Utusan Online - Hiburan |
Posted: Tak kecoh pun, meriah juga
OYAH mengakulah Joyah tak dapat jemputan pernikahan mereka. Maklumlah, hanya krew E-News sahaja media yang dibenar membuat liputan majlis pernikahan Marion Rose Counter dan suaminya yang kacak lagi kaya itu, SM Nasarudin. Joyah memang kagum sangat dengan pasangan ini. Masa bercinta tak adalah sekecoh mana. Diam-diam saja, dah beberapa bulan lagi bernikah barulah heboh dalam media mengenai hubungan mereka. Ha, macam tu baru betul. Ada anak orang kaya yang bercinta dengan artis bagai nak rak, tapi sampai sekarang tak kahwin-kahwin juga. Si artis duduk tayang ke hulu ke hilir kekasih kayanya itu, sampai semua orang sudah naik muak dengan sikap menunjuk-nunjuk dan berlagaknya itu. Ada yang kata, nampak sangat artis tak ada kelas, dapat ikan besar sikit, heboh nak tayang satu dunia. Tapi berbeza dengan Marion yang pandai menjaga nama baik keluarga SM Nasa yang kini sudah sah menjadi suaminya. Maknanya, dia boleh berdiri sama tinggi dengan aristokrat yang juga pewaris syarikat permotoran terkemuka itu. Kata SM Nasarudin, dia memilih Marion sebab sepanjang lima tahun berkawan, wanita itu tidak pernah meminta apa-apa hadiah daripadanya. "Kereta 'free' pun dia tak pernah minta," demikianlah rahsia yang dipecahkan oleh SM Nasarudin dalam majlis persandingannya di sebuah hotel ternama. Marion juga mendedahkan bahawa SM Nasarudin adalah kekasih pertamanya dan bersyukur sebab mereka akhirnya berkahwin juga. Sudah kahwin baru semua rahsia cinta dikongsi dengan masyarakat. Itu baru betul. Semoga kekal bahagia sepanjang kehidupan mereka. Joyah yakin, mak mentua pun akan sayang kalau dapat menantu yang elok macam Marion ni. Cepat-cepat dapat anak ya Marion. | ||
Posted: Perempuan Berkalung Sorbansitijarum TAHUN lalu semasa Siti ke Jakarta, Siti berpeluang menonton filem Perempuan Berkalung Sorban. Ini sebuah filem tentang Islam yang mengambil latar pengajian pondok di Indonesia. Filem arahan Hanung Bramantyo adaptasi novel karya Abidah Khalieqy berkisar mengenai dunia pengajian pondok di pendalaman Indonesia. Siti sangat terpikat dengan filem ini. Tertanya-tanya juga kenapa filem sehebat ini tidak ditayangkan di negara ini? Kenapa stesen televisyen asyik menayangkan drama-drama sampah dari Indonesia? Visual dan nilai estetika Perempuan Berkalung Sorban tidak ada dalam drama-drama sampah yang Indonesia eksport ke sini. Tapi yang hebatnya bukan saja visual. Hebatnya ada pada persoalan Islam, kefahaman sekaligus wujud eksploitasi atas nama Islam. Fuh, isunya besar dan tidak remeh. Ia merungkai persoalan definisi yang ditutup dan dibuka biarpun kedua-duanya Islam. Hebat sekali pembongkaran di mana definisi yang sempit dan luas boleh membelenggu sekaligus memberikan imej buruk tentang Islam. Persoalannya kenapa filem ini tidak ditayangkan di sini? Adakah sebahagian besar penonton lebih berselera "sampah"? Adakah penonton kita telah lama "dihantukan" oleh filem-filem hantu yang hasilnya macam hantu, maka kita menutup diri dari filem-filem yang mengemukakan persoalan Islam seperti Perempuan Berkalung Sorban? Tapi Siti gembira apabila stesen televisyen baru, TV AlHijrah akan menayangkan Perempuan Berkalung Sorban Selasa ini pukul 8.30 malam. Macam tak percaya ada pengendali stesen televisyen yang jauhari kerana mengenal manikam. Siti sangat terharu dengan keterbukaan stesen ini untuk memberi santapan minda kepada penonton tentang eksploitasi yang dilakukan secara terhormat oleh pihak yang tak bertangungjawab. Nah, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini. Di dalamnya kita akan temui kemurnian dan kesucian Islam membuka ruang kepada pihak memesongkan definisi dan membuat interpretasi yang menguntungkan diri. Bagi Siti filem ini mengangkat darjat wanita, melepaskan mereka dari kepungan serta merungkai ikatan yang memijak wanita Islam atas nama agama. Kita juga akan temui bagaimana "orang agama" menggunakan kuasa wang untuk menguasai pihak yang kurang mampu. Dalam kalangan "orang agama" juga wujud intrig dan konspirasi kerana agama itu difahamkan kepada penduduk kampung mesti "lebih banyak mendengar daripada menyoal". Penduduk kampung dilarang membaca kecuali kitab-kitab. Membaca buku-buku seperti Bumi Manusia karya Pramoedya Ananta Toer menjadi kesalahan besar di pondok itu. Kenapa? Latarnya 1997. Kenapa 1997 menjadi latarnya? Kenalah cari dalam filem ini. Wanita harus berbangga menonton filem ini. Watak-watak wanita ditampilkan dengan kekuatan untuk keluar dari kepungan. Siti fikir, walaupun banyak yang minat filem "hantu Malaysia", sesekali alihlah selera kepada filem yang boleh memberi kekuatan kepada kita. Tak rugilah. SITI JARUM: Pakai selendang. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |