan dan perjanjian tersebut dibatalkan," ujarnya yang turut meluahkan hasrat untuk muncul dengan album berentak R&B mengikut acuan tersendiri.



Malah ada yang mengatakan Mawi Kahwin lagi padahal hanya menjadi saksi :


"Saya dengar gosip saya kahwin lagi satu di Pahang. Puncanya mungkin sebab saya duduk bersebelahan imam untuk akad nikah pada waktu itu, sedangkan saya hanya menjadi saksi. Orang pula mengambil gambar dan mungkin dari situ gosip timbul. Tapi semuanya tak betullah.

"Hanya Ekin isteri saya dan saya akan jaga Ekin sebaik mungkin. Saya mahu bimbing isteri ke syurga," kata Mawi sambil diperhatikan Ekin.

[STORY] Sepi hati seorang lelaki

Posted: 22 Dec 2010 10:48 PM PST

Seorang lelaki sedang duduk berdukacita di hadapan cermin.
Pasrah. Sedih. Duka lara.
Di luar, hujan turun lebat mencurah-curah. Seboleh-bolehnya, dia ingin ke luar. Berlutut di dalam hujan dgn kedua belah tangan di udara sambil berteriak "mengapa! mengapa?"
Tapi itu tak mungkin dilakukannya. Kalau kepala kena hujan nanti boleh demam.

Air mata mengalir di pipi gagah lelaki itu. Walaupun ketul dekat perut dia sebijik mcm roti KFC, itu tidak bermakna dia tidak boleh mengalirkan air mata.
Lelaki itu meneruskan pekerjaannya. Sekali ok, dua pedih. Tiga dah tak boleh blah. Sakit sangat. Mcm kamu bawak motor laju2, langgar tunggul pastu terbang mcm superman. Jatuh dgn dagu kamu tersagat atas tar. Ok, takla sakit mcm tu skali.Lebih2 plak..

"dah la tu. Lepas ni i dah tak suruh u cabut bulu hidung lagi. tak sanggup i tengok u terseksa mcm tu sekali" kata Mimi memujuk lelaki terbabit.
"Kalau satu i tak kesah. Tapi jgnla tarik sampai 3 helai sekali. Hidung i rasa mcm kena panah petir" ujar lelaki itu dgn hati yg pasrah.

Hari itu, sistem perhidungan saya kembali tajam seperti anjing detektif.