Adsense

Ahad, 26 Disember 2010

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Jiwa Vanidah Imran merusuh

Posted:

Jiwa Vanidah Imran merusuh

Jiwa Vanidah Imran merusuh



SARAT bersusun rencana karier, ibarat kaki kanannya terpasak pada tugasan rasmi yang baru dijejak iaitu mengacarakan rancangan bertaraf legasi, Nona, kaki kirinya pula terikat kontrak filem yang dibikin Afdlin Shauki.

Filem berjudul Untuk 3 Hari itu hasil adaptasi novel terkini novelis terkemuka Ahadiat Akashah. Dia tidak sesekali akan mengetepikan naskhah sebaik itu.

Bukan lagi serampang dua mata, kudrat tubuh empat keratnya dikerah lagi untuk sesi latihan menjelang pementasan teater Siti Di Alam Fantasi (SDAF) yang sedang berkampung di Istana Budaya (IB).

Sepertinya 24 jam sehari tidak cukup buat Vanidah menyempurnakan komitmen.

Jadualnya dipadatkan lagi dengan cengkaman peperiksaan akhir semester untuk program ijazah sarjana muda yang sedang diikutinya di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Itu semua tidak termasuk tugasan hakiki sebagai isteri dan ibu kepada dua anak yang sedang membesar.

Nona

Barangkali, jika semua itu mampu terlaksana tanpa celanya, Vanidah, pasti digelar wanita super.

Barangkali juga, kegilaan wanita yang intimnya disapa Vee itu sudah dirasuk oleh cita-cita - mahu menakluk setiap ruang tanpa mengira soal istirehat.

Hampir abnormal kitar hidupnya. Bersengkang mata dan tidurnya paling panjang sekadar enam jam sehari, apa sebenarnya yang dikejari Vanidah?

Disember 2010 menjadi tempoh genting buat Vee sehinggakan ada ketika tidurnya sekadar tiga jam bahkan pernah sejam sahaja sehari.

"Namun, syukurlah pada penghujung bulan ini saya ada sedikit ruang untuk bersantai.

"Tapi pada waktu sibuk yang bermula awal Disember hingga tamat peperiksaan 19 Disember lalu, saya tak terfikir soal istirehat.

"Saya sudah tidak tahu ia menjadi perkara nombor berapa dalam hidup saya," ujarnya tanpa sedikit pun keluh.

Bukan membayangkan terbit rusuhan jiwa, tapi resam perhubungan biasa, pasti ada pihak yang bermasam muka jika suami (Rashidi Ishak) bukan aktor yang faham dan terjebak dalam bidang yang sama.


MASIH tercalon dalam kategori 'hot chick' dalam satu anugerah baru-baru ini, dia antara aktres yang tidak dimakan usia. Terkini, Vee menjadi perhatian lagi. Sejauh mana Nona akan melonjak dari segi rating dan mampukah Vee menawani hati wanita Malaysia bermodalkan bicara natural kewanitaan miliknya.


"Suami (Shidi) memang memberi sokongan penuh. Dia faham dan tidak mengeluh malah memudahkan kerja saya. Semua datang secara kebetulan.

"Dalam sibuk dengan filem, teater, belajar dan Nona, saya dan Shidi dilamar pula sebagai duta ubat gigi Darlie. Bertambah lagi jadual dengan penggambaran iklan. Semuanya tak disangka.

Ratu Labah-Labah

"Dari segi waktu, memang tak banyak masa kami bersama. Tiada lagi waktu bersama hingga lapan atau 10 jam sehari.

"Tapi bila ada masa sahaja, kami akan akan berbual soal perkembangan anak-anak dan kerja," ujarnya.

Lama meninggalkan dunia pengacaraan, Nona menuntut komitmen besar Vee bagi memberikan kelainan selepas setahun ia ditunjangi Maya Karin.

"Mungkin kerja ini (Nona) datang tepat pada masanya. Kalau dulu saya tidak layak, dalam usia sekarang, status isteri, ibu kepada dua orang anak menjadi kriteria kenapa saya dipilih.

