Adsense

Sabtu, 25 Disember 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2010, Koleksi Siri Artikel & Gambar HD

Posted: 25 Dec 2010 10:58 PM PST

DSC07926 Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2010, Koleksi Siri Artikel & Gambar HD

Sengaja kami mulakan siri artikel Anugerah Skrin 2010 dengan koleksi gambar, sebab kami tahu anda semua sudah sedia maklum dengan keputusan penuh Anugerah Skrin ini. Kami ingin paparkan beberapa artikel menarik hasil temubual dengan beberapa pemenang ASK 2010 terutamanya Sharifah Amani, Nor Khiriah, Bront Palare & Sam Shaheizy, sepanjang minggu ini.

Rakan media, Rotikaya bermurah hati menemani kami sebagai jurugambar, kalau tidak, memang tak cukup tangan kami dibuatnya. Berbekalkan Sony 550 & D90, kami bergerak seakan kumpulan paparazi yang tidak henti-henti menangkap shot-shot menarik, atau pun candid para selebriti, hanya eksklusif untuk pembaca OHBULAN! dan Rotikaya.

Anda boleh dapatkan koleksi siri artikel Anugerah Skrin 2010 & gambar HD selepas ini. Sebelum itu, dapatkan dahulu keputusan penuh Anugerah Skrin 2010.

Rancangan realiti TV terbaik
Showdown 2010-8TVLaporan Khas/Berita Terbaik
Aduan Rakyat -TV3

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
Astro Prima Epik Suatu Ketika Laskar Senoi-Astro

Lakon Layar Terbaik -Kategori Filem

Evolusi KL Drift 2-Shamsul Yusof


Drama Komedi Terbaik

Simpang 3-TV3

Lakon TV Terbaik

Antara Garisan-Astro


Program Hiburan Terbaik

Anugerah Bintang Popular


Pelakon pembantu wanita terbaik drama

Fadzilah Mansor-Sebelum Akhirat

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik- Kategori drama

Isma Yusoof-Antara Garisan-Astro

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik -Kategori filem

Nor Fazura-Pisau Cukur


Pelakon pembantu lelaki terbaik-Kategori drama

Aaron Aziz-KL Drift 2

Rancangan bual bicara terbaik

RTM: Isu khas Gaza Palestin Kami Bersamamu-RTM

Laporan Khas / Berita terbaik

Aduan rakyat -TV3

Videografi terbaik -Kategori drama

Datang Bulan-Astro


Pelakon wanita terbaik-Kategori filem

Sharifah Amani-Mualaf


Pelakon Lelaki Terbaik-Kategori Filem

Bront Palare-Belukar

Pelakon wanita terbaik-Kategori Drama

Nor Khiriah-Antara Garisan


Pelakon lelaki terbaik-Kategori Drama

Fauzi Nawawi-Sebelum Akhirat


Pengarah terbaik Kategori filem

Yasmin Ahmad-Mualaf


Pengarah Kategori Drama Terbaik

Murali Abdullah-Sebelum Akhirat

Rancangan Muzikal Terbaik

Anugerah Juara Lagu 24-TV3


Drama Rantaian Terbaik

Nur Kasih


Filem Terbaik

Mualaf

Antara Garisan

Anugerah Khas Juri
Shaheizy Sam

pixel Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2010, Koleksi Siri Artikel & Gambar HD
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

(Gambar HD) Shahz Jaszle & Diana Danielle, Di Pentas Anugerah Skrin 2010

Posted: 25 Dec 2010 10:36 PM PST

DSC07806 (Gambar HD) Shahz Jaszle & Diana Danielle, Di Pentas Anugerah Skrin 2010

Diana Danielle menemani Shahz Jaszle (sh*t, susah eja nama) sebagai penyampai hadiah untuk Anugerah Skrin 2010. Diana Danielle menyampaikan hadiah kepada bekas teman lelaki'nya, Shamsul Yusof yang memenangi kategori Lakon Layar Terbaik untuk filem Evolusi KL Drift 2. Shamsul Yusof seakan kekok apabila terserempak dengan bekas kekasih hatinya, Diana Danielle pula, kekal kool seperti biasa.

Sayangnya, puas kami cari Diana Danielle ketika sesi makan-makan, apabila kami tweet, Diana memaklumkan dia sudah pun selamat sampai rumah. Haih!

DSC07810 (Gambar HD) Shahz Jaszle & Diana Danielle, Di Pentas Anugerah Skrin 2010

pixel (Gambar HD) Shahz Jaszle & Diana Danielle, Di Pentas Anugerah Skrin 2010
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.