Adsense

Sabtu, 25 Disember 2010

Celebrity News

Celebrity News


Emak Shamsul Yusof Nak Bakal Menanti Bermata Biru :)

Posted: 25 Dec 2010 10:11 AM PST

ZoOM baca dekat Mstar pagi-pagi ni, kepada gadis-gadis yang masih belum berpunya dan nak kahwin dengan artis ni cepat-cepatlah cari mata palsu warna biru ye :)  
KUALA LUMPUR: Pengarah filem Shamsul Yusof akui agak sibuk sejak kebelakangan ini sehingga tiada masa untuk mencari pasangan hidup.
Lantaran itu, ibunya, Datin Fatimah Ismail membantu Shamsul mencari calon isteri dengan memperkenalkan anaknya itu kepada lima hingga enam wanita.
"Kebanyakan wanita itu adalah anak kepada kawan mak saya. Saya harap kalau ada rezeki dan jodoh pada tahun depan, saya nak berkahwin.

"Umur saya pun dah nak masuk 27 tahun pada Mei tahun depan," katanya yang memenangi anugerah Lakon Layar Terbaik Filem menerusi filem Evolusi KL Drift 2 diAnugerah Skrin 2010, Jumaat lalu. Sebelum ini, dia pernah bercinta dengan pelakon Diana Danielle, namun hubungan mereka putus ditengah jalan sekitar hujung 2008.
Dia mengakui mengenali ramai kawan wanita. Namun belum bersedia untuk menyunting mana-mana wanita kerana kebanyakan wanita yang ditemuinya tidak memahami kerjayanya yang sentiasa sibuk.
Bagaimanapun, anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan.
Sengaja diusik calon yang bagaimana yang dicari-cari, sambil tersenyum dia menjawab: "Saya mahu wanita yang memahami dan bermata biru."

Surat Untuk Kekasih Bernama Mimi

Posted: 25 Dec 2010 10:02 AM PST

Sayangku Mimi,

Cantik tak tulisan i? Sori kalau tak. I mmg tak biasa tulis guna pen dakwat basah. I hope u tak terkejut dpt surat i. I mmg nak sangat cakap kat u, tapi u dah tukar nombor. Kalau i bagi emel, confirm masuk spam punya. I tau u nak ignore i, tapi at least pls bagi i peluang utk meluahkan perasaan buat kali terakhir. Lepas ni i janji i takkan call u, kacau u, buat2 lalu kat depan u atau poke u dekat facebook lagi. Janji.Sumpah. Kalau i tipu, nanti perut i buncit.

I nak u tau yg i betul2 bahagia bila i dgn u. Bila 1st time kita dating, i rasa kita mcm boleh masuk jugak la. Ingatkan mula2 nak jadikan u stok geli-geli aje. Tak sangka, cinta i terhadap u bukan setakat utk memenuhi naluri ingin membiak i. Bila i puji2 u melangit, u selalu cakap i suka tipu. Memanglah i tipu. Nak buat camane? Dah mmg takde perkataan kat dunia ni yg boleh describe betapa specialnya u bagi i. Faham tak, my pancake?

Tiba2 plak, i dpt tahu yg u ada jumpa2 si mamat Fakerrr oooppsss Fakhris tu. I bengang gila tau! I maki dia kau2. Hati comel i ni pedih u know?? mcm banyak sgt asid. Hingga mampu menukarkan larutan fenolftalein dari tidak berwarna kepada merah jambu. Hari tu, kat dlm Putera LRT i asyik ingat u aje. I carik apa salah i selama ni. Minah2 yg jeling2 kat i, i buat bodoh je. Heyy, i hanya pandang stok awek2 Taman Tun aje..Apa kelas u allni?? I tunduk pandang lantai all the way. Sedar2 je dah sampai Kelana Jaya.

??!! Tengok u punya pasal i dah salah platform! I nak turun Ampang Park, tak pasal2 kena patah balik.

Lepas kejadian tu, i tried to move on... I ada keluar2 ngan Naimah. Dia tak setanding u okaaayyy.....pastu Iera, Dyana, Firda, Khamisah dan berbelas2 org yg add i kat frenster. Tak jadi apa. Diorang tu bapak plastik gilaa!! Diorang tak habis2 kagum dgn slip gaji dan buku ASB i. Langsung tak mahu tanya pendirian i dlm isu nuklear Iran.

appreciate apa yg u korbankan utk i. Bila i ada masalah, u ambik berat gila2. I fikir nak syg u sampai mati. Nak jaga u, protect u, lipat kain utk u. Sampai satu tahap i even rasa nak beranak utk u. Malangnya, body Chuck Norris i takde tiub Fallopio. I tak marah kalau u terus terang, cakap kat muka i, yg u dah taknak ape2 ngan i.Cakap apa salah i, mana yg i boleh improve i improve. Ni tak, u kutuk i, u buat benda2 ngan Fakhrul eh Fairul? Ahh...apa2 la nama mamat tu, behind my sexy back... 

I ni lelaki! Ada ego dan pride. Ada urge to protect. Ada rasa syg kat perempuan cantik. Ada bulu dada. Jgn cabar kelakian i! Kalau perlu i bertumbuk dgn mamat Fazrin tu, i tak takut. Suruh dia cakap bila dan dimana. I datang. Oklah, i tunggu your reply. Dah, i dah tak tahu nak tulis ape. Gossip Girls pun dah nak start. Daaa....

Your Sirap Bandung,
Gajuman
1
Rated

Gambar Artis Di Anugerah Skrin 2010

Posted: 24 Dec 2010 10:30 PM PST

Gambar Amar dan Puteri Sarah, 

Abang Aziz kita dengan isterinya yang cantik


Fasha Sandha yang menjadi perhatian setiap majlis yang dihadirinya. Namun imej seksi tetap menjadi pilihan sigadis penuh dengan gossip ini.

Pasangan bahagia Lisdawati dan Fauzi 

Pasangan yang baru mengikat tali pertunangan Mizz Nina dan Noh Hujan yang tampil dengan imej warna hitam.

ZoOM : Apa kata anda ?

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2919 ( ASK 2010 )

Posted: 24 Dec 2010 09:13 PM PST

Norkhiriah dan Fauzi Nawawi memenangi kategori Pelakon lelaki dan wanita 
terbaik drama.

Senarai pemenang Anugerah Skrin 2010:
Kategori Filem
Filem Terbaik: Muallaf
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf)
Pengarah Terbaik Filem: Yasmin Ahmad (Muallaf)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fazura (Pisau Cukur)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)
Lakon Layar Terbaik Filem: Shamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri
Drama Terbaik: Antara Garisan

Pelakon Lelaki Terbaik: Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
Pelakon Wanita Terbaik: Norkhiriah (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Azma Aizal Yusoof (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)
Pengarah Terbaik: Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
Lakon TV Terbaik : Shahrul Ezad Mohamedin (Antara Garisan)
Drama Rantaian Terbaik: Nur Kasih
Drama Komedi Terbaik: Simpang 3

Kategori Penerbitan Dalaman
Dokumentari atau Majalah Terbaik: Epik Suatu Ketika (Laskar Senoi) (Astro Prima)
Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu (RTM)
Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)
Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular
Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 Episod 10 (8TV)
Laporan Khas/ Berita Terbaik: Aduan Rakyat Berbumbung Langit (TV3)
Videografi Terbaik: Datang Bulan
Anugerah Yasmin Ahmad: Shaheizy
Gambar Juara Anugerah Skrin 2010
Pemenang Drama terbaik ( NurKasih)

Pelakon Lelaki Terbaik

Konsert Gemuruh Double Trouble Hari Ini di Sunway Lagoon

Posted: 24 Dec 2010 08:58 PM PST

Jika anda meminati kumpulan Search dan Wings inilah masanya, malam ini bertempat di Sunway Lagoon Petaling Jaya Selangor. Amy dan Awieyang merupakan penyanyi utama akan menghiburkan peminat mereka yang sehingga kini menyokong perjuangan dalam arena muzik tanah air.



Tiket-tiket Konsert Gemuruh DT ini boleh didapati pada harga RM70 dan sebagai penghargaan dan tanda terima kasih pihak penganjur untuk peminat-peminat, istimewa untuk mereka yang membeli empat (4) tiket akan memperolehi satu tiket percuma.

Tidak terkecuali, sebagai penaja rasmi Konsert Gemuruh DT ini, DIGI juga menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus untuk 3,000 keping tiket yang akan dijual pada harga RM49 sahaja dan setiap pembelian untuk dua tiket akan memperolehi satu tiket percuma (tertakluk kepada terma dan syarat-syarat).
Untuk memudahkan dan member kesenangan kepada peminat peminat serata ibu kata, beberapa kaunter tambahan jualan tiket akan dibuka seperti dibawah :
Jualan tiket masih lagi dibuka bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang di Pintu Masuk Sunway Lagoon, Stesen LRT Putra KL Sentral, Masjid Jamek danKelana Jaya serta LRT Star Bandar Tasik Selatan, Ampang dan Bukit Jalil.