"Bagi saya Nona satu cabaran yang besar. Kesukaran saya adalah untuk menyesuaikan diri dengan rentak dan bahasa Nona itu sendiri," katanya yang sudah menyempurnakan penggambaran untuk lima episod pertama program itu.

Masih tergolong dalam kategori 'hot chick' dalam satu penganjuran majlis anugerah anjuran sebuah stesen televisyen, usia tidak menghalang Vee untuk terus popular.


VEE kini muncul sebagai Ratu Labah-Labah menerusi SDAF di Istana Budaya.


Vee berpegang pada kata-kata seorang aktor yang dianggapnya abang, Allahyarham Yalal Chin.

"Kata arwah, 'jangan tuakan diri, biar tua datang sendiri'. Saya pegang kata-kata itu," ujarnya.

Kembali berteater selepas terakhir muncul menerusi Teater Muzikal Cuci 2, kali ini Vee mencabar diri merealisasikan watak binatang ke pentas teater muzikal kanak-kanak SDAF yang dipentaskan di IB bermula 22 Disember lalu.

Menjadi Ratu Labah-Labah banyak mengerah keringatnya memandangkan pergerakan dan lenggok tubuh yang harus seiring dengan fantasi kanak-kanak.

"Ratu Labah-Labah adalah watak antagonis. Saya terima sebab inilah kali pertama saya ditawarkan watak haiwan sekali gus ia teater kanak-kanak pertama saya.

"Watak saya bersekongkol dengan Anak Ulat Bulu lakonan Che Kem. Dalam teater ini, saya arahkan Anak Ulat Bulu memburu Siti untuk dijadikan makanan saya," katanya sambil meniru suara Ratu Labah-Labah yang mengerikan.

Mungkin juga ramai yang tidak tahu, anak-anaknya, Mikail dan Maryam pun terlibat sama menjayakan teater berkenaan.

"Saya tak berniat untuk melibatkan mereka dalam bidang seni. Tetapi memandangkan pengarah SDAF sendiri, Aminah Rhapor adalah kawan baik saya, mengapa mereka tidak diberi peluang?

"Berlakon teater boleh memberi keyakinan diri, disiplin serta mengajar mereka untuk faham arahan. Lagipun sekarang musim cuti sekolah," beritahu Vee.

Pensyarah seni

Tak akan selamanya menjadi pelakon, mengejar segulung ijazah sarjana muda bukan penamat ilmu yang mahu diraihnya.

Cita-citanya menggunung mahu menawan darjat ilmu yang lebih tinggi. Vee meluahkan keinginan, untuk melanjutkan pengajian sehingga peringkat sarjana dan doktor falsafah pula.


TIDAK mahu selamanya menjadi pelakon biasa, Vee tekad ingin melanjutkan pengajian hingga peringkat kedoktoran.


"Sudah lama saya pasang niat untuk belajar tetapi ada institusi pengajian seni tidak menerima pengalaman sebagai syarat kemasukan.

"Selepas saya dapat anugerah, saya panjat lagi bilik orang yang sepatutnya menjadi sandaran permohonan saya, tapi gagal juga memandangkan saya tiada kelulusan yang setaraf untuk mendaftar masuk.

"Saya tunggu dan akhirnya ada institusi yang sedia terima orang macam saya sebagai pelajar.

"Dalam kelas saya, semua pelajar adalah orang yang sudah berusia. Pada mulanya mereka tak kenal saya artis sehinggalah satu sesi memperkenalkan diri, ada yang perasan nama saya," katanya baru selesai semester ketiga pengajian.

Daripada bicaranya, Vee bercita-cita mahu menguasai lapangan sendiri. Program ijazah yang sedang dituntut mahu dijadikan tiket untuk mendapatkan ruang ke tahap sarjana seni persembahan, impiannya sejak sekian lama.

"Jika seseorang artis diberi gelaran sebagai ikonik, biarlah ia seiring dengan pencapaian yang diraih, begitu juga dengan ilmu yang dimiliki.

"Usia saya pula semakin meningkat, takkan selamanya saya masih seorang pelakon biasa.

"Jika berpeluang untuk menjadi pengajar seni, saya bukan sahaja boleh berkongsi pengalaman tetapi juga bersandarkan kelayakan akademik," kata penerima Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia itu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Maya reda Yusri jadi suami

Posted:

Maya reda Yusri jadi suami

Maya reda Yusri jadi suami


MAYA dan Yusry mengakui mereka memang teman baik.


PENAFIAN artis berstatus janda, Maya Karin mengenai keintimannya bersama lelaki bergelar duda, Yusry KRU, semakin mengesahkan mereka sebenarnya menjalin sebuah 'hubungan.'

Setakat ini, kedua-dua pelakon yang pernah bercinta dalam filem Mr. Cinderella 2 itu lebih selesa dengan istilah 'kawan baik'.

Atas status 'kawan baik' itulah yang memberanikan Maya dan Yusry kerap berdua-duaan. Kali pertama sensasi hubungan mereka tercetus ialah apabila Maya dan Yusry dilihat keluar dari panggung wayang di Alamanda, Putrajaya.

Mereka mengakuinya sama-sama menghadiri majlis kesyukuran kejayaan filem Magika di Cyberjaya tidak lama dahulu.

Maya dan Yusry sekali lagi dilihat keluar bersantai menonton filem The Chronicles of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader, juga di pusat beli-belah yang sama di Putrajaya, beberapa minggu lalu.

Isnin lalu, mereka seperti enggan berselindung tatkala menyaksikan pratonton filem Khurafat.

Kebersahajaan Maya dan Yusry itu tetap mencuri tumpuan. Duduk sebaris dengan mereka, abang sulung Yusry sendiri, Norman Abdul Halim. Dalam nada mengusik, si abang sempat berbisik kepada seorang wakil media.

Katanya: "Mari kita tengok, mereka (Maya dan Yusry) akan pegang tangan atau tidak." Gurauan itu habis di situ.

Yusry yang tidak sempat disapa malam itu memberi respons ketika dihubungi. Katanya, sebagai sahabat, tiada salahnya mereka keluar bersama.

"Sama juga dengan Maya, saya ialah antara kawan rapatnya dan kami hanya keluar bersama sejak akhir-akhir ini setelah masing-masing solo.

"Kami hanya berkawan, tiada kategori khusus sama ada kawan rapat ataupun kawan biasa.

"Cuma orang dengan mudah menganggap saya dan Maya ada hubungan istimewa. Jika saya serius mahu berkahwin lagi, saya akan bawa bakal isteri bertemu ibu saya," Yusry bertegas.

Teka-teki cinta baru Maya dan Yusry ini mengundang satu lagi pertanyaan, bagaimana pula dengan spekulasi hubungan Maya dan aktor Remy Ishak seperti yang pernah diperkatakan.


BERDUA lebih baik. Maya dan Yusry menonton wayang bersama pada pratonton filem Khurafat, Isnin lalu.


Mengulas tentang Yusry, Maya berkata: "Memang betul saya keluar dengan Yusry. Hubungan ini bukan rahsia lagi. Cuma saya tak boleh nak bercakap lebih lanjut kerana ia hanya atas dasar persahabatan.

"Kami ikhlas dan tak perlu sembunyikan hubungan ini. Kami pun kena hidup macam orang biasa juga."

Maya juga mengakui tidak menolak takdir sekiranya bertemu jodoh dengan Yusry pada kemudian hari memandangkan pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa itu memiliki kriteria lelaki yang diingininya.

"Saya suka dan selesa berkawan dengannya. Lagipun takkan kita berkawan dengan seseorang yang kita tidak suka.

"Kalau ada jodoh dengannya, saya tidak menolak. Saya akui Yusry mempunyai kriteria lelaki idaman yang dicari. Dia serius tetapi ada masanya pandai melawak.

"Saya suka dan cukup selesa berkawan dengannya," kata Maya yang menolak kemungkinan untuk berkahwin lagi dalam masa terdekat.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.