borak kosong |
- [Pelik] Tarian Shuffle ganti silat di majlis perkahwinan (VIDEO)
- [Terbaik] Sanggup jual apartment untuk cipta kerusi roda untuk isteri yang patah kaki
- [Kesian] Kanak-kanak comel ini terpaksa makan setin ubat setiap hari untuk tidak beku
- Sebulan keluarga ni makan kicap bercampur cicak
- Ada pelakon kena kejar dengan parang
- Mereka yang mati selepas nafsu di puaskan
- [Pelik] Anjing pancing ikan
- Polis kena kencing lembu ketika halang tunjuk perasaan
- Mari kita lihat cara orang menipu ketika mengeluarkan wang di ATM
- Jom tengok proses pembedahan mayat digunakan untuk seludup dadah
- Kisah-kisah pelik tapi mungkin ada benarnya...
- Trak ni mana depan mana belakang
- Ini baru Delivery service yang dikatakan sangat hebat
- Cara unik doktor gigi menarik perhatian budak yang takut cabut gigi
- Kecik-kecik dah diajar tengok bahan lucah
- Bayi tabung...pasangan kecewa bukan sperma suami yang di gunakan
- Kerana doktor ini kemaluan perempuan tidak berbentuk lagi
- Cicak terperangkap 10 tahun dalam tembok,macaman ia boleh hidup?
- Aksi anak yang nakkan permainan sampai ditarik rambut ,dicekik leher maknya
- 500 BLOG !
[Pelik] Tarian Shuffle ganti silat di majlis perkahwinan (VIDEO) Posted: 26 Dec 2010 09:17 PM PST Makin hilang budaya kita jika generasi kita mengamalkan budaya barat ini... |
[Terbaik] Sanggup jual apartment untuk cipta kerusi roda untuk isteri yang patah kaki Posted: 26 Dec 2010 08:25 PM PST Li Rongbiao, pensara yang berusia 67 dari Beijing ini memiliki idea membuat kerusi roda yang boleh menaiki tangga setelah isterinya, Wang Huifang, 65 tahun, mengalami patah kaki. "Dulunya kami memerlukan masa 30 minit untuk menuruni apartment kami yang ada ditingkat 5 untuk sampai ke tingkat bawah setelah kemalangan itu. Dia menyedari apa yang diperlukan isterinya ialah kerusi roda elektrik yang boleh untuk naik dan turun tangga namun benda seperti tak ada," ujar Li seperti dikutip dari Ananova.com. Walaupun dirinya mempunyai pengetahuan di bidang mekanik, Li menjual apartmentnya dengan harga £44,000 untuk membiayai projeknya itu. "Aku membeli banyak buku, dan selama setengah tahun mempelajari komputer designi, dan setengah tahun kemudian mendesign kerusi roda," jelas Li. Menurut Li, kerusi roda elektrik yang boleh dilipat itu boleh memanjat hampir 3.000 anak tangga – sebanding dengan 50 tingkat bangunan Model tersebut memerlukan seseorang untuk membantu menarik kerusi roda tersebut namun Li mengatakan versi barunya akan boleh menaiki tangga tanpa bantuan. Li sendiri sudah diberi penghargaan 2 hak patent atas penemuannya itu dan ketikat ini sedang mencari partner untuk membantunya memasarkannya secara komersil. |
[Kesian] Kanak-kanak comel ini terpaksa makan setin ubat setiap hari untuk tidak beku Posted: 26 Dec 2010 07:37 PM PST Castleford, Gadis omel berusia 5 tahun mesti minum hampir setin ubat setiap hari untuk mencegah sel-sel tubuhnya membatu. Lillie Sutcliffe memiliki penyakit yang sangat aneh . Tubuhnya mengeluarkan zat cystine berlebih yang membuat sel-selnya membeku seperti kristal. Gadis kecil yang berasal dari Castleford, Britain ini didiagnosis terkena penyakit Cysitinosis . Namun bagi Laura Milner dan Simon Sutcliffe, orang tua Lillie, anaknya nampak seperti kanak-kanak biasa. Cysitinosis adalah penyakit yang sangat aneh dan belum boleh di uabat sepenuhnya. Penyakit ini adalah penyakit keturunan, dimana kristal diproduksi dalam sel-sel tubuh. Penyakit ini berpunca dari ginjal yang gagal berfungsi yang dialami Lillie sewaktu bayi. Akibatnya darah tidak boleh disaring dan dibersihkan lagi oleh ginjal. Keadaan itu kemudian mengeluarkan berlebih zat kimia cystine, iaitu asam amino di dalam tubuh. Dan jika tubuh kelebihan cystine, sel-sel akan membeku kerana cystin akan saling bergabung dan membentuk kristal. Masalah ginjal, kelenjar tiroid, mata dan liver pun akan muncul. Tubuh tidak mampu lagi membersihkan tumpukan-tumpukan kristal cystin. Ibu mengetahui penyakit Lillie setelah sebuah pemeriksaan menemukan kristal pada mata Lillie. "Jika di matanya sudah mulai ada kristal, berErti seluruh badannya pun boleh membeku.Dan hanya boleh dikawal dengan pengambilan ubat."kata doktornya. Karena penyakitnya itu, Lillie tidak boleh berkembang dengan sempurna, tidak bioleh berjalan jauh dan melakukan olahraga. Dia juga harus dibayangi ketakutan akan tubuhnya yang membatu jika tidak memakan ubat dengan dos yang tepat. Lillie yang sekarang berusia 5 tahun memiliki tinggi hanya 86 cm, ukuran tubuh yang biasanya dimiliki anak umur 2 tahun. "Dia masih nampak seperti masih bayi, sering menangis dan nafsu makannya sangat sedikit," kata Laura. Berbeza dengan anak-anak pada umumnya yang suka manis-manis, Lillie tidak suka manis tapi sangat suka dengan garam. "Mungkin kerana dia banyak kehilangan garam dari ginjalnya dan saya terpaksa membuat masakan yang masin untuk menggantikan sodium yang diperlukannya," jelas Laura. Tiap harinya, Lillie harus minum berbagai jenis ubat, mulai dari potassium citrate, sodium chloride, cairan phosphate, vitamin D dan masih banyak ubat lainnya untuk mencegah pembentukan kristal itu. Dr Kay Tyerman, konsultan pediatrik dan neurolog yang menangani Lille mengatakan bahawa penyakit Cysitinosis hanya boleh diperlambat dan tidak boleh diubati terus. "Ini adalah penyakit yang sangat aneh. Jika tidak minum ubat sesuai , Lillie boleh buta dan membatu. Usia hidupnya pun akan lebih pendek," ujar Tyerman. "Tapi Lillie banar-benar anak berani dan tabah. Saya bangga kerana dia masih kecil dan berani melawan penyakitnya," tambah Tyerman. |
Sebulan keluarga ni makan kicap bercampur cicak Posted: 26 Dec 2010 06:49 PM PST Malang sungguh keluarga ni terpaksa makan kicap bercampur bangkai cicak... saya petik dari kosmo online KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak. Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin. Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng. "Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman. "Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam. |
Ada pelakon kena kejar dengan parang Posted: 26 Dec 2010 05:45 PM PST Ada pelakon kena kejar dengan parang...baca petikan dari myMetro ini KUALA LUMPUR: Pelakon baru yang memegang watak utama drama dongeng bersiri, Putera Katak yang kini ditayangkan di TV3, terpaksa menempuh detik cemas apabila dikejar sepasang kekasih bersenjatakan parang sejauh lebih dua kilometer. Kejadian berlaku hanya disebabkan pelakon muda itu, Mohd Hanif Karamdin, 27, memintas kereta dinaiki pasangan terbabit ketika melalui Lebuhraya Duta Hulu Klang (Duke) menuju Ampang, di sini, Jumaat lalu. Bagaimanapun, dia yang menggunakan nama komersial Haniff bernasib baik apabila dapat meloloskan diri sebelum bergegas ke balai polis membuat laporan. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Haniff berkata, dia dalam perjalanan dari Kelana Jaya ke rumahnya pada mulanya mengekori sebuah kereta Honda City. "Disebabkan kereta itu dipandu terlalu perlahan, saya memberi isyarat lampu sebelum memotong kenderaan berkenaan. "Tiba-tiba pemandunya membunyikan hon dan mengejar saya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Menurut Haniff, pada mulanya dia tidak mempedulikan tindakan itu, namun pemandu kereta itu menghimpit keretanya sebelum menunjukkan parang. "Ketika itu, saya lihat dia (pemandu) bersama seorang wanit. Saya yakin mereka pasangan kekasih," katanya. Haniff berkata, bimbangkan keselamatannya dia memecut keretanya, namun pasangan terbabit mengejar sambil menunjukkan parang ke arahnya. "Berderau darah saya dibuatnya...apa lagi dengan perasaan takut dan pelik mengenai sikap pasangan kekasih itu, saya pecut sehinggalah tiba di susur keluar menuju Ampang. "Pasangan itu yang pada mulanya mengekori rapat di belakang kereta saya mungkin terlepas pandang menyebabkan saya dapat meloloskan diri," katanya. Haniff pergi ke Balai Polis Taman Melawati membuat laporan sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut. Dia yang pernah membintangi beberapa drama bersiri seperti Siong, Kelab Jeng Jeng dan Jelatang berkata, laporan polis dibuat kerana bimbang lelaki tidak dikenalinya itu mungkin melakukan perkara tidak diingini kemudian hari. "Kejadian seperti ini pertama kali berlaku terhadap saya. Saya berharap pengguna lebuh raya lain lebih berdisiplin dan menggunakan diplomasi untuk menyelesaikan masalah, bukannya dengan kekerasan," katanya. Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. "Sehingga kini, suspek belum ditahan, namun usaha mengesannya giat dijalankan," katanya. |
Mereka yang mati selepas nafsu di puaskan Posted: 26 Dec 2010 04:00 PM PST |
Posted: 26 Dec 2010 10:01 AM PST |
Polis kena kencing lembu ketika halang tunjuk perasaan Posted: 26 Dec 2010 09:35 AM PST |
Mari kita lihat cara orang menipu ketika mengeluarkan wang di ATM Posted: 26 Dec 2010 08:15 AM PST Mungkin ada yang pernah terkena tipu ketika mengeluarkan wang di ATM sebelumnya. Disini kita lihat bagaimana mereka beraksi yang berjaya dirakam oleh kamera CCTV di ATM tersebut. Jom ..kita lihat bagaimana mereka menipu.... 1. Mulanya Pada gambar ini terlihat seseorang sedang melakukan transaksi di ATM. Sebenarnya dia lagi memasang sesuatu pada alat di slot tempat kad ATM dimasukkan. Tindakan ini tentu sangat beresiko. Penjahat ini biasanya bekerja secara berkumpulan, seperti yang terlihat digambar ada kawannya yang bertugas mengawasi keadaan di luar. Inilah dia mangsa yang masuk setelah perangkap terpasang. Dia memasukkan kad ATMnya seperti biasa untuk melakukan transaksi. Setelah selesai bertransaksi anehnya kad ATM tak boleh dikeluarkan lagi darpada mesin itu. "Tertelan". Di gambar ini si penjahat berpura-pura menawarkan bantuan kepada mangsa yang panik. Tujuan utama dari si penjenayah adalah mengetahui nomor PIN kad ATM si mangsa yang "tertelan" ini. Bagaimana caranya ? Si penolong yag baik hati ini meyakinkan mangsanya bahawa cara mengeluarkan kad ATM adalah dengan menekan nomor PIN dan ketika itu dia akan menekan tombol "Cancel""Enter".Dia ingin tahu berapa nombor PIN simangsa ini. Pada gambar ini boleh kamu lihat kalau si penjahat dapat melihat tombol yang ditekan oleh si mangsa. Setelah berusaha berkali-kali si Penolong akan meyakinkan mangsa kalau kadnya sudah benar-benar tertelan oleh mesin ATM dan menyarankan kepada mangsa untuk menghubungi pihak Bank. Setelah situasi aman penjahat ini akan kembali lagi untuk mengeluarkan kadATM dari alat perangkap yang dia pasang sebelumnya. Dia telah mendapatkan nomor PIN nya yang telah berjaya diperolehi daripada MANGSA . Dari jam yang tertera di CCTV boleh dikatakan dia hanya memerlukan masa hanya 24 saat untuk membuat penipuan ini dan menurut catatan pihak bank penjahat ini berhasil membawa keluar duit $4.000 . dan ini cara mereka memasang alat perangkap kad ATM itu... Dengan apa sekali pun jika kad tertelan hubungi terus pihak bank dan jangan sesekali berikan no PIN pada orang yang tidak di kenali... |
Jom tengok proses pembedahan mayat digunakan untuk seludup dadah Posted: 26 Dec 2010 07:31 AM PST |
