Adsense

Jumaat, 12 November 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


Trailer Filem Kongsi : Sam Shaheizy Sebagai Ahli Kongsi Gelap

Posted: 12 Nov 2010 06:09 PM PST

Sebuah lagi filem dari Metrowealth yang menarik untuk dikongsi bersama berjudul Kongsi. Filem ini yang dibarisi oleh pelakon popular seperti Sam Shaheizy & Bront akan menembusi pasaran pawagam pada tahun 2011.

"Lu Langsi, Lu Mati", satu trademark yang pasti menjadi ikutan orang ramai. Beberapa adegan lucu yang dipaparkan dalam trailer Kongsi, kebanyakannya mempertontonkan Sam Shaheizy memainkan watak sebagai ahli kongsi yang terlampau berani, tetapi amat clumsy.

Buat pertama kali juga kami melihat kereta Evo polis menjadi taruhan penting dalam aksi kejar mengejar. Logik juga, takkan'lah nak kejar Nissan GTR (betul ke kereta tu?) ahli kongsi gelap dengan Waja polis. Dan, jarang juga kita melihat kereta polis dihancurkan dalam babak filem, tetapi dalam filem Kongsi, babak hancur menghancur dipaparkan – epik sungguh!

Kalau seorang kongsi gelap mati, batu nisan macam mana mereka nak?

pixel Trailer Filem Kongsi : Sam Shaheizy Sebagai Ahli Kongsi Gelap
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Nabil Raja Lawak & Qasha Cium Mulut

Posted: 12 Nov 2010 03:46 AM PST

150377 161708280535073 106585492714019 292084 6203693 n (Gambar) Nabil Raja Lawak & Qasha Cium Mulut

Tersentak kami bila mendapat keratan akhbar yang menampilkan adegan cium mulut sepasang kekasih yang kelihatan seperti Nabil & Qasha sebentar tadi.

Walau bagaimana pun, Nabil menafikan kedua-dua individu tersebut ialah wajahnya & Qasha. Seperti yang kami jangkakan, teknik superimpose menjadi alasan paling cliche oleh selebriti ini.

Kemungkinan besar, alasan yang diberikan oleh Nabil itu ada benarnya – Photoshop kini versi CS5.

Kredit foto : Ieyra

pixel (Gambar) Nabil Raja Lawak & Qasha Cium Mulut
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.