Harian Metro: Rap |
Posted: 22 Dec 2010 06:21 AM PST SELEPAS lapan tahun berkawan dan saling mengerti rasa hati masing-masing, barulah anak dara kepada pelakon dan produser, Julie Dahlan, Siti Hani Nur Zara Harmi, 29, atau Hanny bersedia untuk mengakhiri zaman solo dengan buah hatinya, Hamzah Talib, 35. Hanny dan Hamzah yang juga seorang jurukamera bebas akan melangsungkan majlis pertunangan mereka pada 1 Januari ini di sebuah hotel di ibu kota.
"Walaupun syarikat penerbitan itu milik ibu saya, tetapi saya selalu ditugaskan ibu bekerja di sebalik tabir supaya saya memahami perjalanan kerja penerbitan sebelum mengambil alih tempat mama sebagai penerbit. "Sampai sekarang saya masih melakukan kerja di belakang tabir. Ini memudahkan saya untuk mengetahui dan memahami macam mana kru bekerja apabila saya diamanahkan mama untuk menguruskan syarikat suatu hari nanti. "Ketika penggambaran drama Zita, saya menjaga bahagian konti. Mula itu, saya menyampah betul dengan Hamzah kerana dia agak keras kepala dan tak mahu dengar cakap orang. "Rupanya dia sengaja buat begitu pada saya, padahal sebenarnya 'dalam hatinya ada taman'. Hamzah sukakan saya, tetapi manalah saya tahu kerana cara dan sikapnya seolah-olah dia tidak suka pada saya.
"Sewaktu penggambaran drama itu, dia ada mengambil gambar dan apabila gambar itu siap, dia menghubungi saya. Sejak itu persahabatan yang lebih erat pun bermula," katanya.
"Saya ini banyak cakap, manakala Hamzah seorang yang penyabar dan pendiam. Dalam apapun keadaan, dia juga sering mendahulukan saya. "Oleh itu, apabila Allah s.w.t sudah mempertemukan saya dengan lelaki sebaik Hamzah, apa lagi yang saya hendak cari. Dalam soal harta benda, kami boleh usahakan bersama dan saya tengok Hamzah juga gigih bekerja. "Sebenarnya kami pernah bercadang untuk bertunang dua tahun lepas, tetapi rancangan itu tidak menjadi. "Bagaimanapun, mungkin kerana jodoh kami kuat, apapun rintangan dan halangan yang datang, kami masih bersama sehingga kini.
Faktor lain, Hamzah terus melekat di hatinya kerana mereka bekerja dalam bidang kerjaya yang sama. Situasi itu lebih memudahkan hubungan mereka kerana saling memahami waktu kerja yang tidak menentu.
"Saya sangat bersyukur kerana selama lapan tahun kami berkawan, saya boleh menilai yang baik dan buruk. Seiring dengan peningkatan usia dan pengalaman yang dikutip, saya bertambah matang dan sudah bersedia untuk memulakan kehidupan berkeluarga.
"Justeru, saya tidak mahu faktor usia saya menghalang usaha kami untuk menerima kehadiran orang baru dalam hidup kami nanti.
Hamzah pula akan mengenakan baju Melayu dari D&D Beauty House, Ampang. Bagaimanapun, Hanny merahsiakan rona baju pilihannya dan konsep majlis pertunangannya untuk memberi kejutan kepada tetamu.
"Saya pula akan terus berlakon macam biasa di samping menguruskan JD Productions. Saya harap kemahiran dan pengalaman kami berdua boleh memajukan lagi kedua-dua syarikat," katanya.
"Untuk kedua-dua drama ini, mama menyerahkan tugas menerbit kepada saya untuk melihat sejauh mana kemampuan saya. Insya-Allah saya akan buat yang terbaik kerana sudah sampai masanya mama berehat. "Doakan segalanya berjalan lancar dan moga jodoh saya dengan Hamzah dipanjangkan Allah s.w.t sehingga ke akhir hayat kami," katanya. >PROFIL: |
Posted: 22 Dec 2010 06:07 AM PST MENGANGKAT isu semasa sebagai tema filem, berupa cabaran besar kepada pengarah dan juga penulis skrip. Sekiranya tidak digarap dengan baik, bimbang ia akan membosankan penonton. Malah, melihat latar minat penonton tempatan, kebanyakan daripada mereka menggemari cerita lebih ringan. Salah percaturan filem yang mengetengahkan isu semasa ini akan dianggap sebagai saluran untuk 'berceramah' oleh penonton, sekali gus menyebabkan mereka 'angkat kaki' meninggalkan panggung.
Jelas Fariza yang ditemui sewaktu majlis sidang akhbar tamat penggambaran Songlap dan tayangan secara eksklusif filem itu selama enam minit kepada tetamu dan wakil media, dia mengambil masa hampir dua tahun untuk menyiapkan skrip dan rombakan dilakukan sepanjang proses ia dilaksanakan.
Melihat pasangan ini bekerja dan mengarah bersama mungkin ramai beranggapan ia lebih mudah untuk Fariza dan Effendee menghasilkan filem yang diterbitkan Red Films dengan kerjasama Primeworks Studios. Namun, jelas Effendee ada ketika mereka tetap berselisih pendapat.
Dari sudut lain, Effendee tidak menafikan bekerja dengan isteri sendiri agak mudah terutama apabila hendak menjelaskan kepada kru dan pelakon apa yang dimahukan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |