Adsense

Ahad, 26 Disember 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Mencari kepuasan

Posted:

Mencari kepuasan

Mencari kepuasan

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED


(Dari kiri) Azhar Sulaiman, Dira dan Fizo Omar dapat memenuhi permintaan hobi mereka.


KEPUASAN! Itulah yang dapat disimpulkan daripada luahan hati artis-artis yang memiliki dan meminati motosikal berkuasa tinggi ini. Di sebalik bahaya menunggang motosikal berkuasa tinggi, kepuasan yang dicari oleh pencinta sukan permotoran ini tidak kira siapa mereka.

Sudah nama pun artis, pasti di dalam minda kita terbayang mereka menaiki kereta besar yang berjenama, sesuai dengan status mereka.

Mana mungkin mereka mahu berpanas menghadap matahari dengan menaiki kenderaan dua roda. Pasti berjelaga kulit nanti. Belum lagi dihitung dengan kepulan asap yang bakal disedut, sejuk mengharung hujan, serta bahaya di jalan raya, pasti golongan artis akan memilih untuk berkereta yang sudah tentunya lebih selamat.

Namun hakikatnya, ramai artis bukanlah bagai 'puteri lilin' seperti yang disangka. Ada antara mereka sanggup berpanas, basah, berjelaga demi hobi ekstrem menunggang motosikal yang boleh dikatakan merbahaya.

Awie, Nabil, Aliff Satar, Fauziah Latiff, Erra Fazira, Linda Onn, Rosyam Nor dan Jaclyn Victor adalah antara nama yang memiliki serta meminati motosikal terutamanya yang berkuasa tinggi.

Demi kepuasan diri di samping menghilangkan tekanan dalam kehidupan seharian, mereka mencari alternatif yang boleh dikatakan ekstrim iaitu dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Hits sempat menemuramah beberapa orang artis yang memiliki motosikal berkuasa tinggi sewaktu sidang akhbar Kuala Lumpur Bike Week di Rum Jungle, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Shahir tetap akan bertanding

Posted:

Shahir tetap akan bertanding

Shahir tetap akan bertanding

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH


TV3 sudah pun mengesahkan Shahir akan membuat persembahan pada malam AJL25 nanti.


BUAT peminat setia juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir, anda kini boleh menarik nafas lega apabila TV3 mengesahkan dia akan meneruskan perjuangannya di pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL25) pada 9 Januari depan.

Pada awalnya, memang terdapat ura-ura mengatakan Shahir bakal digantikan dengan penyanyi lain memandangkan penyanyi muda itu sedang bergelut dengan masalah yang memungkinkannya tidak mampu beraksi pada anugerah berprestij itu.

Namun, kata Penerbit AJL25, Ahmad Shaifullizam Arshad atau lebih dikenali sebagai Gbam, segala masalah yang membelenggu Shahir sudah selesai dan sudah bersedia untuk memberikan persembahan terbaik pada malam yang dinanti-nantikan itu.

"Pihak Astro Entertainment Sdn. Bhd. sudah pun mengeluarkan surat bertulis yang mengatakan Shahir akan melunaskan tanggungjawabnya menyampaikan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan.

"Perkara itu sememangnya cukup menggembirakan kami kerana apa yang dirancangkan dari awal semuanya akan berjalan dengan baik.

"Jujurnya, kami di TV3, memang sudah bersedia dengan beberapa pelan sokongan seandainya Shahir tidak dapat beraksi pada malam itu. Tetapi, pemilihan artis gantian bukan terletak pada tangan kami sebaliknya keputusan daripada komposer dan penulis lirik lagu itu," ujarnya memberikan penjelasan ketika dihubungi Hits baru-baru ini.

Kebahagiaan Dalam Perpisahan merupakan antara 14 buah lagu yang akan berentap dalam AJL25 yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Terdahulu, pada sidang akhbar AJL 25 yang berlangsung di Celebrities Club, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini, Gbam menjelaskan menjawat jawatan Penerbit AJL untuk dua tahun berturut-turut sememangnya memberikan tekanan yang luar biasa untuknya.

Sementelah AJL24 telah dianggap sebagai produksi terbaik sepanjang 24 tahun AJL dianjurkan, Gbam walau bagaimanapun, tidak mahu terlalu memikirkan soal itu.

Sebaliknya, dia dan pasukannya sudah bersedia untuk memberikan sebuah persembahan yang terbaik agar ia meninggalkan satu kesan abadi kepada peminat setia AJL dan juga pencinta muzik tanah air.

"Saya menganggap tawaran ini sebagai satu cabaran dan kalau kita tidak mencubanya, mana mungkin kita tahu kedudukan kita sebagai seorang penerbit.

"Memang pada mulanya, apabila diberitahu saya akan menggalas tanggungjawab ini sekali lagi, saya pening kepala untuk memikirkan konsep persembahan kerana AJL24 sudah diletakkan sebagai kayu pengukur dalam penerbitan anugerah kebanggaan TV3 ini.

"Setelah berbincang dengan team saya, kami sudah bersedia untuk bertempur dan memberikan persembahan yang akan diingati serta dikenang untuk tempoh 25 tahun akan datang," ujarnya penuh yakin.

Tambah penerbit berusia 30 tahun ini lagi, dia dan beberapa orang krew produksi telah dihantar ke luar negara untuk menyaksikan hasil penerbitan beberapa program hiburan bagi mendapatkan idea dalam menjadikan AJL25 sebagai sebuah tontonan hebat.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan; Ketua Bahagian Media & Penajaan Maxis Berhad, Allan Khoo dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul.

Sekali lagi, Hotlink menjalinkan kerjasama dengan TV3 sebagai penaja utama selain Hot FM selaku radio rasmi.

Dalam sidang media itu juga, cabutan giliran persembahan oleh artis-artis yang bertanding juga telah diadakan dengan menyaksikan Yuna akan membuka persembahan AJL25 dengan lagunya, Cinta Sempurna dan diakhiri oleh kumpulan Hujan menerusi lagu Mencari Konklusi.

Mungkin terlalu awal untuk memperkatakan tentang AJL25, tetapi apabila melihat kepada rekaan set pentasnya sahaja, memang tidak mustahil anugerah itu akan menjadi anugerah terhebat untuk tahun 2011.

Manakan tidak. Buat pertama kalinya dalam sejarah TV3 dan mungkin mana-mana anugerah dalam negara, pentas kali ini akan dibina sebanyak dua tingkat!

Malah, penggunaan ruang pentas kali ini juga bertambah luas berkali ganda berbanding tahun-tahun sebelum ini untuk memberi ruang kepada kesemua artis menggunakan setiap penjuru pentas dalam persembahan mereka.

Penggunaan LED yang pada mulanya dianggap mustahil dalam produksi terdahulu kini menjadi tunjang utama kepada pentas AJL dengan penggunaan lebih 600 panel LED untuk keseluruhan pentas.

Bukan itu sahaja, sebanyak 13 kamera digunakan kali ini berbanding 11 sahaja pada musim lalu semata-mata untuk mendapatkan hasil terbaik.

"Kami mahu menampilkan kelainan dengan terbinanya pentas dua tingkat ini yang merangkumi ketinggian sebanyak empat, enam dan seterusnya 14 kaki.

"Di tingkat paling atas adalah lokasi untuk barisan pemuzik orkestra yang akan dipimpin oleh Ramli MS. Sengaja kami mahu meletakkan mereka di posisi hadapan kerana mahu menonjolkan mereka kepada audiens.

"Kali terakhir mereka ketengahkan mereka yang kali terakhir diletakkan di hadapan pada AJL21 pada tahun 2007," katanya yang memberitahu pentas akan mula dipasang di Stadium Putra bermula tengah malam 1 Januari 2011.

Mendengar penerangan Gbam dan melihat sendiri replika pentas yang dibawa pada sidang akhbar itu, tidak mustahil bajet kali ini melebihi produksi sebelum ini.

Menjawab persoalan itu, Farid Ridzuan hanya mampu tersenyum dan mengakui ia antara yang terbesar dilaburkan oleh TV3 apabila ia mencecah RM3 juta.

"Kami tidak kisah tentang bajet kerana apa yang kami mahukan adalah untuk semua orang akan terhibur dan berasa puas dengan AJL25. Selepas melihat respons positif AJL24, kami perlu melakukan yang lebih baik daripada sebelumnya.

"Kerana itu juga, kami berharap rating AJL25 yang menampilkan konsep pemetaan muzik atau music mapping ini akan dapat mencecah lebih lima juta," ujar Farid Ridzuan penuh optimis.

AJL25 masih lagi mengekalkan Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar sebagai pengacara anugerah berprestij itu.

Untuk menghangatkan lagi AJL25, TV3 telah mengundang tiga artis yang pernah menjuarai AJL sebelum ini bagi menyempurnakan persembahan pembukaan iaitu Francisca Peter, Nash dan M. Nasir.

Bagi meredakan ketegangan ketika juri sedang sibuk membuat penilaian dalam menentukan pemenang, tiga artis wanita popular negara akan mengambil tempat menghiburkan audiens untuk persembahan interlud iaitu Datuk Sharifah Aini, Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.