Adsense

Isnin, 27 Disember 2010

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Tuah pelakon drama Sinderella

Posted: 26 Dec 2010 06:57 AM PST

TUAH atau kebetulan apabila Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat lalu memperlihatkan pelakon utama drama rantaian Sinderella yang pernah ke udara di TV3 meraih anugerah utama kategori pelakon.

Sharifah Amani atau Nanie yang memegang watak utama sebagai Emilda dalam Sinderella memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi Muallaf dan Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi Belukar.

Norkhiriah Ahmad Shapie atau Norkhiriah pula memenangi ASK buat kali kedua dan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi Antara Garisan.

Dulu, Norkhiriah pernah menang kategori Pelakon Pembantu Terbaik Wanita.


Sementara pelakon yang semakin mencipta nama, Azma Aizal Yusoof yang sebelum ini dikenali dengan nama Isma Yusoof meraih trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama juga melalui Antara Garisan.


Bukan itu saja, produksi yang menghasilkan Sinderella, Radius One Sdn Bhd turut menang anugerah utama Drama Terbaik dan pengarahnya, Shahrul Ezad Mohameddin membolot kategori Lakon TV Terbaik (Antara Garisan).

"Walaupun ramai membuat ramalan kami akan menang, saya tidak terlalu mengharap kerana drama Radius One sudah tercalon sebanyak sembilan kali dan tidak pernah menang pun anugerah utama.

"Kali ini saya datang dengan hati terbuka untuk kalah, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mungkin tahun ini Allah s.w.t mahu memberikan rezeki kepada kami," katanya.

Shahrul Ezad yakin tema mudah yang disampaikan dengan penuh dramatik menerusi Antara Garisan menyebabkan ia dipilih juri sebagai Drama Terbaik.

Menyentuh mengenai kekalahannya dalam kategori Pengarah Terbaik, Shahrul Ezad menjelaskan dia akur Murali pengarah drama yang lebih baik.

Bagi Nanie, kejayaannya satu rahmat. Dia menewaskan Liyana Jasmay (Papadom), Maya Karin (Pisau Cukur), Daphne Iking (Belukar) dan Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan).

Nanie turut menghadiahkan kemenangannya itu buat Allahyarham Yasmin Ahmad yang muncul sebagai Pengarah Terbaik Filem (Muallaf).

Selain itu Muallaf diumumkan sebagai Filem Terbaik.

Menjelaskan pengertian kemenangannya itu, Nanie akui, dalam keadaan industri sedang rancak berkembang dan ramai pelakon baru muncul, dia bertuah apabila masih dipandang juri.

"Tapi pengertian paling bermakna apabila ibu saya (Fatimah Abu Bakar), peluk dan cium saya ketika nama saya diumumkan. Ibu cakap pada saya, 'ibu bangga! Ibu bangga dengan Nani'," katanya.

Norkhiriah pula mendedikasikan kemenangannya kepada suami yang merestui kerjaya dipilih dan banyak berkompromi bagi membolehkan dia berlakon.

"Sewaktu membintangi drama ini, saya sedang mengandung enam bulan anak sulung dan apabila menang anugerah malam ini saya mengandung enam bulan juga anak kedua. Ini mungkin rezeki anak kami dan tak sangka ia sangat kebetulan termasuklah apabila pelakon Sinderella juga menang besar," katanya.

"Saya akan terus berlakon drama kerana ia akan tetap ditonton umum kerana tidak perlu keluar wang untuk pergi ke panggung. Saya sedar, siapalah yang nak keluar duit untuk tengok saya di panggung," katanya yang bersaing dengan Lisdawati (Sebelum Akhirat), Sharifah Amani (Dalil Cinta), Ellie Suriaty (Kaki) dan Dira Abu Zahar (Perempuan).

Bront yang menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem buat kali kedua selepas Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) lalu, berkata kemenangan yang diperoleh tidak akan mengubah apa-apa.

"Saya tetap akan melakukan apa yang saya lakukan sekarang tidak kira menang anugerah atau tidak.

"Apa yang penting pada saya sebagai pelakon adalah menghiburkan penonton filem ataupun drama yang menampilkan lakonan saya," katanya.

Fauzi Nawawi yang memberikan persembahan cukup memberangsangkan dalam drama Sebelum Akhirat diumumkan pemenang bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama menewaskan pesaing terdekat iaitu Rosyam Nor (Kaki), Fahrin Ahmad (Dalil Cinta), Syed Ali (Perempuan) dan Engku Ismail (Antara Garisan).

Fauzi berkata, sepanjang minggu lalu ada tiga perkara baik berlaku dalam hidupnya.

Pertama isterinya Lisdawati yang menjadi penasihat kepada peserta Mari Menari terbitan Astro muncul juara dan kedua, anak perempuan hasil perkahwinan pertama, Nurul Hainil Fatihah memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kini dia pula menang dalam ASK2010.

"Bagaimanapun kemenangan saya dalam ASK2010 ini jatuh nombor dua kerana tiada perkara yang lebih menggembirakan saya apabila anak saya dapat 9A.

"Melihat kejayaan anak adalah lebih manis berbanding kejayaan saya sendiri.

"Kejayaan anak turut membuktikan bahawa walaupun saya pernah mengalami kegagalan rumah tangga, ia tidak bermakna saya mengabaikan keperluan termasuk pendidikan anak-anak. Saya berterima kasih juga kepada Lis yang banyak membantu," katanya.

Syamsul Yusof pula walaupun tidak menang kategori Pengarah Terbaik Filem seperti FFM23, tetap pulang dengan trofi Lakon Layar Terbaik Filem menerusi Evolusi KL Drift 2. Bagi Syamsul, ia tetap satu kejayaan manis.

Sejarah turut tercipta secara peribadi buat pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz apabila diumumkan pemenang bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem, selepas penyertaannya dalam beberapa festival di sini digugurkan kerana bukan warga negara Malaysia.

"Bagaimanapun saya sedih kerana isteri tiada di sisi di saat saya menerima anugerah ini, kerana dia sedang sibuk menguruskan majlis kenduri anak sulung kami bersunat yang turut diadakan pada hari yang sama," katanya.

Senarai penuh pemenang ASK2010

Drama Terbaik: Antara Garisan (Radius One Sdn Bhd)

Filem Terbaik: Muallaf

Drama Rantaian Terbaik: Nur Kasih

Drama Komedi Terbaik: Simpang 3

Pengarah Terbaik Drama: Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)

Pengarah Terbaik Filem: Allahyarham Yasmin Ahmad (Muallaf)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar)

Pelakon Wanita Terbaik Drama: Norkhiriah (Antara Garisan)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Azma Aizal Yusof (Antara Garisan)

Pelakon Pemabantu Wanita Terbaik Drama: Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Nurfazura (Pisau Cukur)

Videografi Terbaik Drama: Datang Bulan

Lakon TV Terbaik: Shahrul Ezad Mohameddin (Antara Garisan)

Lakon Layar Terbaik Filem: Shamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 - TV3

Rancangan Realiti Terbaik: Show Down - 8TV

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Epic Satu Ketika (Laskar Senoi) -Astro Prima

Laporan Khas/ Berita Terbaik: Aduan Rakyat TV3

Rancangan Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza, Palestin Kami Bersamamu - RTM

Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 - TV3

Anugerah Yasmin Ahmad: Shaheizey Sam

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Ezany mahu hubungi Zizan

Posted: 26 Dec 2010 06:29 AM PST

PENARIKAN diri Erra Fazira dan Zizan Nin memberi ruang kepada tiga pelakon popular, Elly Mazlein, Misha Omar dan Ezany Nizarif mengisi kekosongan ditinggalkan mereka untuk menjayakan pementasan teater muzikal Tun Mahathir 2, tahun depan.

Masih bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), pementasan teater mengenai perjalanan hidup mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu akan berlangsung pada 20 hingga 31 Januari.

Ezany melakonkan watak Mahathir ketika muda manakala Misha dan Elly pula peranan Tun Dr Siti Hasmah. Kalau sebelum ini Erra menjayakan watak Dr Siti Hasmah zaman muda ketika sama-sama belajar dan bercinta hinggalah tua, kali ini tanggungjawab itu diberikan kepada mereka berdua.

Misha sebelum ini menjayakan teater Uda dan Dara manakala Elly dalam Sri Mersing memegang watak utama. Tawaran kepada tiga bintang utama itu diberikan pihak penerbitan kira-kira seminggu lalu sebelum sidang media memperkenalkan pelakon diadakan. Apapun, Ezany, Elly dan Misha nyata teruja menjayakan teater mengenang jasa tokoh negara itu.


Penerbitnya, Siti Rohayah Attan berkata, sekalipun timbul kontroversi beberapa minggu lalu dengan penarikan diri dua pelakon utama, beliau tidak berputus asa. Baginya, pementasan musim kedua tetap diadakan mengikut apa yang sudah dirancang.


"Segala kontroversi yang berlaku, saya anggap sebagai pembakar semangat. Mana ada produksi yang berjaya tanpa berhadapan cabaran. Justeru, bagi musim kedua ini pihak produksi akan berusaha memperbaiki kelemahan persembahan lalu.

