Zon Artis |
Jodoh Saida & Suami Masih Panjang, Tak Jadi Cerai Posted: 12 Nov 2010 05:07 PM PST Kami tumpang gembira bila mendapat tahu yang kakak Dato' Siti Nurhaliza, Saida tidak jadi bercerai dengan suaminya, Mohd Ghazali zikri Yahya. Ini kerana, Saida telahpun menarik balik tuntutan cerai yang dibuatnya sebelum ini dan memaklumkan yang hubungan dia dan suami sudah kembali baik. Saida juga turut menafikan spekulasi mengenai dakwaan wujudnya orang ketiga yang menyebabkan rumahtangga mereka hampir sampai ke penghujung. So, tahniah kami ucapkan dan kami harap agar semuanya akan kembali pulih seperti sediakala. Buang yang keruh dan ambil'lah yang jernih. |
(Gambar) Raja Farah & Megat Andika Selamat Diijabkabul Posted: 12 Nov 2010 06:55 AM PST P/s: Megat Andika adalah nama yang digunakan oleh suami Raja Farah kat Facebook. Nama betulnya, Megat Bashirun Qayyum bin Dato' Zakaria. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Raja Farah sebelum ini, dia akan menamatkan zaman bujangnya pada hari ini. Dan pada jam 11 pagi tadi, Raja Farah telah sah menjadi isteri Megat Bashirun Qhuyum Dato' Zakaria. Cuma yang tak best'nya, pernikahan Raja Farah ni telah dilanda dengan kontroversi yang bagi kami sangat tak patut. Kontroversi apa tu, tak perlulah kami highlight'kan di sini sebab Raja Farah pun sudah menafikannya. Apa yang penting, Raja Farah telah selamat diijabkabulkan. So, tahniah kami ucapkan kepada Raja Farah dan Megat Bashirun Qhuyum kerana telah sah sebagai suami isteri. Semoga mahligai yang kalian bina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan selamat berbahagia. InysaAllah. + Ditulis oleh Encik One dan photo credit to gua.com.my |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |