Adsense

Isnin, 27 Disember 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


(Video HD) Yuna, Cinta Sempurna Teaser Video Untuk AJL 25

Posted: 27 Dec 2010 09:24 PM PST

AJL25 teaser from Yuna Zarai.

Video selama 0:46 minit ini memaparkan sedikit teaser berkenaan susunan lagu Cinta Sempuna, Yuna yang akan dipersembahkan pada Final Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25), 9 Januari 2011. Petikan gitar stail Coldplay membangkitkan rasa misteri kepada kami, apa agak'nya yang akan dipersembahkan oleh Yuna nanti ya, saspen gila!

Screen shot 2010 12 28 at 1.04.43 PM (Video HD) Yuna, Cinta Sempurna Teaser Video Untuk AJL 25

Menurut Yuna yang kami hubungi sebentar tadi, "lagu background video tu is CINTA SEMPURNA! =D tapi rough version… so smlm takde keje, edit video.. saja kasi saspen! nyehehe."

pixel (Video HD) Yuna, Cinta Sempurna Teaser Video Untuk AJL 25
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Facebook Bunkface Diserang Penyokong Indonesia, Komen Berunsur Penghinaan

Posted: 27 Dec 2010 09:21 AM PST

Screen shot 2010 12 28 at 12.59.38 AM Facebook Bunkface Diserang Penyokong Indonesia, Komen Berunsur Penghinaan

Lebih 650 komen diterima, dan rata-rata penyokong Indonesia melepaskan kemarahan mereka di Facebook Official Bunkface dengan komen-komen berunsur penghinaan melampau, seperti Malaysia Anjing dan sebagainya. Fuh, nampaknya mereka masih tidak dapat menerima kenyataan dengan kekalahan di AFF Suzuki Cup, malam kelmarin. Rujuk status update Bunkface diserang Indonesia.

Rasanya, selama ini tidak pernah timbul mana-mana rakyat Malaysia yang bikin kacau di laman Facebook selebriti Indonesia. Dan, rakyat Malaysia juga kebanyakannya mengambil sikap berlembut hati, beralah demi menjaga hubungan baik kedua-dua buah negara. Bukan nak menuduh, kami tahu hanya segelintir rakyat Indonesia yang tidak matang sanggup berbuat begitu. Ada juga yang masih baik hati, rasional.

Cerita lain, sebuah laman web persatuan pelajar sudah dicerobohi oleh hacker Indonesia yang tidak bertanggungjawab, sempat juga hacker yang dikenali sebagai Don Tukules tersebut meninggalkan mesej berbunyi, "Indonesia Pasti Menang". Ish, kerana mengejar satu bola, habis hubungan 2 negara makin longgar.

Cepat-cepat'lah Bunkface menapis komen-komen berunsur penghinaan sebelum lagi ramai yang buat havoc disitu. C'mon guys!

pixel Facebook Bunkface Diserang Penyokong Indonesia, Komen Berunsur Penghinaan
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.