"Malah, bagi memantapkan kelancaran cerita kali ini turut diwujudkan karakter 'penglipur lara atau tukang cerita' yang digalas pengacara popular, Sarimah Ibrahim. Tujuannya, supaya penonton lebih memahami perjalanan kisah dipaparkan," katanya.

Menurut Siti Rohayah, apa yang menguatkan semangatnya untuk meneruskan penerbitan teater muzikal Tun Mahathir 2 kerana beliau sangat terharu dengan penerimaan baik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

"Saya bertemu beliau di pejabatnya baru-baru ini dan tak sangka maklum balas yang baik diberikan. Mukhriz dan ibunya, Dr Siti Hasmah terharu dengan apa yang dipersembahkan kerana semuanya mengikut fakta betul seperti yang diinginkan mereka.

"Bahkan, Mukhriz juga sangat tertarik dengan lakonan Esma Daniel yang berkesan. Apa yang dipersembahkan Esma dalam lakonannya memang sama dan seperti itulah Mahathir melayan Siti Hasmah. Mereka sekeluarga sangat gembira dan menyukainya.

"Saya bertanyakan secara peribadi pandangan Mukhriz itu kerana penting bagi pihak produksi mengetahuinya. Jadi, bolehlah kami memperbaiki apa yang kurang. Apapun, saya sangat berpuas hati kerana usaha kami diterima dengan baik," katanya.

Siti Rohayah juga berkata tiket untuk menyaksikan pementasan Tun Mahathir 2 sudah dijual. Harga tiket antara RM32 sehingga RM302. Skrip ditulis Ismail Kasan, segala keterangan lanjut di www.muzikaltunmahathir@blogspot.com atau www.ticket2u.biz.

Sementara itu, Elly berkata, selain teruja dia juga berasa gementar apabila memikirkan masa latihan yang suntuk.

Katanya, apa yang pasti dia membuat penyelidikan watak Dr Siti Hasmah dan merealisasikan watak itu dengan acuan sendiri.

"Harapnya, tiada yang membandingkan lakonan saya dan Erra. Bagi saya, setiap pelakon ada cara mereka yang tersendiri. Janji saya, akan melakukan yang terbaik untuk pementasan untuk mengingati perjuangan tokoh negara disanjungi rakyat.

"Mahathir adalah idola saya, maka haruslah berlakon dengan baik. Lagipun, tak harus untuk mensia-siakan kepercayaan Erra yang mencadangkan nama saya kepada pihak produksi. Saya tidak sangka, sokongan Erra sebesar ini," katanya.

Bukan saja Elly, watak sama turut digalas Misha. Melakonkan watak Dr Siti Hasmah ketika muda, Misha berkata ia satu kejutan buatnya. Ini kerana, dia tidak pernah menyangka akan diberi peluang melakonkan watak itu. Pada pementasan lalu, watak Misha kecil saja.

"Tiada istilah watak kecil atau besar dalam diri saya. Ini kerana, saya memang minat berlakon teater dan mahu mengumpul ilmu dan pengalaman. Jadi, saya tidak pernah melihat watak kecil sebagai sandaran atau picisan semata-mata.

"Bagi saya, yang penting kreativiti seseorang pelakon itu menjadikan watak berkenaan berkesan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan ia terlaksana. Buat masa ini, saya banyak membuat persediaan menerusi penyelidikan," katanya.

Ezany yang menggantikan Zizan turut terharu apabila pihak produksi menawarkannya terbabit dalam teater yang berprofil tinggi itu.

Katanya, dia akan berusaha memastikan lakonannya berjaya walaupun terpaksa menyanyi dan menari.

"Setakat ini, saya hanya tahu bakat lebih menjurus sebagai pelakon. Jadi, dalam pementasan ini saya diminta menyanyi dan menari. Ia satu pengalaman baru dan saya harus mencubanya dulu. Saya harap akan berjaya dan penonton terhibur.

"Walaupun tak berpeluang menyaksikan pementasan musim pertama, tetapi saya bercadang menghubungi Zizan untuk berkongsi pandangan. Zizan adalah kawan baik saya dalam industri ini dan tak salah untuk kami saling membantu," katanya.

Ezany yang sibuk dengan jadual lakonan padat, turut aktif dalam bidang perniagaan.

Katanya, dia berminat untuk menyertai pementasan Tun Mahathir 2 kerana beliau tokoh negara dikagumi dan dihormati. Jadi, siapa yang tak mahu turut serta.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.