Kisah-kisah pelik tapi mungkin ada benarnya... Posted: 26 Dec 2010 06:00 AM PST Kisah-kisah pelik, tapi mungkin benar untuk dikongsikan dengan kawan-kawan semua. Harap baca dengan tenang supaya mudah menghayati jalan ceritanya. Mula kisahnya begini: Suami : Kenapa Sayang menangis? Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.. Suami : Buku apa? Isteri: Buku akaun bank abang le.. ============ ========= ========= ======= Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka. Farid : Mengapa? Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya. Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya ok. Siti : Erkkkkkk.... .... Benci ......... ============ ========= ========= ========= = Seorang posmen yang datang menghantar surat .. Posmen: "Assalamualaikum" En. Sameon: "Walaikumsalam" Posmen: "Ni rumah encik Sameon ye? En. Sameon: "Ya saya" Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni" En. Sameon: "Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje?!!" Posmen: "Betul jugak yer!???" ============ ========= ========= ========= = Seorang lelaki tua pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: "Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Ohhh sudah tentu," jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang. ============ ========= ========= ========= == Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin. Shan : Kenapa menangis? Amin : Saya datang untuk ujian darah. Shan : Awak takut ye!! Amin : Bukan itu sebabnya.. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis. Amin : Eh, kenapa pula encik menangis? Shan : Saya datang untuk ujian air kencing.... ============ ========= ========= ========= == Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam peti surat yg berwarna merah tu. "Atok buat apa tu?". "Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawab atoknya. Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?" ============ ========= ========= ========= = Mungkin lawak tetapi dalam lawak ada kisah yang benar-benar terjadi- sumber : www.activeboard.com/forum.spark |
Trak ni mana depan mana belakang Posted: 26 Dec 2010 05:00 AM PST |
Ini baru Delivery service yang dikatakan sangat hebat Posted: 26 Dec 2010 04:00 AM PST |
Cara unik doktor gigi menarik perhatian budak yang takut cabut gigi Posted: 26 Dec 2010 03:25 AM PST |
Kecik-kecik dah diajar tengok bahan lucah Posted: 26 Dec 2010 02:00 AM PST |
Bayi tabung...pasangan kecewa bukan sperma suami yang di gunakan Posted: 26 Dec 2010 01:30 AM PST Bukan cuma kes bayi di hospital saja yang boleh tertukar,tapi bayi tabung pun boleh tertukar. Kes ini terjadi di Singapura, bayi seorang pasangan suami isteri ternyata spermanya bukan milik si suami. Inilah yang terjadi pada sepasang suami isteri di Singapura. Pasangan ini menemukan bayi yang telah dikandungnya melalui in-vitro fetilisation (IVF) atau bayi tabung, ternyata bukan anak biologisnya kerana embrio yang ditanamkan tertukar. IstEri yang keturunan China dan suaminya keturunan Kaukasia ini awalnya curiga kerana melihat bayi yang dilahirkannya memiliki warna kulit yang berbeza dari mereka. Pasangan ini semakin terkejut ketika doktor di Thomson Fertility Centre Singapura, tempat mereka melakukan program bayi tabung, memberitahukan bahawa golongan darah bayinya adalah B. "Pasangan ini baru tahu setelah beberapa hari kelahiran bahawa bayinya bergolongan darah B. Padahal golongan darah mereka adalah A dan O, jadi tidak mungkin keturunannya berdarah B," jelas S. Palaniappan, pengacara pasangan yang tidak mahu menyebutkan identiti pasangan tersebut. Keraa khuatir, menurut Palaniappan, pasangan ini akhirnya memutuskan melakukan ujian DNA. "Mereka semakin terkejut kerana terjadi DNA ibu sma tetapi tidak dengan DNA ayah. Dengan kata lain, embrio yang ditanamkan bukan berasal dari sperma suami pasangan ini," jelas Palaniappan lebih lanjut. Pasangan ini sekarang ingin jawaban dari Thomson Fertility Centre dan juga berusaha meminta nasihat secara hukum. Palaniappan mengatakan bahawa kliennya telah memberitahukan kepada Jabatan Kesehatan setempat yang tengah menyelidiki masalah ini. Menanggapi masalah ini, Dr Cheng Li Chang, pengarah perubatan Thomson Fertility Centre dan ketua eksekutif wakil Thomson Medical Centre mengatakan bahawa dia dan rakan-rakannya sepenuhnya bersimpati dengan pasangan tersebut, serta menyatakan sangat menyesal dan sedih atas apa yang telah terjadi. "Kami telah bertemu dengan pasangan itu untuk menjelaskan situasi dan akan terus memperbarui serta menawarkan segala dukungan yang memungkinkan," jelas Dr Li. Menurutnya, ini merupakan insiden pertama dalam 22 tahun Thomson Fertility Centre beroperasi. Dan kelalaian ini akan sangat serius. "Bayi tabung pada dasarnya adalah proses manual yang memerlukan keterampilan yang sangat terlatih dan khusus. Insiden tersebut sangat jarang kerana ada banyak tingkat pemeriksaan ketat pada semua tahap proses. Kelalaian ini akan kami ambil tindak," katanya. |
Kerana doktor ini kemaluan perempuan tidak berbentuk lagi Posted: 26 Dec 2010 12:40 AM PST SYDNEY, Seorang doktor berurusan dengan masalah hukum setelah membedah organ intim perempuan hingga tak berbentuk lagi. Ketika dibedah, doktor itu mengatakan kepada jururawat bahawa pembedahan tersebut penting kerana suami perempuan sudah meninggal. Jadi, organ wanitanya tak berguna lagi. Menurut Sydney Morning Herald bekas doktor itu kini dikenakan dakwaan merosak tubuh Carolyn DeWagaeneire ketika menghilangkan kanser pada Ogos 2002. Ketika pembedahan DeWagaeneire berusia 58 tahun. Doktor itu juga memotong kemaluan DeWagaeneire yang masuk kategori ilegal bagi doktor yang melakukan operasi kecuali itu terkait dengan masaah kesihatan pesakit. Dalam sidang pengadilan di Sydney, Australia, Pendakwa Margaret Cunneen mengatakan, doktor itu melakukan kerosakkan tubuh pesakit dengan membedah tanpa memperhatikan keadaani emosi pesakit. "Ini tak perlu dilakukan dan dia tak meminta kebenaran dari DeWagaeneire," kata Cunneen. Ketika pembedahan berlangsung, doktor itu berbicara kepada DeWagaeneire, yang sedang dalam keadaan tak sedar kerana pengaruh ubat bius, dengan mendekatkan wajahnya ke pesakit, "Saya akan mengeluarkan kemaluan Anda juga." Dokter itu beralasan, jika kemaluan tak dipotong, kanser akan merebak. |
Cicak terperangkap 10 tahun dalam tembok,macaman ia boleh hidup? Posted: 25 Dec 2010 11:10 PM PST Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong diantara tembok yang terbuat dari kayu. Ketika tembok mulai rekah, dia menemukan seekor cicak terperangkap diantara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebuah paku. Dia merasa kasihan dan terus memeriksa paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibangunkan. Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikitpun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal. Orang itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu! Orang itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu darimana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya …. rupanya inilah yang membuat ia bertahan hidup. Orang itu merasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu menolong cicakyang terperangkap itu selama 10 tahun. Sungguh ini sebuah cinta…cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. apa yang dapat dilakukan oleh cinta? Tentu saja sebuah keajaiban. Bayangkan,cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnian cinta yang begitu menganggumkan |
Aksi anak yang nakkan permainan sampai ditarik rambut ,dicekik leher maknya Posted: 25 Dec 2010 10:32 PM PST |
Posted: 25 Dec 2010 10:30 PM PST Tujuan untuk menjadi blogger pada mula asalnya untuk suka-suka untuk mengisi masa lapang tetapi bila lama kelamaan kini menjadi ketagih dan seronok kerana bertemu ramai kenalan baru di alam maya ini.... aku hanya berniaga sendirian di Johor Baharu..mempunyai 2 orang anak dan yang pasti keluarga menyokong penuh aku menulis blog ini...Terima kasih untuk isteri dan anak yang memberi sokongan kepada suami dan bapa mu ini.... |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |